Pusat Pelancongan Malaysia atau dikenali sebagai MaTic dengan kerjasama Peace Yall.fm telah melancarkan program Culture Blitzz baru-baru ini bagi mempromosikan kesenian dan kebudayaan Malaysia di destinasi destinasi tumpuan para pelancong.
Selain daripada itu, program ini juga akan memberi pendedahan kepada umum tentang keunikan produk-produk kebudayaan dan warisan Malaysia seperti makanan tradisi Bubur Lambuk dan tarian tradisional di destinasi-destinasi serta produk-produk pelancongan seperti MaTic yang merupakan Parlimen Pertama Malaysia,
pengedaran bubur lambok |
krew dan media yang terlibat menaiki KL hop on hop off untuk mengedar bubur lambok sekitar KL |
Diantara lokasi yang menjadi tumpuan pada program baru-baru ini adalah Menara Kuala Lumpur dan kawasan kawasan pusat beli belah Bukit Bintang . Program ini diharapkan dapat memberi pengalaman yang baik kepada para pelancong dalam usaha menyemarak dan memperkasakan industri pelancongan dan kebudayaan negara.
Kerjasama strategik MaTic serta radio MaTic.fm bersama PeaceYallFm bertujuan menyemarakkan kesedaran kepada masyarakat khususnya pendengar radio generasi muda Peace YallFm mengenai industry pelancongan dan kebudayaan.
Tambahan pula, Dato AC Mizal merupakan ikon dan celebriti hiburan negara yang dilihat mampu mempromosikan MaTic dan juga destinasi-destinasi pelacongan negara. Selain itu, pelbagai program yang akan berlangsung mulai Julai 2016 di MaTic yang berperanan sebagai sebuah hub para pelancong untuk mendapatkan persembahan kesenian dan kebudayaan.
Antara program program kesenian dan kebudayaan yang akan dilaksanakan di MaTic ialah
- Persembahan Tarian Kebudayaan(Setiap Hari Kecuali Ahad dan Cuti Umum dari 3 hingga 4 petang);
- Teater Mak Yong-19-20 Ogos 2016
- Persembahan Tarian Klasik India-26-27 September 2016
- Orkestra Tradisional Malaysia 2-3 September 2016
- Puteri Lindungan Bulan 14-15 oktober 2016
- Ambang Tahun Baru MaTIC 31 Disember 2016.
Penganjuran program seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat Pelancongan Malaysia(MaTic) sebagai salah satu ikon dan pusat informasi pelancongan dan kebudayaan negara. Pastinya program-program yang dirangka akan memukau perhatian anda! Jom sama-sama kita sokong dan meriahkan Culture Blitzz MaTic ini.
Peace Yal FM
Dato' AC Mizal , Datin Emylia Rosnaida dan anak2 |
Peace Yal FM merupakan Radio Online Bervisual berkonsep Radio interaktif yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato' AC Mizal atau lebih dikenali sebagai 'Mr Versatile' yang merupakan seorang usahawan berjaya, pelakon, penyanyi, Pelawak, Pengacara dan bekas Penyampai Radio Popular di Malaysia.
Datin Emylia Rosnaida pula merupakan Vice President Peace Val FM dan berpengalaman selama 20 tahun dalam industri. Professional dalam bidang peragaan, lakonan, dan merupakan seorang usahawan beraya.
Peace Yall FM diterajui oleh En Rashidi Ishak Ketua Pegawai Eksekutif yang sebagai bidang muzik. juga professional dalam bidang peragaan, lakonan dan bidang muzik.
Peace Yal FM bersiaran selama 24 jam sehari dan beroperasi sepenuhnya melalui sistem interaktif secara aplikasi dengan hanya satu klik-
Untuk memuat turun aplikasi di Apps store' bagi pengguna Apple iOs atau Google Play Store untuk pengguna sistem peranti Android. Anda juga boleh melayari saluran interaktif ini melaiui laman sesawang www.Peaceyallfm.com menerusi kormputer atau pelayar mudah alih.
Berkonsepkan 'satu klik' peace Yall FM komited membawakan satu pengalaman yang pasti Luar Biasa sejajar peredaran semasa yang pastinya meletop.
Objektif
- Pendekatan Media alat baru ini bertujuan menyuntik mirat Generasi Y merasai inovasi teknologi masa kini dan Peace Yall FM menjadi Ferintis membawakan Radio Interaktif bervisual dwibahasa pertama di Asia Timur Selatan.
Visi
- Menjadi HUB hiburan dan infotainment trendy
- Melahirkan bakat haru terbaik dan trendy
- Memupuk minat generasi Y bidang berkaitan penyiaran
- Menjadi platform rakan niaga online yang efisien dengan kadar terendah
Misi:
- Menyediakan platform hiburan yang pelbagai
- Memaparkan rancangan berkonsepkan 'versatile' selama 24 Jam siaran
- Menjadi Radio online berwisual DwiBahasa pertama di Malaysia
- Memupuk masyarakat mendekati dan fahami keberkesanan media online
- Menjadi platform infotainment utama seiring media konvensi
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MATIC DAN PEACEYALLFM DI SALOMA BISTRO
Selepas terlibat dalam program pengagihan Bubur lambuk dan juga persembahan tarian tradisional di lokasi lokasi terpilih, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di Saloma Bistro , Kuala Lumpur. Majlis berjalan cukup lancar dan meriah .
Majlis turut menampilkan persembahan beberapa artis bagi memeriahkan suasana . Turut membuat persempahan istimewa adalah Dato AC Mizal Sendiri .
Berikut merupakan sebahagian daripada gambar sepanjang cik iena berada di majlis tersebut.
with rakan blogger |
ehhh tuan empunya blog nak tiru gaya model 11street la konon tu sebab dapat baju raya dari 11street 3 pasang tahun ni..Ini salah satu antaranya :) |
Tuan empunya Blog |
Kredit Foto : Yusri Ibrahim
Kepada sesiap yang memerlukan khidmat Juru gambar profesional sila hubungi beliau di talian 60193035955
Arjalee da tukar baju, iena je baju dari petang sampai malamhaha |
Okay ini pula link dari ambar handphone cik iena di fanpage
https://www.facebook.com/ienaelienadotcom/photos/?tab=album&album_id=286002051749597
Banyak sangat gambar , meletop blog ni kalau letak semua kat sini :)
https://www.facebook.com/ienaelienadotcom/photos/?tab=album&album_id=286002051749597
Banyak sangat gambar , meletop blog ni kalau letak semua kat sini :)
Nukilan,
|