Grab The Promo
Grab The Promo

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa pada asalnya di kenali dengan nama Restoran Nelayan merupakan  sebuah syarikat katering yang terkenal kepunyaan Felda D'Saji .  Nama mereka memang sudah cukup di kenali dalam  Industri Katering yang bermaksud Industri penyediaan makanan dan minuman di dalam persekitaran kerja.

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

Baru-baru ini cik iena telah menghadiri Majlis Preview Buffet Ramadhan Felda D'Saji yang telah diadakan di Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Tasik Titiwangsa . Majlis cukup meriah di hadiri para tetamu yang terdiri dari pelanggan D'saji dan juga pihak media serta blogger.


D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA
bersama rakan blogger . Terima kasih  Projek Travel atas undangan :)

Memang tidak dapat disangkalkan makanan di sini enak-enak belaka . Cik iena merupakan pelanggan kepada D'Saji Titiwangsa sebelum ini. D'saji Titiwangsa atau Restoran Nelayan merupakan tempat berkumpul nya cik iena dan rakan-rakan lama untuk berbuka puasa.

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA


Ternyata makanan di sini masih lagi enak seperti sebelum ini . Menu-menu yang ditawarkan juga sangat banyak  termasuk menu menu Masakan Timur Tengah  dan juga Menu masakan tradisi Melayu serta juadah juadah kuih muih tradisional . Yang pasti Kambing golek menjadi menu yang bakal menjadi tumpuan ramai di bulan ramadhan.
Okay sebelum cik iena tunjukkan gambar-gambar makanan yang sempat cik iena ambil . Jom cik iena ceritakan sedikit mengenai 11 lokasi berbuka puasa yang ditawarkan oleh D'saji

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

 

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA
Sidang Media

Felda D'Saji Sdn Bhd yang juga anak syarikat milik Koperasi Permodalan Felda dan Felda telah  menganjurkan Bufet Ramadan bermula pada 2008 lagi. Pada tahun ini D' Saji menawarkan lima lokasi berbuka puasa yang boleh ditempah  secara individu atau berkumpulan dilengkapi dengan pelbagai juadah  istimewa serta kemudahan seperti persembahan tradisi,tempat letak  kereta, surau dan imam untuk solat tarawih.
D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA
Y.B Tan Sri Hj. Mohd Isa Bin Dato  Hj. Abdul Samad Selaku Pengerusi kumpulan Felda



Lokasi tahun ini seperti berikut:

1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak

2. Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Tasik Titiwangsa

3. Restoran Felda Villa, Jalan Maktab

4. Asmara Penchala, Kg. Sg. Penchala

5. Kajang Perdana Avenue, Kajang


Selain itu,  untuk majlis korporat secara tertutup ada enam lokasi iaitu:

1. Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney

2. Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang

3. Casa Heliconia, Jalan Maktab

4. Dewan Rafflesia, Tasik Titiwangsa

5. Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC

6. Orchard Villa, Batu 10 Gombak.


Pada tahun ini D' Saji bekerjasama dengan Chef Ammar Ali, Chef  Selebriti Masakan Timur Tengah untuk membawakan masakan popular Timur  Tengah menggunakan bahan-bahan premium.

Manakala Chef Ismail Jaafar, dari D'Saji pakar masakan Melayu akan menyediakan hidangan Melayu warisan serta ala kampung.

Di Restoran Felda Villa dan D'Saji KL Titiwangsa, ianya membawakan  hidangan-hidangan yang popular di Bazar-Bazar Ramadan.



Bagi Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, pelanggan berpeluang menikmati  hidangan berbuka puasa berkonsepkan makanan laut di samping masakan  istimewa Melayu D Saji.

D'Saji dengan ini mengumumkan Ganjaran Pelanggan Awal ( Early Bird )  bagi pelanggan yang membeli dan membuat bayaran penuh Bufet Ramadan  sebelum atau pada 1 Jun 2016.

Harga ditawarkan adalah seperti berikut:

1) Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak Harga Promosi Early Bird: RM 76.00 nett (Harga Asal: RM96.00 nett)

2) Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa Harga Promosi Early Bird: RM79.00 + (Harga Asal: RM125.00 +)

3) Restoran Felda Villa, Jalan Maktab Harga Promosi Early Bird: RM59.00 + (Harga Asal: RM90.00 +)
4) Asmara Penchala, Kg. Sg Penchala Harga Promosi Early Bird: RM55.00 nett (Harga Asal: RM69.00 nett)

5) Kajang Perdana Avenue, Kajang Harga Promosi Early Bird: RM35.00 (Harga Asal: RM45.00 nett)

Potongan istimewa juga ditawarkan kepada Warga Emas iaitu pelanggan  berusia 60 tahun serta golongan OKU sepanjang bulan Ramadhan.

Paling istimewa, pelanggan bertuah Bufet Ramadan D'Saji akan ditaja menunaikan Umrah untuk dua orang melalui perkhidmatan tajaan Felda Travel.

Untuk maklumat lanjut Sila Hubungi 03-26988302 atau email ke salesdsaji@felda.net.my


Okay jemput lihat gambar-gambar yang cik iena ambil semasa sesi preview buffet ramadhan tempoh hari.



GAMBAR SEMASA MAJLIS PREVIEW BUFFET RAMADHAN D'SAJI 2016


Biarlah gambar berbicara
(^_~)


D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA
aunty iena dan baby fisha +Bro Framestone 

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA

D'SAJI TAWAR 11 LOKASI BERBUKA PUASA
sebelum balik empunya blog nak ambil gambar dengan abang wau :)

Okay menarik tak tawaran-tawaran lokasi berbuka puasa dari D'saji ?.
Anda boleh pilih lokasi mengikut budget dan lokasi anda :)

Untuk maklumat lanjut Sila Hubungi 03-26988302 atau email ke salesdsaji@felda.net.my


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging


Masihkah anda ingat restoran yang pernah menjadi kontroveri oleh Azwan Haji Ali dan pernah viral disebabkan harga steak yang beribu.  Me'nate Steak Hub merupakan rangkaian restoran yang cukup popular dengan hidangan dagingnya. Pelbagai bahagian daging kambing dan lembu dimasak cukup sempurna dengan keunikkan caranya yang tersendiri menjadikan restoran ini menjadi tarikan penggemar daging.


Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging

 Untuk pengetahuan semua tidak semuanya mahal di  Me'nate Steak Hub,  malahan harganya adalah standard  seperti restoran berprestij tinggi lain. Namun daging seperti Wa'gyu yang mana umum sudah ketahui bahawa ianya bukan daging biasa-biasa malah ianya salah satu daging yang amat premium yang biasa di makan oleh orang-orang kaya seluruh dunia sahaja.

Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub  Setapak


Jadi anda boleh nikmati hidangan steak dengan pelbagai harga mengikut kemampuan dan citarasa anda. Baru-baru ini cik iena berkesempatan ke Me'nate Steak Hub Setapak di mana cik iena di maklumkan bahawa terdapat Hidangan Istimewa Ramadhan 2016 yang akan di tawarkan kepada pelanggan bersempena bulan mulia penuh barakkah bulan Ramadhan Al Mubarak.


Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging


Me'nate Steak Hub
Bahagian,bahagian pada lembu dan kambing





Istimewanya untuk ramadhan kali ini Me'nate Steak Hub telah memperkenalkan beberapa menu baru sebagai pilihan tambahan bagi mereka yang datang untuk berbuka di sini bersama keluarga mahupun rakan-rakan tersayang.




Hidangan Istimewa Ramadhan 2016 di Me'nate







Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging


Terdapat 4 kategori menu istimewa yang diperkenalkan dan ke semua menu ini didatangkan bersama Nasi Me'nate dan pelbagai sos (home made). Antaranya seperti:-

1. HEAVENLY BEEF
2. HEAVENLY LAMB
3. HEAVENLY CHICKEN
4. GROUP STEAK



Me'nate Steak Hub
Nasi Me'nate


Untuk pengetahuan semua,  Nasi Me'nate merupakan menu istimewa dari dapur Me'nate yang menggunakan Beras Basmati istimewa yang diimport khas. Rasanya cukup enak jika dibandingkan dengan nasi-nasi arab di restoran lain.








Me'nate Steak Hub
Me'nate Steak Hub Lokasi Berbuka Puasa Buat Penggemar Daging




Untuk menu hidangan dalam kategori  'HEAVENLY", ianya boleh dinikmati antara 4-6 orang. Ianya sangat unik di mana ianya didatangkan di dalam pinggan yang sangat besar (sebesar dulang) untuk di nikmati bersama-sama rakan mahupun keluarga dan sedikit sebanyak ianya dapat mengimarahkan lagi suasana serta dapat mengeratkan silaturrahim.


1. HEAVENLY BEEF


Terdapat 2 jenis set iaitu:-

a. Short Ribs




Me'nate Steak Hub
Short Ribs


Kepada Peminat bahagian ribs, ini adalah hidangan yang lazat untuk anda nikmati . Di makan bersama Nasi Me'nateyang se memangnya akan memberi kepuasan dan kekenyangan setelah seharian kita berpuasa, apatah lagi ianya didatangkan bersama daging ribs yang begitu lembut isinya.




Me'nate Steak Hub
Short Ribs



Harga : RM 300 (4-6 orang)

b. Wagyu Spare Ribs







Me'nate Steak Hub
Wagyu Spare Ribs


Bahagian daging yang menjadi kegemaran buat peminat/pemakan daging yang tegar. Setelah mencuba daging wagyu ini baru saya sedar mengapa ianya begitu diminati. Rasanaya yang 'juicy, isi pejal tetapi tetap lembut serta mudah untuk dikunyah. Didatangkan bersama hidangan nasi Me'nate menjadikan menu ini lengkap untuk berbuka.

Harga : RM 400 (4-6 orang)


2. HEAVENLY LAMB


Terdapat 2 jenis set iaitu:-

a. Lamb Shoulder




Me'nate Steak Hub
Lamb Shoulder


Adakah anda Peminat daging kambing? Sekiranya ya, anda Boleh mencuba hidangan 'lamb shoulder' ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Ianya Dimasak cukup sempurna bersama  sos perapan rahsia yang cukup enak menjadikan hidangan berbuka puasa cukup luar biasa. Anda pasti terkejut kerana tiada bau hamis ketika menikmati hidangan kambing ini .

Harga : RM 350 (4-6 orang)


b.Lamb Shank


Me'nate Steak Hub
Lamb Shank


Merupakan bahagian kambing yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Ianya merupakan daging di bahagian kaki  belakang, yang dikatakan mempunyai isi yang cukup empuk dan sesuai untuk dibuat stik ataupun dibakar.

Harga : RM 350 (4-6 orang)

3. HEAVENLY CHICKEN


Me'nate Steak Hub
HEAVENLY CHICKEN


Hidangan ayam gril yang cukup istimewa dari Me'nate . Di perap dengan rempah rahsia supaya rasa Ayam lebih sedapdan enak di mana  hidangan ini menjanjikan ayam yang empuk,lembut serta berasa perapan rempah ketika di makan

Harga : RM 99 (4-6 orang)


4. GROUP STEAK

Me'nate Steak Hub
Group Steak



 Pilihan kepada stik daging lembu atau kambing dan ayam gril. Didatangkan bersama ;-
- Sos
- Salad
- Coleslaw
- Mashed potato
- Aglio E Olio /Nasi Me'nate.

Me'nate Steak Hub
Aglio E Olio



Me'nate Steak Hub
Coleslaw




Me'nate Steak Hub
Mashed potato



Me'nate Steak Hub
 gambar rangkaian daging yang ditawarkan, antaranya seperti lamb shank, ribs dan ribs eye.


 Harga : RM 80(per pax) - minuman order 4 pax

Sepanjang bulan ramadhan juga, semua pelanggan bakal disajikan secara percuma :-
- Bubur lambuk Me'nate
- Buah-buahan
- Kurma
- Air (free flow)

Kemudahan Surau Me'nate Steak Hub


Terdapat kemudahan surau di tingkat satu dan dua dimana surau perempuan terletak di tingkat satu manakala surau lelaki terletak di tingkat dua. Jadi kepada anda yang berbuka puasa di sini anda tidak perlu risau dan tergesa-gesa makan untuk pulang menunaikan fardhu magrib  atau untuk ke surau atau masjid berdekatan. Dengan adanya kemudahan surau ini dapat lah anda menghabiskan hidangan anda dengan perlahan dan penuh nikmat tanpa tergesa-gesa.

Cik iena di fahamkan, Kemudahan surau ini bukan sahaja terdapat di cawangan setapak malahan  terdapat di semua cawangan Me'nate Steak Hub.




Menarik tak tawaran istimewa ramadhan dari Me'nate ,  untuk merasai keenakan hidangan dari Me'nate Steak Hub jom hadir ke  mana-mana cawangan seperti dibawah:-


SETAPAK
Starpac Point
Jalan Taman Ibu Kota
Off Jalan Genting Klang
53300 Kuala Lumpur


AMPANG BRANCH
No 16 Jalan Kerja Air Lama Satu
Taman Shuet Liang
Ampang Jaya
Selangor



BANGI BRANCH
No 25 Jalan Medan Pusat 2d 3b
Curve Business Park
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor


Untuk Tempahan sila hubungi:

019-3911047
019-4771047
019-2611047










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve