Wanita sering dikaitkan dengan Emas.Wanita dan emas tidak boleh dipisahkan, begitu jugak dengan lelaki. Lelaki dan motor ibarat lagu dan irama. "Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa hampa".
Dalam keadaan ekonomi Malaysia sekarang, Emas sangat membantu untuk membuat pelaburan yang sangat menguntungkan di masa hadapan. Lebihan wang yang di gunakan untuk membeli Emas adalah sangat bagus kerana kebiasaannya nilai emas akan meningkat dari masa ke semasa berbanding dengan nilai mata wang yang ada turun dan naik sehingga boleh jatuh nilai dengan mendadak.
Setiap wanita pasti sukakan emas dan ingikkan emas, terutama bagi wanita-wanita yang ingin melansungkan majlis pertunangan, pernikahan mahupun perkahwinan. Selain itu emas juga di beli untuk koleksi peribadi dan juga pelaburan. Emas juga sesuai di buat hadiah buat ibunda tercinta yang telah melahirkan kita . Haa cik iena pun belikan hadiah cincin emas buat puan ibunda tau. Ceria tak terkata bila puan ibunda dapat.
Untuk itu cik iena ingin memberitahu anda semua tentang koleksi terbaru daripada Poh Kong dan juga Poh Kong Year End Festive Collection . Kita sedia maklum bahawa Poh Kong merupakan jenama Emas yang terkenal di Malaysia dengan koleksi-koleksi nya yang Eksklusif dan Elegan.
Sempena penutup tahun 2015 ini Poh Kong mengadakan Poh Kong Year End Festive Collection istimewa khas buat anda semua. Terdapat pelbagai koleksi menarik untuk anda miliki.
Untuk pengetahuan anda, Poh Kong juga merupakan penaja utama
Clothes Buffet Malaysia Season 3 2016 yang bakal berlansung pada 26 & 27 March 2016 bertempat di Lot 10, Bukit Bintang Jam 9.50 AM Hingga 9.00 PM . Poh Kong juga merupakan penaja bagi
The Secret Affair Party yang cik iena sertai baru-baru ini. Melihat koleksi Poh Kong yang sangat menarik tertarik , ekslusif serta elegance pada hari tersebut membuat kan cik iena tersangat berkenan dan ingin memiliki koleksi tersebut. Untuk itu, cik iena pun mengorak langkah untuk mengunjungi Poh Kong untuk mengetahui lebih lanjut .
Cik iena ke Poh Kong Mid Valley, malangnya koleksi tersebut telah pun habis. ia nya di keluarkan sedikit-sedikit terlebih dahulu menurut promoter yang melayan cik iena. Kalau nak tempah dulu pun boleh. Seminggu siap katanya. Tapi cik iena nak cuba dulu kat jari. Promoter tersebut cadang kan untuk ke Poh Kong Pavillion kerana kebiasaannya Design baru atau promosi baru akan sampai sana terlebih dahulu. Malangnya cik iena sangat lah sibuk untuk ke sana.
Okay cik iena tunjuk juga sedikit gambar di Poh Kong Mid Valley. Actually tak boleh ambil gambar terutamanya tang Harga tapi cik iena nak kongsi harga-harga yang cik iena tau untuk cincin yang cik iena berkenan :)
|
cuba cincin lain la sb cincin dalam katalog yang cik iena nak tu takde lagi |
|
cuba cincin lain la sb cincin dalam katalog yang cik iena nak tu takde lagi |
Walaupun tak dapat nak tengok,try,test ,cuba beli hehe cincin kesukaan cik iena tu tapi puas hati sebab Layanan yang baik dari Poh Kong.Untuk itu cik iena cerita serba sedikit mengenai Koleksi terbaru Poh Kong yang cik iena berminat dan yang pasti anda peminat Emas juga akan berminat.
Elegance bergaya eksklusif di Poh Kong
Multiple Joy Ring
Poh Kong memperkenalkan
Multiple Joy Ring di mana ia di lengkapi daripada
koleksi pelbagai iaitu emas, emas putih
, dan rose gold rings with diamonds .
Anda akan terasa muda , cantik bergaya dan meriah untuk mengenakan cincin eksklusif ini. Ia adalah cincin yang paling melengkapi gaya anda dari Poh Kong. Cik iena sangat menyukai cincin ini kerana design nya yang sangat Eksklusif dan unik sesuai untuk wanita berkerjaya dan selalu ke majlis-majlis pelancaran dan sebagainya seperti cik iena . Cincin ini agak trendy dan sangat sesuai untuk golongan muda.
|
Multiple Joy Ring |
Untuk design Multiple Joy Ring diatas yang cik iena berminat, harga semasa semasa cik iena ke Poh Kong Mid Valley baru-baru ini adalah RM 1699 . Terdapat 3 design lain lagi yang menarik yang boleh anda miliki seperti di bawah.
|
Cincin pertama atas kiri berharga RM 1599, cincin bersebelahan berharga RM 1699, manakala cincin di bawah kiri berharga RM 1699 dan cincin bersebelahan berharga RM 1699 |
Tranz oleh Poh Kong
Tranz oleh Poh Kong mempunyai koleksi terbaru barang kemas yang di ilhamkan oleh keindahan dan nikmat alam semulajadi. Ianya direka dalam emas 22K.
|
Tranz Charm Bangle |
Untuk koleksi
Tranz oleh Poh Kong ini cik iena tertarik dengan Tranz Charm Bangle. Ianya mempunyai daya tarikan yang sangat menarik dimana ianya di hiasi dengan unsur-unsur yang berbeza lagi aneh tetapi nampak sangat menarik. Gabungan dragonfly, petite spider,honey bee sangat menarik perhatian .
Tranz oleh Poh Kong boleh di dapati dalam koleksi
loket, cincin dan anting-anting.
ANGEL™ Diamond Oleh Poh Kong
ANGEL™ Diamond Oleh Poh Kong adalah ikon yang unik dan memikat , mencerminkan cahaya yang sempurna dan kecemerlangan tulen dan berlian persegi yang paling sempurna manis di dunia. Ianya diperbuat oleh tukang berlian terbaik dengan yang paling maju teknologi pemotongan berlian, reka bentuk yang rumit ANGEL™ Diamond pasti membuat an da terpesona dengan keanggunan beserta reka bentuk yang memikat .
|
Angel Diamond Ring |
Untuk koleksi
ANGEL™ Diamond, cik iena tertarik dengan keunikan dan kemewahan Angel Diamond Ring yang sangat cantik ini. Sangat sesuai untuk di buat cincin pertunangan mahupun perkahwinan. Koleksi yang cukup unik, cantik lagi menarik serta mewah.
ANGEL™ Diamond boleh di dapati dalam koleksi loket, cincin dan anting-anting.
|
ANGEL™ Diamond |
Poh Kong Year End Festive Collection
Untuk pengetahuan anda Poh Kong membuat Jualan Hujung Tahun yang Istimewa buat anda semua. Jangan Lupa Kunjungi Poh Kong Berhampiran anda. Terdapat pelbagai lagi koleksi menarik yang tidak sempat cik iena kongsikan. Jadi jangan lupa ke Poh Kong Ya, Lagi-lagi buat bakal pengantin atau yang bakal bertunang . Sempena hari Natal ini juga anda boleh hadiahkan pada yang tersayang salah satu daripada Koleksi Poh Kong. Pasti Yang Tersayang akan lebih gembira dan terasa sangat di hargai.
Untuk maklumat lanjut menegenai Poh Kong’s new year’s festive collection, sila layari:
Poh Kong Official Website:
www.pohkong.com.my
Facebook:
pohkongjewellers
Instagram:
pohkongmy
Nukilan,