Grab The Promo
Grab The Promo

The Crazy Bites SS15 Subang Jaya


The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
The Crazy Bites merupakan restoran makanan segera yang menawarkan pelbagai hidangan yang terdiri daripada burger, pizza, pasta, snack dan juga makanan tempatan seperti Nasi Lemak.

The Crazy Bites diterajui oleh tiga usahawan muda yang mempunyai impian besar dalam industri pemakanan. Restoran ini  di buka  untuk memperkenalkan makanan yang terbaik dengan persekitaran yang selesa kepada semua pelanggan tidak kira muda atau tua mahupun berbilang bangsa. 
Semua makanan yang di tawarkan kebanyakannya adalah Home made, ini termasuk roti burger yang disediakan sendiri oleh The Crazy Bites . Sos yang di gunakan untuk hidangan burger juga adalah Home Made sos yang dihasilkan sendiri oleh The Crazy Bites. 
Untuk pengetahuan semua The Crazy Bites hanya menggunakan bahan-bahan segar  yang Halal .  Buat masa ini The Crazy Bites baru beroperasi selama 8 bulan dan masih belum mempunyai sijil Halal. Ia adalah kerana untuk memiliki sijil halal, sesebuah restoran perlu beroperasi lebih daripada setahun . 
Menurut pemilik The Crazy Bites Mr Johan Yee yang berasal Sumatera, Jambi, Indonesia  pihak  The Crazy Bites akan memastikan untuk mendapatkan sijil Halal setelah cukup syarat setahun setengah beroperasi tersebut. 
The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
Seperti kita sedia maklum isu Halal makanan sangat penting kepada rakyat malaysia khususnya yang beragama Islam. Walaubagaimanapun Makanan-makanan yang di hidangkan di sini di perbuat dari sumber-sumber yang halal terutama nya daging dan ayam yang diambil daripada pembekal yang mempunyai sijil Halal.
The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
Kaunter untuk order tau, lepas order nanti staff akan hantarkan makanan :)

 
Okay baru baru ini cik iena di undang khas oleh pemilik The Crazy Bites untuk merasa keenakan makanan yang terdapat di sini . Pertama sekali terima kasih tidak terhingga di ucapkan kepada Mr Johan Yee diatas layanan yang cukup baik .

The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
dekorasi hiasan dalaman yang cantik
 
Untuk pengetahuan semua selain pelbagai jenis makanan yang ditawarkan.  The Crazy Bites juga merupakan tempat yang sesuai untuk anda menikmati hidangan sambil menenagkan fikiran . Keadaan restoran yang sangat tenang, dekorasi hiasan dalaman yang sangat cantik yang dapat menyejukkan mata dan menenangkan minda anda.
The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
dekorasi hiasan dalaman yang cantik
The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
dekorasi hiasan dalaman yang cantik

The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
dekorasi hiasan dalaman yang cantik



The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
Mudahnya online dekat sini tau, ada wifi ada power supply . tak perlu ke starbucks dah yeayyy
Disamping itu terdapat juga kemudahan wifi dan juga power supply bagi mereka-mereka yang ingin online dan charge laptop mahupun handphone . Ini cik iena sangat suka . Jadi cik iena tidak melepaskan peluang untuk mengemaskini blog di sini . Kepada anda yang merokok terdapat juga ruangan untuk pelanggan yang merokok di sini. 

The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
Ruangan luar untuk yang merokok


Okay jom cik iena tunjukkan kongsikan makanan yang cik iena makan di The Crazy Bites. Untuk melihat lebih gambar sila berkunjung ke fanpage cik iena ya The Crazy Bites

The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
Sungguh pun berbadan  kecil tapi berselera besar hahaha

Teriyaki Rooster Bites (chicken) RM 16.80 a la carte
Teriyaki Rooster Bites (chicken) RM 16.80 a la carte

Teriyaki Rooster Bites (chicken)
Berharga  RM 16.80 untuk hidangan a la carte . Ini merupakan diantara menu yang cik iena gemari. Sos yang digunakan adalah Home made sauce . Sekali gugitan pasti membuatkan anda ingin lagi . Rasa sos yang cukup enak di gandingkan dengan ayam yang di perap beserta telur dan juga roti yang di buat sendiri . Sebelum ini cik iena takut nak makan roti bewarna hitam macam ni . Okay lepas cuba kat sini. Ahaaa memang sedap okay :)
Nah belanja gambar dekat .Nyummy sangat sedap. Anda semua patut cuba tau.
Teriyaki Rooster Bites (chicken) RM 16.80 a la carte
Teriyaki Rooster Bites (chicken) RM 16.80 a la carte
Harga Teriyaki Rooster Bites (chicken)  ni RM 16.80 untuk burger sahaja . Dengan menambah RM 4.80 anda boleh mendapatkan minuman ringan dan juga Sweet Potato Fries . Kebiasaannya di restoran makanan segera menawarkan Potato Fries. Berbeza dengan The Crazy Bites .  Sweet Potato Friesyang di hidangkan memang menarik perhatian cik iena. Sedap tau , tak rugi cuba . Selalu sangat makan  Potato Fries kali ni cuba  Sweet Potato Friesyang memang manis meruntum kalbu. Ahahahah lepas makan nanti senyum manis je (^_~).


Teriyaki Rooster Bites (chicken) RM 16.80 a la carte
Teriyaki Rooster Bites (chicken) RM 16.80 a la carte + Rm4.80 for soft drink & sweet potato fries


Ox Bites Beef RM 13.80 a la carte
Ox Bites Beef RM 13.80 a la carte

Kepada penggemar daging lembu mesti cuba Ox Bites Beef , Rasa daging yang cukup enak. Cukup perapan nya. Ehh apa bahasa lah . Eh anda cuba sendiri lah baru tau sedap ke tidak  Ox Bites Beef ni .



Spiced Chicken Slider  RM 12.80
Spiced Chicken Slider  RM 12.80


Spiced Chicken Slider berharga  RM 12.80 cukup pedas bagi cik iena . Rasa ayam yang di perap sungguh enak. Tak perlu sos lagi tau. Makan macam tu je memang sedap memang umph memang pedas untuk tahap kepedasan cik iena yang tak berapa pedas lah. Kepada anda yang gemar makan pedas. Ni cuba menu di bawah.



Chicken fire RM12.80
Chicken fire RM12.80

Chicken fire Ni tersangat lah pedas tau . Sekali gigitan cik iena mencari-cari air. Gila pedas boleh masuk hospital untuk perut iena . Hahahah tapi di sebabkan rasa-rasa kari dan rempah yang sedap. Cik iena cuba makan juga. Rasa nya sedap cuma untuk perut iena yang kurang pedas ni iena tak boleh makan banyak lah. memang menangis berpeluh iena makan . Agaknya kalau iena request kurang pedas boleh tak hehhe.iena suka rasa rempah-rempah dia. Ada rasa macam kari. tapi tak tau lah kari ke benda lain. yang pasti memang pedas giler habak hanggggg



Clam Vongole RM 14.80
Clam Vongole RM 14.80
 Spaghetti ni memang kene dengan cita rasa cik iena . Spaghetti ni macam berkuah, ada sup. Sup tu yang mengancam tau. Sedap rasa nya . Tak rugi cuba Clam Vongole ni . Agak-agak mintak resepi , chef bagi tak hahaha. Sedap pula macam nak masak sendiri kat rumah (^_~)


Clam Vongole RM 14.80
Clam Vongole RM 14.80



Johan's Nasi Lemak RM 13.80
Johan's Nasi Lemak RM 13.80
 Johan's Nasi Lemak Memanga nasi lemak yang umphhhhhh. Masa iena upload gambar di instagram ada sahabat yang bertanya ini nasi ayam ke nasi lemak . Heheh ini nasi lemak tau . Tapi untuk memenuhi citarasa perut rakyat malaysia ni perlu ada lauk untuk menambahkan keenakan kesedapan nasi lemak tu . ehhh sebenarnya untuk padankan dengan harga nya la kan . Jual RM13.80 takkan nasi lemak sambal ikan bilis je :)

Nasi lemak ni memang memenuhi citarasa cik iena, nasi yang di masak dengan ekstrak jus daun pandan  memang rasa pandan dan lemak lemak, bau pandan yang harum di lengkapi dengan sambal yang cukup rasa manis, masin, pedas dan di hidangkan lagi dengan ayam yang di perap dengan rempah-rempah rahsia :) .

Ayam goreng dia sangat sangat sedap tau . Makan pula dengan sambal yang cukup rasa tu. Sambal ni di masak lama untuk memastikan cili benar-benar masak dan rasa bahan-bahan yang di tumis tu sedap.
Crazy Hawaiian Chicken RM 14.80 a la carte
Crazy Hawaiian Chicken RM 14.80 a la carte

Crazy Hawaiian Chicken ni memang cukup popular di The Crazy Bites ni tau . Kebanyakan pelanggan yang datang di sini akan repeat order Crazy Hawaiian Chicken . Pizza ni memang sedap dengan rasa Hawaiian Chicken  beserta nenas dan cheese yang banyak . Auhh sedap tau

Crazy Hawaiian Chicken RM 14.80 a la carte
Crazy Hawaiian Chicken RM 14.80 a la carte



Jacket Potato RM 13.80
Jacket Potato RM 13.80

Jacket Potato ini pula di jual dengan harga RM 13.80  yang mana pada iena murah juga sebab Sweet Potato yang digunakan tu sedap manis, macam Sweet Potato import tapi yang ni tak pasti pula sebab cik iena lupa nak tanya :)

Jacket Potato ni di datangkan dengan ayam yang di perap dan juga cheese beserta sos rahsia buatan sendiri gituw . Nampak tak cheese dia banyak, memang cik iena suka lah. Hantu cheese kan . Masa cik iena makan ni dengan kawan-kawn so versi ayu pakai sudu dan garfu . Kalau datang sendiri iena rasa mau iena terus ngap pakai tangan  .



Sibuk bercerita tentang menu makanan, eh mana air  takkan takde air kan . nahhh ini diantara air yang ada di sini . Cik iena paling menggemari Hot Chocolate dan Iced Chocolate . Penggemar coklat kan mestilah suka air coklat . 

Hot chocolate n Iced Chocolate
Hot chocolate n Iced Chocolate
Rasa coklat yang cukup pekat . Penggemar coklat macam cik iena pasti sukakan air ni tau . Tapi kalau nak rasa lagi sedap kesedapan coklat atau nak menikmati kesedapan coklat tu anda boleh cuba Hot Chocolate . Lagi-lagi kalau anda makan makanan yang pedas . Minum pula Hot Chocolate. Ini salah satu cara untuk cik iena mengurangkan kepedasan makanan yang cik iena makan :)



Soft drinks n mocktail
Soft drinks n mocktail

Selain daripada itu anda juga boleh minum Soft drinks dan mocktail . Terdapat pelbagan jenis Soft drinks dan mocktail  yang di tawarkan . Ini hanya sebahagian tau.




Latte Freddo RM 10.80
Latte Freddo RM 10.80


 Nak lagi istimewa cuba air ni Latte Freddo . Cik iena tak berkesempatan nak rasa sebab baru nak rasa dah habis. Dua gelas habis. Sedap sangat lah tu . hehe tak sempat cik iena merasa. Next time cik iena mesti cuba Latte Freddo .

The Crazy Bites SS15 Subang Jaya


Selain daripada makanan diatas terdapat juga dessert yang di jual di sini . Cik iena berkesempatan merasa Peanut Butter & Banana dan Swissy Mushroom Waffle .


Peanut Butter & Banana Waffle RM 9.80
Peanut Butter & Banana Waffle RM 9.80

Peanut Butter & Banana  , gabungan peanut butter dan banana memang sangat serasi di tambah dengan aiskrim vanila dan waffle yang cukup lembut serta rangup . Waffle ni nak rasa kesedapan nya yang pertama terletak pada bancuhan tepung waffle tu . Waffle ni memang lembut rangup. Walaupun dah sejuk masih rangup dan lembut.

Swissy Mushroom Waffle RM9.80
Swissy Mushroom Waffle RM9.80

Swissy Mushroom Waffle agak unik dan rare. Cik iena tidak pernah makan waffle seperti ini. Setelah mencuba ternyata kombinasi yang enak juga waffle dan cendawan beserta cheese. Alahaaaii iena memanglah suka cheese dan cendawan . Waffle ni memang iena yang punya lah. Iena makan sorang. Maaf lah  kawan-kawan semua semua ya ;)

Swissy Mushroom Waffle RM9.80
Swissy Mushroom Waffle RM9.80


Swissy Mushroom Waffle
Nampak tak tu dengan pokok-pokok hiasan sekali iena makan Swissy Mushroom Waffle

Nampak tak tu dengan pokok-pokok hiasan sekali iena makan Swissy Mushroom Waffle
Nampak tak tu dengan pokok-pokok hiasan sekali iena makan Swissy Mushroom Waffle

 

DAPATKAN KIRIKURU DOLLS SECARA PERCUMA  DENGAN PEMBELIAN SEBANYAK RM19.90

 

DAPATKAN KIRIKURU DOLLS DENGAN PEMBELIAN SEBANYAK RM19.90
DAPATKAN KIRIKURU DOLLS DENGAN PEMBELIAN SEBANYAK RM19.90

 

Comel tak patung pink ni, nama dia kirikuru . Anda boleh dapatkan kirikuru secara percuma dengan pembelian berharga RM19.90 Selagi stok masih ada. Jadi kalau nak kirikuru ni kene datang cepat lah ya. takut kehabisan stok pula . Kirikuru ni memang sangat comel. Tiba-tiba harini cik iena tersedondon dengan kirkuru. 

DAPATKAN KIRIKURU DOLLS DENGAN PEMBELIAN SEBANYAK RM19.90
DAPATKAN KIRIKURU DOLLS SECARA PERCUMA DENGAN PEMBELIAN SEBANYAK RM19.90

 

DAPATKAN KIRIKURU DOLLS SECARA PERCUMA DENGAN PEMBELIAN SEBANYAK RM19.90
DAPATKAN KIRIKURU DOLLS SECARA PERCUMA DENGAN PEMBELIAN SEBANYAK RM19.90



DAPATKAN KIRIKURU DOLLS SECARA PERCUMA DENGAN PEMBELIAN SEBANYAK RM19.90
DAPATKAN KIRIKURU DOLLS SECARA PERCUMA DENGAN PEMBELIAN SEBANYAK RM19.90

DAPATKAN KIRIKURU DOLLS SECARA PERCUMA DENGAN PEMBELIAN SEBANYAK RM19.90

 

 

 

 Gambar bersama Rakan Blogger






The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
The Crazy Bites SS15 Subang Jaya

Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya

Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya

Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya


Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya

Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya
Bersama rakan blogger di The Crazy Bites SS15 Subang Jaya



Cik iena bersama Rakan Blogger Joanne
Cik iena bersama Rakan Blogger Joanne, lama tak jumpa joanne :)

Cik iena bersama Rakan Blogger Dilla
Cik iena bersama Rakan Blogger Dilla


Bloggers bergambar bersama pemilik The Crazy Bites Mr Johan Yee
Bloggers bergambar bersama pemilik The Crazy Bites Mr Johan Yee

cik iena bersama pemilik The Crazy Bites Mr Johan Yee yang berasal Sumatera, Jambi, Indonesia
cik iena bersama pemilik The Crazy Bites Mr Johan Yee yang berasal Sumatera, Jambi, Indonesia

Terima kasih Mr Johan Yee diatas layanan yang cukup baik . Makanan di sini pun sedap sedap dan pelbagai pilihan. Dekorasi hiasan dalaman yang cukup indah dan menenangkan :)


Okay kepada anda yang di luarsana khususnya yang tinggal berdekatan subang tu jom singgah The Crazy Bites .



Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 10 Am to 11 PM
Sabtu- Ahad : 8 Am to 11 PM

Alamat : A13,Jalan SS15/4D,
47500 Subang Jaya

Website : http://www.thecrazybites.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/thecrazybites/
Instagram : @thecrazybites



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


7 Eleven Fresh to Go Memudahkan


7 Eleven Fresh to Go Memudahkan


Sekiranya anda merupakan seorang yang sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk memasak mahupun makan di kedai atau restoran. Jangan Risau kerana 7 Eleven menawarkan pelbagai rangkaian makanan segar untuk menjadi santapan anda di waktu pagi , tengah hari mahupun malam. Pelbagai jenis makanan lazat yang ditawarkan.


7 Eleven Fresh to Go Memudahkan

Untuk mengekalkan kesegaran makanan-makanan ini , ianya di bekalkan kepada 7 Eleven  setiap hari pada waktu pagi dan ianya  disahkan halal.  Diantara menu yang boleh anda pilih untuk di ikmati adalah Pilih  adalah Rendang Ayam bersama nasi, Macaroni & Cheese, Stir Fried Chicken Chili with Rice, Garden Salad with Roasted Sesame Sauce  dan banyak lagi.


7 Eleven Fresh to Go Memudahkan


Cik iena merupakan salah seorang pelanggan  7 Eleven untuk hidangan  Fresh to Go . Kenapa cik iena memilih Fresh To Go kerana makanan yang ditawarkan adalah pelbagai dan juga segar. Bagi wanita bekerjaya seperti cik iena khususnya yang mana bekerja sepenuh masa sebagai seorang programmer dan juga separuh masa sebagai blogger. Faktor kekangan masa membuatkan cik iena sangat sibuk untuk bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan . Jadi cik iena memilih untuk membeli sarapan dari 7 Eleven .

 






Selain daripada sandwich yang menjadi pilihan cik iena , terdapat banyak lagi pilihan makanan antaranya . Nah cik iena tunjuk kan gambar ya

7 Eleven Fresh to Go

7 Eleven Fresh to Go

7 Eleven Fresh to Go

7 Eleven Fresh to Go

7 Eleven Fresh to Go

7 Eleven Fresh to Go

7 Eleven Fresh to Go

7 Eleven Fresh to Go


7 Eleven Fresh to Go

7 Eleven Fresh to Go

7 Eleven Fresh to Go

7 Eleven Fresh to Go


Wahhh banyak kan , di 7 eleven juga disediakan microwave kalau anda ingin memanaskan makanan dan terdapat juga tempat duduk untuk anda menikmati hidangan anda bagi 7 eleven terpilih .
Wokiesss setakat ini sahaja yang cik iena ingin kongsikan alkisah cerita pagi tadi . Video di rakamkan pagi tadi secara spontan okay. Dialog pun spontan. Haaa orang kata Ikhlas Dari hati, kahkahkah kalau ikutkan hatk lagi panjang nak cakap tapi memandangkan 7 eleven ni sentiasa ramai pengunjung jadi cik iena tak boleh lah nak record banyak-banyak kali. ganggu orang pula kan . Ini pun ada yang pandang pelik tapi cik iena okay je. kata Blogger kan :)


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari http://www.7eleven.com.my/
Atau boleh ikuti perkembangan dari laman sosial
Facebook:  https://www.facebook.com/7ElevenMalaysia
Instagram :  @7elevenMY




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Golden Rose Cosmetics


Golden Rose Cosmetics adalah jenama utama oleh Erkul Cosmetics di Turki, dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam industri pembuatan kosmetik.

Jenama ini berkembang pesat di Eropah dan kini Golden Rose Cosmetics Meluaskan pasaran di Malaysia di mana Golden Rose Cosmetics mementingkan aspek pembungkusan elegan, kosmetik yang berkualiti dan harga yang berpatutan untuk menarik perhatian rakyat Malaysia kepada Golden Rose Cosmetics


Terdapat pelbagai jenis barangan make up yang di tawarkan di sini dan kesemuanya adalah barangan make up yang berkualiti dan dengan harga yang sangat berpatutan. Jika di bandingkan dengan jenama lain, jenama ini jauh lebih murah jika di bandingkan dengan kualiti produk yang setara produk-produk make up terkenal yang sedia ada. 

Jadi kepada penggemar-penggemar make up cik iena rasa anda patut mencuba jenama Golden Rose Cosmetics. Kenapa perlu berbelanja lebih jika ada jenama lain yang menawarkan harga yang berpatutan untuk kualiti yang bagus :)

Kepada anda yang baru menjinak-jinak kan diri dalam dunia solekan juga anda boleh mencuba jenama Golden Rose Cosmetics kerana harga yang di tawarkan boleh di katakan harga mampu milik dan kualiti produk sangan bagus dan setara produk mahal yang lain .



Golden Rose Cosmetics




Golden Rose Cosmetics



Golden Rose Cosmetics



Golden Rose Cosmetics



Golden Rose Cosmetics



Baru-baru ini cik iena bersama rakan blogger yang lain telah di jemput  untuk menghadiri  "Beauty Is Confidence Make Up Workshop by Golden Rose Cosmetics"

Workshop ini menampilkan make up artist

@eimanstella sebagai tenaga pengajar.  Beliau menggunakan produk Golden Rose Cosmetics dalam sesi pembelajaran . 

 

 


@eimanstella
@eimanstella berkongsi tips2 make up yang sangat berguna :)

 

 

ANTARA TIPS MAKE UP YANG SANGAT CIK IENA GEMARI, TEKNIK MEMAKAI MASKARA DI BAWAH MATA.

 

 

 

 

 

hasil solekan menggunakan Golden Rose Cosmetics
hasil solekan menggunakan Golden Rose Cosmetics

 



Daripada pengamatan cik iena, jenama ini sangat sesuai di guna terutama bagi anda yang baru menjinakkan diri dalam dunia solekan . Kebanyakan wanita ingin bersolek tetapi masih tidak tahu jenama yang bagus dengan harga yang berpatutan. Cik iena cadangkan anda menggunakan jenama ini.

Cik iena sendiri telah melihat dan mencuba kesemua produk ini dan cik iena sangat suka hasilnya. 
Make up atau solekan kita tahan lama dan variasi variasi warna yang di tawarkan juga cukup cantik dan pelbagai pilihan.




Velvet Mate Lipstick
cik iena mengenakan Velvet Matte Lipstick  (Harga Rm25)


Dalam banyak-banyak produk cik iena tersangat menggemari Velvet Matte Lipstick yang sangat awesome. Sapuan yang mudah dan tidak kesat.. 




Velvet Matte Lipstick  (Harga Rm25)
Velvet Matte Lipstick  (Harga Rm25)

Pelbagai pilihan warna yang sangat cantik . Harga yang di tawarkan pula sangat berpatutan iaitu RM25 berbeza dengan MATE LIPSTICK jenama lain yang murah yang mana rata-rata berharga lebih kurang RM36 keatas.


Velvet Matte Lipstick  (Harga Rm25)
Velvet Matte Lipstick  (Harga Rm25)



Velvet Matte Lipstick  (Harga Rm25)
Velvet Matte Lipstick Dan Lip Gloss  yang menjadi kegemaran cik iena


Golden Rose Cosmetics
Sebelum mengenakan make up Golden Rose Cosmetics



hasil solekan menggunakan Golden Rose Cosmetics
hasil solekan menggunakan Golden Rose Cosmetics


hasil solekan menggunakan Golden Rose Cosmetics
hasil solekan menggunakan Golden Rose Cosmetics

 Golden Rose Cosmetics
Bergambar bersama model





BERGAMBAR BERSAMA BLOGGERS DAN MAKE UP ARTIST EIMANSTELLA 







Untuk pengetahuan anda, buat masa ini hanya satu  cawangan sahaja yang terdapat di Malaysia di mana ianya terletak di Sunway Putra Mall  (Asian Avenue Lot 4-8) .

Jadi kepada yang berminat untuk mencuba produk ini boleh datang ke Sunway Putra Mall dan kepada yang tidak berkesempatan hadir atau lokasi yang jauh, anda juga boleh dapatkan produk ini secara online di http://www.goldenrose.com.my/.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan  Golden Rose Cosmetics di laman sosial mereka 

Instagram : @goldenrosemalaysia
Facebook  : https://www.facebook.com/goldenroseMY
Twitter : https://twitter.com/MYgoldenrose

Hubungi Golden Rose Cosmetics di  

No Tel : 04-6849026 / 03-40501218
Alamat :  Golden Rose Malaysia (CC Beauty Avenue PLT)
Lot 8, Level 4, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, 53250 Kuala Lumpur






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


T-shirt Printing online (Auditra Printing)

T-shirt Printing online (Auditra Printing)


Dalam zaman yang serba canggih kini, anda boleh membuat pembelian T Shirt secara online di mana anda tidak perlu ke kedai mahupun kilang untuk membuat pesanan tempahan T Shirt atau tempahan produk cetakan yang lain . Anda dapat menjimatkan masa serta tenaga dan kos pengangkutan dengan membuat pesanan secara online di  Auditra Printing .
 
 
Auditra Printing mempunyai pengalaman lebih daripada 2 tahun dalam industri percetakan. Menawarkan servis penghantaran keseluruh Malaysia. Selain daripada itu ianya juga dikatakan istimewa kerana menerima tempahan minima sebanyak dua helai sahaja. 
 
 
T-shirt Printing online (Auditra Printing)
 
 
Kebaynyakan syarikat percetakan meletak syarat minima tempahan yang agak banyak, berbeza dengan Auditra di mana hanya 2 minima tempahan. Jadi bagi anda yang hanya ingin menempah di bawah 10 helai baju pun boleh membuat tempahan di Auditra dengan membuat minima tempahan sebanyak dua helai.
 

T-shirt Printing online (Auditra Printing)
 
Tidak di nafikan zaman sekarang ni memang sangat banyak t shirt-t shirt korporat, t shirt kumpulan, event, persatuan, keluarga dan sebagainya di cetak malahan zaman sekarang penanggah majlis perkahwinan juga memakai t shirt yang sama yang di tempah khas buat majlis perkahwinan tersebut.. Bukan pekerja katering sahaja nak pakai t shirt sedondon tau :)
 
 Pada yang nak buat T shirt tu jom buat di Auditra Printing



T-shirt Printing online (Auditra Printing)
 

"PAKAR CETAK TSHIRT ANDA" 

 
Auditra Printing menyediakan servis cetak & sulam tshirt yang cepat dan berkualiti dengan harga yang murah dan kompetatif.  

Perkhidamatan yang ditawarkan oleh Auditra Printing meliputi

 
  1. Cetak & Sulam Tshirt
  2. Custom Made Tshirt 
  3. Baju Koperat 
  4. Jaket Varsiti 
  5. Jersi Pasukan 
  6. Bunting Banner 
  7. Flyers / Business Card  
 

KEISTIMEWAAN AUDITRA PRINTING  

 
  • Khidmat design tshirt secara PERCUMA
  • Berpengalaman lebih 2 tahun dalam industi tshirt printing. 
  • Harga yang murah dan berpatutan.Harga yang murah dan berpatutan. 
  • Kualilti printing adalah yang terbaik dan berkualiti. 
  • Minimum order yang sangat rendah serendah 2 helai. 
  • SERVIS PENGHANTARAN ke seluruh Malaysia  

KELEBIHAN TEMPAH DENGAN AUDITRA PRINTING  

 
  • tidak perlu pening nak buat design. 
  • tidak perlu ke kedai sendiri.
  • jimat masa, tenaga dan duit anda. 
  • Barang terus sampai ke rumah
 

Kunjungi showroom Auditra Printing  di: XG-4 Blok K, Jalan Plumbum X7/X, 
Pusat Komersial Seksyen 7,  40000 Shah Alam, Selangor. 
 
Untuk pertanyaan, SMS/WHATSAPP 018-987 2310  / 014-514-2453
Facebook : https://www.facebook.com/AuditraProduction
Email : aarprod@gmail.com







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve