Grab The Promo
Grab The Promo

Hijab


 hijab style and fashion


Sebagai wanita islam, kita wajib menutup aurat . Tahukah anda apa erti Hijab? 

Al-Hijab berasal dari kata hajaban yang membawa maksud menutupi, dengan kata lain Al-Hijab adalah benda yang menutupi sesuatu. Menurut Al-Jarjani dalam kitabnya At-Ta’rifat mendefinisikan bahawa Al-Hijab adalah setiap sesuatu yang terhalang dari pencarian kita, dalam erti bahasa berarti  man’u yaitu mencegah, contohnya: Mencegah diri kita dari penglihatan orang lain.


hijab style and fashion




Jika di perhatikan dengan teliti trend fesyen Muslimah terkini di Malaysia, ramai diantara wanita Muslim atau hijabista yang mengenakan selendang atau dikenali dengan Shawl untuk menggantikan tudung biasa. Ini adalah kerana fenomena hijab style and fashion terbaru yang cukup digilai ramai. Shawl adalah ibarat tudung moden namun ianya tetap untuk kegunaan yang sama iaitu menutup aurat

Terdapat beberapa jenis seleksi rekaan hijab style online yang boleh didapati seperti glitter shawl, chiffon shawl, lace shawl, cotton shawl, satin shawl, plain shawl, beaded shawl dan pelbagai jenis yang lain. Ianya digunakan untuk menutupi Aurat kaum hawa iaitu menutup bahu,menutup dada,menutup  bahagian atas badan ,menutup rambut dan kepala. Fungsinya adalah sama seperti hijab biasa – untuk menutup aurat bagi wanita Muslim.


hijab style and fashion




Shawls sangat terkenal dalam kalangan wanita beragama Islam di Malaysia terutamanya. Apa yang istimewa tentangnya ialah iamya hadir dengan pelbagai jenis pattern dan warna. Malah atas faktor rekaan yang lebih moden dan segar, ia telah diterimapakai untuk kegunaan ke pejabat. Ini juga adalah hasil usaha para pereka fesyen yang bersungguh-sungguh menyuntik elemen tersebut agar ianya kelihatan lebih trendy ketika dipakai. 
 


hijab style and fashion




Fesyen hijab style online juga telah mengalami perubahan yang cukup ketara sejak akhir-akhir ini hasil usaha pereka fesyen yang bersungguh-sungguh memberikan sentuhan kreatif mereka ke atas hijab atau tudung agar kelihatan lebih trendy. Ini memberikan impak yang cukup positif buat pasaran Hijab di Malaysia dan memperlihatkan permintaan yang cukup tinggi. Penggunaan Hijab juga memberikan lebih ‘wow’ factor buat anda andai digayakan dengan betul. Terdapat pelbagai stail hijab yang boleh digayakan dan anda boleh buat experiment sendiri agar menepati cita rasa dan personaliti sendiri.










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


 Karnival Sepaktakraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kesembilan 2015 di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam pada 17 hingga 20 September 2015  mencipta rekod penyertaan terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak tahun 2007. Jumlah Hadiah terkumpul yang ditawarkan adalah sebanyak RM15,650 .



Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Kesemua peserta yang terlibat di Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015



Universiti Putra Malaysia (UPM)  telah membuktikan keunggulan sebagai jaguh kategori Institusi pengajian tinggi (IPT) apabila membolot gelaran juara di  Karnival Sepak takraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kesembilan dan dikuti oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM)  di tempat yang kedua.


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Cik iena hadir untuk memberi sokongan kepada adik



Cik iena berkesempatan menghadirkan diri di Karnival Sepak takraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kesembilan 2015. Kehadiran cik iena adalah untuk memberi semangat kepada Adik cik iena yang mara ke peringkat akhir dalam katagori Wanita.




Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Naib Johan Kategori Wanita Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


Tahniah cik iena ucapkan kepada adik cik iena (Cik Yatie Jamil) dan rakan-rakan yang mewakili UiTM B ke Peringkat Akhir dan berjaya menempatkan diri di tempat ketiga dan kedua. Walaupun adik cik iena agak sedikit kecewa dengan kekalahan tipis pada set yang kedua. Sedih juga cik iena lihat adik cik iena menangis tapi cik iena tetap berbangga kerana adik cik iena telah mendapat tempat yang kedua. Sekurang-kurangnya dapat melayakkan diri ke peringkat Akhir. Johan berjaya di rangkul oleh Sukma Perak C.

 

 

 

 Video LiveUpdate di Instagram















 
 
 
 
 
 
Gambar cik iena di Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Cik iena dan adik, cik yatie jamil
Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
cik iena dan adik juga, deqnor :)

Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
wefie bersama adik-adik UiTM

Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
Cik iena dan adik-adik


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
sementara menunggu sesi  penyampaian hadiah , layan perlawanan akhir kategori IPT (UiTM VS UPM)


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
eh cik iena pun nak menyibuk ambil gambar dengan pemenang

Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
ehh sebenarnya cik yatie jamil bukan adik kandung tapi awek kepada adik kandung tu yang berbaju putih tapi kami sekeluarga dah anggap cik yatie jamil macam ahli keluarga sendiri :)


Karnival sepak takraw kebangsaan KPT-UiTM 2015
sambil2 tengok game kita wefie :)



Wokay sekian update untuk cerita semalam :)
Untungkan awek-awek adik lelaki cik iena hehe . Semuanya rapat dengan keluarga cik iena. Keluarga kami memang mesra alam gituh. Tak sombong tak diva .. tak cerewet. tak pilih bulu. tak suka musuh sana musuh sini.  ahahah ape lagi ehh, kene tanya awek-awek adik la kot. Cik iena ada 3 orang adik lelaki yang mana berusia 27 tahun , 22 tahun dan 4 tahun . Yang masih takde awek rasmi yang bongsu lah berusia 4 tahun. 




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Produk penjagaan dan kecantikkan diri keluaran Oceanlife Marketing  kini melebarkan sayapnya dengan melancarkan tiga lagi produk terbaru iaitu sabun kecantikan untuk muka dan badan(Ephyra Skin Bar), jus premium wanita (Inteemor) dan minuman tenaga buat kaum lelaki ( M2Flex).

Ephyra Skin Bar RM39


Ephyra Skin Bar , sabun yang diformulasi 100% dari bahan asli semulajadi dan dirumuskan untuk kegunaan muka dan badan. Dapat memberikan kebaikan untuk merawat kulit berjerawat dan menghilangkan parut jerawat serta jeragat. Dengan penggunaan Ephyra Skin Bar, kulit bukan sekadar lebih lembut malahan lebih anjal dan tegang serta bebas kotoran dan minyak.

Inteemor RM49


Inteemor pula adalah minuman jus premium wanita yang dirumus khas untuk kesihatan dan keintiman wanita. Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti dari zaman berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikan dalaman dan luaran, kesuburan dan kesihatan wanita persis gadis sunti.

M2Flex RM180


M2Flex adalah minuman kesihatan tambahan yang dirumuskan khas untuk lelaki. M2Flex dapat mengaktifkan otak dan otot serta sesuai diminum sebelum dan selepas melakukan aktiviti gim. Selain dapat menambahkan prestasi tenaga dan mental, minuman M2Flex dapat membina otot, membuang lemak dan meningkatkan komposisi badan kepada bentuk badan yang diidamkan setiap lelaki.

Ketiga-tiga produk terbaru ini telah diformulasikan dengan teknologi terkini dan diperakui keberkesanannya setelah melalui proses penyelidikan secara intensif.



Gambar Di Sekitar Ephyra Gala Dinner



Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Ephyra  telah memPerkenalkan 3 Produk Baru ini  pada majlis gala dinner yang berlansung pada 14 Ogos yang lalu di Dewan Tun Dr Ismail PWTC. Sehingga hari ini cik iena telah mencuba Ephyra Skin Bar dan cik iena sangat suka akan hasilnya.


Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru


Ianya dapat memudarkan parut jerawat dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat datang bulan cik iena. Satu produk lagi cik iena masih belum cuba iaitu Inteemor- minuman jus premium wanita . Selepas cik iena habiskan Produk review untuk produk supplement yang sedang cik iena amalkan ni cik iena akan cuba yang ni. Cik iena kene cuba satu-satu untuk mendapatkan keberkesanannya.



Manakala produk M2Flex untuk abam-abam sado tu cik iena beri pada orang lain. Kalau cik iena makan nanti sado pulak badan cik iena kan. Habis korang semua tak kenal cik iena nanti. Maka nya cik iena beri pada encik boyfriend sebab cik boyfriend memang aktif bersukan badminton dan sukan basikal. Encik Bf pun rajin jogging. Cik iena je yang kurang rajin. Rajin pergi event je (^_~)





Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru

Ephyra Perkenalkan 3 Produk Baru






Terima kasih kepada pihak Epyhra kerana sudi menjemput cik iena dan bersama dua orang blogger lagi ke Malam Gala Dinner Ephyra. Acara gilang gemilang untuk meraikan dan menghargai rakan niaga, pengedar, media cetak, elektronik, media sosial serta pengguna setia Ephyra yang sentiasa menyokong perjalanan Ephyra selama ini.

Bagi anda yang berminat nak dapatkan produk Ephyra boleh buat pembelian online di website Oceanlife2u, facebook Oceanlife2u. Instagram : @ephyra2u





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Dirty Benefits Coffee Scrub


Dirty Benefits - Coffee Scrub


Ramai wanita mahupun lelaki mengidamkan kulit yang lembut,halus mulus.Berurusan dengan kulit wajah yang kasar tentulah kurang menyenangkan. Tambahan lagi kulit yang kasar dapat membuat anda kelihatan lebih tua dari usia yang sebenarnya dan juga dengan kulit yang kasar sangat sukar untuk mendapatkan hasil yang sempurna ketika menggunakan make-up.


Dirty Benefits - Coffee Scrub

Untuk melembutkan atau menghaluskan kulit wajah dan juga badan kita selain daripada membersih dan menggunakan pencuci dan juga pelembab kita perlu melakukan skrub pada wajah dan juga badan bagi membuangkan sel-sel mati pada kulit kita.


Mencuci wajah dengan pembersih yang mengandung butiran scrub adalah salah satu pilihan. Namun penting untuk diingat agar hanya memilih produk scrub dengan butiran yang halus. Bagi anda yang memiliki kulit kering, anda cukup melakukannya 1 kali seminggu. Manakala bagi anda yang memiliki kulit normal dan berminyak, anda dapat membersihkan muka dengan butiran scrub 2 sampai 3 kali seminggu.


Dirty Benefits - Coffee Scrub
Dirty Benefits - Coffee Scrub RM 69 Per Pack ( 2 - 3 moth usage)


Disini cik iena ingin mencadangkan satu produk skrub yang cik iena sendiri telah mencubanya dan cik iena sangat suka dengan hasilnya . Coffee Scrub Daripada Dirty Benefits memang sangat bermanfaat . Ianya melembutkan kulit kita, dapat membuang sel-sel kulit mati. Selain daripada itu ianya juga dapat memudarkan parut jerawat atau parut-parut lain mahupun selulit dan Stretch Marks .Ia juga boleh menghilangkan Blackheads dan whiteheads . Sekiranya ingin kesan yang cepat dalam menghilangkan parut. Rajin-rajinkanlah skrub badan :) 

Yang pasti ianya adalah daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia. Jadi ianya adalah selamat untuk di gunakan.





Dirty Benefits - Coffee Scrub
Dirty Benefits  Coffee Scrub Memang Best !!!!!!!

 Untuk kesan yang lebih mujarab adalah digalakkan untuk bermula dengan membasuh kulit wajah atau badan dengan air  suam, kemudian, kita gosokkan scrub secara lembut dengan gerakan melingkar di seluruh kulit wajah dan badan. Setelah selesai anda skrub secara lembut kemudian anda membilas kembali dengan air suam dan selesai.




Dirty Benefits - Coffee Scrub
cik iena bersama-sama adik skrub badan menggunakan Dirty Benefits  Coffee Scrub yang super awesome ni, memang skin korang akan lembut selembut kulit bayi tau

Dirty Benefits - Coffee Scrub
cik iena bersama-sama adik skrub badan menggunakan Dirty Benefits  Coffee Scrub yang super awesome ni, memang skin korang akan lembut selembut kulit bayi tau

Dirty Benefits - Coffee Scrub
cik iena bersama-sama adik skrub badan menggunakan Dirty Benefits  Coffee Scrub yang super awesome ni, memang skin korang akan lembut selembut kulit bayi tau


Selepas berskrub anda juga boleh membilas dengan sabun mandian anda yang lain jika anda tidak meninginkan bau kopi melekat di wajah atau badan anda. Selepas mengeringkan badan anda juga boleh menyapu losyen pada badan anda seperti biasa. Kulit anda akan terasa lebih lembut dan lembab daripada yang sebelumnya. Haaa lebih kurang kulit bayi la. Lembut je bila pegang okay.





Untuk mendapatkan produk skrub ini anda boleh layari laman web dan juga laman sosial Dirty Benefits. Istimewa buat pembaca blog cik iena anda boleh mendapatkan diskaun RM10 dengan menggunakan Kod Voucher ini 
DBienaeliena 



 

Harga: RM 69 (Untuk 2 - 3 Bulan Penggunaan)
Dapatkan Diskaun RM10 Dengan Voucher Code DBienaeliena = RM59 selepas diskaun
website :  www.dirtybenefits.com
Instagram : @DirtyBenefits 
Facebook : www.facebook.com/DirtyBenefits

Whatapps : 017-6429069





Instagram Updated










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Az Zuha Group


Az Zuha Group


 
Az Zuha Group telah ditubuhkan pada 11 Januari 2012 atas nama AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD. Pada tahun yang sama syarikat ini telah beroperasi sepenuhnya selepas didaftarkan dan mendapat lesen KPL/LN (6839) daripada Kementerian Pelancongan Malaysia. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai ahli Bumitra Malaysia (BM525) & Malaysia Association Travel & Tour Agency (MATTA).


Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bangi-Kajang, Selangor dan mempunyai cawangan di Kedah dan di Selangor. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan perlancongan untuk dalam dan luar negara. Selain itu kami juga menyediakan perkhidmatan lain seperti menempah tiket kapal terbang, pakej Haji dan Umrah.
 
 
 
Az Zuha Group

Az Zuha Group

Az Zuha Group


Untuk maklumat lanjut dan pakej terkini, layari :

http://www.azzuhatravel.com
https://www.facebook.com/jomumrahazzuha
https://www.facebook.com/AzzuhaTravel

atau hubungi :

Ibu Pejabat:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
5-3, Jalan Seri Putra 1/1, Bandar Seri Putra
43000 Kajang-Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-89123367
Fax: +603-89123367
Email: azzuhakl@gmail.com

Cawangan Kedah:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
No. 13322-A, Jalan Serai Wangi 13/6, Taman Serai Wangi 2
09400 Padang Serai, Kedah Darul Aman
Tel: +604-4857195
Fax: +604-4851195
Email: az_zuha@yahoo.com

Cawangan Selangor:
Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd
11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Seksyen 15
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-5523 4605






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve