Pagi ini cik iena berkesempatan untuk bersama nelayan di Kampung pantai sungai karang. Pengalaman bersama nelayan memukat ikan memang sangat menyeronokkan. Kami dilayan mesra oleh para nelayan. Selepas hampir kecewa kerana tidak dapat melihat nelayan memukat kami ingin memulakan perjalanan ke Cherating . Alhamdulillah adik cik iena nampak kelibat nelayan sewaktu memandu di sekitar pantai batu hitam, pahang.
Dengan pantas nya cik iena berpatah balik dan cari parking untuk berhenti melihat aktiviti nelayan memukat ikan. Waktu nelayan memukat lebih kurang pukul 9 ke 10 pagi . Sila take note cik iena. Tadi sampai pukul 8 pagi memang bot nelayan kat dasar laut lagi.Pukatnye belum di tarik ke pesisir pantai. :)
http://www.ienaeliena.com/2015/06/pantai-batu-hitam-pahang.html
https://www.youtube.com/watch?v=1CX6nR2EneI
Setelah selesai mengutip ikan bersama nelayan, kami membeli sedikit hasil tangkapan untuk di bakar di chalet yang bakal kami menginap . Apa yang seronok kalau bermalam di chalet atau homestay boleh buat bbq , masak2 beramai2 dan juga lepak2 bersama2 kawan dan keluarga tanpa batasan tanpa protokol.
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com