Grab The Promo
Grab The Promo

Bagi Bonus Lah


Bercakap mengenai Bonus. Siapa tidak suka dapat Bonus, pasti semua suka termasuklah cik iena.
Istimewa buat anda, Dominos bersesar hati untuk memberi Bonus istimewa kepada pelanggan online www.dominos.com.my.


Bagi Bonus Lah


Bagaimana untuk mendapatkan  Bonus dari Dominos , mudah sahaja klik www.bit.ly/Bagi-Bonus-Lah  . Kemudian masukkan email anda dan juga anda boleh masukkan email 3 rakan anda yang anda ingin kongsikan bersama Bonus ini .


Selepas itu nantikan  email Bagil Bonus Lah  Dari domino's . Selepas anda menerima voucher code anda boleh menebus Bonus anda di www.dominos.com.my .
Kedua-dua code yang anda terima perlu di masukkan ketika membuat pesanan. Pertama sekali selepas masuk www.dominos.com.my anda perlu login akaun anda terlebih dahulu kemudian barulah anda memulakan pesanan kerana dari pengalaman cik iena website dominos ni ada masalah sikit bila kita masukkan voucher code dahulu kemudian baru nak log masuk, kod yang kita masuk tadi dia tak proses sebenarnya. Tanda kita sedari kita tak dapat pun earn apa-apa dari bonus. Anda perlu refresh dan masuk kan kembalik code tersebut di ruangan voucher code.




Jadi mengikut pengamalan cik iena adalah lebih baik jika log masuk terlebih dahulu kemudian pergi ke homepage dan cari ruangan voucher code  , isi dan submit kemudian baru anda dapat lihat apa yangdi tawarkan untuk anda sebelum anda memulakan pesanan memilih pizza.
Okay ni cik iena sempat screenshot sikit untuk rujukan kawan-kawan.

Bagi Bonus Lah
Sebelum masukkan coupon code anda perlu login terlebih dahulu ok, kemudian pergi ke homepage dan masukkan code



Bagi Bonus Lah
code dalam ni pula code kedua dalam email yang sama . Okay anda boleh pilih offer yang di berikan



Bagi Bonus Lah
kemudian klik add pizza dan pilih pizza mcm biasa okay



Bagi Bonus Lah
Selepas pilih pizza klik confirm


Untuk pengetahuan semua jangan panik selepas klik confirm page ni akan direct ke pizalain untuk kita beli lagi. Kalau anda nak beli lagi boleh beli kalau taknak. Anda klik pada cart dan terus checkout tau :)



Bagi Bonus Lah
okay ni jumlah kita bayar, jimat RM11.80, kemudian klik checkout





Bagi Bonus Lah
Macam biasa pilih cara pmbayaran




Bagi Bonus Lah
okay dah setel. Tunggu pizza sampai yeay



Bagi Bonus Lah
okay ni yang iena order tadi. haha tapi sebenarnya ada banyak lagi iena order asing

 Pada yang bijak super duper bijak . Masukkan email kawan-kawan . Then setiap sorang order lah dapat untuk 3 orang makan untuk satu bonus code tu . Jadi dapat lah jimat dan jimat lagi makan dengan kawan- kawan pejabat . Jadi kita perlu la juga bijak menggunakan bonus-bonus atau voucher-voucher yang di berikan . Almaklumlah cik programmer ni otak dia ade if else code ade while statement ..Ouhh budak programmer je faham kegeligaan otak mereka lalalalalala. 


 Okay dah selesai order, tunggu pesanan sampai dan makan dengan gembiranya yeayyyy


Bagi Bonus Lah
abam dominos yang sporting
Bagi Bonus Lah
abam dominos yang sporting

Bagi Bonus Lah


Bagi Bonus Lah


Bagi Bonus Lah
wah dapat kupon lagi

Bagi Bonus Lah


Bagi Bonus Lah

Bagi Bonus Lah

Bagi Bonus Lah

Bagi Bonus Lah

#‎BulanBonus‬ ‪#‎dominos‬ ‪#‎dominosmy‬ ‪#‎bonusforall‬ ‪#‎bagibonuslah‬






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali


Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali

Kolam Air Panas Hulu Tamu merupakan salah satu tarikan di Batang Kali, Hulu Selangor . Sebelum ini keadaan tempat ini agak suram dan tidak terjaga . Baru-baru ini ia telah diambil alih oleh pihak MDHS dan tempat ini telah di jaga rapi istimewa buat pengunjung.

Untuk pengetahuan semua , Anda akan dikenakan Entrance Fee sebanyak RM3 sahaja untuk dewasa . Caj hanya di kenakan kepada orang dewasa sahaja. Kanak-kanak adalah percuma.
 
 
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
 
 
Baru Baru ini cik iena berkesempatan berkunjung ke kolam air panas tersebut. Ketika cik iena Hadir keadaan persekitaran masih lagi cantik dan bersih. Keadaan air kolam pun bersih jika di bandingkan beberapa tahun yang sudah. Cik iena amat berharap agar pihak MDHS dapat mengekalkan suasana seperti ini di sini. 
 
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
 
 
Di harap Pihak MDHS dapat menjaga tempat ini sebaiknya dan juga menambah baik pulih dari segi lanskap dan sebagainya supaya ianya dapat di ketengahkan dan di harapkan dapat menjadi tumpuan pelancong justeru itu ianya juga akan meningkatkan kadar pendapatan penduduk di sini.

 


Okies jom tengok gambar yang sempat cik iena ambil. Cik iena ke sini selepas mandi sungai di dusun keluarga yang terletak di hulu rening.


 
 
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
hari hujan kene pegang payung nak ambil gambar hehe

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
ratu selfie

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
cik iena bersama adik dan anak buah, hahaha pakai baju mak, tudung mak, semua mak la

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
adik cik iena


Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
ini kolam untuk kanak-kanak, tak berapa panas

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali


Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali


Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
nak tau panas ke tak haa tengok kaki epie, betis nya dah merah hahahah masak dah

Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali
 

Psttttt cik iena tak plan pergi sini pon tau, balik kampung sehelai sepinggang. Pinjam baju tudung seluar puan ibunda..hahaha okay ini baru kampung girl hahaha





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Cuti Hari Buruh Berkelah di Dusun


Cuti Hari Buruh Berkelah di Dusun
 
 
Selamat hari buruh semua, cuti hari buruh semalam cik iena habiskan masa berkelah bersama keluarga di dusun keluarga cik iena sambil sambil sambut birthday cik iena yang lepas 1 April dan anak buah 29 April. 
 
Cuti Hari Buruh Berkelah di Dusun
 

Terima kasih pada mak dan adik-adik untuk kek yang sedap, cantik dan comel tu. Homemade kek tau. Sayang semua . Okies cik iena tak banyak ambil gambar sebab memasing bukak tudung. Kawasan persendirian kan . takde orang lain pun selain kami :)
 


Cuti Hari Buruh Berkelah di Dusun
 

So ini je gambar di sungai dan pondok yang sempat diambil .
 
 
 
Cuti Hari Buruh Berkelah di Dusun


Cuti Hari Buruh Berkelah di Dusun

Cuti Hari Buruh Berkelah di Dusun
Selamat Ulang Tahun ke 31 cik iena ahahahah tua suda
 
Sebenarnya masa ni hujan, tapi semua nak juga celebrate dekat dusun. nak mandi hujan sambil mandi sungai. Haaa teringat zaman kecil-kecil dulu pantang hari hujan memang cari peluang nak mandi hujan kan :)
 



Psttttt cik iena tak plan pergi sini pon tau, balik kampung sehelai sepinggang. Pinjam baju tudung seluar puan ibunda..hahaha okay ini baru kampung girl hahaha





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Lembut, licin Dan Segar Sepanjang Hari Dengan Rangkaian Pembersih Wajah SAFI

Lembut, licin Dan Segar Sepanjang Hari Dengan Rangkaian Pembersih Wajah SAFI



 Memiliki kulit yang lembut seakan kulit bayi merupakan impian wanita khususnya buat wanita yang mementingkan aspek penjagaan Kulit. Kulit yang lembut , licin , segar dan cantik dapat meningkatkan lagi daya keyakinan diri seseorang untuk berdepan dengan orang awam.

Selaras dengan arus teknologi canggih pada masa kini terhasil lah produk penjagaan kulit di pasaran yang tumbuh bagai cendawan namun dalam memilih produk penjagaan kulit aspek pertama yang harus di titik berat kan oleh anda yang beragama islam adalah status halal seseuatu produk tersebut.
Produk yang dijamin akan halalnya adalah produk yang telah mencapai tahap yang ditetapkan. Ianya sangat penting  untuk kita memilih produk-produk yang halal kerana produk-produk tersebut lebih dipercayai akan kebersihan dan keselamatannya.



SAFI merupakan jenama unggul  Produk penjagaan diri Muslimah . SAFI telah menguasai pasaran Malaysia Selama hampir 2 dekad , maka tidak hairanlah bagi SAFI yang kini muncul sebagai peneraju utama di pasaran di dalam kategori produk penjagaan diri untuk Muslimah dan sekeluarga.

SAFI membawa maksud “Bersih dan Suci”, ianya disasarkan khas terutamanya buat golongan wanita Melayu yang ingin mengekalkan ciri-ciri kewanitaannya tanpa berkompromi dengan nilai-nilai agama Islamnya. Ianya Disahkan HALAL oleh JAKIM (kini HDC – Halal Development Corporation),





Lembut, licin Dan Segar Sepanjang Hari Dengan Rangkaian Pembersih Wajah SAFI
Lembut, licin Dan Segar Sepanjang Hari Dengan Rangkaian Pembersih Wajah SAFI


Sebelum Cik iena ceritakan tentang Produk SAFI ini secara lengkap.Untuk makluman semua cik iena juga merupakan pengguna Produk Safi ketika zaman persekolahan dahulu. Ianya merupakan produk yang dikatakan mempunyai harga mampu milik untuk semua golongan mahupun golongan pelajar. Almaklumlah ketika zaman persekolahan duit tak banyak nak beli produk mahal :)

Baru-baru ini cik iena juga mencuba sendiri Rangkaian Pembersih Wajah SAFI . Terdapat tiga jenis Rangkaian Pembersih Wajah SAFI yang berasaskan Habatus Sauda untuk pilihan anda mengikut jenis kulit. Untuk cik iena , cik iena lebih gemar memakai Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI.

pPencuci muka, Pelembap Muka dan krim kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
Pencuci muka, Pelembap Muka dan krim kecantikan Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
Manfaat Sari Mentimun yang ada dalam pencuci wajah tersebut mampu mengecilkan pori serta  mampu membersihkan kotoran secara mendalam dan seterusnya membuat kulit terasa lebih mulus, segar & berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda.


Pembersih Muka, Pelembab Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
Pembersih Muka, Pelembab Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI

Untuk Kulit anda pula jom cik iena terangkan mengenai Produk Safi ini jadi bolehlah anda membuat pilihan berdasarkan jenis kulit anda . Cik iena cuma ceritakan dan kongsikan tentang produk ini, selebihnya pilihan di tangan anda. Cik iena sekadar membantu anda-anda untuk membuat pilihan (^_~)

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI Khasiat Alamiah Berganda  Yang Diperkaya 1001 Manfaat Habbatus Sauda




Tiada yang sebaik sentuhan semulajadi. Kebaikan hasil alam seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya dan Mentimun diperakui ramai sejak zaman- berzaman bagi memberikan khasiat terhadap kulit wajah. Harus difahami bahawa membersih wajah menggunakan pembersih wajah akan menjadikan kulit lebih halus dan lembut berbanding sabun biasa. Penggunaan pembersih wajah amatlah penting kerana ia diformulasi khas untuk tekstur kulit wajah. Inspirasi ekstrak semula jadi yang selamat dan efektif pada kulit wajah menzahirkan khasiat terkitab SAFI dalam memberi yang terbaik untuk semua wanita.

Memahami keperluan wanita moden kini, SAFI menggenggam manfaat kehebatan alamiah dan diolah menjadi produk kecantikan berasaskan ekstrak tumbuhan  semulajadi. SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian pembersih wajah SAFI yang diperkaya dengan manfaat Habbatus Sauda agar khasiat pada kulit wajah dapat dipertingkatkan.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. dalam Hadis Riwayat Bukhari & Muslim yang dipetik dari Kitab Ash Shahihain, “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”

Rangkaian Pembersih Wajah SAFI adalah regim penjagaan wajah asas bagi wanita yang inginkan sentuhan semulajadi. Rasaiformulasi ekstrak semulajadi yang hadir dalam variasi berikut- Sari Mentimun & Habbatus Sauda, Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda, dan Sari Gamat &Habbatus Sauda.

Formulasi baharu SAFI didatangkan dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang selari dengan jiwa wanita yang cintakan sentuhan semula jadi, mempunyai personaliti ceria namun masih kekal ayu dan sopan.Warna biru laut, ungu dan hijau terang yang mewakili konsep alampasti kelihatan menonjol dan menarik perhatian pengguna.

Berikut adalah wahana baharu buat wajah cantik berseri:

Formulasi dipertingkat!

Habbatus Sauda atau dikenali sebagai Jintan Hitam merupakan kombinasi utama dalam formulasi baharu rangkaian Pembersih Wajah SAFI bagi membantu kulit agar kelihatan halus dan lembut semulajadi.Habbatus Sauda melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria. Ayuh nikmati kulit lembap dan licin sepanjang hari secarasemulajadi.

1.    Rangkaian produk pembersih muka SAFI


Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI
Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI
a.    Pembersih Muka Sari Mentimun & Habbatus Sauda SAFI
50g- RM 6.10, 100g-RM 10.80


Rasai manfaat Sari Mentimun yang mampu mengecilkan pori. Pembersih ini mampu membersihkan kotoran secara mendalam, membuat kulit terasa lebih mulus, segar & berseri. Dengan khasiat mentimun, sel kulit mati akan mudah tertanggal malah kotoran dapat dibersihkan secara berganda! Pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit. Kini kulit wajah terasa halus dan pori tidak tersumbat lagi!


Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI
Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI


b.    Pembersih Muka Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM10.80


Inilah rahsia cerah berseri secara semula jadi! Terkenal dengan gelaran “Ratu buah-buahan”, rumusan khas Sari Susu Manggis menjadikan kulit wajah cerah dan lembap sepanjang hari. Pembersih ini amat sesuai untuk semua jenis kulit khususnya mereka yang berkulit kering. Alami kecerahan kulit secara semulajadi dan nikmati kelembapan kulit wajah berpanjangan!


Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI



c.    Pembersih Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
50g-RM 6.10, 100g-RM 10.80

Kehebatan gamat memang diperakui ramai sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Ia juga mampu mengawal minyak dan jerawat di samping membersihkan kulit wajah dengan sempurna tanpa cela. Tampil yakin dengan kulit bebas minyak & jerawat!




2.    Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda SAFI

100ml- RM 7.50


Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda SAFI
Penyegar Sari Mentimun & Pokok Lidah Buaya bersama Habbatus Sauda SAFI


Dapatkan kehebatan dua khasiat alamiah Sari Mentimun dan Pokok Lidah Buaya yang membuatkan kulit wajah anda tegang dan sentiasa lembap dengan penyegar Safi. Penyegar tanpa alcohol ini berkesan mengecilkan pori sambil membersihkan sisa kotoran. Kulitmu kini lebih segar dan bersih sentiasa.




3.    Rangkaian produk pelembap muka SAFI

Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI


a.    Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda SAFI
80g- RM 8.90

Kebaikan Sari Gamat sebagai agen pemulihan mampu mengawal minyak dengan efektif agar kulit bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat. Berikan nafas baharu serta kesegaran pada kulit wajah anda!

Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI


b.    Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
80g- RM 8.90

Manfaat ekstrak Sari Pokok Lidah Buaya ini umpama terapi wajah, selain menyejukkan ia juga membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh semua jenis kulit. Kulitmu pasti terasa lebih lembap dan sihat dengan terapi wajah ini!


4.    Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI

16g-RM 7.40


Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
Krim Kecantikan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI
Rumusan khas kini dipertingkat dengan gabungan Sari Pokok Lidah Buaya dengan Habbatus Sauda mengandungi nutrien semula jadi agar kulit kekal lembap dan segar sepanjang hari. Ia membantukulit wajah tampil halus, lembut dan berseri. Krim kecantikan ini amat sesuai digunakan sebagai krim pelembap dan asas solekan. Tampil cantik berseri dengan asas solekan semulajadi!


Untuk pengetahuan anda Produk SAFI ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Kebanyakan kedai pasti ada menjual rangkaian Produk SAFI kerana jenama ini telah di percayai turun temurun bahkan cik iena juga merupakan salah seorang pengguna safi semasa zaman persekolahan .
Jadi jom, bersama-sama  kita nikmati khasiat semulajadi dengan manfaat berganda Habbatus Sauda. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari
 
Beli Produk Safi di Shopee : Safi Shopee
Beli Produk Safi di Lazada : Safi di Lazada 
 
Facebook : www.facebook.com/safi.my
Instagram : @safimalaysia
Youtube SAFI :  www.youtube.com/safimalaysia





Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve