Penghujung September adalah detik yang dinantikan bagi penggemar shopping online. MyCyberSale telah pun bermula hari ini 28 September sehingga 2 Oktober 2015. MyCyberSale adalah kempen ‘Malaysian Online Shopping’ yang dianjurkan oleh kerajaan dan di ketuai oleh MDeC (Multimedia Development Corporation).
Anda boleh mendapatkan tawaran yang terbaik sehingga 90% untuk kebanyakan produk yang terlibat dalam MyCyberSale ini. Berikutan daripada kempen ini fbmall.my telah menawarkan potongan harga untuk barangan daripada GOMAX, APROLINK dan juga LEVIS Klik Untuk Ke FbMall.my
dapatkan diskaun 60% untuk seluar jeans levis di FbMall.my
Okay jom kita tengok apa yang menarik lagi untuk di beli. Yang pasti anda jangan berbelanja mengikut nafsu tau. Pasti anda akan rambang mata dengan harga yang di tawarkan. Buatlah perbelanjaan yang bijak . Ade segelintir pihak memang menantikan ketibaan #MYCyberSale untuk pembelian online yang murah.
Bersempena #MYCyberSale 2015, fbmall.my menawarkan diskaun 90% untuk iPhone cases . Kepada pengguna iPhone jom beli iPhone cases yang sangat murah ni. Memang berbaloi kalau beli. Ada design yang ada batu swarovski . Memang cun berbaloi beli. Kawan cik iena dah beli semasa #MYCyberSale kualiti memang tip top. Cepat tau sebelum kehabisan stok.
Alhamdulillah ade hikmah di sebalik percaturan Allah. Sepatutnya cik iena keluar dengan encik buah hati yang sangat sibuk orang nya. Memang susah nak cari waktu terluang dia untuk jumpa.
Disebabkan cik iena terlalu khusyuk buat kerja . Cik iena terlupa tengok phone dan phone cik iena sillent. Ya Allah Maafkan Saya Awak, awak merajuk yer terus balik rumah tak dapat contact iena. Maaf sangat-sangat iena tak sengaja. Alhamdulillah awak memahami saya, awak tak marah tapi saya tahu awak ada sikit rajuk di hati kan lalallaaa takpe nanti jumpa lain kali saya pujuk. Terima Kasih Awak sebab tak marah.
okay ini ratu selfie, menyempat je selfie
Mungkin ada hikmahnya kejadian ni sebabnya bila cik iena tak jadi keluar cik iena teruskan aktiviti kerja amal mingguan cik iena. Kebetulan hari khamis ni cik iena datang kami kekurangan sukarelawan dan ada yang datang lewat. Tetamu homeless dan golongan miskin sangat ramai pada hari ni . Ada sukarelawan yang kebiasaannya membuat air terpaksa beralih tugas menyediakan makanan kerana kami kekurangan sukarelawan. Haa tengok ade hikmah nya cik iena tak jadi dating. Percaturan Allah itu hebat. Dia nak kita beramal dahulu hehehe .
Tugasan cik iena kali ni senduk terung masak lemak putih, makanan di hidangkan panas2 tau, nampak tak belakang cik iena rakan sukarelawan laen yang tengah senduk daging hehe
Walaupun pada awalnya sedih tak dapat jumpa inchik buah hati yang sangat susah nak jumpa tu Tapi Alhamdulillah berjumpa dengan kawan-kawan sukarelawan membantu golongan memerlukan cik iena rasa gembira sangat, rasa tenang . Yaa di sini lah cik iena mencari ketenangan hati . Saat kita menghulurkan makanan buat mereka. Senyuman mereka dan ucapan terima kasih mereka membuat hati kita rasa sangat bahagia. hehe itu pada cik iena lah tak tahu pada orang lain. Cik iena dah sertai kerja amal ini sejak tahun 2012. Hati memang kat sini. Cewahhh.. Inchik buah hati pun punya minat yang sama buat charity cuma berbeza charity, dia lebih suka yang mengeluarkan tenaga berat. Kalau sediakan makanan dan bagi pada gelandangan ni dia kurang gemar sebab dia tak pandai bercakap dia sangat pendiam dan pemalu. Berbeza dengan cik iena yang super duper ceria banyak bercakap ni. Cik iena memang boleh sesuaikan diri dimana jua cik iena pergi . So dia memang tak ikut lah kalau ajak pun tapi takpa cik iena tau dia selalu buat charity dengan geng bersih kubur. Alhamdulillah, itu salah satu sebab kenapa cik iena suka dia. Minat yang sama suka bercharity (^_~)
si gadis terung masak lemak putih hehe
Wahh dah kenapa cik iena cerita pasal kes tak jadi dating ni haha..Sebenarnya balik rumah tak boleh tidur sebab cik iena kene buat server maintenance, beginilah kerja cik programmer. time orang nyenyak tidur nak buat housekeeping hehe. haa tu sambil-sambil buat kerja sambil sambil update lah cerita tadi kan. Itu lah jadi panjang sebab cerita masih segar di ingatan gitue. okay-okay jom jemput tengok gambar yang sempat cik iena ambil. Disebabkan sangat sibuk jadi cik iena tak dapat ambil gambar makanan yang di hidangkan. Menu pada hari ini adalah nasi putih, terung masak lemak putih, daging masak apa tah cik iena tak tau, ulam kacang botol dan timun dan yang paling cik iena gemari adalah BUDU.. Pencuci mulut pulak bubur pulut hitam.
bubur pulut hitam
Ehh bawah ini nasi cik iena tau, cik iena tak ambil daging sebab tak makan. Perghhhh sedap nya budu. Cik iena makan sebab ada budu . Makanan hanya boleh dimakan oleh sukarelawan sekiranya ada lebihan. Kebiasaannya cik iena tak makan pun walau ada lebih TAPI disebabkan BUDU cik iena makan. Ahaaaaa sedap gila Auchhh gatal hidung Alergik tapi tetap nak makan (^_~)
Alhamdulillah budu i likeeeeeeeeeeeeee
Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah
dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup
sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan
yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk
menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak
mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana
menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka .
Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri .
Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara
jelas.
Kepada yang berminat boleh hadir di
bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya
pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang
berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan
tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya
tidak berlaku pembaziran makanan.
HELP THE POOR
:- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to
them may be the reason Allah forgives you and enters you into
Jannah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa
saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin
yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa
saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin
yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.
Terima kasih cik iena ucapkan kepada sillent blog reader cik iena kerana sudi sertai program kerja amal ini. MEreka merupakan pelajar UIA. Maaf cik iena sibuk lupa nak update blog . Baru teringat harini sebab hari ni hari khamis. Hari Khamis dan jumaat kan hari untuk bercharity (^_~)
Pada Minggu lepas, program ini tidak dijalankan kerana jatuh pada hari raya Aidil Adha. Minggu ini Insya Allah akan berjalan seperti biasa. Insya Allah jika takda hal cik iena akan hadir malam nie.
okay sebelum balik ambil gambar dengan mereka. Thank tau sudi hadir program kerja amal ni
Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah
dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup
sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan
yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk
menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak
mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana
menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka .
Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri .
Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara
jelas.
Kepada yang berminat boleh hadir di
bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya
pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang
berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan
tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya
tidak berlaku pembaziran makanan.
HELP THE POOR
:- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to
them may be the reason Allah forgives you and enters you into
Jannah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa
saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin
yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa
saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin
yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com