Alhamdulillah walaupun sukarelawan tak berapa nak ramai pada hari tersebut. MAsih berjalan lancar. Kebiasaannya hari khamis memang sukarelawan akan kurang sebab jumaat kerja.
Tapi kali ni lagi kurang sebab keesokannya cuti umum . Ramai yang balik kampung bercuti Panjang.
Manu pada hari tersebut adalah nasi putih, ikan bilis kentang masak kicap, sayur kobis carrot masak lemak putih, sambal belacan dan puding caramel
|
bersama rakan sukarelawan, kak liza |
|
kobis dan carrot masak lemak putih |
Kepada anda yang berminat untuk menjadi
sukarelawan amatlah dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk
menjadi sukarelawan cukup sekadar anda turut sama hadir membantu
menyediakan makanan buat golongan yang memerlukan disamping sedikit
peraturan yang perlu di patuhi untuk menghormati golongan gelandangan
dan yang seantara dengannya iaitu tidak mengambil gambar mereka atau pun
mengambil gambar suasana disana menggunakan flash sehingga ketara
maneampakkan raut wajah mereka . Setiap mereka yang datang mengambil
makanan ada masalah yang tersendiri . Kita perlu hormat mereka supaya
tidak menyebarkan gambar mereka secara jelas.
Kepada
yang berminat boleh hadir di bank muamalat jalan melaka, belakang lrt
masjid jamek aliran kelana jaya pada pukul 10 malam, setiap hari khamis
dan jumaat. Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan makanan juga
amatlah dialu-alukan tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami
terlebih dahulu supaya tidak berlaku pembaziran makanan.
HELP THE POOR
:- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to
them may be the reason Allah forgives you and enters you into
Jannah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa
saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin
yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa
saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin
yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.
(Hadis Riwayat at Tirmizi)
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com