Grab The Promo
Grab The Promo

Seminar Facebook Percuma

Dewasa ini perkembangan informasi bergerak sangat cepat. Dengan adanya perkembangan teknologi informasi ini ia menjadikan facebook sebagai medium utama yang digunakan sebagai media komunikasi dan pengiklanan bisnis secara online .


Seminar Facebook Percuma
Seminar Facebook Percuma


Ramai diantara pengusaha telah memilih Facebook sebagai medium perantaraan untuk mempromosikan produk mereka . Pengiklanan melalui facebook di katakan lebih berkesan dan lebih tepat sampai kepada golongan pelanggan yang di sasarkan .

Mungkin ramai yang sudah mula mempelajari cara cara untuk pengiklanan facebook dengan sendiri melalui tutorial dari google mahupun facebook .Jika dikalangan rakan programmer cik iena , proses pembelajaran ini di namakan" TRY AND ERROR" . Kita belajar dan memperbaiki kesilapan dari kesalahan. Tetapi proses ini agak memakan masa dan perlukan daya pemikiran yang kuat untuk cepat mepelajari dengan sediri dan mengaplikasikannya.

Untuk itu bagi memudahkan anda yang ingin mempelajari teknik teknik pengiklanan di facebook dengan betul , di sini cik iena ingin berkongsi dengan anda tempat dimana anda boleh memulakan pembelajaran mengenai pengiklanan di facebook. Melalui seminar ini anda dapat mempelajari teknik yang betul dalam pengiklanan di facebook . Teknik yang betul dapat mencapai target mengikut golongan yang di sasarkan berbanding dengan pengiklanan yang tidak mempunyai teknik yang betul.

Tidak ramai yang tahu bagaimana menggunakan facebook dengan betul untuk membuat pengiklanan secara online .Ilmu pengiklanan facebook ini amat perlu bagi anda sebagai pengusaha yang ingin menggunakan facebook sebagai media pengiklanan produk anda .

Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti 


Seminar ini dianjurkan oleh TRS – Training and Consultancy, Suhaimi Umar akan mengadakan Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti pada bulan September ni. Dalam seminar percuma itu nanti, pelbagai tips dan teknik pemasaran online berkesan akan diajar oleh Suhaimi Umar sendiri.

Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti
Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti

Diantara kesalahan yang paling banyak di Facebook online seller adalah meraka gemar tag nama sahabat-sahabat pada iklan yang mereka upload atau yang  lebih teruk adalah mereka post iklan di wall sahabat mereka. Ada juga yang gemar spam di bahagian komen orang lain. Yang lebih teruk lagi apabila mereka memasukkan kita ke dalam group bisnes sebagai syarat untuk mereka membuat iklan di group tersebut.

Untuk mengelakkan anda di report/block oleh rakan-rakan anda di facebook cik iena sarankan anda sertai Seminar Facebook Percuma ni dan ambil segala ilmu pemasaran online yang diajar supaya anda dapat menggunakan Facebook sebagai salah satu cara berbisnes online dengan berkesan dan beretika. 

Silibus Seminar Facebook Percuma


Antara perkara yang akan korang pelajari masa Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti tu nanti adalah seperti di bawah:

  • Rahsia kenali pelanggan anda
  • Mindset usahawan bisnes online
  • Teknik copywriting meleleh
  • Teknik mudah kuasa produk
  • Teknik gambar FBAds 3 saat
  • Rahsia setting FB Ads TRS
  • Teknik closing sales membelai
  • Teknik follow up tingkatkan sale
  • Strategi manage database 101%

Pendaftaran Seminar Facebook Percuma


Seminar Facebook Percuma ini  akan diadakan pada dua tarikh terdekat ini saja iaitu pada:
Tarikh: 24hb dan 25hb September 2016
Masa: 8.00 pagi hinggga 5.30 petang
Tempat: Pusat Latihan MPSW, Bandar Baru Bangi, Selangor
Untuk pengetahuan anda, bagi slot bertarikh 24hb September 2016 telah penuh. Cuma tinggal untuk tarikh 25hb September sahaja. Jika anda ingin menyertai seminar ini dalam masa terdekat pastikan anda hubungi mereka secepat mungkin sebelum kehabisan tempat.

Disebabkan Seminar Percuma Facebook #DemiSekepingRoti telah penuh dan masih ada lagi permintaan untuk menyertainya, satu sesi bengkel lagi akan dibuka pada tarikh yang lain iaitu pada:

Tarikh: 5hb dan 6hb November 2016
Masa: 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Pusat Latihan MPSW, Bandar Baru Bangi, Selangor
Jika anda berminat untuk sertai seminar ini, Sila daftar di

 Daftar - Bengkel Facebook #DemiSekepingRoti


Early Promo:
Bengkel Facebook bernilai RM1500 secara PERCUMA akan diberikan keutamaan kepada yang cepat bertindak sahaja
 
Kepada pengusaha perniagaan kecil mahupun besar di luar sana cik iena rasa ini peluang terbaik untuk usahawan online di luar sana untuk belajar selok belok perniagaan online dengan teknik-teknik dan tips-tips pemasaran online yang berkesan.

Untuk maklumat lanjut sila layari

Website : http://trstraining.com.my/
FAcebook : https://www.facebook.com/TRS-Training-Consultancy-217583785248828/?fref=ts



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Lagu Terangi Hidupku - #bersatuTENAGA


Selamat Hari Malaysia semua , masih ingat tak sebelum ini cik iena ada post tentang kempen #bersatuTenaga . Bersempena dengan Hari Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan kempen di media sosial yang dipanggil #bersatuTENAGA. Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai dalam mengemukakan video yang mudah mengikut lagu / lirik yang telah disediakan oleh TNB.

Sertai Kempen #bersatuTENAGA bersama Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan




Alhamdulillah kempen ini mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia, pihak TNB menerima banyak penyertaan dari rakyat malaysia  bagi menjayakan lagu ini, Tahniah Rakyat Malaysia , kita berjaya bersatu hati dalam membantu tiga rakan artis iaitu  Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan dalam menyiapkan lagu ini.

Untuk itu cik iena kongsikan muzik video yang telah di rakamkkan hasil dari kerjasama semua pihak termasuk anda yang turut sama membantu menjayakan kempen ini.



Menarik kan video ni, meriah je. Banyak diantara penyertaan yang di terima telah di selitkan di dalam video ini . Tahniah :)

Best pulak cik iena dengar lagu ni ulang ulang tau

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Kempen ini sila layari KEMPEN #BERSATUTENAGA
Facebook : TNBCareline
Instagram :  @tenaga_nasional




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

Baru-baru ini telah berlansung Majlis Pembukaan cawangan baru Butik Benang Hijau  di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Majlis ini berlansung cukup meriah dengan kehadiran peminat-peminat Benang Hijau.

Untuk pengetahuan semua, Benang Hijau merupakan jenama eksklusif hijab dan pakaian wanita yang tidak asing lagi di Malaysia. Jenama ini mempunyai kelompok pengikutnya yang tersendiri, jenama hijab dan pakaian wanita eksklusif ini sentiasa mengeluarkan produk baharu yang berlainan di pasaran dengan kualiti dan aspirasi tersendiri.


Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

Inspirasi Wanita Anggun,  merupakan tagline indah seindah produk keluarannya. Itulah tagline yang diilhamkan pengasas serta pemilik empayar Benang Hijau, Fadzillah Mamat @ Muhammad. Walaupun menawarkan harga yang murah, namun jahitannya, kemasan jahitan tepi produknya, serta keselesaan fabrik keluarannya memang tak perlu dipertikaikan lagi. Kualitinya di jaga rapi bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan.


Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan


Dengan tagline ‘Inspirasi Wanita Anggun’, Benang Hijau merasakan Wakaf Che Yeh merupakan lokasi strategik untuk warga Kelantan datang membeli produk keluaran mereka. Kini anda peminat Benang Hijau yang berada di Kelantan boleh mendapatkan koleksi dari Benang Hijau di  Wakaf Che Yeh  dan anda boleh rasa sendiri material yang berkualiti dari produk keluaran jenama ini dan rekaan tudung , dress muslimah yang cantik cantik semuanya.

Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan


Untuk pengetahuan anda, semasa  Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan , ramai  peminat Benang Hijau berpusu-pusu mengunjungi butik tersebut tau. Bersempena Majlis Pembukaan tersebut juga terdapat pelbagai promosi jualan murah yang di jalankan istimewa buat anda. Harga yang di tawarkan juga sangat sangat berpatutan. Diantaranya Melissa Dress harga normal RM199 di jual dengan harga RM150 sahaja. Selain itu,  Lily Plain Shawl  di jual pada harga RM50 untuk dua helai, Suri Shawl 3 helai RM100, Sakura Blossom Dress di jual pada harga RM115 sehelai berbanding harga normalnya RM249.

Dengan tawaran harga yang cukup rendah itu cik iena yakin ianya membuatkan peminat Benang Hijau tidak melepaskan peluang tersebut untuk mendapatkan koleksi koleksi dari Benang Hijau khususnya buat Hari Raya Aidil Adha.

 Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan 





  Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

 Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

  Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

  Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

 Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

  Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

 Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

  Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

 Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

  Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

 Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

  Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

 Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

  Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

 Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

  Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan

 Gambar Majlis Pembukaan Butik Benang Hijau Wakaf Che Yeh, Kelantan





Kepada anda yang ingin mengunjungi butik Benang Hijau di Wakaf Che Yeh, Landmark nya ialah Sebaris dengan Old Town White Coffee dan butik Ariani. Untuk lokasi lain butik Benang Hijau berhampiran tempat anda boleh rujuk laman web di bawah

Website Benang Hijau:
www.benanghijau.com

Facebook:
Benang Hijau

Instagram:
@benanghijau


Nota Blog : Untuk pengetahuan semua sekarang Benang Hijau sedang mengadakan CLEARANCE STOCK SALES tau . Cepat grab sebelum habis . https://www.facebook.com/BenangHijau/photos/?tab=album&album_id=1294643347279028


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Meriahkan Siaran Langsung Super Spontan Superstar Jumaat ini!



 Siaran Langsung Super Spontan Superstar
 

Semakin mendapat sambutan hangat daripada penonton, Astro Warna  sekali lagi membawakan  program Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 selebriti popular yang terdiri daripada pelawak, pelakon, penyanyi serta personaliti media sosial tanahair untuk merebut gelaran juara terunggul.



Berlangsung selama 10 minggu, Super Spontan Superstar telah menemukan dua kumpulan iaitu ‘Harimau Hipster’ dan ‘Monyet Mafia’ yang akan bertarung pada setiap minggu.



Harimau Hipster menampilkan ahli kumpulan yang terdiri daripada Tauke, Abam, Syuk (tersingkir), Ozlyn, Jamal (tersingkir), Waris (tersingkir), Zulin Aziz (tersingkir) & Fad. Manakala Monyet Mafia pula terdiri daripada Johan, Achey, Ali Puteh, Altimet, Kamal Adli, Amyza Adnan (tersingkir), Zukiee (tersingkir) & Julia Ziegler (tersingkir).



Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan salah seorang peserta daripada kumpulan mereka manakala kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan memenangi RM5,000 untuk disumbangkan kepada selebriti veteran ataupun selebriti yang memerlukan setiap minggu.



Minggu lalu, kumpulan Monyet Mafia  telah berjaya mengungguli permainan dan Harimau Hipster terpaksa menyingkirkan pemainnya! Personaliti media sosial, Jamal dan Syuk  menjadi peserta seterusnya yang meninggalkan pentas Super Spontan Superstar. Monyet Mafia telah berjaya menyumbangkan ganjaran mingguan sebanyak RM 5,000 kepada anak seni yang terpilih.



Istimewa bersempena sambutan Hari Malaysia juga, penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza akan turut memeriahkan siaran langsung kali ini. Sama ada sebagai peserta ataupun artis undangan, semuanya dapat kita saksikan Jumaat ini!



Penyanyi Amy Mastura pula bertindak sebagai pengulas jemputan.




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


DASHING ADVENTURER EDGE 2.0 - WANGIAN PILIHAN JEJAKA MALAYSIA


Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas

DASHING merupakan jenama yang melambangkan maskulin dan keyakinan.Dengan sejarah lebih daripada 20 tahun, jenama ini telah menjadi sebahagian daripada jiwa lelaki 
 
Malaysia.Terkenal dan sinonim dengan kualiti dan wangian yang tahan lama.
 
Dashing membolehkan lelaki moden untuk menyerlahkan daya  keyakinan mereka . Ianya juga dijual dengan harga yang berpatutan. DASHING memahami kaum lelaki serta menarik perhatian mereka dengan gaya yang kontemporari, gempak, bertenaga dan berkeyakinan. Jejaka DASHING amat mudah menjadi inspirasi kepada orang lain dengan daya tarikan serta personaliti mereka.
 
Baru baru ini iena telah di beri peluang untuk mencuba Dashing Edge 2.0 . Wangian ini cik iena hadiahkan kepada adik lelaki cik iena untuk di gunakan. Dashing Edge 2.0  merupakan haruman yang sesuai dengan jiwanya menurut adik cik iena . Dashing juga merupakan jenama pilihan adik cik iena untuk produk penjagaan wajah, mandian badan dan juga bedak .
 

DASHING ADVENTURER EDGE 2.0 

 
Tiga produk Dashing Edge 2.0 yang membuat adik iena tertawan adalah Deodoran Bebola Edge 2.0,Deodoran Spray Edge 2.0 dan juga Dashing Edge 2.0 EDT. 

Deodoran Bebola Dashing Efge 2.0

 

 
Ianya cepat kering dan dapat menghalang bau badan sehingga 60 jam. Ia juga memberikan perlindungan antibakteria. Deodaran Bebola Dashing ini mempunyai rumusan khas yang mengandungi formula cepat kering yang efektif tanpa rasa melekit. Deodoran Bebola Dashing Efge 2.0  sangat sesuai digunakan setiap hari tanpa meninggalkan kesan pada kulit.


Harga :  RM 6.50 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)

DASHING Deodarant Spray

 
DASHING Deodarant Spray
DASHING Deodarant Spray


DASHING Deodaran spray baru ini  tiada gas dan ianya lebih jimat jika dibandingkan deodoran spray dari jenama lain. Ia juga merupakan teknologi baru Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas yang Pertama Di Malaysia. Deodaran Spray atau semburan ni mampu bertahan selama 2 bulan atau 750 kali semburan. Fungsi Deodoran Semburan Dashing ialah memberi perlindungan 24 jam iaitu menghalang bau badan dan menghapuskan bakteria.



Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas
Deodoran Semburan Badan Tanpa Gas



Kelebihan Deodoran Spray Dashing Edge 2.0 :

  • - Mampat dengan cecair deodorant, 750 semburan
  • - Lebih wangian dan lebih cecair deodoran dalam setiap semburan
  • - Lebih jimat penggunaan, tiada pembaziran
  • - Satu botol lebih dari 2 bulan penggunaan
  • - Semburan yang rata dan menyeluruh
  • - Selepas semburan rasa selesa dan tidak melekit.
  • - Deodoran semburan Dashing memberikan perlindungan selama 24 jam.
  • - Menghalang bau badan dan memghapus bakteria.

Harga : RM 19.90 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)

Dashing Edge 2.0 EDT

 Dashing Edge 2.0 EDT
 Dashing Edge 2.0 EDT

Ianya mempunyai bau yang sangat harum dan memikat.Wangian yang berkualiti dan tahan lama. Kebanyakkan lelaki lazimnya mudah berpeluh kerana melakukan banyak aktiviti dan haruman dari Dashing mampu mengekalkan haruman maskulin,moden dan menyegarkan.

Harga EDT 100ML  : RM34.50 termasuk 6% GST (Boleh didapati dalam 3 variasi iaitu BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY)





 

DASHING adalah jenama penjagaan lelaki yang mempunyai produk merangkumi Minyak Wangi (EDT) ,Deodoran (Semburan,Beboa,Stik) ,Pembersih Muka , Mandian Badan dan Talkum.Semua produk Dashing mempunyai asas Semangat Manland yang memberi inspirasi dan menggalakkan nilai positif lelaki (persahabatan/persaudaraan).Lelaki DASHING adalah seorang jejaka moden,yakin dan bersemangat tinggi.

HARGA SETIAP PRODUK DASHING EDVENTURER

EDT 50ML
(Variasi : EDGE 2.0 & XTREME)
RM 18.90
termasuk GST

EDT 100ML
(EDGE 2.0, BOLD 2.0 & PURE ENERGY)
RM 34.50
termasuk GST

DEODARANT 'NO GAS' 150ML
(EDGE 2.0, BOLD 2.0 & PURE ENERGY)
RM 18.90
termasuk GST

ROLL-ONs 40ML
(EDGE 2.0, BOLD 2.0 & PURE ENERGY)
RM 6.50
termasuk GST



Untuk maklumat lanjut Sila Layari


Website : http://www.dashing.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/Dashing.MY/
Instagram : https://www.instagram.com/dashing_my/



iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve