Apa yang menarik lagi kalau anda semua nak tau goodies bag nya sangat sangat menarik tau . Ni yang cik iena baca di fanpage shokubutsu . Kesemua barangan tersebut bukan lah saiz sample menurut shokubutsu. Saiz sebenar okay . Jadi cik iena rasa sangat sangat berbaloi dengan yuran seminima RM50 tu .
Kuala Lumpur, 26 Ogos 2016 - Apabila tiba di bulan Oktober, kita pastinya dihujani dengan pelbagai kempen kesedaran kanser payudara. Tetapi, adakah kita benar-benar memberi perhatian kepada kempen ini? Apakah yang akan anda lakukan sekiranya individu yang anda sayangi atau sesiapa sahaja yang anda kenali kini sedang berjuang melawan kanser payudara? Atau apakah yang telah anda lakukan terhadap diri sendiri untuk meningkatkan peluang untuk hidup sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka ini?
Siri jelajah yang diadakan oleh Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara ternyata memberi hasil yang membimbangkan. Ramai di antara mereka tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan malahan tidak komited dalam pemeriksaan sendiri payudara di rumah yang selesa. Lebih mengejutkan apabila pemeriksaan rambang yang dilakukan di siri jelajah tersebut, enam wanita didapati mempunyai ketulan yang mencurigakan pada payudara mereka, menunjukkan tanda-tanda lazim kanser payudara.
Situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu, jenama terkemuka sabun mandian di Malaysia, untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon yang menggalakkan wanita melakukan perubahan terhadap diri mereka dan orang yang mereka sayangi dengan memeriksa sendiri payudara semasa mandi secara kerap. Sekali lagi, disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), kempen pada tahun ini bakal menjadi lebih besar dan lebih berani. Untuk menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi, Shokubutsu akan menganjurkan Be My Reason Shower Run, larian bertemakan mandi, pertama di Malaysia.
Dijadualkan akan berlangsung sekitar bulan Oktober, bersempena bulan kesedaran kanser payudara, acara larian ini akan mempromosikan kesedaran dan menyebarkan mesej tentang sokongan dan kebersamaan untuk orang sekeliling. Pada acara ini, para peserta Be My Reason Shower Run digalakkan untuk berlari bersama pasangan masing-masing sebagai simbol penyebab mengapa mereka perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara.
Pelakon terkemuka Malaysia, Beto Kusyairy, akan turut menyertai larian untuk memeriahkan lagi kempen ini. Beto akan menyertai Be My Reason Shower Run yang bakal diadakan pada 9 Oktober 2016 ini, bersama isterinya, Tisha Shahar – sebagai tanda sokongannya kepada Tisha yang mempunyai pengalaman menakutkan apabila ketulan dikesan di payudara beliau tidak lama dulu. Mereka akan bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.
Beto Kusyairi dan isterinya merupakan pasangan terbaik yang layak dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia bagaimana wanita boleh diberi galakan oleh pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Apabila Tisha mengesan ketulan pada payudaranya semasa melakukan pemeriksaan sendiri, dia telah bersiap sedia untuk mengalami peralihan hidup, termasuklah terapi dan mungkin juga pembedahan. Katanya, suaminya Beto Kusyairi merupakan sumber kekuatan yang sering memberi sokongan disaat dia menghadapi tempoh yang mencemaskan itu. Meskipun ketulan itu tidak berbahaya tetapi ia merupakan pengalaman yang mendorong mereka untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan melakukan pemeriksaan sendiri payudara.
"Shokubutsu secara aktif telah mempromosikan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi kerana ia penting untuk pengesanan awal. Pemeriksaan sendiri payudara adalah mudah dan ringkas untuk dilakukan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, kami menggalakkan para wanita untuk melakukannya semasa mandi kerana ia merupakan aktiviti harian dan waktu yang senang untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, " kata Jackie Low, Pengurus Pemasaran, Jabatan Produk Penjagaan Peribadi, Southern Lion Sdn. Bhd, syarikat bagi jenama Shokubutsu.
"Kami telah diberi peluang untuk mengadakan kempen ini pada tahun yang kedua dan kami ingin meningkatkan kesedaran dengan cara yang lebih luas dan besar. Be My Reason Shower Run dianjurkan dengan harapan ia mampu menggalakkan semangat memperkasa dengan memberikan komitmen bertindak sepenuhnya untuk diri sendiri dan juga demi orang yang kita sayangi. Kami juga berharap agar larian ini akan menjadi satu landasan untuk rakyat Malaysia menunjukkan sokongan mereka terhadap orang yang mereka sayangi yang menghidap kanser payudara dan kami amat menggalakkan para peserta untuk menyertai larian ini bersama pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan!
Kami turut berbesar hati kerana Beto Kusyairy dan isterinya, Tisha Shahar turut sudi menyertai kempen ini dan bersama-sama mereka, kami berharap lebih ramai wanita dan juga lelaki sedar tentang kepentingan pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara dengan lebih kerap semasa mandi," ujarnya lagi.