Grab The Promo
Grab The Promo

Kelazatan Meadow Gold Aiskrim berperisa Mewah !

Meadow Gold Ice Cream RoadShow




Tahukah anda Aiskrim merupakan salah satu sumber kalsium yang baik untuk dinikmati terutama buat ibu hamil. Aiskrim  juga di makan untuk mengurangkan masalah sakit tekak . Disamping itu ianya juga dimakan untuk menenangkan minda bagi mereka-mereka yang mengalami tekanan perasaan ataupun bagi mereka yang sedang bersedih terutamanya buat wanita. Selain itu Aiskrim juga adalah makanan yang digemari oleh kanak-kanak.




Kelazatan Meadow Gold Aiskrim berperisa Mewah dengan harga Murah





Untuk mendapatkan khasiat Kalsium daripada Aiskrim, pemilihan aiskrim yang betul amat penting. Kita perlu memilih aiskrim yang mengandungi susu, lemak dan kalsium untuk mendapatkan khasiat daripada aiskrim yang dimakan. Untuk pengetahuan anda Meadow Gold Ais Krim telah melancarkan empat perisa mewah yang terbaru yang diperbuat daripada produk tenusu sebenar dan bahan-bahan asli yang berkualiti tinggi seperti kacang pecan dan bijian macadamia.





Kelazatan Meadow Gold Aiskrim berperisa Mewah dengan harga Murah


Aiskrim-aiskrim ini sangat sesuai untuk di makan seisi keluarga mahupun bersama rakan-rakan. Kandungan Meadow Gold Aiskrim adalah 750ml dalam satu bekas .








MEADOW GOLD AIS KRIM MELANCARKAN EMPAT PERISA ENAK TERBARU


Koleksi Ais Krim Mewah terbaru ini terdiri daripada empat perisa lazat iaitu Bold Chocolate Decadence, Delectable Caramel Pecan, Heavenly Macadamia dan Lush Red Velvet.
Slogan Meadow Gold adalah “Make Pleasure A Habit” bermakna Jadikan Kenikmatan Ais Krim Sebagai Suatu Tabiat. Meadow Gold Ais Krim  Dibungkus dalam tab premium 750ml dan dijual pada harga RM 21.90 / Tub  Semenanjung Malaysia  . Untuk pengetahuan anda bersempena roadshow yang sedang berlansung, terdapat harga promosi di tawarkan di roadshow-roadshow yang sedang di jalankan.



  Meadow Gold Delectable Caramel Pecan








Nikmati keenakan kacang pecan dan alunan karamel di dalam aiskrim vanila susu yang mewah. Dengan tekstur tersendiri yang lembut dan manis, Delectable Caramel Pecan akan membuktikan ia sukar ditolak oleh mereka yang gemarkan sesuatu yang manis.











  

Review Cik iena : Rasa vanilla yang sungguh menusuk kalbu. Pekat rasa vanilla dia. Memang best. Lemak berkrim disukai ramai. Ditambah pula dengan Caramel pecan yang sememangnya enak . Pasti buat korang nak makan lagi . Err cik iena terbayang-bayang sambil menaip tau keenakan rasa vanilla beserta Caramel Pecan tu (^_~)

Untuk menikmati keenakan aiskrim berperisa vanilla ni, Cik iena ambil aiskrim ni letak dengan air coke. Auchhhhh super duper nyummyyy. Korang mesti cuba okay.



 Meadow Gold Bold Chocolate Decadence










Bersedia untuk menghayati kelazatan aiskrim coklat susu dengan fudge coklat dan juga ketulan coklat. Keenakan yang sukar ditolak dengan coklat yang banyak. Bold Chocolate Decadence adalah sensasi coklat mewah yang menantikan anda untuk menikmatinya!













   Review Cik iena :  Rasa coklat yang begitu enak. Rasa coklat yang kurang manis berbanding jenama lain yang terlalu manis. Bila tergigit ketulan coklat lagi bertambah sedap ouh yeahh





Meadow Gold Heavenly Macadamia








Inginkan pemanis mulut yang enak selepas makan malam? Nikmatilah perisa Heavenly Macadamia, aiskrim vanila klasik yang dipertingkatkan. Diperbuat daripada krim susu segar dan dicampur dengan kacang macadamia panggang, teksturnya yang lembut dan rangup pada masa yang sama, menjadikannya seperti perisa dari langit!







  



Review Cik iena :  Rasa vanilla yang sungguh Lazat, pekat, lemak berkrim. Memang best.Jika dibanding dengan aiskrim vanilla jenama lain. Rasa Aiskrim ni lebih kuat vanilla nya. Memang sedap tau.. Ditambah pula dengan  kacang macadamia yang sememangnya enak . Pasti buat korang nak makan lagi .







Meadow Gold Lush Red Velvet









Disaluti dengan aiskrim coklat baldu merah dan marshmallow, Lush Red Velvet merupakan inspirasi daripada pemanis mulut yang popular dan dijanjikan dapat memuaskan keinginan anda untuk pemanis mulut.
















Review Cik iena : Penggemar Cake Red Velvet pasti menggemari aiskrimni . Rasa Red velvet yang cukup pekat ditambah dengan marshmallow yang cukup enak di padankan dengan aiskrim membuat anda rasa teruja untuk mencubanya (^_~)





Menarik kan ke empat-empat perisa baru Meadow Gold Aiskrim . Keempat-empat perisa tersebut cik iena suka makan kerana rasa kurang manis nya berbanding aiskrim-aiskri  jenama lain. Ditambah lagi tekstur aiskrim yang cukup lembut dan berlemak gituw . Antara keempat nie cik iena terpaling suka adalah....
Okay jom kita buat senaman jari
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Ehhh penat takkk scroll lalalalalla
Korang rasa yang mana sedap kalau ikut pada komen-komen cik iena 
(^_~)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Taraaaaaaaaaaaaaa
Cik iena paling suka


Kelazatan Meadow Gold Aiskrim berperisa Mewah dengan harga Murah
 




Meadow Gold Delectable Caramel Pecan




Untuk pengetahuan anda, Koleksi ais krim ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya utama di Semenanjung Malaysia. Anda juga boleh mendapatkan nya di roadshow-roadshow yang sedang berlansung dengan harga promosi yang istimewa. Okay anda boleh rujuk di bawah untuk jadual terbaru roadshow Meadow gold Ice Cream :)


JADUAL ROADSHOW



Date Day Time Venue Address
21-25 Oct Wednesday - sunday 10.00am-10.00pm Empire Shopping Gallery "Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor"
26-Oct Monday 8.30am-4.30pm Astro Bukit Jalil "All Asia Broadcast Centre, Lebuhraya Puchong-sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia"
27-Oct Tuesday 11.30am -6.30pm Media Prima Berhad, Sri Pentas "No. 3. Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Selangor"
29-Oct Thursday 11.30am -6.30pm Wisma Ali Bawal "11, Lorong Tandang 51/204b, Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya"
3-Nov Tuesday 10.00am-5.00pm UTAR Sg Long "Jalan Sungai Long, Bandar Sungai Long, Cheras, 43000, Kajang, Selangor"
4-Nov Wednesday 11.00am-6.00pm Jaya33 Jalan Semangat, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor


Untuk maklumat lanjut tentang Meadow Gold dan Sebarang perubahan jadual  roadshow yang bakal berlansung dan sedang berlansung , sila layari

Website :  www.meadowgold.my 
Facebook : MeadowGold-MY







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Day 1 | Sawadee ka Chiang Mai


Alhamdulillah, 8.40 am cik iena tiba di Chiang Mai . Perkara perlu di buat setibanya di lapangan terbang adalah membeli sim card yeah 

 Sawadee ka Chiang Mai
Sawadee ka :).. ehh ade awek thai sambut kita bg bunga la 

 Sawadee ka Chiang Mai
Selfie with travellingberuang :)


 
 
 Untuk pengetahuan, Chiang Mai adalah sebuah bandar di pergunungan utara Thailand . Ia adalah  kawasan bandar lama yang masih mengekalkan sisa-sisa dinding dan parit daripada sejarah sebagai pusat budaya dan agama. Ia juga rumah kepada beratus-ratus kuil , termasuk abad ke-14 Wat Phra Singh dan abad ke-15 Wat Chedi Luang, dihiasi dengan ular-ular yang diukir.





Cerita penuh akan cik iena update sekembalinya di Malaysia ya :)


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Day 1 | KLIA 2 Departure Hall


Bersiap sedia untuk jalan-jalan ke Chiang Mai dan Chiang Rai
 
Kami tiba di KLIA 2 sewal jam 4 Pagi.
Flight cik iena AK854 pada pukul 6.55 am waktu malaysia dan tiba di chiang mai 8.44 am 
 
Chiang mai
Bersama rakan kerja



Chiang mai
Wahh berat nyw beg cik iena

Selepas check in, sementara subuh..cik iena lepak di surau.

Chiang mai
Surau yang mendamaikan :)


Cik iena
Belanja satu gambar selfie si surau :)


Cerita penuh akan cik iena update sekembalinya di Malaysia ya :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Ipanema flip flops



Ipanema flip flops

Ipanema flip flops  ni cik iena beli sebab nak gantikan selipar jelly bunny cik iena yang sudah lusuh.  Cik iena suka selipar material macam jelly bunny kebetulan jenama ni ada jenis yang sama. Cantik dan harga sangat murah berbanding jelly bunny. Kalau cik iena beli selipar biasa jelly bunny sahaja dah RM89, belum yang ada rama-rama atau riben  :)





Ipanema flip flops


Jenama ni murah je RM 59.90 Sahaja . Maka cik iena pun beli. Pada asalnya nak beli warna kegemaran cik iena iaitu biru pink. tapi warna biru pink tiada sais cik iena. Makanya terpaksa ambil warna lain T___T
Okay takpa nanti ada size beli yer cik iena. takkan nak pakai selipar besar gedabak kan (^_~)



Ipanema flip flops
Ini warna yang cik iena berkenan tapi size besar. Cik iena tak muat



Ipanema flip flops
Agak lama cik iena merenung nak selipar besar warna pilihan atau selipar jenis sama tapi warna lain dan saiz yang betul



Ipanema flip flops
akhirnya cik iena terpaksa lah ambil warna lain . Yang penting saiz tu kan .Takkan nak pakai selipar besar. Kaki cik iena size 5

Okay cik iena beli di Nu Sentral . Kalau korang nak cari kedai ROYAL SPORTING HOUSE . Maaf  Cik iena lupa tingkat berapa tapi dia memang berhampiran Escalator. Korang naik Escalator yang dekat Victoria Secret tu .


 Ipanema
Kedai ni la :)





Ipanema flip flops

Ipanema flip flops


Ada banyak jenis lagi selipar ni. Cik iena ambil gambar sikit je. Kalau beli online tak banyak pilihan. Tapi kalau beli di kedai ni agak banyak pilihan. rambang mata di buatnya. Lepas ni cik iena dah tau size, boleh lah cik iena beli online di

iprice.my

www.zalora.com.my


Okay cik iena nak kene bersiap nak ke KLIA 2 . Flight hari ni pukul 6.50 AM. Pukul 4 pagi cik iena kene ada di KLIA 2
Cik iena tak tidur sebab takut tak bangun lalalalalal




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tukar duit Sebelum ke Luar Negara


Antara perkara terpenting sebelum ke luar Negara adalah menukar MYR kepada mata wang asing negara yang ingin kita lawati. Tidak menjadi masalah untuk menukar di negara yang bakal kita lawati tetapi kadar pertukaran akan menjadi lebih tinggi jika di bandingkan dengan di Malaysia. Tambahan pula dalam keadaan mata wang Malaysia yang semakin jatuh. Mata Wang kita mungkin tidak laku untuk di tukarkan di negara Luar. Jadi adalah lebih baik anda menukar mata wang asing terlebih dahulu sebelum berlepas ke luar negara.
 

Persiapan Melancong Saat Akhir
passport, IC, Bank Card, Duit Thai Bath dan Malaysia Ringgit

 
Cik iena dah pasti la tukar di Malaysia. Tapi kali ni cik iena lambat tukar . CIk iena tukar isnin yang lepas pada 5 oktober 2015. Kalau cik iena tukar dua atau tiga bulan awal untung lah sikit sebab masa tu duit Malaysia tak jatuh banyak lagi. Sekarang makin menjunam T_____T
Tahun lepas cik iena ke Bangkok kadar pertukaran 10.03 berbeza dengan tahun ini 12.25.
Cik iena tukar dengan kawan cik iena yang bekerja di money changer.
Kadar pertukaran semasa 12.55 tapi kawan cik iena bagi 12.3
Bila cik iena sampai kedai , kawan cik iena bagi 12.25
Terima Kasih banyak-banyak Zai bagi rate rendah
 
 
ABDUL RASHID ENTERPRISE (M) SDN BHD
PENGURUP WANG / MONEY CHANGER
 
 
Tukar duit Sebelum ke Luar Negara
 
 
Terletak di Chow Kit , berdekatan Station Monorail Chow Kit 
Untuk anda di luar sana yang nak tau kadar pertukaran semasa boleh lihat secara online website ni
Diantara yang ter rendah kadar pertukarannya
Tapi kalau pergi tempat dia memang kene beratur panjang la
Itu yang cik iena malas . Sebab tu cik iena tukar dengan kawan cik iena je
(^_~)
http://moneymaster.com.my/
My Money Master Sdn. Bhd.
LG040 Centre Court,
Lower Ground Floor
Midvalley Megamall,
Midvalley City
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur
Toll Free: 1800 22 3030
Fax Line: 03 2284 3030
 
New Update : Selain moneymaster blh juga tukar di
http://www.spectrumforex.com.my/ 
 Lokasi yang mudah di kunjungi di NU Sentral dan buat masa ni tak beratur panjang macam moneymaster cuma moneymaster tetap murah sikit tapi tak banyak sangat lah bezanya.
Lebih kurang je la. kadang sana murah sini mahal. Tapi tak jauh beza
landmark dia sebelah kedai SINMA 
:)
LG 11, Lower Ground Floor, Nu Sentral, Jalan Samathan, 50470 Kuala Lumpur
Tel :03-22766070 / 03-22766030
Fax :03-22766030
 
Ni cik iena bagi branch yang dekat dengan cik iena . tempat lain pun ada, jemput lihat di website mereka ok :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve