Chia Seeds merupakan SUPERFOODS yang
memang tidak dapat di sangkalkan. Ia mengandungi Omega-3, Karbohidrat,
Protein, Fiber, Anti Oxidant dan Kalsium di mana kesemua aspek ini
merupakan makanan yang dapat membekalkan tenaga buat anda.
|
Cik iena mengamalkan chia seeds dan air cincau |
Terdapat pelbagai jenis Chia Seeds yang berada Di Pasaran . Kita perlu lebih berhati-hati dalam memilih Chia Seeds yang berkualiti bagi mendapatkan nutrisi yang sepatutnya . Kebiasaannya jika Chia Seeds yang di makan sudah rosak , kadar nutrisinya akan berkurangan dari pada biasa.
|
Cik iena mengamalkan chis seeds dengan air kiwi |
Bagaimana Menentukan Chia Seeds Yang Berkualiti
Untuk pengetahuan anda Chia Seeds yang bewarna Kehitaman adalah Chia Seeds yang baik . Namun anda juga perlu tahu bahawa terdapat juga chia seeds yang berwarna putih. Kebiasaannya dalam pembungkusan Chia Seeds ianya akan mengandungi 85% Chia Seeds Hitam dan 15% Chia Seeds Putih.
Chia Seeds yang bewarna kehitaman seperti di bawah adalah Chia Seeds yang baik kondisinya dan mempunyai nutrisi yang cukup.
|
Good Chia Seeds |
Chia Seeds yang mula bertukar dari warna Hitam ke warna perang merupakan Chia Seeds yang kurang baik kualitinya di mana kadar nutrisinya berkurangan kerana proses pengoksidaan yang dialaminya.
|
Low Quality Chia Seeds |
Chia Seeds yang berwarna oren atau keperang perangan merupakan Chia Seeds yang kurang baik kerana ianya telah teroksida teruk.
Di bawah merupakan contoh Chia Seeds yang sudah teroksida.
|
Oxidized Chia Seeds |
Kebiasaannya dalam pembungkusan Chia seeds akan ada chia seeds yang telah rosak sedikit . Dari apa yang cik iena bandingkan diatara Chia Seeds Keluaran JoyMix yang d bungkus di dalam botol lebih baik berbanding chia seeds yang di bungkus di dalam plastik.
Bagaimana Untuk Mendapatkan Chia Seeds Yang Berkualiti
Untuk mendapatkan Chia Seeds yang berkualiti faktor utama yang perlu di titik beratkan adalah pembungkusan sesuatu Produk itu . Pembungkusan yang tidak baik akan menyebabkan Chia Seeds oxidized dengan cepat dan akan menyebabkan kandungan nutrisinya berkurangan
|
Chia Seeds keluaran JoyMix |
Untuk pengetahuan semua Chia Seeds yang di bungkus menggunakan plastik terutamanya plastik lut sinar adalah kurang baik untuk mengekalkan nutrisi chia seeds tersebut . Sinaran cahaya yang menembusi chia seeds tersebut boleh menyebabkan chia seeds teroksida dengan cepat .
Pembungkusan yang Baik
Pembungkusan yang baik diperlukan untuk melindungi chia seeds dari rosak dan teroksida . Pembungkusan yang baik, boleh menghalang cahaya matahari UV yang boleh merosakkan kandungan Omega dalam Chia Seeds.
Beg plastik adalah tidak sesuai untuk Chia Seeds kerana sinar UV boleh menembusi beg plastik tersebut.
Jadi , anda perlu memilih Chia Seeds yang di bungkus di dalam botol atau apa-apa bekas yang tidak lut sinar/lut cahaya .
APA ITU BAHAN LUT SINAR / LUT CAHAYA
Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya menembusinya dengan sempurna
Di sini cik iena ingin berkongsi tentang Chia Seeds yang cik iena amalkan dari keluaran jenama JoyMix . Chia Seeds ini merupakan Chia Seeds yang berkualiti jika di lihat pada keadaan Chia Seeds tersebut yang kebanyakannya adalah bewarna kehitam hitaman ke arah grey dan di bungkus dengan botol yang agak tebal yang dapat mengurangkan proses pengoksidaan chia seeds.
JOY MIX CHIA SEEDS
Merupakan Chia Seeds organik yang berkualiti tinggi serta ianya telah di sahkan Halal oleh JAKIM.
Chia Seed Organicini adalah biji dari tanaman yang tumbuh di padang pasir, bernama Salvia Hispanica dan biasa tumbuh di Mexico yang biasanya dipakai sebagai penambah energy (energy booster).
Chia Seeds mengandungi Omega-3, Karbohidrat, Protein, Serat, Anti Oxidant dan Calcium yang sering disebut sebagai Superfood. Merupakan bijirin semula jadi tanpa diproses dan sangat bermanfaat untuk menyokong kesihatan, iaitu: mengurangkan / menyeimbangkan berat badan, menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung, tiroid, anti-glycaemia, diabetes, acid
Mengapa Harus Mengambil Chia Seeds?
Sebelum ini , sumber Omega-3 hanya diketahui berasal dari ikan dan sayur-sayuran, di mana ikan mempunyai kemungkinan ianya akan tercemar merkuri . Omega-3 yang berasal dari sayur-sayuran pula kandungannya rendah. Pada masa ini Chia Seed adalah sumber Omega-3 tertinggi yang pernah ada dan berasal dari biji-bijian.
|
Chia Seeds |
Nutrisi yang dikandungnya adalah sebagai berikut:
- - 8 kali ganda jumlah sumber Omega-3 berbanding salmon,
- - 6 kali jumlah kalsium berbanding susu,
- - 2 kali ganda jumlah protein berbanding dengan biji-bijian lain,
- - 6 kali jumlah potassium berbanding pisang,
- - 3 kali jumlah antioksidan berbanding blueberry,
- - 3 kali jumlah zat besi berbanding bayam
Dengan mengambil Chia Seed setiap hari, akan melengkapi keperluan nutrisi anda sehari-hari serta meningkatkan kesihatan anda.
Sebagai Sumber Protein
Chia adalah sumber protein yang lengkap, menyediakan semua asam amino penting dalam bentuk yang mudah dicerna. Mereka juga memiliki sumber serat (fiber) yang luar biasa.
Anti Oksidan
Memiliki anti oksidan ayng tinggi dan membuat nutrisi biji-bijian tetap stabil lebih lama. Biji Chia dapat disimpan kering selama 4-5 tahun tanpa penurunan rasa, aroma atau nilai gizi.
Chia Seed untuk Diet
Chia Seeds ini mampu menyerap air dan membentuk gel, boleh menyimpan air 9-12 kali beratnya sehingga boleh menimbulkan rasa kenyang.
Selain itu ketika ditambah ke makanan, akan penggusuran kalori dan lemak tanpa menghilangkan rasa. Dengan demikian, seseorang boleh makan satu hidangan biasa namun hanya diserap kira-kira setengah kalori yang telah dimakan.
Penyerapan Gula
Chia Seed melambatkan kesan gula pada tubuh, jika dimakan bersama-sama.
Biji tersebut boleh mencipta penghalang fizikal antara karbohidrat dan pencernaan enzim yang memusnahkan mereka dan melambatkan penukaran dari karbohidrat menjadi gula. Itu bermakna tenaga dari makanan dilepaskan terus sehingga menghasilkan daya tahan lebih. Ini jelas bermanfaat bagi penghidap diabetes pada khususnya.
Cara Penggunaan
|
Amalkan satu sudu Chia Seeds sehari |
- - Chia seed yang lembut ini boleh dengan mudah dijadikan bahan untuk makanan, terutamanya sering dicampur dalam cereal, sayur-sayuran, nasi, yoghurt, roti dan bermacam-macam minuman.
- - Cara yang paling umum untuk mengambilnya adalah dengan mencampurkannya ke air minum yang kemudian diminum seperti biasanya kita meminum air.
- - Boleh dijadikan Jeli. Cukup tambah 8 sudu makan Chia Seed kedalam 2 gelas air. Aduk campuran tersebut dan simpan dalam peti ais dengan tempat yang tertutup rapat. Bila sudah berbentuk gel, maka boleh dimakan bila-bila masa juga. Jeli ini boleh disimpan sehingga kira-kira 3 (tiga) minggu.
- - Chia Seeds juga boleh dimasukkan ke dalam smoothies, sos salad, puding, dll.
- - Chia Seeds Boleh dicampur dalam jus buah,contoh jus epal. Dengan demikian kita dapat mengambil Chia Seeds dengan rasa manis yang didapat dari buah-buahan.
- - Ditaburkan diatas buah-buahan potong yang akan kita makan.
- - Semakin lama Chia Seeds tenggelam, semakin tinggi nutrisi yang tersedia.
-
|
Cik iena mengamalkan chia seeds dan yougurt |
PENGAMBILAN CHIA SEEDS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Hampir sebulan cik iena telah mengamalkan CHia Seeds dari JoyMix . Cik iena mengamalkan sebanyak Minimum 1 Sudu Setiap hari. Adakalanya cik iena akan ambil lebih kerana cik iena sangat menggemari akan rasanya yang rangup .
Selain di campurkan dalam minuman, cik iena juga memakannya seperti Quaker Oat di mana campuran susu di gantikan dengan yourgurt dan di bancuh pekat bersama Chia Seeds .
KESAN PENGAMBILAN CHIA SEEDS
Untuk cik iena kesan pengambilan yang cik iena rasai adalah perut sentasa rasa kenyang . Ianya sangat sesuai bagi anda yang sedang berdiet. Selain daripada itu Cik iena juga lebih bertenaga dari biasa jika mengamalkan pengambilan Chia Seeds ini . Berat badan cik iena juga berkurangan selepas pengambilan chia seeds.
Disamping itu sistem pencernaan cik iena juga berjalan lancar. Cik iena tidak lagi perlu memakan ubat untuk proses pencernaan cik iena. Cik iena mengalami masalah pencernaan yang boleh dikatakan teruk kerana cik iena perlu memakan ubat atau membuat detoks untuk proses pencernaan .
Jadi selepas mengamalkan Chia Seeds cik iena tidak lagi mengambil ubat untuk proses pencernaan cik iena . Lancarnya proses pencernaan ini dan kenyangnye perut cik iena membuatkan berat cik iena semakin turun dan kadar kebuncitan perut berkurangan yeayy.
DI MANA UNTUK DAPATKAN CHIA SEEDS
Lazada : http://bit.ly/JoyMixchiaseeds
11Street : http://bit.ly/11streetchiaseeds
Official Website : www.joypremix.com
Istimewa buat pembaca semua anda boleh dapatkan diskaun dengan menggunakan KOD : SEEDENA10 di laman rasmi mereka iaitu https://www.joypremix.com/products/natural-chia-seeds--2-bottles--halal--high-quality
PROMO CODE: SEEDENA10 discount RM10 for Natural Chia Seeds (2 x 400g).
*not available for Natural chia seeds (400g)
Valid : 07.09.16 - 31.10.16
Nukilan,