Grab The Promo
Grab The Promo

Struktur Tambang baru untuk Perkhidmatan LRT & Monorel



Pengguna  Pas Bulanan MyRapid akan terkesan dengan struktur tambang baru ini. Kenaikan perbelanjaan bulanan untuk MyRapid mungkin lebih daripada 100% daripada perbelanjaan bulanan semasa. Sebagai contoh cik iena merupakan pengguna Pas bulanan MyRapid . Berkuatkuasa 2 Disember 2015  perbelanjaan untuk MyRapid akan meningkat daripada RM100 kepada RM 204 tambah (RM10 - untuk premium nominal RM10.00 dikenakan setiap kali pembaharuan MyRapid Smart 30 Bulanan.)


Struktur Tambang baru untuk Perkhidmatan LRT & Monorel
Gambar tiada kaitan dengan tajuk tapi gambar ni cik iena ambil semasa sedang menunggu LRT untuk ke tempat kerja baru-baru ini.


Kadar tambang menggunakan MyRapid Smart 30 Bulanan daripada Bandar Tun Razak ke KLCC adalah RM3.40  Manakala Kadar tambang menggunakan Touch & Go adalah RM 3.70 dan kadar tambang menggunakan tunai atau token adalah RM4.20 . Kadar tambang semasa iaitu sebelum 2 Disember 2015 adalah RM3.30 dari bandar Tun Razak ke KLCC.


Cik iena membuat perkiraan MyRapid Smart 30 Bulanan

RM3.40 * 2 (Pergi balik sehari) = RM 6.80
RM6.80 * 30 Hari (Hampir setiap hari cik iena menggunakan LRT) = RM 204
RM 204 TAMBAH  premium nominal RM10.00 dikenakan setiap kali pembaharuan MyRapid Smart 30 Bulanan

= RM 214  SEBULAN. 
KADAR SEMASA CIK IENA MENGGUNAKAN PAS BULANAN MYRAPID RM100 sahaja .

Perkiraan Menggunakan Touch & Go
RM 3.70 *2  (Pergi balik sehari) =  RM7.40
RM7.40 * 30 (Hampir setiap hari cik iena menggunakan LRT) = RM222


Perkiraan Menggunakan Token atau Tunai
RM4.20 * 2 (Pergi balik sehari) = RM 8.20
RM8.20 * 30 (Hampir setiap hari cik iena menggunakan LRT) = RM252


Kadar Semasa RM 3.30 sebelum struktur tambang baru di implimentasikan. Selepas struktur tambang baru di implimentasikan kadar kenaikan tambang adalah RM0.90 menjadikan tambang sehala RM4.20 daripada bandar tun razak ke KLCC . 


Kadar Perbelanjaan MyRapid Semasa Cik iena adalah RM100 dimana selepas 2 Disember 2015 ianya akan dimansuhkan

Untuk cik iena, cik iena perlu gunakan  MyRapid Smart 30 Bulanan untuk menjimatkan perbelanjaan cik iena . Dimana RM 214 sebulan berbeza jika menggunakan Touch & Go RM 222 Sebulan (JIMAT RM8) . Jika menggunakan tunai atau token pasti lah tak jimat kan , RM 252 (JIMAT RM38) . RM38 tu boleh buat belanja makan tau . Hmmm ouhhh Malaysia. Kerajaan menaikkan Minyak dan tol untuk menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan Awam dan sekarang perkhidmatan awam pun naik harga. Mungkin kerajaan nak sarankan rakyat naik basikal pergi kerja kot. Gaya Hidup sihat katanya (^_~)




Untuk cik iena kenaikan nya sangat banyak . Mungkin pada pak menteri ianya cuma sedikit tapi tidak pada cik iena T__________T
Belum masuk kos nak balik kampung setiap minggu lagi. Kos-kos pergi event lagi . Selepas ini Malaysia mungkin mengalami kenaikan harga lagi untuk mana-mana barangan atau perkhidmatan yang berkait dengan kadar kenaikan pelbagai benda di Malaysia sekarang ni. Kos hidup kita semakin meningkat sekarang. Ingatkan dengan adanya GST ni kerajaan akan turunkan harga barang ke harga perkhidmatan ke rupanya semakin teruk dan teruk. Makin teruk kami yang bayar segala mala cukai ni walaupun pak jib kata BRIM dinaikkan TAPI PAK JIB OIIIIII kami tak dapat BRIM pun Pak Jib Oiiii. Ini adalah tidak adil !!!!!!!!!!!!!!!! Sakit pulak hati kita dengan pakjib nie selama ni malas nak ambil kisah tapi kene ambil kisah juga. Tak sabar nak tunggu pilihanraya akan datang. Harap rakyat dapat buka minda buka mata. Lakukan lah transformasi !!!



Struktur Tambang baru untuk Perkhidmatan LRT & Monorel


Okay panjang cik iena bebel. Ni cik iena copy dari website MyRapid


SIARAN MEDIA


PRASARANA SELARAS STRUKTUR TAMBANG LRT, MONOREL -Perkenal Mekanisme Tambang Berbeza Antara Tunai dan Bukan Tunai Untuk Galak Penjimatan


KUALA LUMPUR, 2 November 2015 – Demi membetulkan struktur tambang berbeza untuk perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang dan Monorel KL selama hampir dua dekad, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan struktur tambang baru untuk ketiga-tiga perkhidmatan berkenaan.

Serentak dengan pengumuman berkenaan, Prasarana  turut memperkenalkan mod pembayaran berbeza untuk tunai dan bukan tunai bagi menggalakkan penjimatan di kalangan penumpang di bawah skruktur baru itu.

Bercakap dalam satu majlis taklimat media di Kuala Lumpur, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz berkata struktur tambang yang digunakan sekarang adalah berbeza untuk ketiga-tiga perkhidmatan itu.

Sementara LRT Laluan Kelana Jaya menggunakan kadar tambang yang berbeza antara stesen di  Kawasan Pusat Perniagaan (CBD) dan yang bukan di Kawasan Pusat Perniagaan (non-CBD), LRT Laluan Ampang pula menggunakan perkiraan  berdasarkan kepada jumlah stesen yang dilalui, manakala Laluan Monorel KL pula menggunakan formula perkiraan berdasarkan kepada jarak perjalanan.

“Untuk struktur tambang yang lebih adil dan konsisten, struktur tambang sekarang akan diselaraskan kepada perkiraan berdasarkan kepada jarak perjalanan – sama seperti amalan yang digunakan oleh operator-operator rel lain di seluruh dunia.

“Di bawah struktur tambang baru, para penumpang akan dikenakan bayaran masuk atau ‘flag fall’ dengan ditambah dengan jarak perjalanan sebenar, yang kemudiannya didarab dengan kadar yang berpadanan. Kadar yang digunakan akan berkurangan semakin jauh jarak perjalanan,” kata Azmi.

Bagi memastikan para penumpang menikmati penjimatan daripada penyelarasan struktur tambang LRT dan monorel, Kerajaan telah meminta Prasarana untuk memperkenalkan mekanisma perbezaan tambang di mana penumpang yang menggunakan mod pembayaran bukan tunai atau ‘cashless’ akan menikmati diskaun untuk jarak perjalanan berbanding dengan mereka yang membeli token untuk pembayaran tunai pada setiap perjalanan.

“Sebagai insentif tambahan, penumpang yang memilih menggunakan “MyRapid Smart 7 Mingguan” atau “MyRapid Smart 30 Bulanan” akan masing-masing menikmati diskaun antara 18 dan 26 peratus, dan antara 20 sehingga 35 peratus untuk kadar jarak perjalanan berbanding dengan yang menggunakan wang tunai,” jelas Azmi.

Dengan pengenalan struktur tambang baru ini, para penumpang untuk sektor-sektor tertentu akan sebenarnya membayar tambang yang lebih rendah atau sama berbanding dengan tambang yang mereka dikenakan sekarang.

“Sebagai contoh, penumpang antara Chan Sow Lin dan PWTC akan hanya membayar RM2.30 secara tunai berbanding dengan RM2.40 sekarang. Mereka akan hanya perlu membayar RM1.90 dengan menikmati diskaun tambahan 40 sen jika menggunakan kad “MyRapid Smart 30 Bulanan”.

“Penumpang antara Imbi and Dato’ Keramat pula akan hanya membayar RM3.40 secara tunai berbanding dengan kadar tambang sekarang RM4.40. Dan, mereka akan hanya membayar RM2.80 sekiranya menggunakan “MyRapid Smart 30 Bulanan”, kata Azmi.

Sementara itu, para penumpang antara KL Sentral (Laluan Kelana Jaya) dan KLCC akan perlu membayar RM2.40, yakni tambahan 80 sen secara tunai berbanding dengan kadar bayaran RM1.60 hari ini.

Bagaimanapun, mereka akan hanya membayar tambahan 40 sen sekiranya menggunakan “MyRapid Smart 30 Bulanan” atau tambahan 50 sen sekiranya menggunakan kad “MyRapid Smart 7 Mingguan”.

“Kami amat menggalakkan para penumpang khususnya yang menggunakan perkhidmatan kami setiap hari untuk menggunakan sama ada kad “MyRapid Smart 7 Mingguan” atau  “MyRapid Smart 30 Bulanan” bergantung kepada corak perjalanan masing-masing untuk menikmati penjimatan sebanyak mungkin,” kata Azmi.

Tambah beliau, kadar tambang baru ini adalah lebih realistik untuk menyeragam dan menyelaraskan struktur tambang untuk perkhidmatan LRT dan monorel, yang tidak pernah  mengalami sebarang semakan kenaikan untuk lebih 13 tahun walaupun trend kenaikan sara hidup yang berterusan sepanjang tempoh berkenaan.

Azmi berkata struktur baru tambang itu akan berkuatkuasa pada 2 Disember 2015 dan para penumpang boleh mula membeli kad “MyRapid Smart 7 Mingguan” dan “MyRapid Smart 30 Bulanan” dengan premium nominal RM2.50 dan RM10.00 untuk kedua-dua produk tersebut.

Kad-kad ini boleh dibeli di Pejabat Perkhidmatan Pelanggan  Rapid KL di stesen-stesen LRT dan  monorail mulai 15 November ini atau apabila kad-kad perjalanan Rapid KL yang mereka gunakan sekarang tamat tempoh.

“Satu daripada kelebihan utama kad baru “MyRapid Smart 7 Mingguan” dan MyRapid Smart 30 Bulanan” adalah para penumpang boleh membawa ke hadapan baki daripada nilai simpanan  kad ke bulan berikutnya. Ini berbeza dengan kad-kad bulanan yang digunakan sekarang di mana perjalanan-perjalanan yang tidak digunakan akan lupus bersama-sama dengan kad berkenaan,” kata Azmi.

Tambah Azmi, warga emas, golongan kelainan upaya, dan para pelajar akan terus menikmati diskaun 50 peratus daripada kadar tunai dalam struktur baru yang akan digunakan.




Untuk Maklumat lanjut tentang kadar tambang yang lain anda boleh baca di www.myrapid.com.my . Ini baru MyRapid, dijangka KTM pun akan membuat kenaikan kadar tambang . Ohh Malaysia, semuanya naik . Nasiblah Hujan Masih Turun (^_~)















iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL




Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL


Pada hari sabtu yang lepas 31 Oktober 2105 cik iena telah menyertai bengkel Make Me A Blogger bersama MYRL  bertempat di Silka Hotel, Kuala Lumpur, dimana cik iena dapat menyertai bengkel ini kerana telah memenangi pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak Cosmoderm.

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL
kontest yang cik iena sertai



Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL
Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL


Penyertaan cik iena untuk pertandingan itu pada awalnya sekadar ingin membantu memeriahkan kontes tersebut memandangkan Cosmoderm merupakan penaja Rasmi bagi Kelab Blogger Ben Ashaari. Alhamdulillah cik iena pun tak sangka terpilih sebagai pemenang yang mana hadiahnya merupakan barangan Cosmoderm bernilai RM150 dan juga Bengkel ini yang mana yuran penyertaannya bernilai  RM550.




MAKE ME A BLOGGER siri pertama oleh MYRYL 


 menampilkan barisan panel speaker dari Dubai, Melanie Elturk dari fesyen label #HauteHijab, Puan Shuhada Alauddin pengasas Myryl dan Sohoque dari SEO (Search Engine Optimization). Bengkel ini akan diadakan pada 31 Oktober 2015 (9pagi-5petang) bertempat di Silka Hotel, Kuala Lumpur.








Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL




Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL



Gambar Cik iena  Di Sepanjang Bengkel Berlansung

 

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL
En Sohoque Pakar SEO


Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL
Kami merupakan pemenang contest cosmoderm



Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL

Kami merupakan pemenang contest cosmoderm





Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL
Ratu selfie :)

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL
Cantik tak baju kiter.. Thanks Zalora (^_~)

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL
Peserta termuda :)

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL

Kami merupakan pemenang contest cosmoderm

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL

pemenang contest cosmoderm bersama Puan Shuhada

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL
Selfie bersama Puan Shuhada dan peserta termuda Baby Amal Insyirah :)

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL
cik iena bersama peserta termuda Baby Amal Insyirah :)

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL
cik iena bersama peserta termuda Baby Amal Insyirah :)

Bengkel Make Me A Blogger Bersama MYRL
cik iena bersama peserta termuda Baby Amal Insyirah :)


 Baby Amal Insyirah ni kan suka betul tengok Aunty iena.. Malu kitew. Dapat jugak dukung baby comel ni walaupun dia demam tapi dia tak meragam sangat. Bagus sangat memahami mummy nya yang ade bengkel (^_~)
 
 
Cik iena balik awal pada hari tersebut kerana cik iena perlu ke Domino's Pandan Indah untuk mengambil Pizza baru keluaran Domino's yang dilancarkan pada Hari Isnin yang Lepas. Alhamdulillah beruntung jadi Blogger di beri peluang merasa menu baru sebelum di pasarkan secara rasmi. Selessai mendominoskan diri cik iena ada job make up dinner pula di Batang Kali.
Dalam perjalanan Pulang   pula ada kejadian seram yang berlaku di ..... 
Okay nantikan Next Update 
(^_~)
 

 Terima Kasih Cosmoderm

Terima Kasih tidak terhingga buat Cosmoderm kerana memilih cik iena sebagai pemenang .
Insya Allah Cik iena akan Review satu persatu barangan Cosmoderm yang di berikan tempohari.






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Beli dan Terima pulangan sehingga 30% di www.shopback.my




Dapatkan pulangan sehingga 30% Tunai di atas diskaun biasa apabila anda membeli-belah   di ZALORA, Groupon, Lazada, Taobao, Qoo10 dan 300 + banyak lagi melalui www.shopback.my


Membeli dan menerima pulangan sehingga 30% di www.shopback.my



Cik iena tidak melepaskan peluang untuk membeli face mask daripada Hermo . Cik iena memang penggemar, pengumpul face mask . Pendek kata dalam simpanan mesti ada face mask .Jika stock face mask dah nak habis cik iena mesti akan cari dan beli .


Shopping di Hermo


 SNP Animal Dragon Soothing Mask (10pcs/box)  by SNP
SNP Animal Dragon Soothing Mask (10pcs/box) by SNP 






SNP Animal Dragon Soothing Mask (10pcs/box) by SNP

Retail Price RM119
cik iena beli ketika diskaun
RM49.90
Jimat
RM69.10






SNP Animal Panda Whitening Mask (10pcs/box) by SNP
SNP Animal Panda Whitening Mask (10pcs/box) by SNP


 SNP Animal Panda Whitening Mask (10pcs/box) by SNP

Retail Price RM119
cik iena beli ketika diskaun
RM49.90
Jimat
RM69.10


Untuk pengetahuan Animal Mask ni jika di pasaran harga nya satu keping lebih kurang RM14.90 . Ada di jual di Watsons . Jika anda inginkan penjimatan yang banyak. Belilah di Hermos.  Kalau harga biasa pun RM119 10 keping. Jika sekepinf face mask jatuh pada harga RM11.90 Memang dah jimat ditambah lagi sekarang tengah promosi 10 keping RM 49.90 dimana sekeping jatuh pada harga RM4.99 , memang berbaloi untuk di beli buat penggemar dan pengumpul face mask tegar seperti cik iena (^_~)


Kebiasaannya cik iena suka kirim pada kawan-kawan yang ke korea kerana cik iena penggemar Face Mask dari Korea. Haaa Tambahan lagi kebanyakan barangan yang di jual di Hermos adalah dari korea Maka nya jom kita shopping.

Selain daripada Hermo terdapat banyak lagi tempat untuk anda shopping online dengan menggunakan   www.shopback.my. Anda boleh pilih mana sahaja yang anda berminat .




shopping hermo di  www.shopback.my
tengok tu banyak jimat kan :)


 Untuk  pengetahuan banyak lagi tawaran yang di tawarkan . Memandangkan pembelian dua barangan di Hermo dapat percuma penghantaran jadi cik iena pun beli lah dua . Face Mask ni boleh simpan. Tahan lama kan. Malam-malam pakai sambil tidur best tau . :)



shopping hermo di  www.shopback.my
tak sabar nak tunggu sampai :)




Psttttttt Nak bagi tau . Lazada, zalora dan Qoo10, pun ada tau. Ahhaa kesemuanya memang tempat shopping cik iena. Lepas ni cik iena akan gunakan shopback lah untuk dapatkan pulangan balik. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit okay :)

Pada yang nak tau macam mana ianya berfungsi baca https://www.shopback.my/how-it-works



Nota Blog : update terkini, cik iena dah dapat email jumlah pulangan balik daripada hasil belian cik iena tadi. Ni cik iena screenshot email .

jumlah pulangan balik daripada hasil belian
jumlah pulangan balik daripada hasil belian
Menarikkan, Sambil-sambil kita membeli, kita dapat pulangan balik . Siapa lagi nak bagi kan. Jadi apa salahnya anda cuba beli melalui shopback ni.
Beberapa hari lagi Lazada akan buat flashsale.
shopback.my ada buat pulangan utk promosi flashsale lazada juga nanti
Jadi jangan lepaskan peluang ni tau, mudah je, sama seperti shopping di Lazada cuma kali ini anda masuk website lazada melalui www.shopback.my untuk mendapatkan wang pulangan tu
Cik iena pasti akan gunakan nanti
Harap di Lazada nanti ade buat flashsale untuk Vacuum sebab cik iena memang tengah cari Vacuum
(^_~)







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Katalog Avon Kempen 21 2015



Katalog Avon Kempen 21 2015
Katalog Avon Kempen 21 2015


Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar produk kecantikan wanita di Malaysia.
Pelbagai rangkaian produk di jual oleh Avon Malaysia termasuk aksesori, pakaian dalaman, wangian, barangan penjagaan diri dan lain lain lagi

 

 

 

Tarikh

1-15 November 2015







Katalog Avon Kempen 21 2015
Katalog Avon Kempen 21 2015

Katalog Avon Kempen 21 2015
Katalog Avon Kempen 21 2015

Katalog Avon Kempen 21 2015
Katalog Avon Kempen 21 2015



Okay jom tengok lebih lanjut lagi

 
 Katalog AVON kempen 21 2015




 Katalog Sebelum

 Katalog AVON kempen 19 2015

Katalog Semasa Sila Klik
KATALOG ONLINE AVON






Untuk membuat Pesanan secara online
Sila hubungi adik manis

Shila

Atau boleh datang ke mana-mana butik Avon berhampiran anda mahupun dealer-dealer avon berhampiran anda
(^_~)






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015



MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015
 
November ini merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta seni jalanan, karyawan, artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) 2015 yang julung kali diadakan di Lanai, Pusat Pelancongan
Malaysia (MaTiC). Festival Seni Jalanan atau dikenali sebagai ‘Street Arts Festival’ bukanlah
suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program
seperti ini dan ternyata dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan industri
pelancongan dan kebudayaan negara.

Festival yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 November 2015 bertujuan untuk
mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarakat
bandar atau urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Ini kerana ianya mampu
menjadi satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis dan karyawan serta
memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai.
Selain itu, festival seperti ini juga dapat membina dan membuka peluang perniagaan kepada
usahawan termasuk artis tempatan dalam industri kreatif dan makanan.

MSAF telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir
seperti konsert, kartun dan komik termasuk kemunculan karektor kartun terkenal BoboiBoy dan
Megamind; Persembahan serta Pertandingan Buskers dan Band Indie; Mural dan Graffiti;
Barber dan Clothing ; Perhimpunan ‘Bikers’; Pertandingan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer)
dan Trak Makanan (Food Truck). Barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi
kehangatan festival ini ialah Akim & Majistret, Bunkface, Lan Typrewriter, S.O.G, Ana Rafali,
Shiha, Ainan Tasneem dan Sakura Band. MSAF juga turut membawa pameran khas iaitu
Pameran ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini Auditorium dan Galeri MaTiC mulai 6 hingga 8
November 2015.

Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan MaTiC
sebagai salah satu ikon Pelancongan Kuala Lumpur dan pusat sehenti informasi pelancongan.
Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan memukau perhatian
anda! Jom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve