DASHING merupakan jenama yang melambangkan maskulin dan keyakinan.Dengan sejarah lebih daripada 20 tahun, jenama ini telah menjadi sebahagian daripada jiwa lelaki
Malaysia.Terkenal dan sinonim dengan kualiti dan wangian yang tahan lama.
Dashing membolehkan lelaki moden untuk menyerlahkan daya keyakinan mereka . Ianya juga dijual dengan harga yang berpatutan. DASHING memahami kaum lelaki serta menarik perhatian mereka dengan gaya yang kontemporari, gempak, bertenaga dan berkeyakinan. Jejaka DASHING amat mudah menjadi inspirasi kepada orang lain dengan daya tarikan serta personaliti mereka.
Baru baru ini iena telah di beri peluang untuk mencuba Dashing Edge 2.0 . Wangian ini cik iena hadiahkan kepada adik lelaki cik iena untuk di gunakan. Dashing Edge 2.0 merupakan haruman yang sesuai dengan jiwanya menurut adik cik iena . Dashing juga merupakan jenama pilihan adik cik iena untuk produk penjagaan wajah, mandian badan dan juga bedak .
DASHING ADVENTURER EDGE 2.0
Tiga produk Dashing Edge 2.0 yang membuat adik iena tertawan adalah Deodoran Bebola Edge 2.0,Deodoran Spray Edge 2.0 dan juga Dashing Edge 2.0 EDT.
Deodoran Bebola Dashing Efge 2.0
Ianya cepat kering dan dapat menghalang bau badan sehingga 60 jam. Ia juga memberikan perlindungan antibakteria. Deodaran Bebola Dashing ini mempunyai rumusan khas yang mengandungi formula cepat kering yang efektif tanpa rasa melekit. Deodoran Bebola Dashing Efge 2.0 sangat sesuai digunakan setiap hari tanpa meninggalkan kesan pada kulit.
Harga : RM 6.50 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)
DASHING Deodarant Spray
DASHING Deodarant Spray
DASHING Deodaran spray baru ini tiada gas dan ianya lebih jimat jika dibandingkan deodoran spray dari jenama lain. Ia juga merupakan teknologi baru Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas yang Pertama Di Malaysia. Deodaran Spray atau semburan ni mampu bertahan selama 2 bulan atau 750 kali semburan. Fungsi Deodoran Semburan Dashing ialah memberi perlindungan 24 jam iaitu menghalang bau badan dan menghapuskan bakteria.
Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas
Kelebihan Deodoran Spray Dashing Edge 2.0 :
- Mampat dengan cecair deodorant, 750 semburan
- Lebih wangian dan lebih cecair deodoran dalam setiap semburan
- Lebih jimat penggunaan, tiada pembaziran
- Satu botol lebih dari 2 bulan penggunaan
- Semburan yang rata dan menyeluruh
- Selepas semburan rasa selesa dan tidak melekit.
- Deodoran semburan Dashing memberikan perlindungan selama 24 jam.
- Menghalang bau badan dan memghapus bakteria.
Harga : RM 19.90 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)
Dashing Edge 2.0 EDT
Dashing Edge 2.0 EDT
Ianya mempunyai bau yang sangat harum dan memikat.Wangian yang berkualiti dan tahan lama. Kebanyakkan lelaki lazimnya mudah berpeluh kerana melakukan banyak aktiviti dan haruman dari Dashing mampu mengekalkan haruman maskulin,moden dan menyegarkan.
Harga EDT 100ML : RM34.50 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)
DASHING adalah jenama penjagaan lelaki yang mempunyai produk merangkumi Minyak Wangi (EDT) ,Deodoran (Semburan,Beboa,Stik) ,Pembersih Muka , Mandian Badan dan Talkum.Semua produk Dashing mempunyai asas Semangat Manland yang memberi inspirasi dan menggalakkan nilai positif lelaki (persahabatan/persaudaraan).Lelaki DASHING adalah seorang jejaka moden,yakin dan bersemangat tinggi.
RizQ Islamic School (RIS) merupakan Sekolah Tahfiz bertaraf Antarabangsa yang diiktiraf oleh MOE dan lengkap dengan pelbagai fasiliti bertaraf 5 bintang . Ia merupakan sekolah Tahfiz yang bertaraf antarabangsa pertama di ASEAN.
Baru-baru ini cik iena melihat ramai diantara rakan blogger memuat naik gambar di RizQ Islamic School (RIS) dan membuatkan cik iena tertanya-tanya tentang RizQ Islamic School (RIS) . Untuk itu cik iena juga ingin kongsi kan buat tatapan pembaca yang main mengenai RizQ Islamic School (RIS).
Suasana di RizQ Islamic School
Jika sebelum ini apa yang terbayang di fikiran cik iena bila sebut Sekolah Tahfiz, Cik iena terbayangkan ia adalah sekolah pondok yang terletak di pendalaman dan keadaannya mungki agak Tradisonal. Tetapi ternyata di RizQ Islamic School (RIS) ianya adalah berbeza dari apa yang cik iena bayangkan.
RizQ Islamic School (RIS)
Suasana di RizQ Islamic School
Merupakan Sekolah Tahfiz bertaraf antarabangsa
yang diiktiraf oleh MOE dan lengkap dengan pelbagai fasiliti bertaraf 5
bintang . Ia merupakan sekolah tahfiz yang bertaraf antarabangsa
pertama di ASEAN. Sekolah Tahfiz yang Cantik, besar, dan tersergam indah ini terletak di di Sg. Ramal Dalam, Kajang .
Suasana di RizQ Islamic School
Sekolah Tahfiz ini mempunyai kawalan keselamatan di mana anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk memasuki kawasan sekolah ini sama seperti sekolah swasta yang lain.
Untuk pengetahuan semua, RizQ Islamic School masih belum beroperasi sepenuhnya Ia nya dibuka untuk Open Day dan pendaftaran pelajar baru untuk sesi tahun 2017.
Suasana di RizQ Islamic School
Sekolah ini telah mendapat kelulusan dan sokongan sepenuhnya dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Julai yang lalu ni diasaskan oleh anak-anak muda Gen Y iaitu Abdullah Firdaus Abd Jalil (29 tahun), Dr Shiefa (27 tahun), Mohd Azzizat Abd Rahman (28 tahun) dan Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun).
Suasana di RizQ Islamic School
Konsep dan kaedah pembelajaran di sini adalah berbeza dengan sekolah lain kerana di RizQ Islamic School ni sistem pembelajaran mereka seperti sistem di Finland dan Jepun yang menggunakan konsep play based learning yang sesuai dengan minat kanak-kanak dan cuma ditambah lagi dengan kaedah hafalan Tahfiz moden. Ini adalah kelainan RizQ Islamic School . Dengan fasiliti bertaraf 5 bintang dan colourful environment yang akan membuatkan anak-anak kita tenang dan gembira belajar di sni.
Suasana di RizQ Islamic School
RizQ Islamic School mempunyai 16 buah kelas, auditorium, gym, playroom area, art room, dewan, bilik permainan, padang bola dan banyak lagi kemudahan asas yang lain. Menariknya classroom untuk lower grade juga colourful! Setiap kelas dilengkapi dengan penghawa dingin dan Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantara di sekolah.
Suasana di RizQ Islamic School
Suasana di RizQ Islamic School
Setiap kelas hanya akan memuatkan kira-kira 20 pelajar. Kelas akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang. Dan bagi mereka yang tinggal di sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya, pihak pengurusan RizQ Islamic School ada menyediakan khidmat pengangkutan untuk mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah.
Suasana di RizQ Islamic School
Selain daripada itu, di RizQ Islamic School ini juga menggunakan iPad sebagai alat bantu mengajar spesifiknya dalam subjek Hafalan/Hafazan Al-Quran . Ini lagi membuatkan sekolah ni lagi unik dan berbeza konsep pembelajaran nya. Untuk melengkapkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang ditetapkan, lima subjek islami dari Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) , RizQ Islamic School sediakan subjek ini di sekolah tersebut iaitu subjek Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah, Khaf & Imla’.
Suasana di RizQ Islamic School
Ilmu Falak dan Astronomi Islam juga Robotik akan diperkenalkan juga sebagai aktiviti tambahan kokurikulum. Buat masa ini RizQ Islamic School membuat promosi untuk 100 pelajar pertama (lower grade sahaja) yang mendaftar di sekolah mereka dikenakan yuran pengajian hanya RM580 sebulan untuk maksimum tiga tahun ni di RizQ Islamic School.
Suasana di RizQ Islamic School
Ini merupakan penjimatan yang banyak. Untuk pengetahuan semua harga Asal adalah RM600 Untuk upper grade, yuran ialah RM700 sebulan. Untuk pengetahuan Yuran Ini tidak termasuk yuran makan, yuran pendaftaran, assessment test dan lain-lain.
Suasana di RizQ Islamic School
Suasana di RizQ Islamic School
Sesi pertama persekolahan akan bermula pada Januari 2017 dengan sasaran 300 pelajar sebagai permulaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang pendaftaran, yuran dan sekolah boleh terus hubungi
Lebih kurang 6 tahun yang lepas cik iena pernah di hantui kemalangan misteri yang cukup memberi impak dalam kehidupan cik iena . Tanggal 29 oktober 2010 lebih kurang jam 11 malam, cik iena berseorangan memandu di jalan sungai tua , Selayang .
Kebiasaannya cik iena akan pulang ke kampung bersama adik tapi berbeza pada hari tersebut cik iena pulang bersendirian kerana pada ketika itu adik tidak dapat turut pulang sama kerana ada peperiksaan di UKM.
Sebelum melangkahnya cik iena untuk memandu pulang ke kampung memang sudah terdetik rasa yang mencurigakan , rasa yang kurang selesa tapi atas desakan keluarga cik iena pulang juga malam tersebut kerana keesokan hari nya adalah majlis persandingan sepupu cik iena di batang Kali.
Kejadian misteri ini terjadi berhampiran tempat berkelah P3 di sungai tua di mana ia merupakan tempat laluan memotong dan mendaki bukit dari arah kuala lumpur ke batang kali. Setibanya di kawasan memotong tersebut cik iena telah memintas/memotong satu Teksi yang agak usang dan perlahan . Jika di ikutkan peraturan memang tiada salah memotong di kawasan memotong .
Kebiasaannya cik iena jarang memotong di jalan sungai tua, akan tetapi teksi yang di pandu tersebut tersangat perlahan dan cik iena telah lama mengikut kereta tersebut dari belakang jadi setibanya di lorong memotong cik iena bertekad untuk memotong.
Selepas sahaja cik iena memotong teksi tersebut, kereta dari arah bertentangan cik iena memberikan lampu tinggi . Cik iena pun berasa pelik mengapakah kereta tersebut memberikan lamu tinggi . Dalam hati cik iena mungkin dia ingin memberitahu ada kemalangan di hadapan atau ada polis.
Cik iena pun terus memandu dengan tenang tetapi malangnya sejurus selepas kereta tadi lalu di sebelah cik iena keadaaan di hadapan cik iena bertukar menjadi kabus tebal seperti seolah olah cik iena berada diatas awan dan pada ketika itu cik iena merasakan seolah olah cik iena sedang bermimpi. Tiba tiba cik iena tersentak apabila cik iena menyedari bahawa cik iena berada di lorong bertentangan.
Kawasan perkelahan sungai tua P3
Cik iena mula menekan brek namun kereta makin laju seolah-olah brek tidak berfungsi dan yang peliknya jalan tersebut adalah menaki bukit yang boleh dikatakan tinggi. Cik iena pun memusingkan stearing kereta ke kiri bagi mengelakkan cik iena terjunam ke tepi bukit lorong sebelah dan mengelak dari terlanggar kereta lorong bertentangan dan selepas itu kereta pun berpusing pusing.
Apa yang cik iena dapat rasakan dalam kereta pada ketika itu adalah dalam keadaan slow motion kereta berpusing pusing sehinggalah ke pusingan ke tiga iaitu terakhir kereta cik iena berdentum terbalik di bahu jalan. Semasa adengan kereta berpusing ni cik iena terbayang MOVIE TOkyo Drift haha merapu betul.
Bila dah terbalik dan berdentum di tepi jalan cik iena tersedar dari lamunan. Ouhh iena accident ke.
Alhamdulillah walaupun keaddan kereta boleh di katakan teruk tapi cik iena selamat tanpa sebarang luka . Cuma cik iena mengalami lebam-lebam seluruh badan dan sakit kepala akibat hentakan .
Yang mebih membuatkan cik iena rasa bersyukur adalah keadaan cermin kereta yang pecah depan dan belakang tetapi cik iena terselamat tanpa luka . Kuasa Allah betul, ramai yang berhenti di tempat kejadian terkejut kerana pemandu masih selamat dan hidup.
Okay sambung cerita setalah cik iena accident . Cik iena gagah kan diri untuk keluar dari kereta kerana di situ laluan sunyi. Cik iena berusaha memanjat pintu depan kereta bahagian sebelah pemandu untuk keluar tapi tidak berjaya kerana cik iena kekurangan tenaga . Keadaan kereta cik iena pada ketika itu adalah dua tayar dia tas dan dua tayar di bawah di mana bahagian pemandu dan penumpang sebelah kanan terbalik di bawah dan bahagian penumpang sebelah kiri diatas.
Boleh di katakan kereta cik iena mengalami kerosakan yang sangat teruk . Cermin depan belakang dan bahagian pemandu serta belakang pemandu pecah dan bumbung kereta terbelah dua . CIk iena pun tak pasti apa yang cik iena langgar sehingga terbelah dua (belum terbelah habis lah tapi memang kene ganti body..krik krik duit kuar. Nasib ade insurance)
Maaf kejadian lama berlaku cik iena tidak menyimpan gambar tambahan pula pada waktu kejadian cik iena berseorangan . Agak lama juga cik iena tunggu bantuan sehingga lah datang seorang uncle india membantu cik iena keluar .
Dalam masa menanti bantuan cik iena berusaha untuk keluar walaupun tangan , kaki, badan sakit kerana cik iena terlalu berdrama cik iena risau kereta meletop . Mana taknya kereta cik iena terbalik kot . Mau tak cuak .
Tapi jika di ikutkan cik iena boleh je merangkak keluar ikut cermin belakang sebab cermin belakang pecah. Tapi masa tu cik iena memang tak berani pandang belakang lah. Suasana sunyi tiada kenderaan yang lalu. Sangat seram , cik iena bertarung dengan perasaan, bertarung tenaga cuba menyelamatkan diri.
Sehinggal lah bantuan tiba. Setelah cik iena di keluarkan oleh uncle india tu datang sepasang suami isteri yang menyatakan bahawa mereka yang memberikan lampu tinggi pada cik iena . Mereka tekad membuat keputusan untuk berpatah balik kerana mereka dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku pada cik iena .
Cik iena pun bersuara, akak nampak tak teksi yang saya memotong tadi? mana dia ? saya takot kalau kalau saya terlanggar dia . Rasa bersalah pula kalau saya membahayakan nyawa orang . Tiba tiba kakak tu cakap , "masa akak bagi lampu tinggi tu akak nampak adik je , takde kereta lain . Dan akan bagi lampu tingi sebab... emmm akak tak boleh cerita sekarang, akak pun dah terkena tapi akak sempat brek. Akak rasa adik faham "
HUwaaaaaa seram bila akak tu cakap macam tu tau. Seram sangat bila dia cakap dia tak nampak kereta lain . Maknanya teksi yang iena nampak yang iena potong tu bukan teksi lah . Ada yang berpendapat dia sengaja mengacau. MEmunculkan diri dalam bentuk kereta tapi bukan sebenarnya dan dalam pada masa yang sama cik iena kemalangan terdapat tiga lagi kemalagan yang di laporkan di kawasan berhampiran yang mana sebabnya juga adalah sama seperti cik iena .
Pasti ada yang tertanya-tanya apa yang kakak tersebut nampak . Cik iena terlupa mengambil no telefon kakak tersebut kerana keadaan cik iena yang dalam separuh sedar . Cik iena cuma teringat kata katanya bahawa dia tidak boleh menceritakan pada ketika itu kerana keadaan yang tidak sesuai.
Sehingga sekarang cik iena masih fobia melalui kawasan tersebut . Jika berseoarangan cik iena tidak akan mengikut laluan tersebut. Cik iena rela ikut jalan Rawang untuk balik Batang Kali walaupun jalan sungai tua adalah yang paling dekat . Cik iena cuma akan menggunakan jalan tersebut jika berdua dan sebelum waktu magrib .
Lagi pun sebelum ini cik iena memang kerap di ganggu dengan kejadian kejadian aneh di jalan sungai tua namun cik iena beranikan diri kerana itu merupakan jalan pintas untuk balik kampung cik iena. Kebiasaannya apabila diganggu cik iena tidak akan melayan, cik iena berdiam diri dan memasang surah surah di dalam kereta dalam ketika itu adik atau sesiapa yang naik kereta bersama cik iena memang akan faham kenapa cik iena tiba tiba diam dan memasang surah .
Cik iena pun pelik kenapa cik iena suka di ganggu benda benda halus. Cik iena pergi ke Chiang Mai dan Chiang Rai thailand pun sama ada yang berkenan nak menyakat . HUhh biasanya cik iena akan bagi tau roomate cik iena tentang sifat mudah di dekati benda halus pada mereka sebab cik iena risau kalau mereka juga tak kuat. Sehingga pernah terjadi cik iena dan roomate bermalam sekejap di bilik kawan lelaki kerana kami diganggu oleh sesuatu . Yang lagi menyeramkan boleh pulak budak budak tu google kisah seram kat situ dan jumpalah hantu tuk tuk.
Filem Volkswagen Kuning
Awakkkkkk kejam betul lagi iena takut masuk bilik. memang malam tu kami berdua jadi bibik dorang la buatkan megi buatkan air sambil layan movie. Masa tu company trip ke chiang mai dan chiang rai. Nasib lah hotel kat situ 5 star besar selesa. Haha boleh menumpang. Kalau iena cerita kisah ni jadi makin panjang pulak entry ni kan.. hahaha nanti iena cerita okay .
Menyeramkan betul hantu TUK TUK tu tak pasal pasal jadik bibik encik officemate sebab takut nak tidur bilik sendiri.
Hmmmmm dalam keadaan terdesak tak salah kan iena dan kawan iena menumpang bilik kawan lelaki . Iena rasa pun kalau korang kat tempat iena korang buat benda yang sama . Iena pun bagi tau keluarga iena apa yang berlaku.
Filem Volkswagen Kuning
Ish panjang pulak cik iena cerita kan . Ni sebenarnya iena nak bagi tau ni ada Filem Seram baru yang bakal di tayangkan pada 22 September 2016 iaitu filem yang bertajuk Volkswagen Kuning
Sinopsis Volkswagen Kuning
MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah,
datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.
JOm tengok sikit the making filem ni
Haa ni pulak official trailler dia .
Tiba-tiba cik iena rasa nak tengok filem ni walaupun pada azali nye cik iena takut cerita hantu tapi bila baca sinopsis tu cik iena nak tau apa yang Sarah bawa tu . Sebab sebenarnya cik iena sendiri kadang kadang merasakan sesuatu yang pelik pada diri sendiri. Hurmmm Penat pergi berubat dah Tapi kadang kadang malas nak layan tapi kadang kadang perlu di fikirkan
T______________T
Okay dah lewat malam ni, esok raya awakkkkkk
Selamat HAri Raya Aidiladha
Ehh cerita diatas bukan cerita dongeng tau.
Kisah cik iena tu kisah benar
Blogger Contest Volkswagen Kuning
EHH Lupa pula sebenarnya blog post ini adalah untuk Blogger Contest Volkswagen Kuning . KEpada Blogger yang menyertai Contest ini anda akan berpeluang untuk ke Tayangan Perdana Filem Volkswagen Kuning pada 20 September 2016 dan berpeluang memenangi Hadiah Utama (setakat ini masih tak pasti hadiah utamanya tapi dengar dengar cerita handphone (^_~) )
Pada yang berminat untuk sertai anda boleh ceritakan mengenai kisah seram anda atau pun kisah yang anda pernah dengar di Blog anda . Kemudian di Penghujung Entry tuliskan serba sedikit mengenai Filem Volkswagen Kuning .Beserta Video Behind The Scene dan Trailler.
Ehh ada lagi satu . Anda juga di kehendaki memuat naik poster Filem ini da laman sosial anda iaitu faceebook dan Instagram.
Untuk gambar tersebut anda boleh PM facebook tuan empunya contest (https://www.facebook.com/framestone) atau boleh je guna gambar yang sama seperti cik iena upload.
A photo posted by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
Dan anda juga perlu menghantar link pengesahan ( Blog post + fb post + instagram post ) di Fanpage Hye Bro Sebelum 14 September 2016 jam 11.59 pm.
Pstttttttttttt Nak bagi tau tempoh contest dah di lanjutkan sehingga 18 September 2016 jam 12 tengah hari . Cepat cepat siapa nak Oppo F1s , jom join contest ni .
Hanya 3 langkah dengan menggunakan Pencuci Muka, Serum dan krim siang/ krim malam dari Bluebell Skincare, kulit akan kekal sihat, cantik, lembab dan berseri. Gandingan sempurna ini mampu membuatkan kulit menjadi putih berseri.
Bluebell adalah rangkaian produk kecantikan yang di sahkan Halal serta mempunya Sijil GMP dan berdaftar dan mempunyai sijil dari Malaysian Ministry of Health. Ianya juga tidak di uji pada haiwan.
Bluebell Radiance Skincare Series
Bluebell Radiance Skincare Series
Merupakan Set Penjagaan muka yang mengandungi Cleanser, Daily Defence Moisturiser, Night Moisturiser dan Serum. Ia merupakan siri kedua dari Rangkaian Produk kecantikan dari Bluebell selepas lahirnya Bluebell Classic.
Bluebell Radiance Skincare Series
Jika di bandingkan dengan Bluebell Classic, rumusan kali ini telah di pertingkatkan di mana kandungan kandungan aktif seperti "Collagen" dan "Stem cells" di tambah.
Pembaharuan ini dirumuskan agar anda dapat menikmati kulit yang lebih putih berseri disamping bebas daripada kesan jerawan dan cela.
Bluebell Cleanser
Pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid membantu menghilangkan bintik-bintik jeragat, jerawat dan sel-sel kulit mati di kulit wajah anda tanpamengakibatkan liang roma tersumbat. Kulit muka anda akan sentiasa kelihatan bersih serta berseri .
Basahkan muka dan leher anda. Sapukan muka dan urut perlahan-lahan pada muka dan leher dengan teliti. Bilas dengan air bersih.
Bluebell Serum
Diformulakan untuk meningkatkan seri wajah serta mencerahkan kulit secara semulajadi. Gabungan serta rumusan khas daripada "Kojic Acid", "Licorice", "VitaminE" dan "Stem Cells" mempercepatkan lagi pencerahan kulit secara semulajadi dan membantumelambatkan penuaan serta menghilangkan masalah jerawat dan jeragat.
Selepas mencuci muka dengan Pembersih muka Bluebell , titis kan serum pada dahi, pipi dan dagu. Kemudian gosokkan secara sama rata di muka. Buat urutan lembut supaya ia meresap sempurna ke dalam kulit wajah.
Bluebelll Daily Defence Moisturiser
Direka Khas untuk kulit orang Asia dalam menghadapi cuaca panas terik serta melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB. Tekstur warnanya yang menyerupai kulit orang Asia boleh di jadikan sebagai Asas Solekan. ia juga turut di perkaya dengan "Licorice" yang membantu kulit anda menjadi lebih cerah dan berseri sepanjang hari.
Selepas mencuci muka dengan Pembersih muka Bluebell dan menggunakan Serum Bluebell, titik pelembap pada dahi, pipi dan dagu. Kemudian gosokkan secara sama rata di muka.
Bluebell Night Moisturiser
Pelembab malam yang diperkaya dengan "Stem Cells" dan "Collagen" ini dapat membuatkan kulit anda sentiasa muda remaja. "Stem Cells yang diekstrak dari tumbuh tumbuhan adalah agen anti penuaan yang amat efektif untuk meransang Sel-Sel baru dan membantu menghilangkan tompok-tompok hitam. Krim ini membuatkan kulit anda sentiasa kelihatan tegang dan anjal.
Selepas mencuci muka dengan pembersih muka Bluebell dan menggunakan Serum , sapu pelembap dan urut perlahan-lahan ke dalam malam seluruh muka.
Produk Penjagaan Kulit yang di sahkan Halal
Produk kosmetik Halal tidak mengandungi alkohol, sumber haram produk haiwan secara umum dan babi khususnya. produk kosmetik yang boleh mendatangkan mudarat kepada manusia untuk pengindahan adalah tidak dibenarkan. TidakMenggunakan sumber berasaskan haiwan dan bahan kimia yang boleh membahayakan .
Produk Penjagaan Kulit yang di sahkan Halal
Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk haiwan yang halal bagi umat Islam atau produk haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Syariah.
Tidak mengandungi mana-mana bahan-bahan yang najis mengikut undang-undang Syariah.
Selamat dan tidak berbahaya.
Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan dicemari najis (tahi dan tidak bersih) mengikut undang-undang Syariah.
Bahan bahan tidak mengandungi mana-mana bahagian manusia atau pendapatan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang Syariah.
Apa Kata Cik Iena Tentang Bluebell
Packaging yang sangat mudah untuk di bawa kemana-mana dan ianya muat untuk di letakkan di dalam beg tangan anda
Antara perkara yang menarik apabila menggunakan produk ini adalah. Packaging yang sangat mudah di bawa kemana-mana. Jadi anda boleh gunakan di rumah mahupun di surau pejabat serta di luar kawasan selepas anda berwuduk dan bersolat . Ianya sangat mudah di bawa kemana-mana dan ianya muat di letakkan di dalam beg tangan anda
Selain daripada itu apa yang cik iena suka mengenai produk ini selepas seminggu penggunaan cik iena dapati krim malam produk ini sangan nyaman untuk di pakai. Anda akan berasa segar seperti anda sedang menghirup udara segar di tanah tinggi Genting Highland. Anda pun boleh melelapkan mata ketika tidur dengan tenang dan nyenyak.
Krimsiang nya juga sangat sangan membantu cik iena yang kurang gemar bersolek ketika ke pejabat. Walaupun nichie blog cik iena adalah beauty tapi cik iena ni memang tidak bersolek ketika hari biasa iaitu weekday . cik iena lebih selesa pergi ke pejabat tanpa solekan .Cik iena hanya bersolek pada hujung minggu atau jika terdapat mana-mana jemputan event.
Jadi krim siang ini sangat sangat membantu cik iena untuk kelihatan lebih berseri tanpa menggunakan solekan . Sekiranya anda ingin kelihatan lebih menyerlah anda boleh lebihkan pemakainan krim siang ini . Ianya tidak berminyak untuk anda gunakan sepanjang hari.
Aidijuma merupakan jenama tudung yang tidak asing lagi di Malaysia. Aidijuma mempunyai peminatnya yang tersendiri sehingga ada diantara mereka yang sanggup mendapatkan setiap design bagi setiap keluaran. Aidijuma juga dikatakan jenama tudung yang berkualiti dan dijual pada harga yang sangat berpatutan . Harga berpatutan yang di katakan harga mampu milik ini membuatkan jenama ini terus kekal di hati Rakyat Malaysia.
Tambahan lagi Aidijuma sentiasa mengeluarkan design design yang terkini khas buat peminat setia mereka . Ibu dan adik cik iena juga merupakan penggemar Aidijuma . Begitu juga dengan rakan pejabat cik iena . Mendengarkan kisah rakan pejabat yang sangat teruja untuk mengumpul setiap koleksi bawal Aidijuma buat cik iena rasa teruja .
KENAPA AIDIJUMA DI GEMARI RAMAI ?
Cik iena berkesempatan bertanya apakah faktor utama yang menyebabkan Aidijuma menjadi pilihan.
Dengan tenang dan bersahaja rakan cik iena menjawab "TAK PERLU IRON DAN MUDAH DI PAKAI SERTA SELESA"
"TAK PERLU IRON" , cik iena juga suka tudung yang tidak perlu di iron :). Mudah nak pergi kerja
.
sembang santai bersama rakan pejabat mengenai Aidijuma :)
Sebenarnya cik iena juga kalau lambat ke pejabat cik iena akan pakai tudung Aidijuma adik cik iena . Adik dan ibu cik iena memang peminat tegar Aidijuma . Selepas ni cik iena boleh lah menjinak jinak kan diri dengan Aidijuma.
Terima Kasih Lazada :)
Bercerita mengenai Aidijuma baru baru ini cik iena dapat hadiah daripada Lazada Malaysia iaitu tudung Aidijuma . Seperti yang pembaca blog cik iena sedia nampak di blog cik iena memang banyak iklan lazada merelip merelap , Bagi menghargai Blogger yang sentiasa menyokong beliau. Pihak Lazada memberikan Bawal Aidijuma untuk cik iena cuba.
Cik iena memakai Bawal Aidijuma dari Lazada :)
Jemput tonton video Unboxing yeahh
Cik iena pun baru tau bahawa di Lazada Malaysia juga ada jual Bawal Aidijuma. Kebiasaannya cik iena beli kan mak dan adik bawal Aidijuma di Nu Sentral . Jadi lepas ni nak bodek puan Ibunda cik iena tak perlu susah susah ke Nu Sentral dah, boleh beli online je di Lazada.
Adik cik iena selaku peminat tegar Aidijuma pun pakai Bawal Aidijuma dari Lazada
Pada yang berminat nak dapatkan secara Online di Lazada sila klik pautan di bawah
Istimewa buat pelanggan anda semua ni cik iena nak kongsi voucher code yang anda boleh guna .
Untuk pengetahuan semua sekarang tengah hangat berlansung "MY FASHION BIG BRAND SALE" bermula dari 5 september 2016 sehingga 11 September 2016 .
Untuk kempen ini anda boleh menggunakan Voucher code yang berikut.
VOUCHER CODE : FABIG20
Tarikh Tamat : 11 September 2016
Selain daripada itu anda juga boleh gunakan Voucher Code berikut .
LAZADA JUAL AIDIJUMA ORIGINAL KE?
Pasti ada yang tertanya tanya original ke tidak . Untuk pengetahuan semua Lazada menjual Aidijuma yang original, bukan tiruan seperti yang terdapat di pasar malam . Cik iena yakin dan jamin 100% Aidujuma Original . Rakan cik iena sendiri yang mana beliau adalah peminat setia Aidijuma juga mengesahkan Original atau tidak bila cik iena sendiri menunjukkan tudung Aidijuma dari Lazada yang cik iena dapat.
Seperti kita sedia maklum Lazada merupakan platform jualan Online yang sangat popular di Malaysia khususnya jadi mereka sangat mementingkan Kualiti mereka . Jadi anda tidak perlu ragu ragu akan hal tersebut . Cik iena jamin ORIGINAL okay :)
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com