Mengisahkan kisah benar tentang kehidupan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Chowrasta merupakan Filem ke-38 pengarah terkenal Profesor Datuk A Razak Mohaideen.Penghasilan filem chowrasta adalah di adaptasi daripada buku biografi Sahol berjudul Mencorak Destini yang berkisar mengenai perjuangan dalam memartabatkan bangsa Melayu..
Antara babak romantik dalam Chowrasta
Filem berlatarbelakangkan zaman 60 an dan 70 an ini merupakan terbitan bersama FiTA Studios Sdn Bhd dan Nation Film Studio Sdn Bhd yang mana ianya menggabungkan empat genre berbeza iaitu komedi, Bollywood, aksi dan
romantis. Filem ini juga adalah sebagai buah tangan daripada Profesor Datuk A Razak Mohaideen untuk 600,000 alumni UiTM di seluruh negara.
Filem ini di barisi pelakon hebat iaitu Hero Malaya Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su dan Nur Risteena Munim, dan juga pelakon baru yang ingin di ketengahkan sebagau tunjak Utama iaitu Chem Ammar . Chowrasta bakal menggegarkan 60 buah pawagam di seluruh Malaya bermula 3 Disember nanti.
SINOPSIS RINGKAS CHOWRASTA
Kehidupan Hamid penuh dengan perjuangan. Sejak kecil lagi, kehidupannya sentiasa dihimpit kemiskinan serta sering dihina dan dicaci. Namun, demi kelangsungan hidup diri dan keluarganya, di Hutton Road, Pulau Pinang, dia terus bangkit. Segalanya bertitik tolak daripada gesaan ibunya yang meminta dia untuk tidak hanya berdiam apabila dibuli dan meminta Hamid untuk menjadi seorang yang berani bukannya seorang pengecut.
Dari situ Hamid bertekad dan belajar seni mempertahankan diri “Muay Tai”, yang dikendalikan oleh Pak Ngahnya yang terkenal dengan nama “Uncle Don”. Berkat kegigihannya berlatih di samping tekad yang terpahat, akhirnya Hamid dapat meletakkan dirinya sebagai seorang yang disanjungi oleh rakan-rakannya dan digeruni oleh pihak lawan.
Selain bertarung di gelanggang, dia juga mula terlibat dengan kegiatan kongsi gelap yang dikepalai Pak Ngah Don di Chowrasta serta mula berjinak dengan kelab malam. Malah, dia juga telah mula rapat dengan Zaharah, iaitu seorang penyanyi di kelab tersebut. Pada masa yang sama, kawasan di bawah penguasaan Pak Ngah Don semakin bertambah, seiring itu musuhnya turut juga bertambah. Konflik demi konflik membawa Hamid ke kancah pertarungan sengit sehingga suatu ketika dia hampir menemui ajalnya di tangan Jali. Akan tetapi dia dapat diselamatkan oleh Zaharah dan kawan baiknya Eng Choon.
Melihatkan keadaan itu. Hamid diminta oleh Pak Ngah Don dan ibunya supaya meninggalkan Pulau Pinang untuk melanjutkan pelajarannya.
Hamid kemudiannya diterima masuk ke ITM dan menjadi seorang pelajar jurusan kejuruteraan. Prestasi Hamid dalam pelajaran menyerlah, namun disebabkan kemiskinan, Hamid terpaksa bekerja di tempat pembinaan bagi menyara kehidupan keluarganya. Disebabkan Hamid tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran, dia kemudiannya gagal mencapai gred yang ditetapkan dan terus dibuang ITM.
Dengan tiada tempat lain untuk dituju, Hamid pulang ke kampung dan kembali menerajui Chowrasta. Dalam pada itu, Pak Ngah Don telah menemui ajal apabila dia dibakar hidup-hidup oleh musuh ketatnya, Jali.
Hamid terus memburu Jali untuk membalas dendam dan berlakukan satu pertarungan sengit yang menyaksikan Jali menyerah kalah dan berjanji untuk tidak menganggu Hamid lagi. Tidak lama kemudian, Hamid didatangi oleh Miss Tan, seorang pensyarahnya yang bertujuan untuk membantu. Hamid diberi peluang kedua untuk melanjutkan pelajarannya dengan semua perbelanjaannya ditanaggung oleh Miss Tan. Semenjak itu dia tidak lagi menoleh ke belakang. Dengan semangat dan usaha bersungguh-sungguh, Hamid akhirnya berjaya sehinggalah beliau menjadi seorang yang sangat disegani.
Mengisahkan kisah benar tentang kehidupan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Tan Sri Dr Sahol...
Posted by ienaeliena.com on Saturday, November 28, 2015
GAMBAR-GAMBAR SEDUTAN DALAM FILEM CHOWRASTA
Hamid sedang bertarung untuk merebut gelaran juara Muay Thai
seni pertahanan diri Muay Thai
Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta
Antara babak romantik dalam Chowrasta
babak di mana pakngah don atau rosham nor di bunuh
Lakonan Hebat pelakon Chowrasta
Lakonan Hebat pelakon Chowrasta
Babak sedih sebelum Hamid ke ITM, dimana sebelum ini hamid tidak pernah berenggang dengan ibunya
Hamid ketika kecil, di gelar karipap amarica kerana membantu ibunya menjual kuih
Nur Risteena
latihan seni pertahanan diri Muay Thai
Ost Filem Chowrasta Cinta Ke akhir cerita
Tajuk : Cinta Ke Akhir Cerita
OST filem Chowrasta
Penyanyi : EEZA ZAINAL & TAUFIQ RODZI
Komposer & Penggubah Lagu : AZMEER pc
LIRIK : SHAHRUL FITRI MUSA
Tajuk : Cinta Ke Akhir CeritaOST filem ChowrastaPenyanyi : EEZA ZAINAL & TAUFIQ RODZIKomposer & Penggubah Lagu : AZMEER pcLIRIK : SHAHRUL FITRI MUSA
Posted by ienaeliena.com on Saturday, November 28, 2015
TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015
Pada
18 November 2015 cik iena mewakili www.hyebro.com ke Majlis
Tayangan Khas dan Sidang Media Chowrasta Yang bertempat di GSC Nu
Sentral . Majlis gilang gemilang ini berjalan dengan lancarnya dan di
hadiri dengan tetamu-tetamu terhormat , pihak media dan juga
tetamu-tetau lain seperti pelajar-pelajar Uitm sendiri dan juga
Artis-artis tanah air.
CIK IENA DI TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015
CIK IENA BERSAMA DATUK ROSHAM NOR, PAKNGAH DON DI TAYANGAN KHAS CHOWRASTA 18 NOVEMBER 2015
A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
REVIEW CHOWRASTA DARI CIK IENA
Walaupun cerita ni agak lewat di mulakan, dalam tempoh menunggu cik iena ada terasa bosan lah tetapi setelah cerita ini dimainkan tiada rasa bosan tersebut. Di sepanjang cerita ini dimainkan terdapat pelbagai babak dan jalan cerita yang menarik untuk di hayati bersama.
Tiada bahagian yang akan membuat anda bosan. Sebelum ini cik iena tengok abang bond spectre tu ada bahagian-bahagian yang rasa..errr apa ni bosannya. Haa kalau cerita ni memang best sampai ke akhir cerita cik iena duk khusyuk tengok dan baca kisah-kisah yang terjadi kepada kesemua watak dalam cerita tersebut, ape yang mereka buat pada waktu sekarang.
Filem chowrasta yang berlatarbelakangkan zaman 60 an ni jika di lihat pada warna-warna 60 an mungkin agak bosan bagi kita yang lahir pada tahun 90 an ke atas ni , namun apabila cerita ini di mainkan timbul rasa minat dan ingin tau dari cik iena.
Sebenarnya masa dapat invitation ni cik iena terkejut dengar tajuk filem ni. Chowrasta?? hah filem apa tu . Tengok gambar poster macam tak bersemangat nak pergi kan. Selepas tau cerita ni dari Profesor Datuk A Razak Mohaideen baru cik iena berkeyakinan nak datang. Ahaa ko ingat ko diva ke cik iena haha .
Haaaaaa okay apa-apa pun filem ni best tau. Maaf lambat update. Cik iena sibuk kerja di pejabat T___T .
Kepada anda di luar sana jangan lupa saksikan filem ini yang bakal di tayang kan di pawagam pawagam berhampiran anda pada 3 Disember 2015. Filem yang bakal menggegarkan Industri Perfileman Negara dengan berlatarbelakangkan suasana zaman 60 an dan ianya berkisar mengenai perjuangan dalam memartabatkan bangsa Melayu..
Warna Kontra atau Colour Block merupakan fashion yang di gemari dan juga dikatakan jimat kerana anda boleh menyuai padankan pakaian anda dengan mana-mana warna yang menarik .
Malah, warna-warna terang bermotifkan luar daripada kebiasaan ini sememangnya menangkap pandangan dan memberikan aura berganda yang memberikan gambaran bahawa anda merupakan seorang yang bijak, berani, berkeyakinan tinggi dan pandai memancing tumpuan umum.
Seperti mana corak dan rekaan pakaian, warna juga mengalami perubahan dan transformasi dari semasa ke semasa, sesuai dengan kematangan dan kemajuan pemikiran masyarakat masa kini. Yang sebenarnya mudah untuk menggayakan pakaian yang mempunyai warna kontra asalkan anda tahu teknik padanan warna yang sesuai.
Aksesori yang digunakan juga boleh menimbulkan impak blocking atau kontra. Ia tidak semestinya pada pakaian malah jam, beg tangan, rantai leher atau gelang juga boleh digayakan dengan warna kontra dengan warna pada pakaian asalkan tidak terlihat padat dan berserabut.
Okay jom cuci mata tengok gambar photoshoot cik iena. Peplum Pink ini di suai padankan dengan Skirt biru turquoise . Pada bahagian bawah dada peplum ni cik iena jahitkan sedikit beads berwarna biru turquoise bangi menampakkan lagi kesesuaian baju dan kain tersebut. Selain daripada mengenekan peplum pink ini bersama kain biru turquoise, cik iena juga mengenakan dengan seluar biru turquoise.
Cik iena juga memakai peplum pink ini bersama skirt hitam yang disuaikan dengan tudung Hitam juga. Boleh juga di padankan dengan kain hijau dan tudung Hijau. Hehe sebab tu cik iena suka colur blocking. Senang je mix match. Hah silap-silap penuh satu katil sebab cik iena dok keluar-keluarkan baju,seluar kain yang ada untuk sesi mix match
(^_~)
Sebenarnya saja tulis pasal colour block sebab cik iena terjumpa gambar ni. Kebetulan cik iena tak update lagi photoshoot ni.
Huwaaa maaflah cik iena sangat sibuk terlalu banyak gambar yang di kepam kepam. Banyak juga blog post untuk personal yang cik iena tak update. Cik iena beri keutamaan pada yang penting dulu seperti review produk, makanan dan sebagainya yang mana merupakan salah satu side income cik iena lah
(^_~)
Okay, Kredit kepada Encik Photog En Min untuk gambar-gambar diatas.
Kebiasaannya cik iena akan makan di Nu Sentral atau Kl Sentral selepas pulang bekerja sebelum ke program kerja amal di Bank muamalat Malaysia jalan melaka yang diadakan pada setiap hari khamis dan jumaat pada pukul 10 hingga 12 malam. Pada malam tersebut cik iena makan salah satu makanan kegemaran cik iena di Izumi Japanese Cuisine iaitu Teriyaki Chiken Bento. Sebenarnya cik iena ni tak suka makanan jepun sebelum ni. Tapi disebabkan simpan niat nak ke jepun kene belajar makan makanan jepun . Dan ini diantara salah satu menu yang memikat selera melayu cik iena ni.
Kebiasaan nya cik iena ambil DON set berharga RM 12.60, tak banyak sangat nak di makan. Tapi di sebabkan terpengaruh dengan harga promosi RM 13.70 di mana harga asal adalah RM 15.80
okay di sebabkan ini lah ambik bento set
Yang peliknya bila cik iena bayar
HARGA ASAL
ini menaikkan kemarahan hahaha
harga asal
haha biasalah cik blogger memang tak boleh diam. cik iena tanya lah kenapa bukan harga promosi.
kemudian dia minta maaf salah pilih menu ape lah katanya.
So macam mana ni cik iena tanya, awak buat poster besar2 promo macam ni tak boleh minta maaf je bila salah key in harga .
Then dia bagi benda lain untuk mencukupkan apa yang cik iena bayar
Nah cik iena makan sushi ni
ahaaa kite tak makan sushi
okay boleh masuk perut
lalallalalala
Lain kali kalau korang tengok ada promosi ke apa pastikana amaun korang bayar betul. itu hak kita.
Biarlah dia nak kata kita banyak songeh ke ape kan.
(^_~)
Okay jemput layan gambar makanan kegemaran cik iena
Haaa adik cik iena pulak makan makanan melayu pula hari ni
Nah dia mengidam nasi ayam penyet
Okay ini tuan empunya blog, kalau pergi kerja memang tak make up sebab cik iena keje as programmer jer. belakang tabir je ahaaa
Program agihan makanan buat golongan yang memerlukan serta gelandangan yang cik iena sertai minggu lepas. Cik iena terlupa update. Pada minggu lepas ramai sukarelawan yang hadir. Cik iena pun macam tak tau nak buat apa. Sekejap ke depan sekejap kebelakang. Alhamdulillah ramai sukarelawan. Kebiasaannya hari khamis sukarelawan kurang. Jadi pada hari tersebut cik iena balik awal sebab tak banyak sangat kerja. Ramai insan baik hati datang menjadi sukarelawan.
Okay jemput jamu mata gambar yang ada .
bersama adik
ratu selfie :)
ehhh senyum sikit
with gegurl, rakan sukarelawan since 2012
nyummy
Kepada anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan amatlah
dialu-alukan . Tiada syarat dikenenakan untuk menjadi sukarelawan cukup
sekadar anda turut sama hadir membantu menyediakan makanan buat golongan
yang memerlukan disamping sedikit peraturan yang perlu di patuhi untuk
menghormati golongan gelandangan dan yang seantara dengannya iaitu tidak
mengambil gambar mereka atau pun mengambil gambar suasana disana
menggunakan flash sehingga ketara maneampakkan raut wajah mereka .
Setiap mereka yang datang mengambil makanan ada masalah yang tersendiri .
Kita perlu hormat mereka supaya tidak menyebarkan gambar mereka secara
jelas.
Kepada yang berminat boleh hadir di
bank muamalat jalan melaka, belakang lrt masjid jamek aliran kelana jaya
pada pukul 10 malam, setiap hari khamis dan jumaat. Kepada yang
berminat untuk memberi sumbangan makanan juga amatlah dialu-alukan
tetapi anda dikehendaki menghubungi pihak kami terlebih dahulu supaya
tidak berlaku pembaziran makanan.
HELP THE POOR
:- Remember even the smallest of gifts like a piece of bread given to
them may be the reason Allah forgives you and enters you into
Jannah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa
saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudaranya sesama mukmin
yang lapar, nescaya Allah akan memberinya buah-buahan syurga. Siapa
saja antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin
yang dahaga, nescaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum.
Cetakan percuma untuk gambar bersize A3 daripada photobook yang di tawarkan oleh Groupon. Peminat photobook jom jangan lepaskan peluang. Cik iena dah beli , korang jangan lupa tau, siapa nak bagi percuma ni lagi kan. Cik iena memang suka voucher-voucher ni lagi-lagi kalau percuma.
(^_~)
Jom cik iena tunjukkan sekali lagi macam mana nak beli
Klik link di bawah jangan lupa tunggu and skip add
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com