Pernahkah anda cuba Portuguese Egg Tart dari Cake Sense ? Ianya sangat sedap, wangi dan lazat . Cik iena pasti anda akan jatuh cinta dengan kulit rangup penuh dengan kastard telur lembut.
Cik iena merupakan penggemar Portuguese Egg Tart sejak tahun 2007 . Cik iena mula mengenali Portuguese Egg Tart ketika zaman belajar. Pada ketika itu cik iena hanya beli di Pasar malam berdekatan tempat belajar. Boleh dikatakan setiap minggu cik iena akan memakan Portuguese Egg Tart .
|
Cake Sense Portuguese Egg Tart |
|
Cake Sense Portuguese Egg Tart |
Selepas tamat belajar cik iena membeli Portuguese Egg Tart di kedai-kedai roti . Diantara banyak kedai roti yang pernah cik iena beli cik iena tersangat menggemari Portuguese Egg Tart daripada Cake Sense. Rasa nya berbeza daripada Portuguese Egg Tart yang di jual di kedai-kedai roti lain. Seperti yang cik iena maklumkan anda pasti akan jatuh cinta keenakan nya, bau wanginya dan kerangupan kulitnya ditambah dengan kastad telur yang lembut dan cukup menyelerakan.
|
jemput tengok isi dalam Cake Sense Portuguese Egg Tart, lembut je tau pasti memukau |
Cik iena pasti, satu tidak mencukupi . Kebiasaan nya minimum cik iena akan makan dua Portuguese Egg Tart . Tapi di Cake Sese cik iena mampu menghabiskan 3 Portuguese Egg Tart sekali makan. Ouh besar nya perut cik iena . Itu baru sekali makan, belum masuk makan yang selepas-selepas itu kan (^_~)
|
Cake Sense Portuguese Egg Tart |
Kepada anda di luar sana Jika anda ingin merasai Portuguese Egg Tart cik iena cadangkan anda memcuba Portuguese Egg Tart daripada Cake Sense . Anda pasti teruja dengan keenakannya !
Ditambah lagi ianya di masak panas-panas untuk anda nikmati . Bukan Portuguese Egg Tart yang dah sehari dua okay . Tempoh hari ketika cik iena datang Cake Sense KLCC . Terlalu ramai pelanggan dan Portuguese Egg Tart dah habis . Selepas selesai makan tengah hari cik iena datang kembali sebab cik iena tau Portuguese Egg Tart akan sentiasa di bakar dan dibakar dan dibakar kerana ianya sangat mendapat perhatian ramai .
Nah tengok gambar bawah ni, memang segala menu di Cake Sence KLCC macam pisang goreng tau.
|
Kesemua nya macam pisang panas , habis cepat pada waktu lunch tapi jangan risau mereka akan bakar lagi |
Untuk pengetahuan Portuguese Egg Tart di jual pada harga
RM 12.60 Untuk 6 Pcs
RM 6.90 Untuk 3 Pcs
|
Travelling beruang cik iena pun suka Cake Sense Portuguese Egg Tart :) |
Wah , nampak tak cik iena borong Portuguese Egg Tart,
Cik iena nak belanja kawan-kawan office makan Portuguese Egg Tart
Sekali sekala minum petang ramai-ramai bersama rakan pejabat di pejabat memang meriah
|
Cake Sense Portuguese Egg Tart |
Nahhhh banyak kan borong, bukan Portuguese Egg Tart je tu. banyak lagi cik iena beli nak kongsi dengan kawan-kawan pejabat. Yang paling seronok di Cake Sense KLCC pekerja nya cukup peramah dan tidak berat mulut untuk mencadangkan makanan ape yang sedap yang sesuai untuk di cuba. itu yang jadi 3 beg plastik cik iena borong
|
taraaa borong sakan |
Terima Kasih kepada pekerja yang cukup budiman ini kerana melayan karenah cik iena yang kepochi nie
|
pekerja yang cukup baik hati melayan karenah cik iena |
|
seronok kan kalau pergi kedai, layanan tiptop.. kita pun rasa nak datang lagi |
|
keadaan kaunter yang sentiasa ada pelanggan |
|
ehhh nak jugak bergambar depan cake sense cik iena nie :) |
Menikmati keenakan Portuguese Egg Tart bersama rakan-rakan pejabat
|
kalau tak selfie, bukan cik iena lah kan ops gambar selfie diatas bermake up yang tu pada hujung minggu, kalau cik iena pergi event memang bermake up. pergi kerja macam ni je tanpa make up. Yang atas tu cik iena ade event di GSC Tropicana City Mall. Haa kat sana pun ada Cake Sense tau. nanti cik iena bagi tau kat mana lagi cawangan nya |
|
|
rakan pejabat cik iena pun akui keenakan portuguese egg tart |
Okay selain daripada Portuguese Egg Tart, cik iena juga cuba makanan yang lain. Jom tengok apa yang cik iena cuba
|
Euro Soft bread berharga RM11.70 |
Euro Soft bread ni sedap juga , tekstue roti yang lembut bersama kismis. Memang penggemar kismis akan menyukainya. Terdapat pelbagai jenis Euro Soft bread yang perlu anda cuba. Nanti cik iena cuba yang lain pula ya
|
Honey-B Cake RM 11.70 |
Cake ni tersangat lembut tau. Sedap sangat .cik iena suka. Sebelum ni pernah makan sponge cake tapi tak selembut ini. Tak dapat nak gambarkan kelembutan nya. Korang mesti cuba rasa. Patut lah tiap kali lalu Cake Sense KLCC tengok orang keluar dari situ bawa cake ni . Memang lembut, sedap. Cik iena rasa cake ni dia gunakan putih telur sebab tu lembut .
|
Pandan Twinkie dan Chocolate twinkie RM4 |
Pandan Twinkie dan Chocolate twinki pun lembut dimakan juga .
|
Italian Grissini RM7.40 |
Cik iena tak pernah makan Italian Grissini , ok lah setelah cik iena cuba. Boleh di terima perut
|
Mushroom Chicken Pie RM 12 (3pcs) |
Cik iena juga merupakan penggemar Mushroom Pie . Bila cik iena cuba Mushroom Chicken Pie memang tip top rasa dia tau. Beza dengan Mushroom pie tentulah yang ni ada ayam.hehe cik iena tak suka sangat ayam-ayam nie. kalau mushroom sahaja laju makan. Tapi bila makan Mushroom Chicken Pie ni Sedap sangat. Mushroom dan ayam tu sangat berasa. Ada rasa lada hitam sikit. Kulitnya rangup. Alahai tergoda.. Auchh selepas Portuguese Egg Tart cik iena jatuh cinta pula dengan Mushroom Chicken Pie nie (^_~)
Wah panjang berceloteh. Okay lah untuk Maklumat Lanjut Boleh Layari
Instagram :
@my_cakesense
Tel : 03-6272 1851
Fax : 03-6272 1831
Email : info@cakesense.com
Cawangan-cawangan Cake Sense
Petaling Jaya
No 19. Jalan SS 24/8 , Taman Megah
47301 Petaling Jaya
Tel/Fax : 03-7805
Taman Tun Dr Ismail
No.26 Jalan tun mohd fuad, Taman tun dr ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel/Fax : 03-7727 0176
Tropicana City Mall
Lot LG-45 , Tropicana City Mall, jalan SS20/27
47400 Petaling Jaya
Tel/fax : 03-7731 1908
Setia City Mall
Pot UG-K02, Setia City Mall , Persiaran setia dagang, Bandar setia alam, SEK U13
40170 Shah Alam
Suria KLCC
C03-C05, Suria KLCC Shopping centre, jalan ampang
50088 Kuala Lumpur
Tel/fax : 03-2163 5951
Paradigm Mall
Lot LG-30 , paradigm mall jalan SS7/26a ,
47301 Kelana jaya
tel : 03-7887 0189
Empire Shopping Gallery
Lot FK03A, First floor, Empire Subang, jalan SS16/1
SS16, 47500 Subang ajaya
tel/fax : 03-5613 0189
Nukilan,