Grab The Promo
Grab The Promo

Rina Salleh Clothing Menawarkan Busana Wudhu Friendly BreastFeed Friendly


Ramadhan dan syawal semakin menghampiri kita, pasti ramai yang sedang tercari cari baju raya untuk digayakan pada Aidilfitri ini.Terdapat pelbagai butik butik yang menawarkan pelbagai baju raya bagai cendawan tumbuh namun dalam memenuhi tuntutan Syariah bagi wanita muslimah kita perlu memikirkan beberapa aspek sebelum memilih sesuatu busana . Busana yang di pilih seharusnya mempunyai Ciri Wudhu Friendly bagi memudahkan kita untuk berwuduk.


SCARLETT DRESS
SCARLETT DRESS




Masihkah anda ingat lagi pemenang pencarian Gadis Melayu Musim 3 pada tahun 2010 iaitu Rina Salleh atau nama penuh beliau Norazrina Binti Mohd Salleh .Untuk pengetahuan semua Puan Rina Salleh telah mengusahakan perniagaan menjual tudung sebelum beliau menyertai program pencarian tersebut . 
Perniagaan beliau bertahan sehingga kini dan semakin banyak koleksi yang ditawarkan oleh beliau. Beliau juga telah membuka butik hasil dari jualan yang sangat memberansangkan yang mana pada asalnya beliau hanya menjual secara online di blog yang di miliki oleh beliau .

Baru baru ini cik iena telah menghadiri majlis pertunjukan fashion Beat of La Donna Raya Collection 2016 untuk koleksi raya Rina Salleh Clothing  tahun 2016  bertempat di whitebox Publica Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.


Rina Salleh Clothing Menawarkan Busana Wudhu Friendly Breast Feed Friendly
Cik iena menggayakan sebahagian koleksi RIna Salleh Clothing


Majlis berlansung cukup meriah dengan kehadiran rakan rakan ,serta sanak saudara , media cetak dan media elektronik, blogger dan juga peminat peminat beliau.Alhamdulillah Cik iena cukup bertuah pada hari tersebut kerana di beri peluang untuk Menggayakan sebahagian dari koleksi Rina Salleh Clothing.



Beat of La Donna Raya Collection 2016 menampilkan koleksi busana pilihan Puan Rina Salleh sendiri di mana Puan Rina Salleh mementingkan aspek keselesaan untuk di pakai disamping mementingkan aspek tuntutan syariah dimana koleksi-koleksi yang ditawarkan sangat bersesuaian dengan wanita muslimah masa kini terutama buat ibu yang menyusukan anak di mana kesemua koleksi beliau tidak mengikut susuk badan selain itu koleksi beliau bersifat  BreastFeed Friendly dan selain itu yang paling penting adalah koleksi beliau adalah Wudhu Friendly

Beat of La Donna Raya Collection 2016


SCARLETT DRESS



SCARLETT DRESS
SCARLETT DRESS




  ROSÉLYN DRESS



ROSÉLYN DRESS
ROSÉLYN DRESS




  RANIA DRESS


RANIA DRESS
RANIA DRESS



DANIA KURUNG EXCLUSIVE



DANIA KURUNG EXCLUSIVE
DANIA KURUNG EXCLUSIVE


Macam mana? cantik kan kesemua koleksi raya tahun ni . Anda suka Design yang mana? Cik iena Rania Rich Green dan Dania Kurung Exclusive Icy Blue.

Okay berbalik kepada pertunjukan fashion Beat of La Donna Raya Collection 2016 yang cik iena beritahu tadi. Jemput lihat sebahagian gambar yang cik iena ambil sewaktu pertunjukan fashion tersebut . Harap Maaf cik iena tak dapat merakamkan gambar sewaktu model sedang memperagakan pakaian kerana kedudukan yang sangat depan :)
















Beat of La Donna Raya Collection 2016
Bersama rakan blogger

Beat of La Donna Raya Collection 2016
Cantikkan shawl dari rina salleh clothing nie :)

Beat of La Donna Raya Collection 2016
bersama rakan blogger

Beat of La Donna Raya Collection 2016
bersama rakan blogger

Beat of La Donna Raya Collection 2016
bersama Puan rina Salleh dan team RIna Salleh Clothing

Beat of La Donna Raya Collection 2016
Beat of La Donna Raya Collection 2016

Beat of La Donna Raya Collection 2016
Bersama rakan blogger

Beat of La Donna Raya Collection 2016


Kepada yang berminat untuk mendapatkan koleksi terbaru ini anda perlu membuat tempahan awal terlebih dahulu untuk mendapatkan pelbagai kelebihan . Kenapa anda perlu Pre-Order  ? ia adalah kerana mereka menawarkan  Harga istimewa dengan penjimatan berganda + FREE kotak eksklusif + FREE sampul raya + FREE paper bag raya + Dijamin saiz dan warna pilihan anda dah tentu ada + Koleksi terhad dan eksklusif .

Tempoh untuk pre order adalah 20 May - 6 June 2016. Pada yang berminat anda boleh layari http://www.rinasalleh.com  atau anda boleh hubungi Official Personal Shopper Rina Salleh Clothing:
 

  1. ps.seha +60176742877
  2. ps_wana +601132986986
  3. almariburok +60136781696
  4. msdelivery_ +60132723867
  5. psmiewaa.official +60173859240
  6. stailista.my + 60126643545
  7. ps.fiefiezaibrahim89_ +60139578708
  8. ps_lenajwaa +601123808266
  9. personalshopperjb +60102413591

Untuk melihat lebih banyak koleksi terbaru beliau sila layari website atau laman sosial yang tertera di bawah.

Facebook : Rinasallehclothing
Instagram : @rinasallehclothing


RINASALLEHCLOTHING SHAH ALAM

5, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tuesday - Sunday ( Monday OFF)
10am - 7pm
03 - 5524 2049



RINASALLEHCLOTHING JOHOR BAHRU


35, Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.
Tuesday - Sunday ( Monday OFF)
10am -7pm
07-2446067



RINA SALLEH CLOTHING BANGI

3 - 37 - 01 JALAN MEDAN, PUSAT BANDAR 8A, BANGI SENTRAL, BANDAR BARU BANGI, 43650 BANGI, SELANGOR.
Tuesday - Sunday ( Monday OFF)
10am - 7pm



SUBOUTLET RINASALLEHCLOTHING


MODVIER BANGSAR

MAGENTA PULAU PINANG

FEMMES ALOR SETAR
MALEEQA EXCLUSIVE




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Krisantimum Laici Kang Idea Minuman Sihat Ramadhan


Sebut sahaja bulan ramadhan pasti akan timbul pertanyaan apa menu berbuka puasa hari ini. Hari ini cik iena nak kongsi resepi mudah juadah minuman untuk berbuka puasa yang menyihatkan dan menyejukkan badan. Bila sebut sahaja Laici Kang pasti anda mengetahui bahawa ianya adalah baik untuk menyejukkan badan dan ianya merupakan antara menu yang terkenal pada bulan puasa.


Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan
Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan


Untuk itu cik iena ingin berkongsi resepi mudah untuk rujukan anda semua. Manalah tau kalau anda tiada idea untuk sediakan air apa untuk juadah berbuka nanti. Boleh lah cuba resepi mudah cik iena. Boleh dikatakan resepi campak-campak. Campak- campak bahan je dah siap :)

Tercetusnya idea untuk membuat air Krisantimum Laici Kang ini adalah kerana cik iena menggemari laici kang akan tetapi cik iena kurang gemar gula merah yang di gunakan kadang kala gula merah atau gula melaka yang di gunakan tidak sedap maka dengan itu cik iena mengubah suai resepi tersebut mengikut citarasa cik iena.

Okies mari cik iena tunjukkan cara-cara membuat Krisantimum Laici Kang


Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang 


  1. Teh Krisantimum Yeo’s
  2. Laici
  3. Bunga Kembang Semangkuk
  4. Cincau Manis
  5. Fruit Cocktail
  6. Biji Selasih
Fruit Cocktail
Fruit Cocktail

Biji Selasih
Biji Selasih yang telah di rendam

Cincau Manis
Cincau Manis

Laici
Laici

Bunga Kembang Semangkuk
Bunga Kembang Semangkuk. Gambar atas yang sebelum di rendam. Bawah selepas di rendam semalaman



Cara Cara membuat Krisantimum Laici Kang 


Mudah sahaja cara-caranya campurkan kesemua bahan ke dalam jug air iaitu Laici, Bunga Kembang Semangkuk, Cincau Manis, Fruit Cocktail dan Biji Selasih .
Kemudian masukkan air teh krisantimum Yeo’s kurang manis

Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang
Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang

Untuk rasa yang lebih enak masukkan air jus laici sekali ke dalam bancuhan tadi dan adalah di galakkan untuk membancuh air ini awal jika ingin rasa-rasa kesemua bahan meresap ke dalam air tersebut.


Teh Krisantimum Yeos
Teh Krisantimum Yeo’s
Cik iena cadangkan bancuh air awal seawal jam 4 petang atau 5 petang kemudian simpan di dalam peti sejuk.

Untuk bunga kembang semangkuk. Anda perlu merendam ianya semalaman dengan menggunakan air panas supaya ianya kembang dengan cantik.
Resepi ini amat mudah untuk di buat tidak kira pada yang berkeluarga mahupun bujang.


Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang
Bahan-Bahan Krisantimum Laici Kang

Selain dari ianya mudah di sediakan ianya juga berkhasiat dan dapat menyejukkan badan kita.



Okay di sini cik iena sertakan video cik iena membuat resepi ini .





Mudah je kan. Selain dari bahan-bahan diatas anda juga boleh tambahkan Nata de coco dan juga jelly kelapa laut tau . Asalnya cik iena nak letak tapi cik iena terlupa nak beli :)



Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan
Krisantimum Laici Kang  Idea Minuman Sihat Ramadhan
Nyummy sedap tau . Cik iena suka air Teh Krisantimum dari Yeo's ni sebab sedap, tak manis sangat dan yang paling penting tentulah Halal . Selain Teh Krisantimum cik iena juga suka air Yeo's yang lain terutama Yourgurt Yeo's . Okay lepas ni nak try buat Yourgurt Yeo's pula lah (^_~)


Seperti kita sedia maklum, Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan amalan-amalan mulia seperti berkelakuan baik dan juga bersedekah iaitu beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan.


eo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.
Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.

Untuk pengetahuan semua di bulan yang mulia ini Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”) berhasrat ingin meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.

Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s.

Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih yang terletak di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Kepada Sesiapa yang menyumbang , anda berpeluang memenangi duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000!


Okay jom bagi sokongan pada Pasukan Bintang 3


Feeya Iskandar (Yeo’s Krisantimum) - Rumah Kasih Harmoni, Kuala Lumpur


Untuk Maklumat lanjut sila layari www.yeos.com.my atau hubungi talian 1300-80-2828






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park


Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park




Tahukan anda terdapat tempat menarik yang masih tidak di ketahui umum di Bentong Pahang . Ianya terletak diantara Bentong dan Raub. Keunikan tempat tersebut datang dari alam semulajadi. Terdapat penginapan yang menarik dan juga terdapat Ladang Lebah atau Bee farm serta muzium lebah atau Bee Museum  yang sangat menarik untuk anda kunjungi.


Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park

Baru-baru ini cik iena telah ke Bilut Extreme Park di Bentong Pahang kemudian cik iena berkesempatan meneroka tempat menarik yang tersorok di sini. Kedudukan nya agak jauh di dalam hutan namun ianya menjanjikan suasana yang tenan lagi mendamaikan . Di sini kami menikmati hidangan makan tengah hari dan berkesempatan mengunjungi tempat penginapan disini, ladang lebah serta muzium lebah .


Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park

Okay jom cik iena ceritakan tentang tempat ini.

Valley Agro Park 

Valley Agro Park  adalah permata yang tersembunyi di antara Bentong dan Raub di negeri Pahang, Malaysia. Pengasasnya, Encik Sing, mewarisi 18 ekar tanah daripada mendiang bapanya. Sebagai seorang yang berwawasan, beliau telah mengubah keadaan asal tempat itu kepada sebuah ladang kelapa sawit  yang penuh dengan keindahan alam semulajadi.



Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park
Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park

Ia diikelilingi oleh gunung ganang, pengunjung yang hadir akan disambut dengan landskap hijau yang luas dan udara segar. Diilhamkan oleh salah sebuah novel klasik terbesar Cina, Outlaws daripada (水滸傳) Marsh, Mr Sing ingin membawa cerita kepada kehidupan. Oleh itu, Agro Park Valley telah ditubuhkan.

Dalam membangunkan Agro Park Valley, Mr Sing berusaha untuk mengekalkan konsep gaya hidup yang semulajadi melalui penyelidikan dan pembangunan yang berterusan. Irrigation telah dicipta dan tanah yang telah dibersihkan untuk meningkatkan kitaran ekologi dan kualiti udara. Lokasi yang tenang berfungsi sebagai tempat percutian yang sesuai untuk warga kota yang sibuk, jauh dari kebimbangan dan tekanan. Di sini, anda boleh menenagkan diri dan minda anda dengan keadaan persekitaran yang sangat tenang dan semulajadi.

Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park
Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park


Valley Agro Park  menawarkan ikan segar sungai, makanan hasil tuaian serta buatan sendiri, dan buah-buahan yang menyelerakan, yang anda boleh makan sambil menikmati keindahan alam semula jadi.  Disini juga di sediakan tempat penginapan buat anda. 

Jadi, Selepas hari yang panjang, anda boleh kembali ke bilik anda dimana ianya dibina dengan reka bentuk mudah dan berkonsep. Kedamaian dan ketenangan  boleh didapati di kesunyian malam, yang merupakan sesuatu yang luar biasa jika dibandingkan dengan  di bandar. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapu muka anda membawa bau yang menyenangkan dari pokok-pokok manakala cengkerik-cengkerik mendengkan lagu dari kejauhan yang pasti menimbulkan rasa ketenangan dengan muzik dari alam semulajadi.


Makanan


Jika terdapat tempat penginapan pasti terdapat restoran atau kafe . Disini anda tidak perlu risau jika anda tidak mahu keluar ke pekan untuk makan anda juga boleh makan di sini. Menikmati makanan  jauh dari bandar untuk menikmati persekitaran yang santai dan semula jadi dengan hidangan kampung halaman. alam semula jadi melalui pengalaman melihat, menyentuh, merasa, berbau dan pendengaran. 

Untuk pengetahuan semua makanan di Valley Agro Park adalah halal kerana mereka tidak menghidangkan pork dan mendapatkan sumber daging dari pasar yang mempunyai sijil halal akan tetapi ianya tidak di sahkan halal kerana mereka menghidangkan minuman keras buat segelintir tetamu yang memerlukan minuman tersebut.

Antara menu yang terdapat di Valley Agro Park  adalah Grilled Nyonya Style Tilapia in Foil Packets, Green Pepper Steamed Catfish, Yoke Lan Chicken, Claypot Braised Eggplant Fish, Pumpkin Bean Curd dan Claypot Sweet Potato Leaves



Pumpkin Bean Curd
Pumpkin Bean Curd

Yoke Lan Chicken
Yoke Lan Chicken

Yoke Lan Chicken memang yang ternyata sedap. Cik iena nampak macam tak sedap. Tapi bila makan dengan sambal apa tah cik iena tak pasti tapi ada banyak halia lah. memang sedap.



sambal untuk Yoke Lan Chicken
haa ni lah sambal untuk Yoke Lan Chicken yang sedap tu



Grilled Nyonya Style Tilapia in Foil Packets
Grilled Nyonya Style Tilapia in Foil Packets
iena suka makan Grilled Nyonya Style Tilapia in Foil Packets, serius sedap sangat. Sebenarnya iena tak makan ikan talapia sebab bau hanyir. Berbeza dengan ikan talapia di sini. Ikan talapia di sini mereka pelihara sendiri di dalam kolam yang airnya mengalir serta airnya juga merupakan air yang datang dari gunung jadi ikan talapia di sini tidak hanyir :)



 Claypot Sweet Potato Leaves
Claypot Sweet Potato Leaves


Green Pepper Steamed Catfish
Green Pepper Steamed Catfish

Sama seperti ikan talapia tadi, ikan ni tidak hanyir  kerana ianya di pelihara di dalam kolam yang airnya mengalir dan sumber airnya dari gunung. Sedap juga tau iena makan ikan ni sungguhpun iena memang tak makan ikan ni. Bila cuba di sini tak rasa hanyir. Kene pula dengan gaya masakan yang betul. Memang berasa masak steam nya.



 Claypot Braised Eggplant Fish
Claypot Braised Eggplant Fish

Claypot Braised Eggplant Fish buat penggemar sayur pasti anda akan suka. Cik iena tak makan eggplant fish tapi cik iena suka terung tu. Auhh memang sayur kegemaran cik iena.



Ikan Sungai


Valley Agro Park  membekalkan ikan sungai yang hidup dengan persekitaran geografi yang sihat di mana ianya di pelihara di dalam kolam yang airnya mengalir dan bersumberkan air dari gunung.Ikan sungai disini memang sedap , berkhasiat dan yang pastinya tidak hanyir 



Sayur Dan Buah Organik


Valley Agro Park  juga membekalkan makanan organik dan buah-buahan seperti buah Markisa, pisang dan betik. Disini Valley Agro Park sentiasa melakukan yang terbaik untuk mengekalkan lembah semulajadi ini. Menjaga kebersihan udara, mengekalkan kesuburan tanah dan memastikan air bersih tulen adalah kunci kepada penanaman sayur-sayuran organik yang terbaik dan buah-buahan. 

E-Honey


E-Honey merupakan salah satu produk dari Valley Agro Park, ia merupakan sejenis madu kelulut yang dihasilkan oleh lebah meliponine lebah liar hutan hujan tropika, yang mengumpul madu dari pelbagai besar tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan madu masam yang kaya dengan unsur-unsur surih dan asid organik. 


Penginapan


Valley Agro Park  menawarkan penginapan pondok atap kayu. Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan untuk tinggal di sini dan menikmati landskap hijau dengan bunyi alam semula jadi itu. 

Tempat Menarik Bentong Pahang Valley Agro Park



Penginapan di Valley Agro Park
di bawah lantai kayu terdapat  air seperti anda tidur di ataspermukaan sungai :)

Penginapan di Valley Agro Park
Penginapan di Valley Agro Park

Penginapan di Valley Agro Park
Penginapan di Valley Agro Park

Penginapan di sini sangat unik, bilik yang terdapat air pada permukaan bawah . Rasa seperti tidur di dalam sungai .

Bee Farm Valley Agro Park 





 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park

Disini anda berpeluang melihat sendiri madu yang di hasilkan oleh lebah lebah di sini. Kebiasaannya cik iena ke Bee farm atau Bee museum cik iena hanya dapat lihat karung madu yang sudah kering. Berbeza dengan disini cik iena dapat melihat karung madu yang masih berisi madu dan kelihatan lebah-lebah sedang membuat kerja masing-masing mengumpul madu di dalam karung tersebut.

 Bee Farm Valley Agro Park
Lebah yang sedang mengumpulkan madu
Lebah-lebah di sini mendapatkan sumber makanan sendiri dari hutan. Bermakna ianya adalah lebah organik . Tiada makanan tambahan di beri disini. Makanan yang didapatkan adalah sumber semulajadi dari hutan. Jadi madu yang terhasil tentulah berkualiti tinggi dan organik


 Bee Farm Valley Agro Park
Rumah lebah yang di hasilkan oleh Bee Farm Valley Agro Park  untuk lebah-lebah di sini



Di sini pihak  Valley Agro Park  hanya menyediakan tempat penginapan buat lebah-lebah tersebut untuk menghasilkan madu madunya.


 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park

 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park

 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park

 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park



 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park

 Bee Farm Valley Agro Park

Bee Farm Valley Agro Park


 Bee Farm Valley Agro Park
kami di beri rasa madu asli dari karung madu..memang sedap masam-masam manis

 Bee Farm Valley Agro Park
madu


House of Bee -Bee Museum Valley Agro Park 


Di sini kesemua madu yang di jual dan di pamerkan adalah madu asli yang di hasilkan di sini .


Bee Museum Valley Agro Park

Bee Museum Valley Agro Park

Bee Museum Valley Agro Park
Bee Museum Valley Agro Park


Leisure in natural environment



1) Cheow Tick Village
Dibina untuk memperingati Allahyarham bapa pengasas yang dilahirkan pada tahun 1931.

2) Gek Ngo Park
Dibina untuk memperingati arwah ibu pengasas yang dilahirkan pada tahun 1931.
3) Valley Agro Hill
Raikan permulaan hari yang baru dengan menonton matahari terbit di sarapan berkelah.

4) Streamlet
Kanak-kanak dan orang dewasa boleh berenang ke dalam sungai untuk merasa kesejukan air sungai yang datang dari gunung.

5) Vegetable Garden
Anda boleh melihat banyak peringkat yang pertumbuhan sayur-sayuran dari bercambah untuk berkembang sepenuhnya. Satu pengalaman yang hebat untuk keluarga yang ingin mengajar anak-anak mereka tentang asal sayur-sayuran. Dengan melihat proses dan usaha yang diperlukan untuk sayur-sayuran ini berkembang .

6) Miniature Animal Park
Melihat dengan lebih dekat pada haiwan di taman haiwan disini.

7) Tree House
anda akan BerPengalaman merasai bagaimana orang dari zaman dahulu membina rumah-rumah mereka dari awal dan hidup harmoni dengan alam semula jadi.


Tree House
Tree House

8) House of Bees – Bee Museum
Memasuki dunia mistik lebah dalam persekitaran semula jadi mereka di ladang lebah. madu tulen dari lebah liar yang dihasilkan di sini. Lebah mengumpul intipati daripada beribu-ribu bunga untuk menghasilkan E-Honey. Ia penuh dengan manfaat kesihatan yang kaya dengan nutrien.

9) Fishing
Pelawat boleh melihat dan menangkap ikan di sini secara percuma. Tangkap dan lepas dibenarkan tetapi ikan akan dikenakan berdasarkan berat badan mereka jika pengunjung ingin mengambil hasil tangkapan mereka. Pelawatmesti menyediakan peralatan memancin sendiri dan boleh memaklumkan kakitangan jika mereka ingin memasak ikan mereka. masa memancing adalah antara 1 tengah hari hingga 8 malam.

10) BBQ
Pada hanya RM 25 per pax, sekurang-kurangnya 6 orang boleh menggunakan kawasan barbeku. Walau bagaimanapun, tempahan 3 hari awal diperlukan.

11) Nature Experience
12) Camping
13) Karaoke
14) Group Tours
15) Banquets
16) Annual Dinner
17) Conference or Seminar


Okay untuk maklumat lanjut sila layari atau hubungi :

Website : http://www.valleyagropark.com
Facebook : https://www.facebook.com/valleyagropark
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCpoOeWFj95_U XPNcVqiVkhA
Map: https://goo.gl/maps/uqxRbiXvkZR2
Address : PT44, KM13, Mukim Tras, 27600 Raub, Pahang, Malaysia.
Contact : +6019-228 9152 ( 11:30am - 09:30pm )






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve