Grab The Promo
Grab The Promo

Sedapnya makan di Miami Grill Malaysia

Miami Grill


Miami Grill merupakan restoran makanan barat citarasa America  sentuhan Pitbull dimana ianya terletak di Sunway Pyramid Mall . Dibawakan khas dari Miami, restoran fraincais pertama milik Rapper antarabangsa Pitbull dibuka di Malaysia.



Miami Grill
Cakkkk , ratu selfie :)


Sekali sekala kita merasa makanan barat pun seronok juga . Cik iena telah mencuba menu yang di pilih oleh rakan blogger cik iena  +Halim Brothers  iaitu Chicken Philly  Cheesesteak. Kebanyakan menu disini adalah Daging tetapi istimewanya disini anda boleh tukar daripada daging kepada Ayam .


Miami Grill Malaysia


Gambar diatas, halim sedang memilih menu untuk cik iena. Cik iena tak makan daging . Habis satu menu dia khatam nak cari menu ayam :). Rupa-rupanya kesemua nya boleh ditukarkan kepada ayam. Wah bestnya. pilih je nak menu ape tapi request tukar kepada Ayam .

Mengada-ngada betul cik iena buli Halim pilih menu kan . Almaklulah kita tekak melayu . So kene tanya cadangan orang yang pernah makan kat sini dulu . Halim la kene pilihkan memandangkan dia pernah makan di Miami Grill.


 Okay jemput tengok menu-menu yang ada di Miami Grill Malaysia yang sempat cik iena rakamkan gambarnya.


Miami Grill Malaysia

Miami Grill Malaysia

Miami Grill Malaysia


Miami Grill Malaysia

Miami Grill Malaysia

Miami Grill Malaysia

Miami Grill Malaysia


Sementara menunggu pesanan makanan kami sampai , cik iena melihat keadaan sekeliling memang penuh dengan pelanggan . Meriah sungguh di Miami Grill. Pekerja di Miami Grill Malaysia pun sangat baik dan mesra pelanggan . Itu yang paling penting. Kalau muka mintak penampar memang takde selera nak makan okay . Pekerja disini memang tak lokek dengan senyuman dan segala pertanyaan dijawab dengan baik.


Miami Grill Malaysia


Ehh sempat juga cik iena dan halim ber "Wefie "

Miami Grill Malaysia


Okies setelah ber wefie
makanan kami pun sampai


 Yeayy
Chicken Philly Cheesesteak

Miami Grill Malaysia



Miami Grill Malaysia

Miami Grill Malaysia

Miami Grill Malaysia



Marvelous! Sangat awesome Philly Cheesesteaks. Dengan satu suapan sahaje, terus terasa keenakannya.Sos dia tak dapat nak diungkapkan kesedapan nya . Coleslaw dia juga sangat sedap :)



Miami Grill Malaysia



Korang patut cuba menu ni tau. Memang sedap !  Okay sambil-sambil makan kita Wefie lagi . Hah tu tengok Halim makan . Lapar betul tu . lama tunggu cik iena pergi beraya. hahaha Maafkan cik iena



Miami Grill Malaysia

 Selesai menjamu selera jom bayar . Ni keadaan kaunter Miami Grill Malaysia . Hep orang depan. Terima kasih belanja makan yeayyy.. Next time belanja lagi yeayy :) Insya Allah nanti cik iena akan bawa kawan-kawan cik iena pula merasa makanan kat sini yang sedap-sedap. Cik iena nak try menu lain pulak . Nak tatap lama-lama menu kat atas tu hehe.

Miami Grill Malaysia

Miami Grill Malaysia
gambar di hadapan kedai

 Okay sebelum balik cik iena nak ambil gambar dengan abam sado pitbull hehe . Nak rasa masakan bercitarasa America, ala2 makan di miami gituw jemputlah datang Miami Grill Malaysia yang terletak di Sunway Pyramid . Kalau takut jalan jammed atau takde kenderaan ke jangan risau. Sekarang anda boleh ke Sunway Pyramid dengan menaiki BRT . Mudah sangat, dari station Komuter Setia jaya anda boleh menaiki perkhidmatan BRT (Bus Rapid Transit)  dan  berhenti di station BRT Sunway Lagoon.

Miami Grill Malaysia





Untuk pengetahuan semua, Miami Grill Malaysia dikendalikan oleh syarikat bumiputera Hani Maju Sdn. Bhd. Chef nya juga merupakan bumiputera Malaysia beragama Islam iaitu Chef Mohd Redzuan (ig : https://instagram.com/chefkorek/ )

Miami Grill Malaysia

Lot LG2.127, Blue Atrium, Sunway Pyramid.
Mon – Sun: 10:00 am – 10:00 pm
http://www.miamigrill.com.my
https://instagram.com/miamigrillmy
https://www.facebook.com/miamigrillmalaysia
info@miamigrill.com.my
03-56133363 






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Dapatkan Durian Secara Percuma Dengan MyTeksi Apps


Dapatkan Durian RM1 Dengan MyTeksi Apps

Kepada peminat durian di sekitar Kuala Lumpur dan lembah klang jangan lepas kan peluang ini. Dapatkan Durian secara percuma dengan menggunakan applikasi MyTeksi di talifon Bimbit anda.
Anda hanya perlu membayar RM1 untuk kos penghantaran kepada pemandu MyTeksi :)


25 July – 26 July 2015 (Sat-Sun), between 12:00pm – 6:00pm.
Grab Your Durian !

1) Buka aplikasi MyTeksi

2) Jenis kereta '#GRABdurian' akan muncul dalam aplikasi MyTeksi dari 25 JULAI-26 Julai 2015 (Sabtu-Ahad), di antara 12:00-6:00.

3) Pilih '#GRABdurian'.
 Dapatkan Durian RM1 Dengan MyTeksi Apps


4) Masukkan alamat di mana anda mahu GRABdurian anda akan dihantar dalam kedua-dua pick-up dan drop-bidang di luar.

5) Setelah disahkan, GRABdurian anda akan dalam perjalanan!

6) Tag myteksi di FB / Twitter / Instagram dengan gambar anda dan pakej dan hashtag #GRABdurian anda

Nota Tambahan:

Hanya 100 penghantaran setiap hari, dengan tegas secara dahulu-cepat dia dapat.
Sah hanya untuk kawasan Lembah Klang.
Penghantaran adalah RM1, sila bayar RM1 pada penghantaran.
Sila bersedia untuk mengumpul GRABdurian anda dari penghantar di lokasi drop-off.
Biarkan sehingga 1 jam untuk menerima penghantaran anda.
Tidak boleh digunakan untuk Tempahan Advance.
Untuk sebarang isu, sila hubungi talian MyTeksi di 1300805858.


Untuk Maklumat Lanjut LAyari

grabtaxi.com



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Bayi Syurga memimpin ayahnya berjumpa keluarga baru


Bayi Syurga memimpin ayahnya berjumpa keluarga baru

Alhamdulillah, masin mulut cik iena bergurau dengan cerita suzie yang mengatakan suaminya bermimpikan arwah bayinya memimpinnya ke suatu tempat . Cik iena mengatakan mungkin arwah anaknya ingin membawa berjumpa adik baru . Keesokan harinya, iaitu hari ini, Alhamdulillah cik iena mendapat perkabaran gembira bahawa sahabat karib cik iena tersebut hamil . Tahniah sayang. Setelah 6 tahun penantian . Bayi pertama meninggal satu jam sepuluh minit selepas di lahirkan. Alhamdulillah sekali lagi hamil . Semoga semuanya dipermudah kan segala urusan.
 
Dear Nor Suzeyanti Masran  Jaga kandungan elok2 tau
jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga emosi
Insya Allah semoga Allah berkati dan permudahkan segala urusan kau
 
 
Ringkasan Cerita Sebelumnya
 
Tempoh yang cukup singkat bersama anak syurga ini cukup membuat hati cik iena tersentuh. Penantian selama 6 tahun berumahtangga untuk mempunyai cahayamata sendiri hanya satu jam sepuluh minit sahaja. Kejadian berlaku kepada sahabat baik cik iena. Cik iena turut sama berada di Wad bersalin hospital Selayang menemani sahabat. Pada asalnya cik iena hadir untuk berkongsi kegembiraan setelah 6 tahun penantian . Ini merupakan perkahwinan kedua sahabat cik iena , suzie. Setelah 6 tahun menunggu cahayamata akhirnya impian di kabulkan. Tetapi Allah lebih menyanyangi bayi nya.

Baca Selanjutnya
 
http://www.ienaeliena.com/2015/05/satu-jam-sepuluh-minit-bersama-anak.html 
 
 
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Khalid Bin Roslan.

Nota Blog : wahh bestnya dua2 BFF yang rapat ni pregy ehemmm.. ummie and suzie.. anak korang sebaya lah nanti ..




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Kad Raya dan Shawl dari Mek Jangok Enterprise

Kad Raya dan Shawl dari Mek Jangok Enterprise
 
 
Selamat Hari raya korang, ini kad raya pertama yang cik iena terima . Terima kasih  Mek Jangok Enterprise. Selain dari kad raya cik iena juga dapat shawl yang cantik dari  Mek Jangok Enterprise.
Terima kasih banyak2 diatas pemberian ini.
 

Kad Raya dan Shawl dari Mek Jangok Enterprise
shawl orange pemberian mek jangok enterprise, gambar shawl kat atas tu cik iena belit2 je takde guna keronsang
opss pucat muka cik programmer, cik iena pergi kerja memang tak make up and sempoi gila takde melawa.
Pakai t shirt n jeans je hahaha
okay jangan pandang saya sebelah mata sungguhpun comot pakai t shirt n jean je pergi kerja tapi saya programmer hokay lalallalalaaaaaaaaaa

Semoga  Mek Jangok Enterprise bertambah murah rezeki dan semoga perniagaan  Mek Jangok Enterprise bertambah maju dan maju yeayy
Terima kasih Lynn
 
 
Kad Raya dan Shawl dari Mek Jangok Enterprise

Kad Raya dan Shawl dari Mek Jangok Enterprise
 
Terkejut cik iena hari ni bila ade encik pos laju datang, setahu cik iena , cik iena takde buat apa-apa pembelian online dah nak raya nie.
pembelian akhir dah dapat minggu lepas . Alhamdulillah rezeki dapat shawl percuma dan kad raya dari  Mek Jangok Enterprise

Jom terjah
http://mekjangok.com/ 
 
https://www.facebook.com/mekjangokenterprise 
 
https://instagram.com/mekjangok.enterprise/ 
 
hihi ni kad raya nya


Kad Raya dan Shawl dari Mek Jangok Enterprise

Kad Raya dan Shawl dari Mek Jangok Enterprise






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Iftar Bersama Rakan Blogger Dan Ittify di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur


Iftar Bersama  Rakan Blogger Dan Ittify  di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur

Ramadhan hampir melabuhkan tirai, Alhamdulillah cik iena berkesempatan berbuka puasa bersama rakan blogger yang awesome dan team Ittify di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur  .

 
Iftar Bersama  Rakan Blogger Dan Ittify  di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur
 

 
 
Untuk pengetahuan anda, ittify akan melancarkan sebuah projek besar pada bulan ogos ini.  Yang pastinya kepada anda-anda yang mempunya pengaruh yang besar dalam laman sosial ni anda sangat-sangat sesuai untuk projek ni tau . Haa kalau follower blog, fb, twitter atai IG tu ribu-ribu sampai juta-juta tu haaa korang harus join projek ni .Tapi yang follower tak berapa nak banyak pun boleh sertai jugak  .  Kalau nak tau lebih lanjut mengenai Projek ni sila terjah  www.ittify.com dan jangan lupa subscribe untuk tau lebih lanjut mengenai Ittify.


 
Iftar Bersama  Rakan Blogger Dan Ittify  di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur
sesi temu ramah dan soal jawab hehe
 
 
Takkan serius je kan , jom wefie sikit . 
 
 
Iftar Bersama  Rakan Blogger Dan Ittify  di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur

Iftar Bersama  Rakan Blogger Dan Ittify  di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur
 
 
Iftar Bersama  Rakan Blogger Dan Ittify  di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur



 
 
 Untuk pengetahuan Ini merupakan kali pertama cik iena makan di Fish & Co . Terima kasih diatas undangan :)  Pada majlis berbuka puasa ini kami di sajikan dengan Ramadhan Special Set dari Fish & Co .
 

 Ramadhan Special Set Fish & Co. – RM75.95 untuk 2 orang


Iftar Bersama  Rakan Blogger Dan Ittify  di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur

Set istimewa ini  boleh didapati bermula 15 Jun sehingga 26 Julai 2015 di Fish & Co. cawangan Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, IOI City Mall, Putrajaya, Main Place @ USJ 21, 1 Utama dan Paradigm Mall.


Iftar Bersama  Rakan Blogger Dan Ittify  di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur



 Untuk satu hidangan ni portion dia sangat banyak. Kalau ikut size perut aweks-aweks boleh makan dua orang tau ni . Ikan nya ya ampun besar, jenuh nak habiskan tau . Disebabkan sedap . Mesti habis kan
(^_~)
Cik iena suka peri-peri sos dia sangat sedap


Iftar Bersama  Rakan Blogger Dan Ittify  di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur

Iftar Bersama  Rakan Blogger Dan Ittify  di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur
huwaaa terliur tengok gambar air ni



Fish & Co. Pavilion KL merupakan sebuah restoran berkonsepkan laut yang terletak di Lot No. C4.02.00, Tingkat 4, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur dan di buka dari 11 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.fish-co.com.my
 dan ikuti promosi terbaru Fish & Co. di Facebook  http://www.facebook.com/FishNCoMY
 atau Instagram / Twitter di @FishNCoMY



Sebenarnya kan Kalau member ajak keluar makan, dengar nama tempat makan-makan  "Fish" , cik iena berfikir banyak kali juga nak pergi sebab cik iena ni tak makan ikan sangat . Tapi Kalau nak ikut selera perut cik iena ni susah la kan . Bukan senang nak iftar bersama-sama blogger-blogger senior ni. 

Jadi cik iena takkan lepaskan peluang ni . Alhamdulillah nahhhh cik iena hampir berjaya clearkan makanan cik iena ouh yeahh Bangganya haha 
 
 
Iftar Bersama  Rakan Blogger Dan Ittify  di Fish & Co Pavillion Kuala Lumpur



 
 


Nota Blog : Harap maaf agak kelam kabut update blog hari ni . hihi last day kerja kan. Banyak kerja perlu selesaikan sebelum cuti raya . Plus tengok kawan-kawan update cik iena rasa tercicir bas pulak. Curi-curi update sambil buat kerja . haha ayat pun tunggang terbalik :D




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve