Grab The Promo
Grab The Promo

Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia | ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62



Dapatkan diskaun 50% dengan pembelian Online di www.dominos.com.my . Masukkan "Promo Code" AD62 di ruangan Kupon terlebih dahulu sebelum membuat pesanan pizza . Dengan pembelian di www.dominos.com.my anda dapat membantu kami merungkai  ‪#‎DTopSecret‬ dan anda juga berpeluang menyertai kami di "The Top Secret Event By Domino's" pada 16 Oktober 2015.


Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62



Jika sebelum ini anda kerap melihat cik iena menyertai event atau party dari jenama-jenama terkemuka. Kini anda juga layak untuk menyertainya. Hanya kongsikan pengalaman anda bersama Domino's di laman sosial anda beserta harshtag ‪#‎DTopSecret . Jangan lupa untuk publickan akaun laman sosial anda supaya pihak Domino's Pizza Malaysia dapat memilih penyertaan yang paling Kreatif. Kongsikan detik-detik indah, cerita-cerita menarik diantara anda dan Domino's okay. Insya Allah jika berpeluang anda bakal di jemput untuk menghadiri Majlis yang cukup gilang gemilang anjuran Domino's Pizza Malaysia.



Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62
Okay untuk itu cik iena nak tunjukkan cara-cara untuk membeli secara online. Anda tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai akaun bank online. Anda juga boleh membayar secara tunai sewaktu menerima tempahan anda. Menarik bukan?
Jom kelik kelik kelik , Ting Tong Domino's Sampai :)



CARA PEMBELIAN ONLINE DENGAN KOD DISKAUN AD62 






Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62
Rajah 1


Masukkan Promo Code AD62 pada ruangan GOT COUPON
Kemudian anda akan diminta untuk mengemaskini  maklumat anda terlebih dahulu sebelum membuat pembelian online.
Maklumat penting seperti alamat penghantaran dan nombor talifon.
Sebelum itu anda dikehendaki untuk Mendaftar sama ada  melalui email mahupun facebook. Cik iena memilih facebook. Mudah sikit.

2. Selepas mengisi maklumat yang diperlukan , anda kembali ke Main page tadi www.dominos.com.my
 dan masukkan kembali kod tadi seperti biasa  AD62
Cik iena mencadangkan kembali ke homepage kerana cik iena sendiri tak tau macam mana nak teruskan order dengan promo code tersebut, sistem agak kepeningan, cik iena kurang faham. Jadi cik iena kongsi berdasarkan pengalaman cik iena sendiri okay. Untuk memastikan reader dapat beli dengan betul cik iena memang akan mencuba terlebih dahulu sebelum berkongsi (^_~)
3. Selepas anda memasukkan promo code tadi, akan keluar page seperti dibawah . Anda boleh memula memilih pilihan size pizza anda

Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62


4. Maaf cik iena lupa screenshot saiz pizza, cik iena pilih extra large gituw.  Jangan lupa klik Redeem



Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62
Rajah 3

5. Kemudian akan keluar page lain yang mana cik iena lupa screenshoot . Yang page tu nanti korang pilih ADD PIZZA. Selepas itu akan muncul page dibawah. Sila pilih sos kegemaran anda. Cik iena memilih Top Secret, konon-konon nak rungkai  #‎DTopSecret‬ ler tu hehe



Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62


6. Kemudian pilih pizza pilihan anda dan klik ORDER THIS, kemudian pilih Crust seperti dibawah



Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62


7. Kemudian , klik Add To Cart & Maaf salah screenshot , tak nampak button nya :)


8. Kemudian akan keluar page seperti dibawah dan anda perlu menekan confirm untuk pilihan pizza yang anda telah buat

Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62



9. Selepas klik confirm, okay da masuk dalam cart .
Untuk makluman sekiranya anda ingin membeli lebih dari satu pizza . Anda boleh ulangi langkah Asal.  Sila rujuk Rajah tiga . Sepatutnya selepas selesai confirm pizza pilihan pertama , sistem akan keluarkan Rajah 3 kembali untuk kita pilih pizza yang lain. Memandangkan sisitem ini masih baru. Ada ketika ia tidak mengeluarkan page tersebut. Jadi apa yang perlu anda buat Kembali ke pangkal Jalan hahaha ouh tidak ..kembali ke home page dan ulangi Rajah 1 dan seterusnya


Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62


10. Kemudian dah selesai pilih pizza, tambah seberapa banyak anda mahu, untuk membuat tempahan anda Hala kan cursor anda kepada My Cart, terletak di sebelah kanan Button Order Now  . Kemudian Klik CheckOut . Maaf sekali lagi part cik iena nyatakan ni cik iena terlupa nak screenshort. Almaklumlah sibuk di pejabat. Cik iena memilih order dominos sebab sibuk kerja dan kesuntukan masa untuk keluar makan . Kembali ke cerita asal. Selepas checkout , akan keluar page seperti di bawah dan anda perlu Klik CheckOut Lagi :)


Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62

11.  Selepas itu anda akan ke bahagian pembayaran . Anda boleh memilih sama ada untuk membayar online ataupun cash . Cik iena memilih membayar secara online dengan menggunakan maybank2u.  Maka cik iena perlu memilih Domino's Debit . Haaa anda jangan risau . Nampak tak ikon-ikon bank tu. Haa itu semua online banking yang available. Kalau takda , nak mudah anda pilih bayar Cash.

Untuk pembayaran online seperti cik iena . Cik iena klik step seterusnya Pay With Dominos debit. Maka seperti biasa bagi yang sudah biasa membuat pembayaran Online anda pasti tau stepnya . Kalau tak tau juga jemput email cik iena, Insya Allah cik iena sedia membantu (^_~)
hihi dah ada yang bertanya pun :D





Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62

12. Selepas selesai pembayaran anda akan mendapatkan pengesahan order anda. Seperti dibawah . Nak tau kenapa cik iena boleh tau ada yang menu tak keluar ke apa, sebabnya cik iena dah buat pembelian lebih dari sekali dengan menggunakan lebih dari satu akaun haha saja nak test sistem orang. Tapi tak screenshot semua lah. Biasalah sistem baru pasti ada kelemahan yang perlu di perbaiki, mungkin programmer terlepas pandang. Sama seperti cik iena. Cik iena pun programmer. Kadang-kadang ada yang terlepas pandang. Client yang kene cek semua ni. Kalau programmer cek haha pasti akan cakap okay sebab dah tak larat nak hadap coding.. Haha okay komen ikhlas dari Cik Programmer Comel Kiut Miut haha. Susah tau nak jumpa cik programmer perempuan (^_~)





Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62


Gambar Bersama Rakan pejabat  menikmati keenakan  Domino's Pizza :)

 


Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62
Pstttttttt cik programmer a.k.a cik blogger pergi kerja memang tak mekap. Ouh programmer memang comot2 g keje. Okay tarik balik programmer kiut miut tadi lalallalaaaaaa

Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62
wahhhhhhh besarnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62

Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62

Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62

Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62
mereka semua PROGRAMMER, hebat2 belaka semuanya okay

Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62

Diskaun 50% Domino's Pizza Malaysia |  ‪#‎DTopSecret‬ | PROMO CODE AD62
Nyummyy sedapnya enchik programmer kita makan
 Okay sekian sahaja untuk kali ini. Harap selepas tutorial pembelian secara online ni mohon anda gunakanlah kod promo AD62 . Dan jangan lupa kongsikan Cerita cik iena ni bersama rakan-rakan anda yang suka Domino's.

  KOD PROMO : AD62 

SAH SEHINGGA : 30 OKTOBER 2015


 

 

 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Dove Bear Percuma di Watsons



Dove Bear Percuma di Watsons




Istimewa buat pengguna produk penjagaan rambut Dove, anda boleh memiliki Dove Bear ini secara percuma di mana-mana cawangan Watson berhampiran anda hanya dengan membuat pembelian produk penjagaan rambut Dove  bernilai RM38 .





Dove Bear Percuma di Watsons




Anda boleh beli lebih dari satu produk penjagaan rambut Dove sehingga mencapai nilai RM38 . Agak-agak jika lebih pembelian anda melebihi dari RM76, anda asingkan menjadi dua resit. Haa dapatlah dua teddy bear.



Dove Bear Percuma di Watsons




Teddy bear ni agak besar juga tau , sedaplah nak peluk tidur malam-malam tu hehe.Cik iena punya warna pink. Auchhh comel sangat tau. Lembut je teddy bear dove nie. Cik iena nama kan dia Dovy Bear


Haa bawah ni gambar produk penjagaan rambut Dove yang cik iena beli, kesemuanya lebih dari RM38 . Pada cik iena memang berbaloi beli memandangkan ianya memang kita perlukan hari-hari set penjagaan rambut. Jadi sementara ada promosi bear percuma ni korang jangan lepaskan peluang ini okay



Dove Bear Percuma di Watsons

Dove Bear Percuma di Watsons

Dove Bear Percuma di Watsons




Okay mulai sekarang cik Dovy Bear teman cik iena tidur tau. Cik Dovy Bear jadi pendengar setia cik iena kalau cik iena meluahkan perasaan okayh .. hihi cik silverster & Cony Rabbit dah ada kawan dah (^_~)

Website

Facebook


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Sulwhasoo Snowise EX Whitening Series


Sulwhasoo Snowise EX Whitening Series


Sulwhasoo Snowise EX Whitening Series merupakan Penyelesaian bagi menangani kesan-kesan haba daripada sinaran UV, sinar inframerah dan Tekanan Dalaman. Ia terdiri tiga bahan-bahan utama, White Ginseng Saponin, White Cloud Grass and White Ginseng Polysaccharides . Ketiga-tiga bahan-bahan yang digunakan dalam formulasi yang dipatenkan Sulwhasoo yang dikenali sebagai Snowise Tri-White Complex, yang digunakan untuk siri penjagaan kulit Sulwhasoo Snowise EX Whitning. Ini adalah rawatan haba yang pertama di dunia untuk  pemutihan kulit.

Sulwhasoo Snowise EX Whitening Series
Set Sulwhasoo Snowise EX Whitening Series ini berharga RM 1,030.00

 
Sulwhasoo Snowise EX Whitening Series
selfie sikit, ni cik iena tak make up tau. Weekday pergi kerja tak make up, dating pun tak make up. Pergi event je make up. So cik iena sangat perlukan produk2 yang buat kulit cantik tanpa make up hehe


Sulwhasoo Snowise EX Whitening Series
Sulwhasoo Parkson KLCC

Sulwhasoo Snowise EX Whitening Series
Sebelum ni cik iena gunakan set yang ni.. haa yang ni pun pakai kulit meletop flawless, kalau pakai yang Sulwhasoo Snowise EX Whitening Series, flawless plus cerah berseri-seri lah nanti kan.


Nota Blog : Menangis tengok harga dia kan (^_~) . Ruginya masa cik iena pergi Korea tahun 2012 tak tau pasal kewujudan sulwhasoo ni. Kalau tau memang beli kat Korea. Beli kat Korea murah sikit dari beli di Malaysia ni banyak sangat cukai nya T_______T
Okay Nak tau lebih lanjut :
Website: www.sulwhasoo.com.my
Facebook Page: https://www.facebook.com/SulwhasooMalaysia
Instagram: @SulwhasooMalaysia






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Makan di NZ Garden KLCC Bungkus Sendiri


Makan di NZ Garden KLCC Bungkus Sendiri


Dalam seumur hidup cik iena ini pertama kali di suruh bungkus sendiri oleh pihak kedai. Kebiasaannya jika cik iena tak habis makan dan minta bungkus. Mana-mana kedai pun mereka akan bungkuskan tetapi berbeza dengan Makan di NZ Garden KLCC  .
 
 
 
Makan di NZ Garden KLCC Bungkus Sendiri
bungkus sendiri yer cik iena, NZ GARDEN KLCC tidak menawarkan perkhidmatan membungkus makanan jika tidak habis makan (^_~)
 
 
Terkesima sekejap cik iena, mungkinkah ini cara terbaru melayan pelanggan. Okay think positif jela walau ada sakit di hati ni dengan muka slumber pekerja bagi polistrin, plastik and getah kemudian terus blah. Cik iena tergamam sebab tak pernah terjadi seperti ini. Tambahana lagi dah la salah order. Cik iena order mee goreng dia bagi kuey teow goreng. Memandangkan  sebelum ni cik iena ke money changer untuk tukar duit dan cik iena dah lewat untuk masuk pejabat , maka cik iena malas nak gaduh pasal order. Cik iena makan je kuey teow tu. Bila dia buat muka slumber bagi polistren tu rasa menyirap je.
 
 

Makan di NZ Garden KLCC Bungkus Sendiri
yeayy da bungkus sendiri. Membazir tau kalau tak bungkus, duit okay
 
 
Okay lepas ni kalau berlaku tempat lain takyah tergamam-tergamam dah. Tapi patut ke layan customer macam tu. Hurmmm cik iena ni jarang makan dekat luar dan bungkus. Mungkin ini selalu terjadi pada anda di luar sana. Pada cik iena ini pertama kali. Kalau pekerja memberi senyuman dan sedikit penjelasan cik iena boleh la faham dan terima. Ini tidak dengan slumber letak plastik, polistrin and getah. Huh Sakitnya tuh di sini. Tergamam saya okay (^_~)
 
 
 
Makan di NZ Garden KLCC Bungkus Sendiri
Cik iena order mee goreng tapi dapat kuey teow goreng huhu sabar je la.. tang bagi polistren je tu da tak sabar da huhu


 
 
 Nota Blog : tak habis tu tanda tak sedap haha, tapau sebab taknak membazir je.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


LampuNeon Cafe Tanjung Malim


LampuNeon Cafe Tanjung Malim


 
LampuNeon Cafe yang terletak di Tanjung Malim merupakan Restoran yang dikenali ramai di Tanjung Malim khususnya di kalangan Pelajar dan Kakitangan UPSI. Menawarkan pelbagai jenis masakan seperti western food dan juga masakan melayu beserta Bro Char Kuey Teow yang semakin mendapat nama di Tanjung malim dan kawasan yang berhampiran terutama di kalangan2 Pelajar serta kaki tangan UPSI dan blogger-blogger tanah air.
 
 
LampuNeon Cafe Tanjung Malim
Cik iena bersama keluarga
 
 

Pertama kali cik iena datang di sini adalah pada cuti merdeka dimana cik iena datang untuk mencuba Bro Char Kuey Teow dari rakan blogger +Bro Framestone  . Sudah menjadi lumrah geng-geng blogger untuk memberi sokongan sesama kawan-kawan . Maka cik iena pun turut datang bersama keluarga untuk menikmati Bro Char Kuey Teow di LampuNeon Cafe Tanjung Malim.
 
 
 
 
LampuNeon Cafe Tanjung Malim
 

 
 
Pada kali pertama cik iena hadir cik iena tidak mencuba masakan dari LampuNeon Cafe  memandangkan cik iena datang untuk pekena Bro Char Kuey Teow. Cik iena cuma order air di LampuNeon Cafe . Pada ketika itu air yang menjadi pilihan cik iena adalah Nutella Shake
 
 
 
 
LampuNeon Cafe Tanjung Malim
Nutella Milk Shake
 
 
 
Air Nutella Milk Shake ni sangat sedap tau. Kali kedua cik iena datang ke LampuNeon Cafe  cik iena nak order Nutella Shake tapi dah habis. Sedihnya. Nutella Shake memang sedap sangat. Peminat Coklat pasti akan menggemarinya. 
 
 
LampuNeon Cafe Tanjung Malim
Red Velvet Milk Shake
 
 
 
 
Jadi disebabkan Nutella Shake takda Cik iena cuba Red Velvet Milk Shake. Wah sedap juga airnya rasa macam makan kek red velvet. Anda mesti cuba okay.
 



LampuNeon Cafe Tanjung Malim
Red Velvet Milk Shake


Selain daripada red velvet cik iena juga cuba air yang lain . Yang bawah ni air Blue Lagoon. Rasa masam-masam dan ada biji selasih gitu.Krik krik krik minum sambil gigit selasih tu memang sedap. Terasa macam lepak tepi lagoon :)


 
LampuNeon Cafe Tanjung Malim
Blue Lagoon

LampuNeon Cafe Tanjung Malim
Blue Lagoon

Selain daripada itu cik iena juga cuba air   M&M Milk Shake. Boleh tahan rasanya tapi antara M&M  Milk Shake dengan Nutella Shake. Nutella super duper sedap tau.



LampuNeon Cafe Tanjung Malim
M&M  Milk Shake

LampuNeon Cafe Tanjung Malim
M&M  Milk Shake


Wah kemain tamak cik iena semua air nak rasa kan. Air jela yang mampu rasa semua kan. Makanan lain cik iena belum cuba lagi. Cik iena tengok pelanggan yang order western food berasap-rasap di hidangkan. Macam best je. Next time datang cik iena mesti cuba. 



LampuNeon Cafe Tanjung Malim



Almaklumlah kali kedua cik iena datang dengan kawan-kawan blogger. Sorok sikit perangai pelahap kuat makan tu. Nak tambah order bro char kuey teow pun segan. Ouh lupa nka bagi tau kehadiran kedua disini pada cuti hari malaysia bersama rakan-rakan blogger. Haa kire cik eina kak long kawasan bawak kawan-kawan blogger pekena Bro Char Kuey Teow.
Nak tau cerita nya Nanti cik iena cerita next post okay
 
Jom tengok menu lain yang ada disini. Insya Allah next time cik iena cuba okay


LampuNeon Cafe Tanjung Malim
LampuNeon Cafe Tanjung Malim

LampuNeon Cafe Tanjung Malim
LampuNeon Cafe Tanjung Malim

LampuNeon Cafe Tanjung Malim
LampuNeon Cafe Tanjung Malim

LampuNeon Cafe Tanjung Malim
LampuNeon Cafe Tanjung Malim

LampuNeon Cafe Tanjung Malim
LampuNeon Cafe Tanjung Malim

LampuNeon Cafe Tanjung Malim
LampuNeon Cafe Tanjung Malim

LampuNeon Cafe Tanjung Malim
LampuNeon Cafe Tanjung Malim

LampuNeon Cafe Tanjung Malim
LampuNeon Cafe Tanjung Malim


Kepada anda yang ingin mencuba makanan di sini boleh rujuk peta di bawah

LampuNeon Cafe Tanjung Malim



Untuk maklumat Lanjut sila layari

Facebook : https://www.facebook.com/santai.lampuneon
Instagram : @lampuneoncafe




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve