Grab The Promo
Grab The Promo

Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone



Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone



Terima kasih Boat Noodle diatas penghargaan anda. Kepada anda yang ingin memiliki sampul raya ni boleh lah berbuka puasa di Boat Noodle. Boat noodle memperuntukkan 200,000 bowl percuma untuk pelanggan-pelanggan boat noodle yang dihargai. Cepat tau sebelum kehabisan .
 
 Sebenarnya selepas food review tempoh hari cik iena da banyak kali ke boat noodle time square cuma tak berkesempatan nak update cerita je sebab terlalu sibuk . 
 
Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone

 
Terima kasih banyak-banyak Boat Noodle, cik iena sangat menghargainya walaupun hanya sampul kosong tapi yang penting belakang sampul tu ade free voucher 2 bowl  bagi setiap sampul .
Cik iena dapat 5 bungkus dimana 1 bungkus ada 5 sampul bersamaan 50 bowl
memang rezeki sangat-sangat
Cik iena memang suka makan boat noodle
hahaha tak boleh guna as sampul raya la ni
untuk kegunaan sendiri
lalalalallaaaaa



Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone


 
Banyak tu . Voucher yang Boat Noodle bagi sebelum ni pun cik iena masih tak habis guna .
Terima kasih sangat-sangat kerana menghargai hasil tulisan kami.
 
Voucher valid 17 July 2015 sehingga 30 september 2015
 
 
 
 
Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone

Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone
 
Kepada +Bro Framestone  terima kasih tidak terhingga diatas peluang-peluang yang diberikan.
sangat senang bekerjasama dengan bro.
 
jemput baca entry tentang boat noodle
 
 www.ienaeliena.com/2015/04/boat-noodle.html
 
Okay jom berbuka puasa di Boat Noodle dan dapatkan sampul comel ini

  Okay caranya macam ni
jangan cakap cik iena tak habak naaaa
beruntung pulak jadi cik blogger dpt free
(^_~)
Alhamdulillah rezeki
 
Angpow dari Boat Noodle dan Broframestone
 
Boat Noodle mempunyai sembilan cawangan di Malaysia, yang secara strategik terletak di

  1. Empire Damansara, G03a, Heritage Lane
  2. The School @ Jaya One, P2, Same floor as Cold Storage
  3. Ikon Cheras, G Floor
  4. Publika Block C5, Level G3, Lot 30a
  5. Sutera Mall, Johor Bahru L2-550C
  6. Gamuda Walk, Setia Alam
  7. Klang Parade, 5th Floor

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Boat Noodle di Facebook

Boat Noodle
Anda juga boleh Like di Boat Noodle facebook  untuk mendapatkan maklumat terkini dan maklumat. 
 
 








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Photo By Muhd Asyraf | Yapahseng


 
Photo By Muhd Asyraf | Yapahseng
 
Assalammualaikum &  selamat pagi.
Kepada anda yang masih mencari khidmat photographer untuk majlis-majlis anda tak kira samada majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya boleh lah hubungi Acap.
Acap merupakan Fulltime photographer.

Muhd Asyraf

+60 14-735 9351
(Call/sms/whatsapp)

Nak tengok gambar lain di fanpage beliau

ShootersCam Picture's



Mimpi moon cik iena update gambar photoshoot dah lama, encik photog baru upload semalam , kebetulan lepas sahur tak tidur dan enty ni tak banyak kene fikir ayat nak taip macam entry untuk produk review, event review, food review. maka boleh lah update terus. Sebelum ni banyak gambar photoshoot pending tak update kat blog sb nak tunggu update ikut turutan konon. Sampai bile tak update kan.. Banyak sangat yang menanti di update
(^_~)

Nota Blog : kawan2 photog lain mohon jangan sentap kalau cik iena tak update gambar korang. Cik iena sibuk . Bila ada masa baru update . Yang lepas2 punye gambar banyak tak update T___T










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


10 malam terakhir Ramadan | Mencari malam Lailatul Qadar


10 malam terakhir Ramadan | Mencari malam Lailatul Qadar


Assalammualaikum, hari ini 20 Ramadhan 1436, tiba masanya kita mencari malam Lailatul Qadar.10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.

Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya


 
Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal
 
Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
 
SUMBER:





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Aidilfitri ini kecapi tubuh lebih terbentuk dengan GORGEOUS BURNING MIST


GORGEOUS HERE ,GORGEOUS THERE, GORGEOUS DI HARI RAYA YEAY !!
Ingin kan tubuh yang lansing tanpa memakan pil  dan menyapu krim yang berbau dan hangat . 
Anda boleh mencuba GORGEOUS BURNING MIST.
Ia merupakan sejenis SERUM daripada Eropah yang berteknologi tinggi .





GORGEOUS BURNING MIST


MENGENAI GORGEOUS BURNING MIST


Merupakan SLIMMING SERUM EROPAH BERTEKNOLOGI TINGGI
Penyerapan cepat dan jauh ke dalam kulit untuk membakar lemak lebih jauh berkesan daripada produk lain disamping merawat kulit yang rosak.
TIADA
- Rasa Gatal
- Kesan Merah pada kulit
- Rasa Pening/ pitam
- Rasa Dahaga
- Senaman Ketat

 

GORGEOUS BURNING MIST

FAEDAH-FAEDAH:

 

1. Membakar lemak (sekali sapuan, membakar selama 12 jam) tanpa rasa panas
2. Mengempiskan perut dengan cepat
3. Menghilangkan dagu berlapis
4. Meningkatkan kadar metabolisma
5. Menyembuhkan penyakit isomnia/ sukar tidur malam
6. Anti-Aging / Awet muda Melembabkan dan melembutkan kulit kembali remaja
7. Mempercepatkan proses pencernaan
8. Merawat Kulit yang rosak dan terlalu kering dan menggerutu
9. Mempercepatkan proses pencernaan
10. Memberi kesegaran dan menghilangkan lenguh
11. Anti-Stress
12. Anti-Selulit
13. Merawat stretchmark/ renggangan kulit
14. Memudarkan tanda-tanda hitam
15. Badan sentiasa bertenaga
16. Merawat masalah senggugut dan keputihan
17. Menghilangkan parut
18. Mengekalkan bentuk badan untuk sentiasa tampak menarik
19. Melancarkan peredaran darah
20. Membuang Angin

 


GORGEOUS BURNING MIST
Founder GORGEOUS BURNING MIST, Puan Gee

Cara-Cara penggunaan/ panduan:

 

1. Hanya Spray beberapa titik dan ratakan keseluruh bahagian badan yang berlemak.
2. Gunakan 2 - 3 kali sehari selepas mandi untuk kesan yang lebih cepat.
3. Pemakaian korset & girdle amat disyorkan untuk kesan yang lebih pantas.
4. Sekiranya anda seorang yang suka makan makanan yang berkarbohidrat, bolehlah menyapu GBM terlebih dahulu sebelum menjamah makanan.
5. Elakkan penggunaan di kawasan yang tidak mempunyai tandas.
7. Selamat digunakan & mendapat kelulusan KKM.

Kesan Terawal:

1. Anda akan berasa hendak membuang air besar
2. Sentiasa berpeluh
3. Mengeluarkan angin
kandungan: 60ml
harga: rm90 ( termasuk pos)
2 botol rm160 (termasuk pos)
4 botol ke atas sebotol rm70 + postage (promosi hari ibu)



 Testimoni yang menarik perhatian cik iena adalah yang ni , pengurangan lemak di bawah dagu . yeayy No More double chin !!



GORGEOUS BURNING MIST

 

 

Produk Keluaran:

G Adore Beauty (SA0334029-P)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI



GORGEOUS BURNING MIST
cik iena bersama Founder GORGEOUS BURNING MIST, Puan Gee




iena eliena



Thanks singgah blog cik iena yer
next time dtg singgah lg yer(^_~)
email : iena@ienaeliena.com

Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat !




Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat
 
Memiliki kulit yang bersih, sihat serta bebas jerawat merupakan idaman setiap wanita. Jerawat yang di picit akan meninggalkan parut yang mencacatkan di bahagian muka dan boleh membuat seseorang kelihatan murung, tidak bersemangat serta hilang keyakinan diri. 
Masalah jerawat dan parut jerawat memang sangat berat buat cik iena . Cik iena tidak gemar jika muka cik iena di datangi jerawat . Pelbagai petua akan cuba cik iena lakukan . Akan tetapi kalau petua-petua ni kita kene rajin buat barulah berhasil dan nak membuatnya perlu ada masa . Memandangkan cik iena bekerja sebagai programmer dan terlalu sibuk untuk mencuri masa membuat petua-petua ni cik iena ingin mencari produk yang berkesan untuk menghilangkan parut atau bekas jerawat
Almaklumlah Hari raya hampir tiba,mestilah kita nak cantik di hari raya gituw . Kalau boleh taknak ada encik jerawat dan encik parut jerawat . Muka cik iena memang jarang naik jerawat tapi sekali naik huwaaaaaaa nak nangis tengok parut tu , Memang lambat nak hilang . Hilang kecomelan . Terpaksa lah cover dengan make up :)

Berikutan daripada itu cik iena pun mula lah sesi kaunseling dengan Dr. Google . Cik iena tertarik dengan produk Azanis Scar Serum . Produk ini juga cik iena pernah tengok di iklan kan di TV dan di Utusan Malaysia .

      Setelah berjumpa Doctor Google cik iena baca Info Di sini 


 Dan Hasil bertemu Dr. Google juga cik iena terjumpa kisah bos dan majikan ni,
dimana boss nya yang bernama Anis yang mempunya masalah parut.bekas jerawat dan seorang pekerja di bahagian photostate yang mempunyai kulit yang flawless tanpa parut jerawat.

Okay jom cik iena copy kan cerita menarik Cik Anis
(^_~)

Azanis Scar Serum

Assalamualaikum....

Tu dia tajuk, bukan main lagi. Rahsia wajah kekal flawless tu... Siapa yang tak nak flawless kan? Ha, hari ni aku nak kongsikan satu cerita pasal pengalaman yang aku lalui sendiri.

Nama aku Anis. Aku bekerja di sebuah syarikat pembangunan. Nak dijadikan cerita, muka aku ni memang senang naik jerawat. Kalau tak silap, dari masa aku kat bangku sekolah lagi. Masa tu form 2 kot kalau tak silap. Entah macam mana, ada seorang pakwe tu ngorat aku. Punya lah dia bagi ayat manis tulis atas kertas siap letak bedak lagi.... kertas tu pulak selit kat dalam pensil box aku.

Masa malam tu, ada lah aku berangan. Konon-konon nak kahwin dengan dia lah. Maklumlah, budak lelaki tu pun hensem juga kan. Tapi yang sedihnya, bila aku bangun tidur, tengok ada sebijik jerawat tumbuh kat tepi pipi kiri aku.

Tu dia.... hah... habis dah wajah comel aku bertukar jadi macam pikachu.

Siangnya pergi sekolah habis kawan-kawan gelakkan aku. Aik, takkan baru dapat surat dah tumbuh jerawat.

Aku pun tak tahu takkan sebab dapat surat tu je kot terus naik jerawat ?? Pelik gila kot !!

Balik sekolah, aku tanya kat mak aku. Dia kata mungkin sebab malam tu aku ada makan seafood yang mak aku masak tu kot. Maklumlah, gulai udang mak aku memang sedap gila bak hang. Aku bedal juga lah dekat 12 ekor udang tu. Habis adik-adik tak dapat nak merasa. hahaha padan muka diaorang !

Dipendekkan cerita, semenjak hari tersebut, muka aku sering naik jerawat. Bila aku keluar je, terdedah dengan hawa panas, habuk dan kotoran luar, memang muka aku akan naik jerawat. Lagi-lagi kalau kena kerja kat luar especially masa buat site visit.

So memang muka aku teruk lah. Daripada dulu masa kecil comel ya ampuuuunnnnn, sekarang dah macam mak - mak orang je aku tengok walaupun baru umur 25 tahun. Adui segan beb. Dah la sekarang aku kerja pangkat Executive Project Manager untuk satu construction building kat area Petaling Jaya ni.

So dipendekkan cerita lagi, hampir setiap seminggu sekali aku akan tukar-tukar produk untuk menghilangkan parut bekas-bekas jerawat dan juga kotoran kat wajah aku.


Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat
(Gambar saya lepas dapat Azanis Scar Serum stok baru. Korang baca lah cerita ni sampai habis... :)

Paling selalu aku guna, adalah nivea. Best pakai pencuci muka nivea ni. Memang muka rasa bersih je. Tapi satu lah masalah dia, nivea sekadar bersihkan muka. Bekas jerawat yang bertimbun kat muka aku ni tak reti-reti nak hilang.

Leceh kot tiap-tiap hari aku nak keluar rumah kena pakai mekap tebal-tebal. Dah la mahal, macam tepung gomok. Asal nak jumpa client je kena mekap, asal jumpa client je mekap. Haih !

Teringin beb nak jadi macam member aku yang sorang tu buat kerja fotostat je hari-hari kat opis, tapi muka dia ya ampun... umur 28 tahun dah, tapi flawless ya amat.

Aku ni pangkat tinggi dalam opis, tapi muka teruk. Kurang keyakinan diri. Sampai nak tanya staff bawahan aku yang tukang fotostat tu apa rahsia dia flawless pun aku segan. Nampak tak punyalah rendah aku punya keyakinan diri tu !

Isk kau ni Anis ! Apa nak jadi lah..... haih !

Dipendekkan cerita, selepas mendapat dorongan daripada pakwe aku yang bernama Zaki, hari-hari lah beliau bebel kat aku, kalau dah tau si Fatin tu lawa muka flawless, apa salahnya tanya je lah kat dia rahsia muka flawless dia tu................. takkan tu pun nak segan dengan staff sendiri kot !

Esoknya, aku pun masuk opis. Benda pertama aku buat, aku pergi bahagian fotostat dan cari si Fatin.

Mana kau ni Fatin... oh lupa pula dia pagi-pagi kena bersihkan stor belakang dulu baru masuk buat fotostat untuk staff lain.

Masa rehat tengah hari tu, aku ternampak si Fatin ada kat bilik rehat belakang. Dia ni memang mesra orangnya. Aku pun tanpa segan silu terus datang kat si Fatin, ajak dia berborak. Tanya khabar dan tanya macam mana dia kerja kat opis ni best ke tak....?

Bila bos dah datang, kawan-kawan Fatin pun semua bagi laluan dan tinggalkan kami berdua je kat dalam bilik rehat tu. Maklumlah bos kan... garang pun ada aku ni kadang-kadang. Sebab tu budak-budak tu takut. hahaha :D

So bila semua dah keluar, jadi privasi sikit untuk aku, senang nak tanya dia.

"Fatin, akak nak tanya sikit boleh tak... muka akak ni teruk lah, hari-hari buat site visit, makin naik jerawat. Jerawat lama belum sembuh, dah tumbuh yang baru. Parut dia memang dah bertimbun ni kalau akak buang mekap akak ni...."

Elok je aku cakap camtu, si Fatin terus bangun dan pergi ambil handbag dia... dia keluarkan sebuah botol kecil warna biru-biru macam tu. Aku tak perasan sangat, tapi bila dia tunjuk kat aku... baru aku nampak nama produk tu.

Azanis Scar Serum, yup... produk Azanis Scar Serum ni lah yang Fatin tunjuk kat aku masa mula-mula sekali aku tanya dia pasal parut jerawat aku nih...


Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat
 

(Ni lah gambar Azanis yang Fatin bagi aku cuba tu, aku tangkap kat meja opis)

Fatin hulur sebotol Azanis Scar Serum tu kat aku. Masa tu aku macam tak percaya... Fatin cakap kat aku, akak Anis try lah dulu serum ni. Cuba balik ni akak cuci muka bersih-bersih dan pakai serum ni sebelum tidur.

Akak stop je pakai produk-produk lain macam bio oil, mederma, serum-serum lain tu. Sebab bila akak campur-campur pakai, nanti muka akak jadi lagi rosak teruk sebenarnya. Akak cuci muka konsisten je. Kalau akak pakai garnier, guna satu je jangan pakai tukar-tukar. Then sebelum tidur akak amalkan sapu serum ni kat muka.

Aku masa tu rasa macam, erk biar betul ko Fatin...???

Hari-hari aku sapu nivea whitening cream masa cuci muka, lepas tu aku bubuh toner dia lagi, sebelum tidur aku bantai masker lagi, siap sapu krim yang jenama babies apa tah tu... tak juga sembuh-sembuh.

Si Fatin ni elok je suruh aku stop semua tu. Dah la mahal aku beli dia suruh stop terus ?

Erm.... tapi mengenangkan pakwe aku si Zaki tu pesan, dengar je cakap orang yang dah berjaya kan... so aku pun dengar je lah cakap si Fatin. Yang bestnya si Fatin ni bagi aku sebotol yang dia guna tu free je kat aku.

Tapi mengenangkan aku bos kan, segan la wei ambil barang staff sendiri tak bayar kat dia. So aku pun selit RM 50 kat handbag dia tanpa dia sedari. Maybe lepas balik nanti dia perasan la tu.

So aku pun baliklah rumah. Malam tu sebelum tidur, aku macam biasa akan cuci muka dan ambil wudhuk sebelum tidur. Masa nak masuk tidur, aku try sapu setitis kat muka aku.

Ikut cakap Fatin, jangan pakai banyak sangat sebab kesan dia memang best bila pakai. Sikit pun dah boleh rasa, nanti ada panas-panas sikit pastu dia meresap dalam. So aku pun sapu nipis sikit je kat muka. Aku ratakan muka dan aku tepuk-tepuk sikit bagi rasa lembab kulit tu.

Bila aku start baring dan mula nak lelapkan mata, betul lah apa yang Fatin cakap tu. Ada rasa suam-suam sikit. Tapi dia bukan suam apa... just nice je macam kena tuam dengan kain panas. So aku expect maybe serum ni bertindak macam tuam dengan kain panas kot untuk hilangkan parut-parut aku.

Apa yang paling best, esoknya masa aku bangun pagi, aku try pegang pipi aku.

Ada rasa lembut sikit kulit aku !!! Pergh.... best gila... baru pakai sekali, dah dapat rasa perubahan tu. Jerawat batu kat bawah tulang pipi aku pun dah nampak kecut sikit walaupun tak ketara sangat !!

Yeahhhh ni yang heppi gila ! Akak sayang gila kat kau Fatin... tak menyesal akak tanya kau semalam.

Haa... start daripada hari tu lah aku akan pakai serum ni hampir setiap malam. Ada la sehari dua hari tu aku miss sebab penat sangat kan balik site visit pun dah malam. Terus tidur....

So, lepas 8 hari aku pakai, jerawat pun dah kurang. Parut pun makin nipis. Tapi sayangnya, Azanis Scar Serum aku pun dah habis.

Patut lah si Fatin ni bagi free je kat aku, rupanya tinggal sikit kat dalam botol tu. Tak guna kau Fatin, aku bagi kau RM 50 kau bagi aku 20 titik je ? hahahahahaha... adui terkena aku dengan staff aku sendiri. So pengajaran untuk bos-bos kat luar, kalau staff belanja tu check dulu tau :P

So malam tu aku balik rumah, aku try search kat google. Aku taip Azanis Scar Serum.

Page pertama aku jumpa kat facebook adalah Azanis Scar Serum HQ Branch KL dan web paling atas sekali adalah AZANIS SCAR SERUM 004.

Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat


So masa search tu aku pun tekan je lah blog yang paling atas sekali tu. Bila aku tekan, dia pun keluar details lengkap macam dalam gambar kat bawah ni....

Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat

Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat
Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat


So bila aku tengok ada tulisan Official kat atas tu, pastu aku tengok ada packaging baru... aku pun start yakin yang ni adalah Azanis Scar Serum yang asli.

Sebab seingat aku masa kat opis tu Fatin ada cakap, produk Azanis ni sangat laku kat pasaran. Kalau online tu memang gila-gila sales dorang. Sebab tu bila produk laku je ada orang buat tiruan.

So kalau akak nak beli, kena cari kat yang official atau ejen sah dan rasmi sahaja.

Aku pun bila belek website tu aku tengok dah ada packaging baru... so aku pun yakin sikit. Produk ni sentiasa ada improvement dan dia nak pelanggan puas hati serta yakin yang mereka tak terbeli produk tiruan.

Biasa produk bila ada packaging baru ni belum ada tiruan lagi. So aku nak kena sambar cepat-cepat lah produk ni.... Aku pun terus mesej nombor 0173673630 tu untuk order.

Bila aku order, wah kau ! Dia punya layanan kelas A. Best.... aku tanya macam-macam dengan tenagn abang Joe tu reply mesej aku. Dia punya impression nak puaskan hati pelanggan tu aku nampak. Memang bagus service mereka.

So aku rekemenkan kat korang kalau nak beli Azanis Scar Serum yang packaging baru ni terus je roger abang Joe... mesej dia atau wasap lagi pantas: 0173673630 :)

Ha... ni pula testimoni yang aku share kat dia...

Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat

Ha... ni masa aku share pengalaman aku sapu kat jerawat batu yang baru tumbuh kat pipi aku sebab keluar pi site visit tempoh hari... So ikut nasihat abang joe, aku kena banyak minum air. Ni bulan puasa tak boleh minum siang hari, so lepas raya nanti kalau pergi site visit aku akan minum banyak-banyak.

Abang joe cakap, selain jaga luaran kita kena jaga dalaman juga. Pemakanan kena jaga. Kalau ada alahan dengan seafood tu kurang-kurangkanlah makan udang walaupun udang tu sedap sangat. hahaha... terbaik abang Joe :D

Okay, nah ni akak nak belanja gambar Azanis Scar Serum yang akak beli dari abang Joe... packaging baru kau..... kelas mak oi !

hahaha....

Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat

Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat

Rahsia Wajah Kekal Flawless Tanpa Bekas Jerawat
Patutlah macam pernah dengar produk ni. Rupanya pernah masuk TV3... adui aku ni busy sangat, tu pasal tak pernah tahu produk bagus macam ni. Lain kali kau Anis, kena lah spend masa sikit bersosial ya... kerja kerja kerja kerja, isk isk isk.... kan dah berjerawat muka tu !

Okay lah guys, Anis nak buka puasa ni. Tak sabar nak pakai yang packaging baru ni malam nanti :)

Sekian.



Berikutan daripada kisah cik Anis yang cik iena baca ni membuat kan cik iena merasa ingin mencuba produk ini walaupun muka cik iena tidak bermasalah jerawat yang banyak . Cuma kulit cik iena apabila sesekali naik jerawat terutama semasa cik iena stress bekerja dan waktu datang bulan . Jerawat itu akan meninggalkan parut dan memakan masa yang lama untuk hilang . Biasalah tangan cik iena memang tak reti duduk diam nak di picit-picit nya jerawat tu . maka dengan sebab itulah ianya meninggalkan parut yang ketara. Jika cik iena ade event memang cik iena perlu tutupkan parut jerawat tersebut dengan foundation . Kalau parut tu hitam, lebih tebal foundation yang perlu di guna untuk tutup parut jerawat tersebut . Kalau tak pakai memang nampak la parut tu :)





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve