Grab The Promo
Grab The Promo

Cindarella Red Dress

Cindarella Red Dress

Baju ni cik iena baru je tempah . Kos tempah RM95.00 . Mahal la juga kan. Memerlukan 6 meter kain untuk membuat kain kembang ala-ala gaun cindarella. Baju ni mengikut design asal ada pacthing lace + beading tapi cik iena sibuk sangat tak sempat nak jahit. Pakai baju yang dah siap ni dulu. Kemudian cik iena akan cantik kan baju ni supaya lebih cantik seperti dalam design asal cik iena.
Cindarella Red Dress

Cindarella Red Dress

Cindarella Red Dress

Cindarella Red Dress


Nota Blog : cik iena ada beli dress siap. Cantik juga cuma kualiti kain berbeza lah. But still cantik dalam gambar. Harganya lebih murah dari kos tempah baju cik iena yang nie. Nantikan next update okay (^_~)


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Make Up Cik Pengapit


Make Up Cik Pengapit

Alhamdulillah setelah selesai make up pengantin, cik puan pengantin minta make up cik pengapit pulak. Orang kata rezeki jangan ditolak (^_~)



Make Up Cik Pengapit

Make Up Cik Pengapit
 
 

6 Easiest Make Up Tips




iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Make Up Bersanding : ija -Manjalara


Make Up Bersanding : ija -Manjalara

Job mekap bersanding ahad yang lepas 22 March 2015 bertempat di Dewan Komuniti Puast Bandar Manjalara,KL. Ija merupakan sepupu kepada client mekap iena tiga tahun yang lepas. 3 tahun yang lepas cik iena pernah make up sepupu beliau untuk pre wedding dan bersanding (^_~)



Make Up Bersanding
sebelum make up

Make Up Bersanding
selepas make up



Make Up Bersanding

Make Up Bersanding

Make Up Bersanding
tuan empunnya blog tengah buat keje conteng muka

Make Up Bersanding

Make Up Bersanding
terjumpa bekas rakan pejabat di sini
 
Make Up Bersanding

Make Up Bersanding

Make Up Bersanding

Make Up Bersanding

Make Up Bersanding

Make Up Bersanding

Make Up Bersanding
mak andam yang suka ikut tema

Make Up Bersanding

Make Up Bersanding

Make Up Bersanding
ehhhh mak andam nak selfie sblm gerak ke next destination, shah alam
 

6 Easiest Make Up Tips

 


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Kadar Parking Paling Mahal


Pada  Majlis Makan Malam Perkahwinan Boss cik iena , Cik iena pulang awal daripada tentatif majlis sehingga pukul 11 malam. Cik iena perlu jemput adik di One Utama dan perlu ke Klang dan Shah Alam. Maka nya cik iena pulang dalam pukul 9 lebih. Sebelum majlis di mulakan , para tetamu yang hadir diminta untuk menukarkan tiket parking dengan tikit parking yang baru yang berharga RM 2. Tetamu tidak perlu membayar lebih untuk parking kerana sebahagian telah dibayar oleh pihak pengantin. tetamu hanya perlu mambayar RM2 sahaja. Di sebabkan cik iena keluar awal dari majlis yang dijangka berakhir pada pukul 11 malam. Maka nya tikit parking itu tidak sah apabila cik iena memasukkan pada mesin ketika hendak keluar dari parking. 

Apabila cik iena intercom mengatakan tiket tidak sah, pihak pengurusan hanya menyuruh cik iena patah balik dan bayar semula. Sepatutnya suruh jumpa sekian-sekian orang ke kan. Sebab kita dah bayar , tiket yang tidak sah. Masa tu cik iena pun ikut je lah pergi mesin Autopay nak bayar sekali lagi. Hahhh tu dia terkeluar Amaun RM 1537.00 

Kadar Parking Paling Mahal The club Bukit Utama



Ini merupakan Kadar Parking Paling Mahal yang pernah cik iena lihat . Baca betul-betul. Lihat. Cik iena tidak membayar jumlah tersebut kerana memang tidak masuk akal.

Kadar Parking Paling Mahal The club Bukit Utama


Apa yang cik iena buat cik iena cari pihak pengurusan untuk bertanyakan hal ini. Tak kan perkara kecil macam ni cik blogger nak panggil boss yang sedang melansungkan majlis perkahwinan kan haha. Cik iena pergi berjumpa mereka cik iena bagi tau megenai tiket tidak sah dan diminta bayar apabila tiket dimasukkan dalam mesin autopay jumlah yang dikeluarkan melebihi 1K. Mereka hanya berkata cik nak keluar ikut pintu mana. Cik iena tunjuk arah pintu mana cik iena nak keluar. Kemudian mereka suruh terus ke pintu keluar pihak mereka akan buka kan jalan.
hihi Harap Maaf semua. begitulah ceritanya . Mereka tak beritahu sebab apa tiket tak valid. Mengikut kesimpulan cik iena mungkin kerana majlis dijangka habis pukul 11 malam tetapi cik iena keluar awal. mungkin disebabkan itu tiket menjadi tidak sah (^_~)

Dah dapat keluar dengan girangnya  cik iena pergi jemput adik di One Utama kemudian hantar rakan pejabat balik di Shah Alam dan seterusnya cik iena ada urusan di Klang . 

Terima kasih adik-adik tercinta temankan kakngah ke Klang malam-malam buta haha. kami adik beradik muka memang tak sama. yang tudung merah tu awek kepada adek lelaki yang ikut tu.

iena dan adik-adik

iena dan adik-adik




iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Mr Tan & Mrs Tan Wedding Dinner




Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner


Ini merupakan kali pertama cik iena menghadiri upacarara perkahwinan masyarakat cina di Malaysia.
Pasangan yang diraikan adalah boss cik iena iaitu Mr Tan  dan isteri Mrs Tan. Majlis berlansung di The Club Bukit Utama. Sebelum menghadiri majlis tersebut cik iena ade post di facebook bertanyakan pengalaman kawan-kawan yang pernah menghadiri majlis perkahwinan masyarakat cina. Ada yang berkata peru beri angpow kepada pengantin . Mengikut kata rakan cik iena, jumlah minimum adalah RM50 .Maka cik iena pun beri lah angpow RM50 . Yang  menjadi lawak nya adalah. Semasa daftar nama , cik iena terlupa nak bagi angpow tersebut. Apabila cik iena dah masuk dalam dan bertanya kepada member,perlu  bagi angpow tu pada waktu bila. Member kata angpow perlu di beri semasa pendaftaran.

Okay cik iena malu time tu. Cik iena keluar dan pergi bagi angpow di meja pendaftaran. Punya lah risau kan. tak tau maam mana. Sebab ada member kata dia akan minta angpow masa daftar dan akan tengok jumlah dan catit . Tapi yang cik iena tengok orang lain daftar macam tak nampak angpow. Dan cik iena tak nampak mereka minta angpow dan catit.Rupanya bila bagi angpow dia terus letak dalam beg. Takde kira-kira seperti yang dimaklumkan sahabat cik iena (^_~)


Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner

 Berbeza dengan masyarakat melayu , pengantin tidak dibenarkan menyambut tetamu. Keluarga pengantin yang perlu menyambut tetamu.Hah pendek kata pengantin di sorokkan terlebih dahulu. Hanya muncul pada waktu persandingan. Lebih kurang macam tu lah. Surprise sikit tengok pengantin kan. Tetapi berbeza dengan masyarakat cina, pengantin akan menyambut tetamu-tetamu yang hadir.
So kita akan nampak kelibat pengantin kehulu dan kehilir menyambut para tetamu yang hadir dan bergambar bersama para tetamu yang hadir.

Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner
cik iena bersama pasangan yang diraikan

Cik iena tak banyak ambil gambar pun sebab cik iena kepenatan sebenarnya dari Awal pagi keluar dari kampung untuk make up bersanding di manjalara. Kemudian ke Shah Alam dan ke sini.
Pada majlis tersebut disediakan satu meja yang dihidangkan makanan Halal untuk tetamu yang beragama Islam. Makanan yang di hidangkan memang sedap (^_~)


Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner



Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner

Tan Koon Ming & Kook Yuen Peng Wedding Dinner



Mengikut jadual majlis habis pada pukul 11 malam. Tapi cik iena balik dalam pukul 9 lebih. Cik iena keluar awal sebab cik iena masih ada hal yang perlu di uruskan. Cik iena perlu ke Klang dan Shah Alam. Penat tak terkata. Tiada rehat hujung minggu .
Nota Blog :  haaa nak bagi tau, alkisah Kadar Parking Paling Mahal RM 1537.00 ada kaitan dengan cerita ni. Next Update okay (^_~)


iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com
Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve