Pementasan teater Cinta Sang Arnah dan Mahkamah Lorong telah diadakan di Taman Budaya, Kuala Lumpur. Dua teater dalam satu malam dengan satu harga iaitu RM15 untuk dewasa sememangnya amat berbaloi untuk ditonton.
Teater ini melibatkan pelajar daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang bergerak dibawah nama Tronoh Theatre Shop.
Menurut Dr. Shark (nama sebenarnya Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty) selaku tenaga pengajar, untuk mengajar dan mengasah bakat terpendam di dalam diri pelajar-pelajar kejuruteraan adalah merupakan suatu perkara yang sangat mencabar.
Bukan calang calang pelajar yang melakonkan watak-watak dalam teater ini tau. Cik iena pun masa belajar dulu tak pandai berlakon teater . Cuma pandai menari je (^_~)
Teater Cinta Sang Arnab
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Wangi yang kecewa atas kecurangan bekas teman lelakinya.
Sewaktu beliau bercadang ingin membunuh diri dari atas jambatan Pulau Pinang. Datang seekor arnab yang ingin menyelamatkannya. Dari situ lah bermulanya perkenalan mereka berdua .
Si Arnab merupakan haiwan yang boleh bercakap seperti manusia. Wangi menjemput si Arnab untuk tinggal bersamanya. Oleh kerana meraka tinggal bersama dirumah wani . Mereka menjadi rapat . Selepas kecewa putus cinta ,Si Arnab menjadi teman rapat wani , Si Arnab menceriakan hari-hari wani dengan kaletahnya. Si Arnab juga merupakan haiwan yang mampu bertukar menjadi pelbagai haiwan kecuali "Babi" kerana ianya adalah haram .
Sehinggakan pada satu hari, si arnab telah meluahkan isi hatinya bahawa dia mencintai si Wangi. Malangnya si Wangi tidak dapat menerima kenyataan ini dan anggap ianya mustahil untuk manusia bercinta dengan binatang.
Maka si arnab cuba membuktikan ianya tidak mustahil. Malangnya dia gagal bertukar menjadi manusia sehingga satu kejadian berlaku terhadap si arnab dan menyebabkan beliau telah pergi jauh dari hidup Wangi.
jiran wangi yang suka mengambil tahu kisah orang2 sekeliling (janda berhias) |
Sedutan Teater cinta sang arnab oleh tronoh teatre shop
Teater Mahkamah Lorong
Ia mengesahkan kehidupan haiwan-haiwan di sebuah lorong. Masing-masing mempunyai latar belakang kehidupan dan masalah yang berbeza.
Sehingga pada satu ketika, Si Kucing Parsi – yakni kucing kelas atasan yang kaya-raya dan selalu memandang rendah haiwan-haiwan lain di lorong itu telah dijumpai mati dibunuh.
Dalam banyak-banyak haiwan, si Gagak adalah haiwan yang paling disyaki membunuh si Kucing Parsi. Sepanjang tempoh pembicaraan, Banyak bukti menunjukan si Gagak yang bersalah walaupun bukti-bukti tersebut amat diragui oleh semua haiwan yang ada.
Oleh kerana sifat tamak yang ada pada diri haiwan-haiwan itu yang telah di rasuah oleh si hakim, maka mereka mengiyakan bukyi-bukti yang kurang sahih itu.
Oleh kerana sifat tamak yang ada pada diri haiwan-haiwan itu yang telah di rasuah oleh si hakim, maka mereka mengiyakan bukyi-bukti yang kurang sahih itu.
Paling malang buat si Gagak apabila mendapati ketua hakim sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan si Kucing Parsi. Untuk menutup mulut, si Hakim (yakni kangaroo) telah memberi rasuah kepada haiwan-haiwan yang terlibat lalu menghilangkan bukti yang ada terselit nama beliau.
Maka si Gagak didapati bersalah maka hukuman bunuh telah dijatuhkan kepada beliau. Sewaktu si Gagak dijatuhkan hukuman, haiwan-haiwan lain juga turut dibunuh bagi menutup kes ini oleh pembunuh yang telah membunuh si Kucing Parsi.
Rupanya, Mak Ayam yang sebenarnya telah mengupah pembunuh untuk membunuh si Kucing Parsi dan haiwan-haiwan yang lain, kerana mereka selalu menganggu bisnes ayam (pelacuran) yang menjadi periuk nasinya selama ini.
Walaubagaimanapun, Mak Ayam juga turut dibunuh oleh pembunuh upahan itu tadi.
Sedutan Teater mahkkamah lorong oleh tronoh teatre shop
MEMPERKENALKAN BARISAN PELAKON DAN KREW YANG TERLIBAT
https://www.youtube.com/watch?v=duNs0466EDs
https://www.youtube.com/watch?v=dAFp42qlbNY
Dubmash Awak Kat Mana oleh si kucing kurab, si gagak dan si kambing dalam Teater mahkkamah lorong oleh tronoh theatre shop.
https://www.youtube.com/watch?v=dAFp42qlbNY
Setiap tahun, Tronoh Theatre Shop akan mengadakan persembahan teater di Taman Budaya, Kuala Lumpur. Bagaimanapun cuma setahun sekali sahaja di sini.
Keabadian Cinta Teater cinta si arnab dan mahkkamah lorong oleh tronoh teatre shop
Gambar bersama pelakon-pelakon Teater Cinta Sang Arnah & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop
bersama @keylaazara memegang watak janda berhias dalam teater cinta sang arnab
cik iena bersama si gagak, yang di fitnah membunuh si parsi |
si lembu comel, pakar DNA |
si hakim.. kanggaroo |
anjing penyasat |
wangi watak utama cinta si arnab |
bersama si arnab yang comel |
bersama si parsi yang comel yang mati di bunuh |
ustaz kambing |
bersama mak ayam, kokk kokkk kokk kokk.. haha suka lakonan dia |
bersama si kurab |
anjing penyiasat |
Gambar-Gambar di sekitar majlis pementasan
panda pun pandai ambil gambar |
GAMBAR-GAMBAR INSTAGRAM CIK IENA
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com