Grab The Promo
Grab The Promo

Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit

Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit


Kehadiran blackhead terutama di bahagian hidung sememangnya akan menimbulkan ketidakselesaan pada seseorang. Permukaan kulit yang terasa kasar serta liang roma terbuka membuatkan kita rasa tidak selesa.

Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit

Blackhead  dan Whitehead terjadi apabila permukaan liang-liang pori yang tersumbat yang disebabkan oleh debu, kosmetik dan kotoran yang tidak dibersihkan dengan betul. Setiap folikel atau liang ini mengandungi kelenjar sebaceous yang menghasilkan minyak, iaitu sebum yang membantu melembapkan dan melembutkan kulit kita.

Namun apabila sel kulit mati bersama minyak terkumpul dalam folikel, benjolan kecil akan terbentuk di panggil comedone. Jika comedone masih dibawah kulit ia adalah whitehead atau bintik putih. Tapi jika benjolan menjadi semakin besar dan lapisan kulit diatasnya terbuka, ia mula menjadi hitam akibat terdedah kepada udara dan ini dipanggil blackhead atau bintik hitam.

Bintik hitam adalah proses pertama sebelum terjadinya jerawat. Jika dibiarkan kuman dan bakteria akan berkembang biak disitu. Lama kelamaan ia akan merebak dan bernanah. Ditambah pula kulit kita yang sentiasa mengeluarkan minyak, keadaan akan semakin teruk jika tidak dirawat.

Oleh itu sebelum terjadi jerawat yang mengjengkelkan, cik iena nak kongsi produk untuk  menghilangkan Blackhead & Whitehead. Cara ini sangat berkesan dan sangat mudah untuk dilakukan dan yang paling penting ianya tidak sakit sepertimana jika kita membuang blackhead ketika melakukan rawatan muka di Pusat Kecantikan/ Spa mahupun ketika melakukan rawatan sendiri menggunakan alat pemicit jerawat mahupun menggunakan 'Pore Pack'.

Okay nah cik iena perkenal kan set B.Liv Pore Be Clean . Set ini di datangkan dengan tiga item iaitu  Deep Impact, Off With Those Heads  and Absolute Matte.


Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit


Okay mari cik iena tunjuk satu per satu apa yang ada dalam ni. 



B.liv Deep Impact
B.liv Deep Impact

Off With Those Heads
B.Liv Off With Those Heads

B.Liv Absolute Matte
B.Liv Absolute Matte

 Taraaaaaaaaaaaaaa, bawah ni gambar kesemua isi dalam box tadi
Ada dua keping face mask


Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit


Cik iena beli dekat

 

Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit
Gambar sebelum selepas 4 hari iaitu hari ini di mana hari entry ini di publish. Gambar diambil dgn HDR setting supaya nampak kulit tu.. haha cer korang amek gambo skin korang dekat2 guna HD, tengok banyak tak blackhead. kahkah cik iena punya banyak woooo tu berusaha cari penawar lalalallalaa
Wahhh 4 hari je bleakheads iena dah berhijrah, suka sangat hidung tak keras-keras dah. Blackhead dah takda. Hahaha kalau ikutkan nak post 14 hari selepas cik iena try produk ni. Malam tadi belek-belek cermin macam dah kurang blackhead so cik iena mengatur langkah untuk menulis tentang produk ni. Dah hari ni masa lunch cik iena ambil gambar selepas dekat pejabat.
Tu atas tu before after memang ketara kan
(^_~)


Hilangkan Blackhead Dan Whitehead Tanpa Rasa Sakit
bye bye blackhead whitehead


Okay jom cik iena kongsi lebih lengkap tentang produk ni,
Jemput baca di bawah ya 
(^_~)




B.liv Pore Be Clean

B.liv Pore Be Clean



HARGA 1 SET (GST): RM 241.80 
HARGA PROMOSI : RM 155.66


B.Liv Deep Impact


B.Liv Deep Impact B.Liv Deep Impact B.Liv Deep Impact B.Liv Deep Impact


Emulsion ini membersih secara mendalam untuk mengusir atau membuang kecelaan pada kulit anda .Ia membersih dan urut wajah anda dengan porcelain perfection. Ia juga lembut tetapi berkesan menanggalkan kulit mati sehingga menjelaskan keserian kulit anda. Kecantikan kulit wajah anda yang sebenar kini boleh bersinar dalam ke luar.


B.Liv Deep Impact


Kebaikan :  

Membersihkan liang pores
• Menggalakkan peredaran mikro untuk kulit  pores yang sihat
 
Velvety smooth touch of skin
Mencegah jerawat dan liang tersumbat



HARGA RUNCIT (GST): RM65
HARGA RUNCIT (SEBELUM GST): RM 61.32 


B.Liv Off With Those Heads



B.Liv Deep Impact



Ucapkan selamat tinggal kepada  teknik menyah blackhead iaitu painful squeezing yang sungguh menyakitkan ! Gel ini bertujuan untuk memudahkan anda mengeluarkan bintik hitam degil dan whitehead dalam masa 14 hari untuk penggunaan setiap hari. Ia menyimpan rembesan minyak yang berlebihan  dan menghalang irritation dan jerawat dari tumbuh.


B.Liv Off With Those Heads






B.Liv Off With Those Heads
Kebaikan :

• Menghilangkan blackhead dan whitehead
• Memastikan jerawat di bawah kawalan
• Mengawal minyak
• Tidak menyumbat liang pores
• Pengelupasan yang lembut
• Mempunyai ciri-ciri yang menenangkan dan menghidratkan





B.Liv Absolute Matte [clarifying charcoal mask]



Inovatif skin-saver adalah yang anda perlu untuk membuang sisa kekotoran dan sebum yang berlebihan, menjadikan kulit anda lebih cantik, gebu dan bercahaya.


B.Liv Absolute Matte [clarifying charcoal mask]



Absolute matte membantu memerangi sebum dan mengawal lebihan permukaan berminyak serta ia  membersihkan dan menyegarkan kulit anda. Ia menggunakan arang aktif  yang bertindak seperti magnet untuk menarik keluar kotoran dari dalam-kediaman liang pores yang tidak dapat dilakukan oleh face mask yang lain.



Menarik kan, tak perlu tahan sakit lagi ketika membuat rawatan muka di Spa, malahan anda dah tak perlu ke Spa untuk membuang Blackhead serta whitehead . Anda hanya perlu amalkan set ini bagi memastikan blackhead dan whitehead hilang dari wajah anda secara lembut dan semulajadi .

Pada yang berminat untuk dapatkan produk ini boleh dapatkan di www.hermo.my/b-liv
Selain daripada produk ni terdapat pelbagai lagi produk menarik yang di jual di Hermo. Cik iena gemar membeli skincare dari Korea di Hermo. Kalau anda tengok semua pasti rambang mata di tambah lagi dengan promosi-promosi yang di tawarkan. Untuk melihat produk lain sila layari www.hermo.my

Okay jemput tengok video tutorial cik iena menggunakan set ini . Tapi maaf agak gelap kerana cik iena rakam menggunakan kamera depan. Video Selfie tambahan pula linghting dalam bilik air tak terang .








iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System


Ramai yang mengambil endah tak endah tentang penjagaan kuku tanpa disedari. Kuku yang cantik juga melambangkan keperibadian seseorang. Kecantikan dan kebersihan perlu bersatu untuk menambahkan lagi seri dan keyakinan diri seseorang.

Kuku yang hitam dan comot menampakkan keperibadian yang kurang elok pada seseorang. 
Jadi, jom cik iena kongsikan Sistem penjagaan kuku elektronik  daripada Scholl. (Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System

Set penjagaan rawatan kuku yang mudah dimana ianya boleh di lakukan sendiri oleh anda di rumah. Dengan hanya tiga langkah mudah ,kuku anda akan kelihatan cantik, lembut dan berkilat secara semulajadi. 
Ia nya menggunakan bateri dan sangat mudah untuk di kendalikan serta ringan. Selain daripada itu ianya juga amat mudah untuk di bawa kemana-mana . Dapat kan produk ini hanya di Lazada dengan harga promosi RM 135.20 dan dapatkan lagi diskaun sebanyak RM8.88 dengan menggunakan Code - LENALZD8 ! ‪#‎SchollMY‬

Jom tonton video tutorial dari cik iena




Set penjagaan rawatan kuku yang mudah dimana ianya boleh di lakukan sendiri oleh anda di rumah. Dengan hanya tiga...
Posted by ienaeliena.com on Thursday, January 14, 2016



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Kenali Taman Negara Malaysia



Taman Negara Malaysia merupakan destinasi perlancongan yang popular di Malaysia di kalangan pelancong Domestik dan luar negara. Merupakan Kawasan Perlindungan rasmi Hutan Hujan Tropika yang pertama dan tertua di Malaysia yang mana pada waktu dahulu ia dikenali sebagai King George V National Park.


Kenali Taman Negara Malaysia




Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. 

Taman Negara Pahang terletak di Kuala Tahan, Pahang iaitu di Banjaran Titiwangsa yang meliputi sebahagian daerah Lipis dan Jerantut. Ia merupakan Taman Negara yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Negeri Pahang mempunyai keistimewaan  flora dan fauna yang serba lengkap,Gunung-ganang, sungai, serta hutan lantas manjadikan Pahang sebgai tarikan Pelancong.

Waktu yang paling sesuai untuk pelancong mengunjungi Taman Negara adalah pada bulan April hingga November selain cuti hujung minggu.

Baru-baru ini cik iena telah berkesempatan turut serta dalam Media Trip ke Rainforest Resort Taman Negara , Pahang yang dianjurkan oleh MATIC (Malaysia Tourism Centre).  Kehadiran kami di sambut baik oleh pihak Rainforest Resort . Terdapat pelbagai aktiviti dan tempat yang menarik untuk cik iena kongsikan bersama pembaca Sekalian.



3D2N  Rainforest Resort Taman Negara 



Taman Negara Malaysia
Bersama rakan media dan blogger sebelum berangkat ke Taman Negara



Pengalaman selama 3 hari 2 malam di  Taman Negara sememangnya sukar untuk di lupakan malahan jika di beri pilihan cik iena ingin lebih dari 3 hari kerana suasana persekitaran yang tenang serta mendamaikan membuatkan anda berasa sangat tenang disini ditambah dengan pelbagai tempat dan aktiviti menarik disini. Jika ingin menghabiskan lawatan ke semua tempat disini  atau melakukan semua aktiviti pasti 3 hari tidak mencukupi.

Cik iena dan rakan media serta blogger bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang jam 10.06 AM




Jeti Kuala Tembeling
Jeti Kuala Tembeling

Kami tiba di Jeti Kuala tembeling sekitar jam 2.40 PM. Setibanya di sana kami  menikmati makan tengah hari di restoran yang terdapat di jeti tersebut sebelum berangkat ke Kuala Tahan. Lebih kurang Jam 3.11 PM kami berangkat ke kuala Tahan menaiki bot yang di sediakan.



Jeti Kuala Tembeling
Bot Panjang di Jeti Kuala Tembeling

Jeti Kuala Tembeling
cik iena sedang beratur utk menaiki bot panjang di Jeti Kuala Tembeling





Disepanjang perjalanan ke Kuala Tahan anda akan dapat menikmati pemandangan yang menarik di tepi-tepi sungai. Kelihatan kampung-kampung kecil , tempat pembiakan ikan patin sangkar dan juga kelibat-kelibat orang yang memancing di tebing tebing sungai.




Jetii Sungai Tembeling
bersama rakan blogger

 Cik iena akan kongsikan gambar-gambar pemandangan sepanjang perjalanan dari Jeti Kuala Tembeling ke Kuala Tahan menaik bot ini dalam artikel yang seterusnya. (http://www.ienaeliena.com/2016/01/jeti-kuala-tembeling-ke-taman-negara.html)

Kami tiba di Kuala Tahan lebih kurang jam 5.26 PM. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 2 Jam 15 minit . Semasa menaiki bot kami di beritahu perjalanan memakan masa 3 jam. Alhamdulillah kami sampai awal dari yang di jangka kan.


Taman Negara Malaysia
jeti Han Rainforest Resort


Walaupun berada lama di atas bot namun ianya tidak mambosankan kerana anda akan dapat melihat pemandangan-pemandangan ciptaan Illahi yang cukup indah.



Taman Negara Malaysia
cik iena di tepi sungai jeti Han Rainforest Resort






Keindahan hutan Taman Negara akan dapat anda nikmati sebaik sahaja bot yang membawa pelancong singgah di jeti Han Rainforest Resort.

Setibanya kami di  jeti Han Rainforest Resort, kami di bawa ke   Han Rainforest Resort menggunakan kenderaan yang di sediakan oleh pihak  Han Rainforest Resort. Istimewa buat pelanggan  Han Rainforest Resort, pengangkutan dari jeti ke resort atau resort ke jeti akan di sediakan oleh pihak  Han Rainforest Resort.


Han Rainforest Resort
Cik iena di kaunter pendaftaran Han Rainforest Resort





Han RainForest Resort  menyediakan pelbagai aktiviti sungai serta pakej calet untuk keselesaan pengunjung yang menginap di sini.

Aktiviti pertama kami pada hari tersebut adalah Night Jungle Walk . Berjalan di dalam hutan pada waktu malam sambil menikmati keindahan alam serta binatang-binatang di waktu malam. Untuk aktiviti ini anda memerlukan lampu suluh .


Night Jungle Walk
Rakan blogger dan media bersedia dengan lampu suluh masing-masing





Jika bernasib baik, anda dapat melihat sendiri binatang liar seperti rusa, babi hutan dan binatang kecil lain yang merayau-rayau di Taman Negara menjelang tengah malam hingga ke awal pagi.


Night Jungle Walk
cik iena bergambar bersama Tapir yang di jaga di sini


Selain daripada itu anda juga boleh menyertai kegiatan safari malam untuk melihat haiwan liar di kawasan yang disediakan dengan bantuan pemandu pelancong dan petugas perhilitan.



bersiap sedia untuk Canopy Walk
bersiap sedia untuk Canopy Walk dan bukit teresek



Pada keesokan harinya, kami  beriadah dengan  meniti Titian Kanopi atau lebih dikenali dengan "Canopy Walk" dan mendaki Bukit Teresek untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi dari puncak bukit tersebut. Ketinggian "Canopy Walk"   adalah 400 meter dari aras laut.





wefie sebelum ke bukit teresek
wefie sebelum ke bukit teresek

wefie sebelum ke canopy walk
wefie sebelum ke canopy walk

canopy walk
cik iena dan +Halim Brothers  sedang meniti Canopy Walk




Bukit Teresek
selepas meniti Canopy Walk, cik iena meneruskan perjalanan ke Bukit Teresek

Bukit Teresek
sambil mendaki, menyempat je cik iena wefie :)

Bukit Teresek
dah sampai sini wajib bergambar dekat sign board hehe

Bukit Teresek
di belakang cik iena adalah permandangan Gunung Tahan dari bukit teresek.

 Jika nak di tunjukkan sangat banyak gambar yang menarik di sini, cik iena akan kongsikan dalam Artikel seterusnya.  Selain dari mendaki Bukit Teresek, bagi pendaki tegar, Gunung Tahan merupakan destinasi terbaik untuk anda menyahut cabaran yang tidak terdapat di gunung lain di negara ini .


Seperti hutan hujan tropika lain, Taman Negara juga menyediakan rangkaian gua untuk diteroka seperti Gua Telinga dan Gua Daun Menari di samping banyak lagi gua yang sedang dikenal pasti untuk dibuka kepada pengunjung. Malangnya kami tidak berkesempatan ke sana kerana waktu yang sangat terhad.

Aktiviti seterusnya kami pulang ke Resort untuk menikmati hidangan makan tengah hari oleh pihak Resort. Khas buat anda semua cik iena juga akan kongsikan beberapa makanan istimewa di sini dalam artikel yang seterusnya.

Selepas menikmati hidangan makan tengah hari , cik iena sempat mengunjugi Spa yang terdapat di Resort tersebut iaitu "JEMARI TRADITIONAL". Setelah penat mendaki pasti lebih nyaman dan selesa jika dapat memanjakan diri dengan urutan kaki dan ianya terdapat di Han RainForest Resort.


perkhidmatan urutan di jemari traditional
perkhidmatan urutan di jemari traditional



Setelah itu  kami di bawa ke penempatan orang Asli Suku Kaum Batek yang terletak di Kampung Seberang Kanopi . Di sini kami di beri penerangan serba sedikit mengenai kaum ini dan juga beberapa demo dari Orang Asli sendiri tentang kegiatan harian mereka. Nantikan dalam artikel seterusnya .





Bergambar bersama orang asli
Bergambar bersama orang asli dan rakan media serta blogger


Selepas itu kami di bawa ke sungai untuk aktiviti "Rapids Shooting" . Ini merupakan antara aktiviti yang paling cik iena suka. Pada awalnya cik iena merasakan leceh, basah-basah tak seronok. Tetapi apabila berada di dalam bot sewaktu aktiviti ini dijalankan ternyata tanggapan cik iena salah. Aktiviti ini ternyata sangat menyeronokkan dan boleh menenangkan minda, melepaskan segala masalah , keresahan. Jujur cik iena akui aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membuat hati tenang. Masa ni boleh jerit sepuas-puas hati bila di serang bot lawan. Anda semua perlu cuba aktiviti ini. Maaf cik iena tiada gambar untuk aktiviti ini. Cik iena akan update kemudian bila dapat gambar daripada rakan media dan blogger yang lain .


Selepas ber  "Rapids Shooting" kami di bawa singgah di sungai berhampiran untuk bermandi manda dan bergambar.




Taman Negara Malaysia
Menikmati keindahan sungai di sini

Taman Negara Malaysia
Rakan media dan blogger bermandi manda


Pada sebelah malam kami ber BBQ  dan Karaoke di Perkarangan Han RainForest Resort, terdapat kemudahan BBQ disediakan dan juga Karaoke  serta sebuah dewan disediakan.



wefie diatas pacuan 4X4  sebelum ke kampung orang asli
wefie diatas pacuan 4X4  sebelum ke kampung orang asli


Keesokan hari nya iaitu hari ketiga di mana hari terakhir kami berada di situ kami di bawa sekali lagi ke penempatan orang asli tetapi kali ini penempatan yang berbeza dan kami tidak melalui jalan sungai seperti kampung sebelum. Kali ini kami menggunakan pacuan 4X4 menusuri hutan-hutan untuk sampai ke kampung tersebut. Perkampungan tersebut adalah penempatan Orang Asli suku Batek di  Kampung Orang Asli Dedari.



Kampung Orang Asli Dedari
Kampung Orang Asli Dedari


Di sini juga kami di beri pendedahan tentang orang asli namun ianya lebih lengkap. Kami juga berpeluang menanyakan pelbagai soalan kepada orang asli disini.  Demo juga di tunjukkan bagi aktiviti harian mereka.  Untuk kisah di Kampung Orang Asli Dedari ini cik iena akan tulis dalam Artikel seterusnya. Banyak lagi kisah menarik untuk di kongsi bersama. Ini merupakan antara aktiviti yang cik iena gemari kerana cik iena tidak pernah melihat orang asli yang sebegini rupa secara lansung. Cik iena sangat teruja dapat berjumpa dengan mereka, cik iena juga berkesempatan mempelajari cara-cara pemakaian kain batik oleh kaum wanita asli di sini.



Kampung Orang Asli Dedari
Bergambar bersama Orang Asli Dedari

Selepas melawat orang asli disini kami pulang ke Resort untuk menikmati makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak Resort  dan seterusnya kami berkesempatan untuk melawat bilik-bilik dan kemudahan lain yang di sediakan di Han RainForest Resort . Istimewa untuk pembaca cik iena akan kongsikan beberapa jenis bilik dan kemudahan yang terdapat di Han RainForest Resort dalam artikel seterusnya.

 Han RainForest Resort
Sebelum berangkat pulang, cik iena bergambar bersama Rakan Media dan Blogger di Han RainForest Resort

Sememangnya pengalaman di Han RainForest Resort Taman Negara ini adalah memori indah yang sukar untuk di lupakan bagi cik iena dan juga mungkin bagi rakan-rakan blogger serta media  yang lain. Selain dapat mengenali taman negara kami juga dapat mengenali rakan media dan blogger lain disamping dapat bertukar pendapat dan berkongsi tentang pengalaman masing-masing.


Semasa di sana cik iena di kenali dengan Travelling Beruang dan juga si Latah. Ada juga rakan yang menggelarkan cik iena pepatung. kalau nak tau kenapa nantikan cerita seterusnya ya. Maaf lambat update sebab cik iena bekerja.


untuk info lanjut boleh layari: -www.rainforestresort.net 












iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve