Untuk anda yang ingin mencuba Vivo American Pizza & Panini , di sini cik iena lampirkan gambar menu untuk tujuan anda memilih menu-menu yang berkenan di hati .
Keistimewaan Vivo American Pizza & Panini adalah Pizza dan Panini . Namun terdapat juga menu lain yang sering mendapat pesanan yang banyak daripada kalangan pelanggan Vivo American Pizza & Panini seperti Chicken Chop
Merlion park adalah tempat yang wajib dikunjungi apabila anda ke Singapura. Taman yang terletak di Marina Bay ini, mempunyai patung kepala singa yang menjadi maskot bagi negara Singapura.
Merlion Park merupakan tempat tarikan utama bagi pelancong di ingapura . Ada yang mengatakan jika tidak bergambar di sini, anda masih belum sampai Singapura . Begitu juga yang cik iena dengari dari Tour Guide kami di Singapura semasaSingapore Day Trip tempohari.
The Merlion
Menurut mitos singapura, Merlion adalah makluk misterius yang berkepala singa dan berbadan ikan. Dari segi bahasanya, Mer berarti laut, dan lion berarti singa.
Badan ikan melambangkan bahawa zaman dulu Singapura terkenal sebagai tempat yang mempunyai ramai Nelayan. Kepala singa melambangkan nama Singapura sebagai kota singa.
Ada beberapa patung merlion yang diakui sebagai ikon oleh pemerintah Singapura. Yang mudah anda temui adalah patung merlion di Merlion Park – Marina Bay, dan patung merlion di Pulau Sentosa.
Waktu urusan
Merlion Park ini di buka 24 jam, jadi tak perlu takut tempat ini tutup. Walaupun malam tempat ini masih ramai orang bergambar atau sekadar duduk-duduk di tepi pantai.
Anda juga tidak memerlukan tiket, untuk masuk ke taman ini.
Cara ke Merlion Park
Merlion Park adalah tempat yang terkenal, jadi sangat mudah untuk ke tempat ini.
Bila anda menggunakan MRT, anda perlu turun di stasion Rafles Place dan keluar melalui Exit B. Berjalanlah ke arah banggunan-banggunan pejabat, di belakangbanggunan tersebut anda akan nampak sungai Singapore River.
Berdekatan sungai tersebut terdapat Hotel Fullerton, jalan kearah belakang hotel tersebut, dan anda akan jumpa jalan simpang tiga. Sila menyeberang jalan yang paling besar.
Turun dari jalan tersebut ke arah bawah anda akan melihat pinggiran laut. Okay kemudian anda berjalan lah di sekeliling dan anda akan nampak Merlion Park. Jangan Lupa Bergambar di Merlion Park Okay :)
Itu cara bagi anda yang travel bersendiri atau bersama kawan .
Cik iena travel bersama Percutian Jimat Saya dimana prngangkutan untuk ke Merlion Park disediakan oleh mereka . Haaa harga pakej Singapore Day Trip Yang cik iena sertai Cuma RM 135 sahaja tau . Boleh Baca Itinerary Perjalanan kami di sini.
Pada 14 – 15 April 2016 akan berlansung Global Real Estate Developers and Agents Conference (GREDAC) yang bakal diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre.
Ini merupakan kali pertama, Malaysia menjadi tuan rumah bagi persidangan yang amat dinanti-nantikan oleh pakar hartanah dari seluruh dunia.
Acara ini dianjurkan oleh Wonderlist Property yang mana ianya akan menghimpunkan pakar-pakar dan ejen hartanah dari seluruh dunia.
Di sini, mereka akan dapat meluangkan masa pelajari melalui perkongsian dari pemaju-pemaju hartanah yang berjaya, begitu juga dari ejen hartanah yang berpengaruh.
Mereka akan berkongsikan beberapa matlamat yang perlu dikecapi melalui hubungan yang bakal dijalinkan bersama.
Selain daripada itu, terdapat perkongsian tentang prospek sasaran berdasarkan keadaan ekonomi semasa serta mengetahui beberapa projek bertaraf dunia yang bakal dijalankan bagi membantu merevolusikan pasaran hartanah.
Sekiranya anda berminat untuk menyertainya,
Yuran penyertaan pada harga RM680 dan bagi deligasi luar pula pada USD250.
untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 03-9368 0019 / 03-9368 0020 atau melalui email enp@wonderlist.property
Dalam membuat perbelanjaan harian kita seharusnya bijak untuk mendapatkan peluang-peluang yang memberi kebaikan buat kita sebagai contoh portal yang menawarkan pulangan balik bagi pembelian yang telah kita lakukan seperti Getex.my
Dewasa kini ramai di kalangan rakyat Malaysia membuat pembelian secara online termasuklah pembelian barangan elektrik, barangan peribadi mahupun barangan basah juga turut di beli secara online sekarang.
Tidak kurang juga cik iena. Cik iena lebih gemar membeli secara online disebabkan faktor kekangan masa. Kekangan masa membuatkan cik iena tidak sempat untuk membeli belah di kedai mahupun Mall. Cik iena banyak membeli secara online tambahan ianya sangat mudah dan tidak memerlukan tenaga untuk kita berjalan dan berjalan untuk memilih barang. Ditambah lagi dengan keadaan trafik yang sesak untuk ke kedai mahupun mall.
Apa itu Getex?
Getex merupakan portal online yang menawarkan pulangan balik dalam bentuk wang ringgit hasil daripada pembelian anda di mana-mana online shop terpilih . Terdapat pelbagai online shop yang menyertai program ini bersama getex. Diantaranya adalah Lazada, Zalora,Groupon, Agoda, airasiago,ensogo dan banyak lagi.
Pasti anda sudah biasa mendengar kesemua online shop tersebut. Kepada anda yang gemar online shopping. Getex adalah platform yang bagus untuk anda mendapatkan kembali hasil belian anda. Bukanlah bermakna anda mendapat kembali 100% hasil duit yang anda telah guna tetapi anda boleh mendapat pulangan sehingga 12% daripada hasil belian anda.
Selain dari mendapat pulangan sehingga 12%, terdapat juga kupon-kupon voucher code yang di tawarkan oleh getex . Anda boleh menikmati harga diskaun daripada kupon tersebut dan juga menikmati pulangan balik mengikut peratusan yang telah ditetapkan bagi setiap online shop terpilih.
Ops kalau tengok account overview pembelian cik iena hari ini masih belum di rekod sebab cik iena update blog ni sejurus selepas membuat pembelian. Insya Allah esok akan di rekodkan. Rekod yang ada daripada pembelian sebelumnya :)
Menarik kan . Selain daripada shopping kita juga dapat pulangan balik dari hasil belian kita :)
Jadi kepada anda yang suka membeli secara online tu jangan lupa daftar di getex dan buat pembelian melalui getex.
Selari
dengan fashion dan kehendak islam mengenai fashion berpakaian wanita, terdapat
pelbagai fashion tudung labuh di pasaran sekarang. Aspek pemakaian mengikut
islam semakin menjadi pilihan oleh muslimah sekarang. Terdapat pelbagai Trend
fesyen terkini Muslimah yang sedang popular memperlihatkan kemunculan banyak
koleksi fesyen tudung labuh online terkini yang lebih moden contohnya
seperti tudung terkini.
Tudung
terbaru yang ada di pasaran adalah lebih moden daripada segi rekaan berbanding
dengan yang dahulu. Pastinya ini adalah hasil usaha para pereka fesyen Malaysia
kita yang cukup berbakatdan sentiasa
bersungguh-sungguh mahu memastikan koleksi fesyen tudung terkini wanita
diterima ramai hijabista di luar sana.
Ada
apa dengan tudung dan fesyen?
Kedua-dua
ini adalah berkait rapat antara satu sama lain ibarat irama dan muzik, seperti
aur dan tebing. Tanpa adanya fesyen, sudah pasti tidak akan wujudnya gaya
tudung terbaru. Malah tanpa adanya tudung, pasti akan suram pentas peragaan
fesyen.
Begitulah
pentingnya untuk dua perkara ini yang setiap satunya menyokong antara satu sama
lain. Koleksi tudung labuh terkini dengan gaya fesyen yang lebih segar menjadi
pilihan ramai wanita di Malaysia.
Antara
tudung labuh terkini wanita yang sangat popular buat masa ini ialah selendang
ataupun lebih dikenali sebagai shawl. Ia menjadi antara jenis tudung yang
menjadi pilihan ramai anak muda seperti remaja. Ianya boleh di suai padankan
dengan hampir apa sahaja pakaian untuk menghasilkan persalinan yang bergaya dan
sopan lagi menarik dan trendy.
Dress
Muslimah moden juga adalah antara pakaian Muslimah moden yang sesuai untuk
dipadankan bersama koleksi tudung terkini. Ianya memberikan gaya yang lebih
trendy untuk seseorang yang lebih mengutamakan untuk tampil dengan imej yang
lebih menyerlah. Anda pasti akan menjadi tumpuan ramai yang kagum akan cita
rasa fesyen anda dan cara anda bergaya
Selain
daripada tudung dan juga pakaian muslimah, aksesori juga tidak di lupakan untuk
menyerlahkan lagi penampilan sepaya lebih trendy , elegan dan bergaya namun
masih perlu beserdahana dalam pemilihan
aksesori yang sesuai agar tidak kelihatan terlalu menjolok mata. Apa yang
penting ialah anda harus tahu menyesuaipadankan aksesori yang tepat dengan
tudung pilihan anda.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com