Selamat Hari Malaysia semua , masih ingat tak sebelum ini cik iena ada post tentang kempen #bersatuTenaga . Bersempena dengan Hari Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan kempen di media sosial yang dipanggil #bersatuTENAGA.
Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai dalam
mengemukakan video yang mudah mengikut lagu / lirik yang telah
disediakan oleh TNB.
Alhamdulillah kempen ini mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia, pihak TNB menerima banyak penyertaan dari rakyat malaysia bagi
menjayakan lagu ini, Tahniah Rakyat Malaysia , kita berjaya bersatu hati dalam membantu tiga rakan artis iaitu Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan dalam menyiapkan lagu ini.
Untuk itu cik iena kongsikan muzik video yang telah di rakamkkan hasil dari kerjasama semua pihak termasuk anda yang turut sama membantu menjayakan kempen ini.
Menarik kan video ni, meriah je. Banyak diantara penyertaan yang di terima telah di selitkan di dalam video ini . Tahniah :)
Best pulak cik iena dengar lagu ni ulang ulang tau
Baru-baru ini telah berlansung Majlis Pembukaan cawangan baru Butik Benang Hijau di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Majlis ini berlansung cukup meriah dengan kehadiran peminat-peminat Benang Hijau.
Untuk pengetahuan semua, Benang Hijau merupakan jenama eksklusif hijab dan pakaian wanita yang tidak asing lagi di Malaysia. Jenama ini mempunyai kelompok pengikutnya yang tersendiri, jenama hijab dan pakaian wanita eksklusif ini sentiasa mengeluarkan produk baharu yang berlainan di pasaran dengan kualiti dan aspirasi tersendiri.
Inspirasi Wanita Anggun, merupakan tagline indah seindah produk keluarannya. Itulah tagline yang diilhamkan pengasas serta pemilik empayar Benang Hijau, Fadzillah Mamat @ Muhammad. Walaupun menawarkan harga yang murah, namun jahitannya, kemasan jahitan tepi produknya, serta keselesaan fabrik keluarannya memang tak perlu dipertikaikan lagi. Kualitinya di jaga rapi bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan.
Dengan tagline ‘Inspirasi Wanita Anggun’,Benang Hijau merasakan Wakaf Che Yeh merupakan lokasi strategik untuk warga Kelantan datang membeli produk keluaran mereka. Kini anda peminat Benang Hijau yang berada di Kelantan boleh mendapatkan koleksi dari Benang Hijau di Wakaf Che Yeh dan anda boleh rasa sendiri material yang berkualiti dari produk keluaran jenama ini dan rekaan tudung , dress muslimah yang cantik cantik semuanya.
Untuk pengetahuan anda, semasa Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan , ramai peminat Benang Hijau berpusu-pusu mengunjungi butik tersebut tau. Bersempena Majlis Pembukaan tersebut juga terdapat pelbagai promosi jualan murah yang di jalankan istimewa buat anda. Harga yang di tawarkan juga sangat sangat berpatutan. Diantaranya Melissa Dress harga normal RM199 di jual dengan harga RM150 sahaja. Selain itu, Lily Plain Shawl di jual pada harga RM50 untuk dua helai, Suri Shawl 3 helai RM100, Sakura Blossom Dress di jual pada harga RM115 sehelai berbanding harga normalnya RM249.
Dengan tawaran harga yang cukup rendah itu cik iena yakin ianya membuatkan peminat Benang Hijau tidak melepaskan peluang tersebut untuk mendapatkan koleksi koleksi dari Benang Hijau khususnya buat Hari Raya Aidil Adha.
Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan
Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan
Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan
Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan
Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan
Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan
Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan
Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan
Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan
Kepada anda yang ingin mengunjungi butik Benang Hijau di Wakaf Che Yeh, Landmark nya ialah Sebaris dengan Old Town White Coffee dan butik Ariani. Untuk lokasi lain butik Benang Hijau berhampiran tempat anda boleh rujuk laman web di bawah
Semakin mendapat sambutan hangat daripada penonton, Astro Warna sekali lagi membawakan program Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 selebriti popular yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi serta personaliti media sosial tanahair untuk merebut gelaran juara terunggul.
Berlangsung selama 10 minggu, Super Spontan Superstar telah menemukan dua kumpulan iaitu ‘Harimau Hipster’ dan ‘Monyet Mafia’ yang akan bertarung pada setiap minggu.
Harimau Hipster menampilkan ahli kumpulan yang terdiri daripada Tauke, Abam, Syuk (tersingkir), Ozlyn, Jamal (tersingkir), Waris (tersingkir), Zulin Aziz (tersingkir) & Fad. Manakala Monyet Mafia pula terdiri daripada Johan, Achey, Ali Puteh, Altimet, Kamal Adli, Amyza Adnan (tersingkir), Zukiee (tersingkir) & Julia Ziegler (tersingkir).
Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disumbangkan kepada selebriti veteran ataupun selebriti yang memerlukan setiap minggu.
Minggu lalu, kumpulan Monyet Mafia telah berjaya mengungguli permainan dan Harimau Hipster terpaksa menyingkirkan pemainnya! Personaliti media sosial, Jamal dan Syuk menjadi peserta seterusnya yang meninggalkan pentas Super Spontan Superstar. Monyet Mafia telah berjaya menyumbangkan ganjaran mingguan sebanyak RM 5,000 kepada anak seni yang terpilih.
Istimewa bersempena sambutan Hari Malaysia juga, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza akan turut memeriahkan siaran langsung kali ini. Sama ada sebagai peserta ataupun artis undangan, semuanya dapat kita saksikan Jumaat ini!
Penyanyi Amy Mastura pula bertindak sebagai pengulas jemputan.
DASHING merupakan jenama yang melambangkan maskulin dan keyakinan.Dengan sejarah lebih daripada 20 tahun, jenama ini telah menjadi sebahagian daripada jiwa lelaki
Malaysia.Terkenal dan sinonim dengan kualiti dan wangian yang tahan lama.
Dashing membolehkan lelaki moden untuk menyerlahkan daya keyakinan mereka . Ianya juga dijual dengan harga yang berpatutan. DASHING memahami kaum lelaki serta menarik perhatian mereka dengan gaya yang kontemporari, gempak, bertenaga dan berkeyakinan. Jejaka DASHING amat mudah menjadi inspirasi kepada orang lain dengan daya tarikan serta personaliti mereka.
Baru baru ini iena telah di beri peluang untuk mencuba Dashing Edge 2.0 . Wangian ini cik iena hadiahkan kepada adik lelaki cik iena untuk di gunakan. Dashing Edge 2.0 merupakan haruman yang sesuai dengan jiwanya menurut adik cik iena . Dashing juga merupakan jenama pilihan adik cik iena untuk produk penjagaan wajah, mandian badan dan juga bedak .
DASHING ADVENTURER EDGE 2.0
Tiga produk Dashing Edge 2.0 yang membuat adik iena tertawan adalah Deodoran Bebola Edge 2.0,Deodoran Spray Edge 2.0 dan juga Dashing Edge 2.0 EDT.
Deodoran Bebola Dashing Efge 2.0
Ianya cepat kering dan dapat menghalang bau badan sehingga 60 jam. Ia juga memberikan perlindungan antibakteria. Deodaran Bebola Dashing ini mempunyai rumusan khas yang mengandungi formula cepat kering yang efektif tanpa rasa melekit. Deodoran Bebola Dashing Efge 2.0 sangat sesuai digunakan setiap hari tanpa meninggalkan kesan pada kulit.
Harga : RM 6.50 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)
DASHING Deodarant Spray
DASHING Deodarant Spray
DASHING Deodaran spray baru ini tiada gas dan ianya lebih jimat jika dibandingkan deodoran spray dari jenama lain. Ia juga merupakan teknologi baru Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas yang Pertama Di Malaysia. Deodaran Spray atau semburan ni mampu bertahan selama 2 bulan atau 750 kali semburan. Fungsi Deodoran Semburan Dashing ialah memberi perlindungan 24 jam iaitu menghalang bau badan dan menghapuskan bakteria.
Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas
Kelebihan Deodoran Spray Dashing Edge 2.0 :
- Mampat dengan cecair deodorant, 750 semburan
- Lebih wangian dan lebih cecair deodoran dalam setiap semburan
- Lebih jimat penggunaan, tiada pembaziran
- Satu botol lebih dari 2 bulan penggunaan
- Semburan yang rata dan menyeluruh
- Selepas semburan rasa selesa dan tidak melekit.
- Deodoran semburan Dashing memberikan perlindungan selama 24 jam.
- Menghalang bau badan dan memghapus bakteria.
Harga : RM 19.90 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)
Dashing Edge 2.0 EDT
Dashing Edge 2.0 EDT
Ianya mempunyai bau yang sangat harum dan memikat.Wangian yang berkualiti dan tahan lama. Kebanyakkan lelaki lazimnya mudah berpeluh kerana melakukan banyak aktiviti dan haruman dari Dashing mampu mengekalkan haruman maskulin,moden dan menyegarkan.
Harga EDT 100ML : RM34.50 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)
DASHING adalah jenama penjagaan lelaki yang mempunyai produk merangkumi Minyak Wangi (EDT) ,Deodoran (Semburan,Beboa,Stik) ,Pembersih Muka , Mandian Badan dan Talkum.Semua produk Dashing mempunyai asas Semangat Manland yang memberi inspirasi dan menggalakkan nilai positif lelaki (persahabatan/persaudaraan).Lelaki DASHING adalah seorang jejaka moden,yakin dan bersemangat tinggi.
RizQ Islamic School (RIS) merupakan Sekolah Tahfiz bertaraf Antarabangsa yang diiktiraf oleh MOE dan lengkap dengan pelbagai fasiliti bertaraf 5 bintang . Ia merupakan sekolah Tahfiz yang bertaraf antarabangsa pertama di ASEAN.
Baru-baru ini cik iena melihat ramai diantara rakan blogger memuat naik gambar di RizQ Islamic School (RIS) dan membuatkan cik iena tertanya-tanya tentang RizQ Islamic School (RIS) . Untuk itu cik iena juga ingin kongsi kan buat tatapan pembaca yang main mengenai RizQ Islamic School (RIS).
Suasana di RizQ Islamic School
Jika sebelum ini apa yang terbayang di fikiran cik iena bila sebut Sekolah Tahfiz, Cik iena terbayangkan ia adalah sekolah pondok yang terletak di pendalaman dan keadaannya mungki agak Tradisonal. Tetapi ternyata di RizQ Islamic School (RIS) ianya adalah berbeza dari apa yang cik iena bayangkan.
RizQ Islamic School (RIS)
Suasana di RizQ Islamic School
Merupakan Sekolah Tahfiz bertaraf antarabangsa
yang diiktiraf oleh MOE dan lengkap dengan pelbagai fasiliti bertaraf 5
bintang . Ia merupakan sekolah tahfiz yang bertaraf antarabangsa
pertama di ASEAN. Sekolah Tahfiz yang Cantik, besar, dan tersergam indah ini terletak di di Sg. Ramal Dalam, Kajang .
Suasana di RizQ Islamic School
Sekolah Tahfiz ini mempunyai kawalan keselamatan di mana anda perlu mendaftar terlebih dahulu untuk memasuki kawasan sekolah ini sama seperti sekolah swasta yang lain.
Untuk pengetahuan semua, RizQ Islamic School masih belum beroperasi sepenuhnya Ia nya dibuka untuk Open Day dan pendaftaran pelajar baru untuk sesi tahun 2017.
Suasana di RizQ Islamic School
Sekolah ini telah mendapat kelulusan dan sokongan sepenuhnya dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Julai yang lalu ni diasaskan oleh anak-anak muda Gen Y iaitu Abdullah Firdaus Abd Jalil (29 tahun), Dr Shiefa (27 tahun), Mohd Azzizat Abd Rahman (28 tahun) dan Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun).
Suasana di RizQ Islamic School
Konsep dan kaedah pembelajaran di sini adalah berbeza dengan sekolah lain kerana di RizQ Islamic School ni sistem pembelajaran mereka seperti sistem di Finland dan Jepun yang menggunakan konsep play based learning yang sesuai dengan minat kanak-kanak dan cuma ditambah lagi dengan kaedah hafalan Tahfiz moden. Ini adalah kelainan RizQ Islamic School . Dengan fasiliti bertaraf 5 bintang dan colourful environment yang akan membuatkan anak-anak kita tenang dan gembira belajar di sni.
Suasana di RizQ Islamic School
RizQ Islamic School mempunyai 16 buah kelas, auditorium, gym, playroom area, art room, dewan, bilik permainan, padang bola dan banyak lagi kemudahan asas yang lain. Menariknya classroom untuk lower grade juga colourful! Setiap kelas dilengkapi dengan penghawa dingin dan Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantara di sekolah.
Suasana di RizQ Islamic School
Suasana di RizQ Islamic School
Setiap kelas hanya akan memuatkan kira-kira 20 pelajar. Kelas akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang. Dan bagi mereka yang tinggal di sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya, pihak pengurusan RizQ Islamic School ada menyediakan khidmat pengangkutan untuk mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah.
Suasana di RizQ Islamic School
Selain daripada itu, di RizQ Islamic School ini juga menggunakan iPad sebagai alat bantu mengajar spesifiknya dalam subjek Hafalan/Hafazan Al-Quran . Ini lagi membuatkan sekolah ni lagi unik dan berbeza konsep pembelajaran nya. Untuk melengkapkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang ditetapkan, lima subjek islami dari Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) , RizQ Islamic School sediakan subjek ini di sekolah tersebut iaitu subjek Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah, Khaf & Imla’.
Suasana di RizQ Islamic School
Ilmu Falak dan Astronomi Islam juga Robotik akan diperkenalkan juga sebagai aktiviti tambahan kokurikulum. Buat masa ini RizQ Islamic School membuat promosi untuk 100 pelajar pertama (lower grade sahaja) yang mendaftar di sekolah mereka dikenakan yuran pengajian hanya RM580 sebulan untuk maksimum tiga tahun ni di RizQ Islamic School.
Suasana di RizQ Islamic School
Ini merupakan penjimatan yang banyak. Untuk pengetahuan semua harga Asal adalah RM600 Untuk upper grade, yuran ialah RM700 sebulan. Untuk pengetahuan Yuran Ini tidak termasuk yuran makan, yuran pendaftaran, assessment test dan lain-lain.
Suasana di RizQ Islamic School
Suasana di RizQ Islamic School
Sesi pertama persekolahan akan bermula pada Januari 2017 dengan sasaran 300 pelajar sebagai permulaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang pendaftaran, yuran dan sekolah boleh terus hubungi
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com