Weekend ini cik iena menghabiskan masa dengan keluarga di rumah. Berehat dan bersantai bersama keluarga . Lupakan seketika facebook dan Instagram. Update sikit-sikit je. Almaklumlah kebelakangan ni cik iena sibuk kerja dan juga sibuk menghadiri event-event.
Sesibuk mana pun kita perlu melupakan seketika dunia alam maya kita dan bersosial bersama keluarga di dunia realiti. Kalau 24 jam setiap hari 7 hari seminggu sibuk dengan alam maya je macam orang kurang kasih sayang dan perhatian pulak kan asyik menghadap facebook, instagram dan yang sewaktu dengannya. Kalau cik iena keluar jumpa encik BF pun memang cik iena tak pegang handphone. Dua-dua tak pegang handphone. Habiskan masa berbual dan makan tanpa gangguan message2 facebook atau whatsapp. Itu yang kalau tiba-tiba diam tu tanda nya cik iena bersama dengan yang tersayang. Dengan keluarga atau encik BF ler.
hehe semua pakai tudung adijuma mak
Wokay weekend ni cik iena bawa adik bongsu kesayangan dan adik-adik lain keluar makan makanan kegemaran si bongsu iaitu KFC. Adik bongsu cik iena, Arif memang gemar ajak ke KFC. Bukan cik iena sahaja dia ajak. Mak dan abah pun sama. Pendek kata setiap bulan itu destinasi wajib dia.
kanak-kanak ribena
Untunglah jadi yang bongsu kan. Disayangi ramai. manja gituw. Apa jua permintaan pasti dituruti
Adik bongsu cik iena berusia 4 tahun.
Wah bukan main budak sekarang kecik-kecik pun dah pandai bergambar tau. Adik bongsu cik iena nie mengalahkan cik iena kalau bergambar. Dia yang akan request nak ambil gambar dekat sini, dekat sana. Dekat mana-mana yang dia suka. Sekarang pulak dia dah pandai selfie sendiri. Tambahan lagi hanphone cik iena auto selfie. Tak perlu klik-klik atau timer, asalkan kita senyum dia memang akan ambil gambar sendiri. Lagi suka lah si kecik nie. Dapat kat tangan dia , dia bawak lari selfie (^_~)
dah pandai request ambil gambar dia
haa tu dia dah dapat monopod kakngah dia bawak lari
arif nak selfie dengan abah, tapi tak pandai lagi hehe sian abah x nampak
Istimewa buat pelanggan Miami Grill Malaysia, Miami Grill
Malaysia berbesar hati menawarkan separuh harga untuk burger di Miami
Grill Malaysia. Jika anda ternampak Banner di bawah ini di Miami Grill
Malaysia, anda harus serbu kerana anda layak mendapatkan separuh harga
untuk burger-burger yanng terdapat di Miami Grill Malaysia
Promosi burger separuh harga Miami Grill Malaysia
Jom Baca Cerita Lain Cik iena di Miami Grill Malaysia
Untuk pengetahuan semua, Miami Grill Malaysia dikendalikan oleh syarikat bumiputera Hani Maju Sdn. Bhd. Chef nya juga merupakan bumiputera Malaysia beragama Islam iaitu Chef Mohd Redzuan (ig : https://instagram.com/chefkorek/ )
Buat kali kedua cik iena hadir ke Miami Grill Malaysia tetapi kali ini cik iena di undang untuk membuat food review yang dianjurkan oleh +Hai Blogger! Official dan yang paling tidak dapat dilupakan kejutan buat cik iena untuk peraduan selfie yang telah cik iena sertai sebelum ini.
Terima kasih tidak terhingga buat pihak Miami Grill diatas penghargaan anda. Cik iena sangat hargainya. Insya Allah ,Pasti cik iena akan hadir lagi bersama kawan-kawan yang gemar mencuba burger-burger yang lain daripada yang lain.
Nyummy pelbagai burger yg lazat
Blogger manakah yang bertuah akan cik iena bawa nanti jeng jeng jeng. Rahsia. Yang pasti blogger yang suka Burger (^_~). Kenapa cik iena pilih untuk membawa rkan bloggr yang belum pernah hadir ke Miami Grill? kerana cik iena ingin berkongsi kelazatan burgur yang terdapat di sini disamping dapat membantu menghebahkan kewujudan Miami Grill Malaysia dengan rakan blogger tersebut.
Okay bercerita tentang food review kembali, jika sebelum ini cik iena mencuba chicken philly cheese burger berlainan pula kali ini di mana cik iena mencuba beef burger daripada Miami Grill. Terdapat pelbagai menu beef burger yang di hidangkan. Kebanyakan menu burger adalah daging akan tetapi anda boleh untuk menukarkan daging kepada ayam.
Untuk pengetahuan semua cik iena memang tidak makan daging lembu mahupun kambing. Tetapi kali ini cik iena mencuba burger daging yang di hidangkan kerana terlalu excited melihat rakan-rakan blogger yang lain makan dengan berseleranya membuat cik iena ingin mencuba walaupun pihak Miami Grill telah menyediakan burger ayam buat cik iena.
Pada malam tersebut cik iena telah mencuba Nacho Burger yang berharga RM 27.90 untuk double dan single RM24.90 . Burger ni ada rasa pedas-pedas yang memenuhi citarasa masyarakat melayu . Jalapenos yang terdapat pada burger tersebut membuatkan ianya rasa pedas-pedas yang mana ianya memuaskan cita rasa cik iena la. Bagi bukan penggemar daging dan yang sebetulnya yang tak makan daging. Rasa pedas itu membantu cik iena untuk membiasakan diri memakan daging. Kebiasaan nya jika memakan burgur cik iena memang tak makan burger daging. Alhamdulillah Miami Grill Berjaya membuka selera cik iena untuk memakan daging. Mungkin selepas ini untuk mendapatkan khasiat daripada daging lembu cik iena perlu datang Miami Grill Malaysia (^_~)
Okay jemput lihat video oleh +KAIO STUDIO ini. Ada video food review dari cik iena yang tentang Nacho Burger yang cik iena makan.
Selain Nacho Burger, terdapat burger lain yang harus anda cuba iaitu
Miami Grill Burger
Classic Super Burger - Single RM 18.90 - Double RM 21.90
Rodeo Burger - Single RM 28.90 - Double RM 31.90
Nacho Burger - Single RM 24.90 - Double RM 27.90
South Beach Burger - Single RM 28.90 - Double RM 31.90
Big Miami Burger - Single RM 24.90 - Double RM 27.90
South Beach Chicken Burger - Single RM 20.90 - Double RM 23.90
Harga diatas adalah harga untuk ala carte , cik iena cadangkan jika perempuan atau yang kurang makan mungkin anda perlu cuba size single dimana lapisan daging nya hanya single . Double terlalu banyak buat cik iena. Boleh share dua orang tau . Jimat jugak tu satu burger share dua orang kan.
Jika ingin lebih jimat adalah digalakkan untuk mengambil combo set dimana ia di datangkan dengan Spiral Fries or colesaw , dan air minuman ringan yang boleh di refill. Berikut merupakan Harga Bagi Set Combo . Untuk pengetahuan set kombo menggunakan Double size burger. Ahaaa kalau ikut perut cik iena, untuk dua orang makan yang seperut dengan cik iena nie, cik iena akan order satu set combo dan tambah softdrik atau side dish lain sebab burger double ni memang sangat besar portion dia. Tak mampu cik iena habiskan . Kalau anda nak bijak berbelanja lagi. Satu set memadai, air kan boleh refill. Ini untuk perut size cik iena lah yer. Kalau yang pelahap kuat makan tu ahahaha ya ampun enggak cukup . Tambah lagi burgernya memang sedap. Almaklum lah cik iena perut kecik sekali makan sikit tapi Awas, cik iena banyak makan jugak. tapi bukan sekali makan tu banyak. Cik iena makan sikit tapi kerap ahahaha. Itu lah pipi montel (^_~)
bersama rakan blogger, pieqa dan di photo boom oleh Kaio dan Nisa Kay (^_~)
ehhh siapa tu menyorok :)
bersama rakan blogger, pieka
Terima kasih di ucapka kepada +Hai Blogger! Official dan Miami Grill Malaysia Khususnya diatas jemputan ini dan diatas kejutan untuk hadiah bagi pemenang kontest selfie Miami Grill.
A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
Istimewa buat pelanggan Miami Grill Malaysia, Miami Grill Malaysia berbesar hati menawarkan separuh harga untuk burger di Miami Grill Malaysia. Jika anda ternampak Banner di bawah ini di Miami Grill Malaysia, anda harus serbu kerana anda layak mendapatkan separuh harga untuk burger-burger yanng terdapat di Miami Grill Malaysia
Promosi burger separuh harga Miami Grill Malaysia
Untuk pengetahuan semua, Miami Grill Malaysia dikendalikan oleh syarikat bumiputera Hani Maju Sdn. Bhd. Chef nya juga merupakan bumiputera Malaysia beragama Islam iaitu Chef Mohd Redzuan (ig : https://instagram.com/chefkorek/ )
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com