Ceritera 16 April, program kerja amal masih diteruskan walaupun cik iena tidak bekerja pada hari tersebut kerana masalah kesihatan . Disebabkan cik iena dah janji nak bawa pelajar UPSI menyertai aktiviti tersebut cik iena mesti lah hadir kan . Selagi tiada masalah yang besar yang menjadi halangan cik iena pasti akan tunaikan apa yang telah di janji (^_~)
Terima Kasih Nadia dan sahabat kerana sudi menyertai kerja amal ini . Jauh datang dari Tanjung Malim.
pelajar UPSI |
aksi nak ambil gambar homeless tapi buat ala2 selfie hehe |
Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka . Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri . Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara jelas.
Kepada yang berminat boleh hadir di bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya tidak berlaku pembaziran makanan.
HELP THE POOR
:- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to
them may be the reason Allah forgives you and enters you into
Jannah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa
saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin
yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa
saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin
yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.
(Hadis Riwayat at Tirmizi)
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com