Salah satu pengangkutan di masa dahulu di kuala tembeling dan kuala tahan adalah menggunakan bot. Untuk mengekalkan Tradisi tersebut pengangkutan ini masih di gunakan lagi untuk membawa pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar negara untuk ke Taman Negara.
Perjalanan dari Jeti Kuala Tembeling ke jeti Kuala tahan memakan masa lebih kurang 3 jam bergantung kepada keadaan cuaca dan juga pengendali bot.
Blog post ini adalah sambungan dari Kenali Taman Negara Malaysia
Perjalanan dari Jeti Kuala Tembeling ke jeti Kuala tahan memakan masa lebih kurang 3 jam bergantung kepada keadaan cuaca dan juga pengendali bot.
Blog post ini adalah sambungan dari Kenali Taman Negara Malaysia
Jeti Kuala Tembeling |
Kami tiba di Jeti Kuala tembeling sekitar jam 2.40 PM. Setibanya di sana kami menikmati makan tengah hari di restoran yang terdapat di jeti tersebut sebelum berangkat ke Kuala Tahan. Lebih kurang Jam 3.11 PM kami berangkat ke kuala Tahan menaiki bot yang di sediakan.
Bot Panjang di Jeti Kuala Tembeling |
cik iena sedang beratur utk menaiki bot panjang di Jeti Kuala Tembeling |
Disepanjang perjalanan ke Kuala Tahan anda akan dapat menikmati pemandangan yang menarik di tepi-tepi sungai. Kelihatan kampung-kampung kecil , tempat pembiakan ikan patin sangkar dan juga kelibat-kelibat orang yang memancing di tebing tebing sungai.
bersama rakan blogger |
GAMBAR PEMANDANGAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KUALA TAHAN
Di sepanjang perjalanan kami ke kuala tahan, kami melalui suasana getir iaitu hujan. Dalam tempoh perjalanan tersebut kami dilanda hujan sebanyak dua kali. Perasaan cik iena tentulah takut hari hujan diatas bot. Walaubagaimanapun hujan tidak begitu lebat dan perjalanan masih di teruskan.
Alhamdulillah kami selamat sampai destinasi.
Kami tiba di Kuala Tahan lebih kurang jam 5.26 PM. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 2 Jam 15 minit . Semasa menaiki bot kami di beritahu perjalanan memakan masa 3 jam. Alhamdulillah kami sampai awal dari yang di jangka kan.
jeti Han Rainforest Resort |
Walaupun berada lama di atas bot namun ianya tidak mambosankan kerana anda akan dapat melihat pemandangan-pemandangan ciptaan Illahi yang cukup indah.
cik iena di tepi sungai jeti Han Rainforest Resort |
Keindahan hutan Taman Negara akan dapat anda nikmati sebaik sahaja bot yang membawa pelancong singgah di jeti Han Rainforest Resort.
Setibanya kami di jeti Han Rainforest Resort, kami di bawa ke Han Rainforest Resort menggunakan kenderaan yang di sediakan oleh pihak Han Rainforest Resort. Istimewa buat pelanggan Han Rainforest Resort, pengangkutan dari jeti ke resort atau resort ke jeti akan di sediakan oleh pihak Han Rainforest Resort.
untuk info lanjut boleh layari: -www.rainforestresort.net
Nukilan,
|