Grab The Promo
Grab The Promo

Street Churros 1 Utama Shopping Centre


Street Churros iaitu satu jenama kafe yang tidak asing lagi di Korea Selatan kini ianya juga telah menempa nama Di Malaysia di mana ianya sering menjadi bualan rakyat Malaysia khususnya kepada yang pernah menjejaki Korea dan merasa sendiri keenakan nya .


Street Churros 1 Utama Shopping Centre
Street Churros 1 Utama Shopping Centre

Cawangan pertama Street Churros yang di buka di Malaysia adalah bertempat di IOI Mall Putrajaya. Ia telah mendapat sambutan sangat hebat justeru itu selaku pemilik Street Churros iaitu Dato Joe Tan telah mengambil keputusan untuk melebarkan sayapnya di pusat membeli belah yang tidak asing lagi di 1 Utama Shopping Centre.


bergambar bersama pemilik Street Churros iaitu Dato Joe Tan
bergambar bersama pemilik Street Churros iaitu Dato Joe Tan
 
Kalau nak tau lebih lanjut cerita cik iena mengenai Churros sila baca artikel cik iena sebelum ini iaitu  www.ienaeliena.com/2016/08/street-churros-ioi-city-mall-putrajaya.html

Baru-baru ini selepas menyertai Shokubutsu Be My Reason Shower Run di The Arc, Bandar Rimbayu,  Kota Kemuning Shah Alam  cik iena bergegas ke Street Churros 1 Utama Shopping Centre untuk sesi food review bersama rakan blogger yang lain.


Street Churros 1 Utama Shopping Centre
Churros in the making

Jika Sebelum ini air yang menjadi kegilaan cik iena adalah air White Choco Real Banana Shake . Kali ini Street Churros menampilkan 3 gandingan minuman yang hebat lagi lazat  iaitu White Choco Real Banana Shake , O My Mango dan  I Love Strawberry . Ketiga-tiga minuman ini berjaya menambat hati cik iena terutama O My Mango. Maaf White Choco Real Banana Shake walaupun  O My Mango telah menjuarai carta hati cik iena awak tetap di hati cik iena kerana awak sangat bagus untuk proses pelawasan :) .


Street Churros 1 Utama Shopping Centre
White Choco Real Banana Shake , O My Mango dan  I Love Strawberry


 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
Antara minuman lain yang terdapat di sini .
Street Churros 1 Utama Shopping Centre
Churros dengan perisa Cinnamon, cheese dan coklat  RM4.90 setiap satu
 Diantara ketiga tiga perasa cik iena lebih menggemari Cheese. Sudah pasti cik iena suka cheese kerana cik iena sememangnya penggemar cheese .  Namun perasa Cinnamon dan coklat juga enak di makan semasa panas.


 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
Filling Chu dengan krim perisa Coklat, Cheese atau Blueberry , RM7.90 setiap satu


Kepada anda yang keluar makan dengan insan istimewa pendek kata Dating, mohon jangan pesan yang filling chu tau. Kalau comot cik iena tak jamin sebab isinya memang banyak. Meleleh gitu . tak rugi bayar RM7.90 tu tau . Haa tak mau bawa pakwe tau nanti tak comel. Tapi boleh je nak makan cik iena cuma bagi cadangan sebabnya cik iena makan comot hahaha. tapi memang best la sebab isi nya banyak . Makn sopan sopan tau.

 Street Churros IOI City Mall Putrajaya
Ah Chu' - Churros  bersama Ais krim - Choco Choco, Choco Berry, Strawberry dan Vanilla , RM7.90 setiap satu


Menarik kan gambar churros churros diatas . Istimewa buat anda semua Street Churrus membuat promosi RM2 untuk setiap satu churros pada hari ahad di bulan oktober 2016 ini.


Promosi Churros RM2 di 1 Utama Shopping Centre dan IOI Mall Putrajaya


Promosi ini hanya sah pada bulan oktober 2016 . Ianya sah di kedua-dua cawangan Street Chorros iaitu di 1 Utama Shopping Centre  dan IOI Mall Putrajaya.
 

Promosi Churros RM2 di 1 Utama Shopping Centre dan IOI Mall Putrajaya

Okay jemput baca syaratnya ya



Menarik kan, jangan lepaskan peluang ni tau . Terma dan syarat mungkin berubah . Jika pemilik Street churros ada di outlet yang anda datang , jika sambutan hangat kebiasaannya beliau akan menaikkan kadar had yang di tentukan tu. Sama seperti sebelum sebelum ini . Semuanya berdasarkan sambutan pelanggan.

Untuk pengetahuan anda cik iena sendiri kagum dengan  pemilik Street Churros iaitu Dato Joe Tan kerana beliau merupakan seorang yang sangat humble begitu juga dengan isteri beliau. Menurut pekerja Street Churros Dato Joe Tan dan Isteri akan hadir sendiri ke setiap cawangan dan turun padang membuat kerja kerja di kedai. Sehingga kita sendiri pun takkan sangka yang pemilik sendiri membuat kerja kerja di kedai .

Semasa cik iena hadir tempohari pun di Isteri kepada Dato Joe Tan sendiri ada di kedai dan membuat kerja kerja seperti pekerja lain tanpa cik iena sedari. Bagus sungguh mereka ni walaupun sudah bergelar Boss masih bersama-sama pekerja lain membuat kerja bukan hanya sekadar memberi arahan.


 

Gambar Bersama Rakan Blogger di Street Churros 1 Utama Shopping Centre




Street Churros 1 Utama Shopping Centre
Bersama rakan blogger di Street Churros 1 Utama Shopping Centre


Street Churros 1 Utama Shopping Centre
menikmati keenakan White Choco Real Banana Shake , O My Mango dan  I Love Strawberry dan churros

Street Churros 1 Utama Shopping Centre
Wefie bersama rakan blogger dan pemilik Street Churros iaitu Dato Joe Tan


Wefie bersama rakan blogger dan pemilik Street Churros iaitu Dato Joe Tan
Wefie bersama rakan blogger dan pemilik Street Churros iaitu Dato Joe Tan

Bergambar bersama rakan blogger dan pemilik Street Churros iaitu Dato Joe Tan
Bergambar bersama rakan blogger dan pemilik Street Churros iaitu Dato Joe Tan

Bergambar bersama rakan blogger dan pemilik Street Churros iaitu Dato Joe Tan
Bergambar bersama rakan blogger dan pemilik Street Churros iaitu Dato Joe Tan

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari

Alamat :

 Street Churros 1 Utama Shopping Centre 

Lower Ground, LG319A , New Wing, 1 Utama Shopping Centre


 Street Churros IOI City Mall Putrajaya

Street Churros ,Lot LG-66A ,   IOI City Mall Putrajaya



Nota Blog : Dengar Cerita Nak buka cawangan baru di Berjaya Times Square . Wahhhhh bestnya dekat dengan cik iena tu . Jangan lupe jemput kite lagi tau  Dato Joe Tan yang baik hati lagi budiman :)




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


1,500 Peserta Menyertai Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016


Baru-baru ini pada 9 Oktober 2016 cik iena telah sertai acara larian  Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016 iaitu larian mengenai kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan sendiri payu dara ketika mandi bagi pengesanan awal kanser payu dara yang di anjurkan oleh Shokubutsu Malaysia dan disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM)

 Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
 Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
 
 
Seawal jam 6 pagi cik iena dan rakan rakan telah berkumpul di The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam. Perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit dari KL Sentral . Cik iena dan rakan-rakan berkumpul di KL Sentral untuk ke lokasi larian bersama-sama . Seawal jam 5 pagi cik iena sudah berada di KL Sentral untuk mengambil rakan rakan yang ingin tumpang kereta cik iena. Cik iena pula bangun seawal jam 3 pagi untuk bersiap . Nak menang Best Dress la katakan, tambahan pula cik iena ni kalau bersiap memang lama. Jadi memang perlu bangun awal.

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Iena dan rakan blogger Iskandar

Lokasi Larian ini boleh dikatakan jauh bagi cik iena . Bagi mereka yang tidak mempunyai pegangkutan sudah pasti akan menimbukan masalah pada mereka . Tapi orang kata nak seribu daya taknak seribu dalih. Jika waktu subuh boleh sampai dalam masa setengah jam, jika siang hari cik iena rasa takkan sampai dalam masa setengah jam :)


Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016


Hampir 1, 500 peserta berkumpul di awal pagi Ahad yang indah dan cerah termasuklah cik iena dan rakan-rakan untuk menyertai Be My Reason Shower Run bagi menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap kempen pemeriksaan sendiri payu dara ketika mandi, bersempena dengan bulan kesedaran kanser payu dara.  
Acara Larian Be My Reason Shower Run ini merupakan sambungan daripada siri jelajah yang telah pun berlangsung tahun lepas. Ia bagi menggalakkan wanita dan lelaki dalam meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Ini merupakan tahun ke-2, jenama Shokubutsu mengadakan kempen Pengesanan Awal Kanser Payudara, dimana ia adalah berinspirasikan tema mandian, peserta-peserta secara amnya akan dihujani dengan buih-buih serta pancuran air di penghujung larian, selaras dengan objektif utama Kempen yang memfokuskan tentang pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. 

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Selain daripada larian yang menggalakkan peserta untuk berlari dengan orang-orang tersayang, Be My Reason Shower Run turut mengadakan aktiviti riadah lain seperti senaman ringan dan juga pelbagai elemen keseronakkan lain yang dapat dinikmati bersama yang tersayang yang pastinya menjadi sebab utama untuk mempraktis pemeriksaan payu dara sendiri terutamanya ketika mandi ini.

Bercakap di acara Be My Reason Shower Run, Pengurus Pemasaran, Bahagian Produk Penjagaan Diri, Southern Lion Sdn Bhd, Jackie Low berkata,  

“Kami percaya pemeriksaan sendiri payu dara adalah satu amalan yang penting bagi pencegahan awal dalam menyelamatkan nyawa. Mandi adalah masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, kerana ia tidak memerlukan usaha keras mahupun langkah istimewa. Selain cukup mudah untuk dilakukan, ia juga senang untuk diingati kerana kita semua mandi sekurang-kurangnya sekali sehari!”

 “Kami berharap dengan berlari bersama orang penting dalam hidup kita seperti teman hidup, ahli keluarga dan rakan-rakan, pelari akan lebih bersemangat untuk mempraktis pemeriksaan payudara sendiri bukan saja untuk diri mereka sendiri, malah buat kepentingan orang yang mereka sayangi. Shokubutsu turut mengambil peluang ini bagi meraikan bekas pesakit serta keluarga yang terkesan dengan kanser payudara. Kami faham kesakitan yang dirasai bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui secara fizikal dan emosi, malah merekalah sumber inspirasi kami mengadakan kempen pencegahan awal kanser payudara ini,”tambah Jackie Low.
Kempen ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu. Turut hadir memeriahkan acara adalah aktor terkenal tempatan, Beto Kusyairy yang menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini.

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Tisha mengesan ketulan kecil di payudaranya tidak lama dahulu ketika melakukan pemeriksaan sendiri. Mujurlah ia tidak membimbangkan. Sokongan dari Beto banyak membantu beliau melalui tempoh debaran menanti keputusan. Ternyata, pengalaman ini menguatkan lagi kepercayaan mereka tentang pemeriksaan sendiri payudara penting untuk pencegahan awal. Tisha berkata,
“ Saya lebih bimbangkan Beto sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku ke atas saya. Namun, dialah penyokong utama saya sepanjang tempoh itu. Jadi saya galakkan semua wanita untuk jadikan langkah mudah ini satu rutin.”

Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni NCSM dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10 yuran pendaftaran acara larian Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Kami merupakan pemenang best dress yeayy

Bersempena Larian ini juga pihak penganjur memberikan 10 Hadiah buat peserta yang memakai pakaian yang kreatif semasa larian tersebut. Cik iena dan rakan blogger Iskandar telah memenangi kategori tersebut. Alhamhulillah tidak sia sia cik iena ke DIY mencari headband yang sangat comel untuk di pakai . Ada yang tegur cik iena mini mouse :)


Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Berbekalkan showercap, cute headband dan  berus sakti serta seluar pink ini cik iena menang best dress yeayyy


Selain dari 10 hadiah tersebut terdapat lagi banyak cabutan bertuah yang di berikan . Iskandar juga merupakan salah satu nombor yang naik tapi malangnya ketika nombornya di panggil iskandar di tandas jadi dah rugi satu hadiah. Tapi ok juga sebab kereta kami penuh dengan barang barang. Ade hikmahnye kenapa Iskandar terlepas cabutan bertuah tu .

Selepas shower run ini kami bergegas ke food review di 1 Utama tapi sebelum tu kami ke rumah +Bro Framestone  untuk menumpangkan beliau. Cuba bayangkan satu kereta 7 orang . Iena, Iskandar, Halim, Neyra, Bro, dan dua orang puteri bro. Agak ramai kan tapi  lagi ramai masa sebelah pulang dari food review, bertukar orang pula. Walaupun sarat penuh tapi banyak pengalaman menarik antara kami blogger blogger kaki makan ni.

Nah Dah Siap Tulis, Jemput baca sekali www.ienaeliena.com/2016/10/street-churros-1-utama-shopping-centre.html



Video Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016

Gambar Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016


Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016


Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Terima kasih shokubutsu pilih iena sebagai salah seorang pemenang best dress

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
Goodies bag yang sangat berbaloi baloi dari shokubutsu. Tahun depan jangan lupa join tau

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
hadiah best dress

Shokubutsu Be My Reason Shower Run 2016
yeayy first time dapat medal..hahah tak pernah join larian pun selain larian merentas desa kat sekolah



Instagram Update : #ienaelienashokubutsu


Untuk informasi lanjut, sila layari laman Facebook Shokubutsu Malaysia di https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29 Di Kuala Lumpur International Hotel

Kuala Lumpur International Hotel

Kuala Lumpur International Hotel merupakan salah satu destinasi Hotel ideal yang menawarkan  Buffet Lunch pada harga yang berpatutan .  Untuk pengetahuan semua Keistimewaan Hotel ini adalah terletak pada masakannya.  Masakan melayu di Hotel ini boleh dikatakan persis masakan kampung dari air tangan ibu atau nenek kita.  Makanan buffet sini menyediakan menu asli masakan tradisional Malaysia dari 14 buah negeri di Malaysia dan ina merupakan hotel pertama di Malaysia yang menerima sijil Halal dari JAKIM .


Kuala Lumpur International Hotel Buffet Lunch RM29
Sekiranya anda tercari-cari masakan tradisi melayu ataupun sekiranya anda merindui masakan tradisi orang kampung atau masakan ibu anda , anda boleh mencuba sendiri merasa keenakan masakan melayu di Kuala Lumpur International Hotel.

Cik iena sendiri berpeluang mencuba masakan di Hotel ini beberapa hari yang lepas.  Ternyata apa yang cik iena dengar mengenai keistimewaan Hotel ini yang terletak pada masakan kampungya adalah benar.

Masakan di sini di Masak oleh Chef yang telah mempunyai pengalaman selama lebih kurang 36 tahun. Chef berkenaan juga telah bekerja lebih daripada 30 tahun di Hotel ini.

Cik iena sendiri sempat bertemu dan bergambar dengan chef yang menyediakan masakan di Hotel ini  dan juga sempat bertanya kepada chef tersebut tentang pengalaman beliau sepanjang di Hotel. Apabila cik iena bertanya apakahah faktor yang membuatkan Chef bekerja sangat lama di Kuala Lumpur International Hotel, dengan tenang beliau menjawab bahawa beliau suka akan suasana kerja disini tambahan pula Hotel ini tidak menghidangkan minuman keras atau Arak.


Bersama Chef yang telah mempunyai pengalaman selama lebih kurang 36 tahun
Bersama Chef yang telah mempunyai pengalaman selama lebih kurang 36 tahun

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan Hotel-Hotel  menghidangkan minuman keras atau Arak buat tetamu tetapi berbeza dengan Kuala Lumpur International Hotel. Tiada minuman keras di hidangkan. Jadi kesemuanya di Jamin Halal. Menurut Puan Aishah yang juga merupakan kakitangan hotel tersebut kesemua pekerja wanita beragama Islam di benarkan memakai Tudung berbeza dengan Hotel lain yang mana ada diantara Hotel yang tidak membenarkan pekerja wanita islam memakai tudung .



REVIEW MASAKAN TRADISI MELAYU KLIH


Pertama sekali cik iena ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Hotel dan juga Rakan Blogger +Maha Mahu diatas jemputan .



REVIEW MASAKAN TRADISI MELAYU KLIH
Hidangan yang sangat cik iena suka


Makanan buffet di sini menyediakan menu asli masakan tradisional Malaysia dari 14 buah negeri di Malaysia dan yang penting hotel ini adalah merupakan hotel pertama di Malaysia menerima sijil Halal dari JAKIM.



REVIEW MASAKAN TRADISI MELAYU KLIH BERSAMA RAKAN BLOGGER
Bersama rakan blogger kaki makan




REVIEW MASAKAN TRADISI MELAYU KLIH BERSAMA RAKAN BLOGGER
Bersama rakan blogger kaki makan




Okay jom cik iena ceritakan tentang menu yang telah cik iena cuba.


REVIEW MASAKAN TRADISI MELAYU KLIH


Di sini cik iena nak ceritakan seperti yang cik iena maklumkan Hotel ini mempunyai keistimewaan dari segi masakan tradisi melayu yang di hidangkan . Dari beberapa menu yang cik iena cuba iaitu Rendang Tok, Kerabu Taugeh, Udang masak lemak dengan daun pegaga, sayur campur, sup tulang, Kari Kambing, Masak Lemak Telur itik dan kuih muih ternyata masakan masakan ini mempunyai rasa tradisi yang asli .Selain dari masakan yang cik iena sempat cuba ini terdapat banyak lagi jenis masakan.


Masak Lemak Telur Itik

Masak Lemak Telur itik
Masak Lemak Telur itik

Masak Lemak Telur itik Cukup pekat, lemak berkrim serta pedas menjadikan ianya sangat enak untuk dinikmati terutama buat anda penggemar masak lemak mahupun penggemar telur itik. Sungguhpun cik iena bukanlah penggemar telur itik tetapi cik iena suka akan rasa kepekatan kuah masak lemak ini. Walaupun ia sangat pedas dan merupakan menu yang paling pedas diantara yang cik iena makan di sini namun rasa nya yang cukup lemak berkrim itu membuat kan kita lupa akan kepedasan nya dan terus menikmati keenakan kuah tersebut.

 

Masak Lemak Udang dan Daun pegaga



Masak Lemak Udang dan Daun pegaga
Masak Lemak Udang dan Daun pegaga

Masak Lemak Udang dan Daun pegaga juga merupakan menu tradisi melayu di mana jarang diantara kita yang tau akan kewujudan menu ini . Kebiasaannya yang kita dengar adalah Masak Lemak Udang. Cik iena memang penggemar ulam daun pegaga . KEbiasaannya cik iena akan makan mentah iaitu di buat Ulam. Berbeza pada kali ini cik iena makan Ulam pegaga yang di masak bersama masak lemak udang . Kombinasi yang cukup enah di tambah dengan kepekatan santan yang pasti buat anda teruja disamping kepedasan kampung yang bakal memenuhi selera kampung anda.


Masak Lemak Udang dan Daun pegaga
Masak Lemak Udang dan Daun pegaga



 Rendang Tok


Rendang Tok
Rendang Tok

Rendang Tok merupakan rendang warisan negeri Perak . Di sini anda akan dapat merasakan Rendang Tok yang sangat enak untuk di nikmati . Cik iena sendiri suka akan rasa rendang tok ini walaupun cik iena tidak memakan daging lembu. Disebabkan rasa rendang tok yang menusuk kalbu ni cik iena berjaya memakan rendang tok ini. Sekali makan pasti anda inginkannya lagi . Ia juga merupakan menu yang paling di gemari oleh rakan rakan blogger yang lain. Di fahamkan juga rendang Tok ini sangat terkenal di kalangan tetamu di Hotel ini .


Rendang Tok
Rendang Tok


Kari Kambing




Kari Kambing
Kari Kambing

Buat penggemar kambing anda pasti akan menyukai Kari Kambing di sini kerana menurut rakan yang lain karinya sedap cukup rasa dan berasa rempah ratus yang di gunakan. Dagingnya juga adalah lebut. Ini dari review rakan rakan kerana cik iena tak makan kambing . Pernah satu ketika cik iena cuba makan dan keesokan harinya  bibir cik iena kembang dan gatal-gatal . Jadi cik iena tak berani nak cuba kambing . Bila dah terkena alahan memang memakan masa nak sembuh :)


Kari Kambing
Kari Kambing


Kerabu Taugeh



Kerabu Taugeh
Kerabu Taugeh

Ini merupakan kali pertama cik iena makan kerabu taugeh . Rasanya sedap seperti kerabu yang lain. Rasa kerisik nya memang cukup rasa di tambah lagi dengan resepi rahsia yang menaikkan lagi kesedapan Kerabu ini.

Sayur Campur



Sayur Campur
Sayur Campur

Cik iena pasti anda semua pasti pernah makan sayur campur seperti ini . Sayur yang di masak tidak terlalu lama ini membuatkan ianya enak di nikmati kerana sayurnya tidak lembik dan ianya masih dapat mengekalkan khasiat yang terkandung di dalam sayur kerana ia tidak di masak dengan lama. Jadi kesegaran sayur dan khasiat sayur tersebut dapat dikekalkan untuk kita nikmati bersama.

Ulam ulaman dan sambal belacan



 Ulam ulaman dan sambal belacan

Ulam ulaman dan sambal belacan

Jika sebut makanan tradisi melayu pasti tidak lari dari ulam ulaman dan sambal belacan. Ulaman yang di sediakan juga bakal menjadi penambah selera buat anda penggemar ulam seperti cik iena di tambah lagi dengan sambal belacan yang pedas lagi terasa belacannya dan asam nya.

Dessert




Dessert
Dessert


Untuk pengetahuan semua terdapat banyak lagi menu masakan melayu yang terdapat di sini. Insya Allah jika ada rezeki dan panjang umur nanti cik iena akan kongsikan lagi dalam artikel yang akan datang ya. Selain dari makanan yang sedap dan enak, layanan pekerja di sini juga cukup mesra dan baik.

Promosi Lunch Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29


Promosi Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29
Promosi Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29
Untuk pengetahuan semua Promosi hebat ini akan berlansung sehingga penghujung Disember 2016 . Promosi ini hanya sah untuk LUNCH Buffet dengan minimum 2 pax tempahan .
Harga Biasa Untuk Buffet Lunch Dan Dinner adalah RM58 . Istimewa buat anda semua Pihak Hotel menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk Buffet Lunch sehingga Hujung tahun ini .



Promosi Lunch Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29
Promosi Lunch Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29


Cik iena rasa RM29 tersangat murah untuk makan buffet di Hotel. Kita juga boleh menggunakan kesempatan ini untuk makan bersama rakan-rakan pejabat mahupun rakan-rakan lain . Walaubagaimanapun untuk pengetahuan promosi ini hanya sah pada hari isnin hingga jumaat sahaja iaitu weekdays .

Buffet ini hanya dari pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang sahaja pada hari biasa tidak termasuk hari minggu dan juga cuti umum. Kawasan ni parking pun banyak dan juga keselesaan makan dalam hotel dengan aircond.



Promosi Lunch Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29
Kuala Lumpur International Hotel Coffee House


Murah dan berbaloi sabgat promosi yang ditawarkan ini. Jadi jangan lepaskan peluang ini . Sesekali dapat merasa makan di tengah hari di Hotel agak menarik juga.

PROMOSI MAHA 2016


Untuk pengetahuan anda semua Pihak hotel juga menyediakan promosi khas sempena dengan MAHA 2016 ini dimana tetamu yang tinggal dari tarikh 4-12 Disember 2016 akan dapat pakej seperti:-


Harga bilik RM474.00 bersih (4 hari 3 malam)
  • Pakej Karaoke
  • Buffet makan malam
  • Sarapan pagi
  • Wifi percuma
  • Parking percuma



Kuala Lumpur International Hotel
Kuala Lumpur International Hotel Banquet Hall


Kuala Lumpur International Hotel
Kuala Lumpur International Hotel Double Room

Kuala Lumpur International Hotel
Kuala Lumpur International Hotel Front View

Kuala Lumpur International Hotel
Kuala Lumpur International Hotel Dari Drone View

Kuala Lumpur International Hotel Lobby
Kuala Lumpur International Hotel Lobby

Kuala Lumpur International Hotel Lobby





Gambar Beresolusi Tinggi :
 https://www.flickr.com/photos/57368798@N08/sets/72157671591595674

Iena Eliena's Facebook Update : #ienaelienaklih

Iena Eliena's Instagram Update :  #ienaelienaklih


Kuala Lumpur International Hotel 

Lorong Haji Hussein 2, Off Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300  Kuala Lumpur, Malaysia
Website : http://www.klitel.com.my/
Facebook : Kuala Lumpur International Hotel
Instagram : @klinternationalhotel
Tel: 60326978833/016 9218833 (reservation)
Fax: 60326983145
E-mail: 
  • enquiry@klitel.com.my  
  • reservation@klitel.com.my


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve