Ipanema flip flops ni cik iena beli sebab nak gantikan selipar jelly bunny cik iena yang sudah lusuh. Cik iena suka selipar material macam jelly bunny kebetulan jenama ni ada jenis yang sama. Cantik dan harga sangat murah berbanding jelly bunny. Kalau cik iena beli selipar biasa jelly bunny sahaja dah RM89, belum yang ada rama-rama atau riben :)
Jenama ni murah je RM 59.90 Sahaja . Maka cik iena pun beli. Pada asalnya nak beli warna kegemaran cik iena iaitu biru pink. tapi warna biru pink tiada sais cik iena. Makanya terpaksa ambil warna lain T___T
Okay takpa nanti ada size beli yer cik iena. takkan nak pakai selipar besar gedabak kan (^_~)
Ini warna yang cik iena berkenan tapi size besar. Cik iena tak muat |
Agak lama cik iena merenung nak selipar besar warna pilihan atau selipar jenis sama tapi warna lain dan saiz yang betul |
akhirnya cik iena terpaksa lah ambil warna lain . Yang penting saiz tu kan .Takkan nak pakai selipar besar. Kaki cik iena size 5 |
Okay cik iena beli di Nu Sentral . Kalau korang nak cari kedai ROYAL SPORTING HOUSE . Maaf Cik iena lupa tingkat berapa tapi dia memang berhampiran Escalator. Korang naik Escalator yang dekat Victoria Secret tu .
Kedai ni la :) |
Ada banyak jenis lagi selipar ni. Cik iena ambil gambar sikit je. Kalau beli online tak banyak pilihan. Tapi kalau beli di kedai ni agak banyak pilihan. rambang mata di buatnya. Lepas ni cik iena dah tau size, boleh lah cik iena beli online di
iprice.my
www.zalora.com.my
Okay cik iena nak kene bersiap nak ke KLIA 2 . Flight hari ni pukul 6.50 AM. Pukul 4 pagi cik iena kene ada di KLIA 2
Cik iena tak tidur sebab takut tak bangun lalalalalal
Nukilan,
|