Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis Preview Buffet Ramadhan Felda D'Saji yang telah diadakan di Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Tasik Titiwangsa . Majlis cukup meriah di hadiri para tetamu yang terdiri dari pelanggan D'saji dan juga pihak media serta blogger.
bersama rakan blogger . Terima kasih Projek Travel atas undangan :) |
Memang tidak dapat disangkalkan makanan di sini enak-enak belaka . Cik iena merupakan pelanggan kepada D'Saji Titiwangsa sebelum ini. D'saji Titiwangsa atau Restoran Nelayan merupakan tempat berkumpul nya cik iena dan rakan-rakan lama untuk berbuka puasa.
Ternyata makanan di sini masih lagi enak seperti sebelum ini . Menu-menu yang ditawarkan juga sangat banyak termasuk menu menu Masakan Timur Tengah dan juga Menu masakan tradisi Melayu serta juadah juadah kuih muih tradisional . Yang pasti Kambing golek menjadi menu yang bakal menjadi tumpuan ramai di bulan ramadhan.
Okay sebelum cik iena tunjukkan gambar-gambar makanan yang sempat cik iena ambil . Jom cik iena ceritakan sedikit mengenai 11 lokasi berbuka puasa yang ditawarkan oleh D'saji
D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA
Sidang Media |
Felda D'Saji Sdn Bhd yang juga anak syarikat milik Koperasi Permodalan
Felda dan Felda telah menganjurkan Bufet Ramadan bermula pada 2008
lagi. Pada tahun ini D' Saji menawarkan lima lokasi berbuka puasa yang
boleh ditempah secara individu atau berkumpulan dilengkapi dengan
pelbagai juadah istimewa serta kemudahan seperti persembahan
tradisi,tempat letak kereta, surau dan imam untuk solat tarawih.
Y.B Tan Sri Hj. Mohd Isa Bin Dato Hj. Abdul Samad Selaku Pengerusi kumpulan Felda |
Lokasi tahun ini seperti berikut:
1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak
2. Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Tasik Titiwangsa
3. Restoran Felda Villa, Jalan Maktab
4. Asmara Penchala, Kg. Sg. Penchala
5. Kajang Perdana Avenue, Kajang
Selain itu, untuk majlis korporat secara tertutup ada enam lokasi iaitu:
1. Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney
2. Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang
3. Casa Heliconia, Jalan Maktab
4. Dewan Rafflesia, Tasik Titiwangsa
5. Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC
6. Orchard Villa, Batu 10 Gombak.
Pada tahun ini D' Saji bekerjasama dengan Chef Ammar Ali, Chef Selebriti Masakan Timur Tengah untuk membawakan masakan popular Timur Tengah menggunakan bahan-bahan premium.
Manakala Chef Ismail Jaafar, dari D'Saji pakar masakan Melayu akan menyediakan hidangan Melayu warisan serta ala kampung.
Di Restoran Felda Villa dan D'Saji KL Titiwangsa, ianya membawakan hidangan-hidangan yang popular di Bazar-Bazar Ramadan.
Bagi Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, pelanggan berpeluang menikmati hidangan berbuka puasa berkonsepkan makanan laut di samping masakan istimewa Melayu D Saji.
D'Saji dengan ini mengumumkan Ganjaran Pelanggan Awal ( Early Bird ) bagi pelanggan yang membeli dan membuat bayaran penuh Bufet Ramadan sebelum atau pada 1 Jun 2016.
Harga ditawarkan adalah seperti berikut:
1) Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Harga Promosi Early Bird: RM 76.00 nett (Harga Asal: RM96.00 nett)
2) Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa Harga Promosi Early Bird: RM79.00 + (Harga Asal: RM125.00 +)
3) Restoran Felda Villa, Jalan Maktab Harga Promosi Early Bird: RM59.00 + (Harga Asal: RM90.00 +)
4) Asmara Penchala, Kg. Sg Penchala Harga Promosi Early Bird: RM55.00 nett (Harga Asal: RM69.00 nett)
5) Kajang Perdana Avenue, Kajang Harga Promosi Early Bird: RM35.00 (Harga Asal: RM45.00 nett)
Potongan istimewa juga ditawarkan kepada Warga Emas iaitu pelanggan berusia 60 tahun serta golongan OKU sepanjang bulan Ramadhan.
Paling istimewa, pelanggan bertuah Bufet Ramadan D'Saji akan ditaja menunaikan Umrah untuk dua orang melalui perkhidmatan tajaan Felda Travel.
Untuk maklumat lanjut Sila Hubungi 03-26988302 atau email ke salesdsaji@felda.net.my
Okay jemput lihat gambar-gambar yang cik iena ambil semasa sesi preview buffet ramadhan tempoh hari.
GAMBAR SEMASA MAJLIS PREVIEW BUFFET RAMADHAN D'SAJI 2016
Biarlah gambar berbicara
(^_~)
aunty iena dan baby fisha +Bro Framestone |
sebelum balik empunya blog nak ambil gambar dengan abang wau :) |
Okay menarik tak tawaran-tawaran lokasi berbuka puasa dari D'saji ?.
Anda boleh pilih lokasi mengikut budget dan lokasi anda :)
Untuk maklumat lanjut Sila Hubungi 03-26988302 atau email ke salesdsaji@felda.net.my
Nukilan,
|