Beberapa hari sahaja lagi ramadhan menjelang tiba, masih sempat lagi jika anda ingin berkongsi kemeriahan berhari raya bersama golongan yang memerlukan. Berikut cik iena lampirkan bagaimana cara untuk membuat tajaan bagi kempen ini.
Mudah sahaja seperti anda shopping online cuma kali ini anda tidak dapat barang atau servis tapi anda akan mendapat lebih daripada itu yang mana ianya tidak nampak di mata dan tidak ternilai kebaikannya . Seperti anda sedia maklum memang banyak kelebihan untuk orang bersedekah.
Okay tanpa bercerita panjang cik iena kongsikan cara-caranya pada mereka yang berniat untuk bersedekah tapi berasa ragu-ragu, kurang pasti atau tidak beberapa yakin dengan pembayaran online.
Cik iena tunjukkan cara nya ok.
BAGAIMANA UNTUK MENAJA SHOPPING RAYA 2015?
Utk salurkan tajaan anda, sila lakukan transaksi di :-http://www.projekiqra.com/cs_cause/shopping-raya-2015/
2) Klik button Donate NOW
3) Isi Bank pilihan untuk transaksi ini dan lengkapkan maklumat anda.
5) Masukkan Username dan Password internet banking anda
7) Anda akan menerima notification di dalam email untuk rujukan transaksi ini
Atau pun pada yang kurang yakin dengan cara ini , anda boleh menggunakan cara transfer duit secara online atau pun menggunakan CDM .
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
No Akaun: 5648-1050-4003
Email: info@projekiqra.com
No Tel: 019-2175597 (Bendahari – Suhaimi Abdul Manan)
Nota : Sila emailkan maklumat penaja (nama,no.telefon,alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com
Untuk lebih lanjut, anda boleh menghubungi nombor di bawah:
- Solleh (0176702033)
- Sharifah (0172748904)
- Khairul anuar (0167361067)
Okay nak tau lebih lanjut boleh baca entry cik iena yang sebelum ni tentang projek ni . Alhamdulillah cik iena dah tunaikan janji. Pada awal cik iena post mengenai ni memang terdetik di hati nak membuat sumbangan . Kebetulan adik terbaca dan dia nak kongsi dengan cik iena. Alhamdulillah .
Kempen Taja Shopping Raya 2015
Sertai Shopping Raya 2015
UPDATE 11 JUN 2015 11 :22 AM
600 penerima manfaat untuk ditaja
# Sudah ditaja : 274 penerima manfaat
# Belum ditaja : 326 penerima manfaat
Taja 1 penerima manfaat : RM 200 sahaja
"Tangan yang memberi LEBIH BAIK daripada tangan yang Menerima"
Jadi sama-sama lah kita menjadi YANG LEBIH BAIK
dan perbaiki diri kita menjadi yang TERBAIK
Hadith :
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)
Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur'an:
Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam Al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan. Di antaranya seperti berikut:
Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata.
Sedekah itu ada 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .
Lima di dunia
- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .
Lima Di akhirat :
- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga
Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com