Grab The Promo
Grab The Promo

Review Royal Lipo Trim dan Meal replacement dari Kitsui Malaysia



Kurus Sebelum Raya dengan Kitsui Weight Management Product
Sebut mengenai kurus, sudah semestinya ramai dikalangan wanita di luar sana dan tidak kurang juga lelaki mengidamkan bentuk tubuh yang cantik serta kurus. Tambahan lagi hari raya semakin menjelang tiba. Begitu juga dengan cik iena, sudah pasti cik iena ingin kelihatan kurus di hari raya.

Untuk pengetahuan semua sebelum usia 30 tahun cik iena sememangnya kecil orangnya walaupun cik iena kerap makan. Berat badan cik iena sekitar 44kg sehingga 48kg dengan ketinggian 165 cm. Jika di ikut pada BMI cik iena sudah di kira kurang berat badan. Tapi tak kisah asalkan cik iena sihat walaupun kurus. Lagipun bila kurus senang sangat nak beli baju.

Berbeza dengan sekarang, berat cik iena naik hampir 10kg. Mungkin juga di sebabkan faktor usia yang meningkat menyebabkan kadar metabolisma turun menjaadikan badan cik iena akan naik walaupun cik iena makan dalam kuantiti yang sama seperti usia sebelum 30 an. 


Jika bercakap mengenai kadar metabolisma turun tidak tinggi seperti zaman usia sebelum 30 an, maka kita perlu menaikkan kadar metabolisma supaya dapat membakar kalori dalam badan dengan cepat seperti zaman muda-mudi :)

Dibawah merupakan Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisme yang cik iena rujuk dari Artikel kevin zahri seorang Pakar Pemakanan dan Pakar Diet yang tersohor di Malaysia.

Perkara Yang Boleh Meningkatkan Metabolisme


  1.  Latihan/Semanan: Kombinasi latihan cardiovascular dan mengangkat berat adalah yang terbaik kerana ia akan menolong Zahari dalam meningkatkan calorie output dan juga dalam memambahkan otot.
  2. Makan kerap: Dengan makan 5-6 kali sehari, system-sistem badan sentiasa beroperasi dan keep the body active. Ini akan mengingkatkan kadar metabolisma. Jangan skip meals dengan harapan untuk weight loss kerana skipping meals akan memaksa badan menurunkan kadar metabolisma kerana ia ingat ia sedang “puasa”
  3. Minum Air: Air merupakan kandungan utama badan. Kurang air boleh menurunkan kadar metabolisma. Jadikan air mineral sumber air utama Zahari!
  4.  Nutritisi secara am: Apabila umur kita makin meningkat, pengawalan calorie menjadi semakin penting kerana kita tidak lagi memerlukan jumlah calori yang sama.
  5.  Makanan Pedas: Walaupun kesan makanan pedas tidaklah mendadak, tetapi ia tetap “panaskan badan” dan mengingkatkan metabolsima.
  6.   Supplement: Kebanyakan weight loss supplement dikategorikan sebagai thermobased supplements di mana dia akan menginkatkan metabolisma badan dengan kandungan seperti Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dan lain lain
Mengikut perkara nombor 6 iaitu Supplement yang meningkatkan kadar metabolisma dalam badan adalah supplement yang mengandungi Guarana, L-Carnitine, Cayenne Extract dan lain lain.



Kurus Sebelum Raya dengan Kitsui Weight Management Product
Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement


Di sini cik iena ngin kongsi bersama anda semua Supplement Weight Management yang cik iena amalkan sekarang bagi mengawal berat badan cik iena iaitu Kitsui Royal Lipo kerana ianya mengandungi  L-Carnitine yang akan membantu dalam pembakaran lemak serta meningkatkan  metabolisme tenaga dan transformasi asid lemak menjadi tenaga untuk aktiviti otot.


Kurus Sebelum Raya Dengan Royal Lipo Trim dan Meal replacement dari Kitsui Malaysia



Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement
Menjelang tibanya raya ni pasti cik iena nak kurus. Cik iena rasa anda pun berkeinginan yang sama. Jadi cik iena amalkan Kitsui Royal Lipo Trim ini bagi membantu cik iena meningkatkan kadar metabolisma badan cik iena supaya dapat mebakar lemak lebih cepat. Almaklumlah cik iena da berusia 32 tahun. 

Semakin meningkat usia semakin kurang kadar metabolisma cik iena. Jadi cik iena sangat perlukan produk seperti ini sekurang-kurangnya untuk mengawal berat badan cik iena kerana cik iena merupakan seorang food blogger yang mana cik iena sering di jemput untuk membuat food review. Jadi produk ini sangat cik iena perlukan. Tambahan lagi menjelang tiba nya Aidilfitri.

Untuk pengetahuan Saiz pembungkusan Kitsui Royal Lipo Trim dan Kitsui  Meal Replacement ini adalah  15gm x 15sachets. Keduanya dikatakan mampu mnurunkan berat badan yang anda mahu jika diambil berterusan dan konsisten kerana ianya akan Mengurankan selera makan anda dan akan menigkatkan kadar metabolisma badan bagi membantu proses pembakaran lemak dengan cepat.

Jom cik iena ceritakan tentang dua produk yang cik iena amalkan ini.

Cik iena amal kan sehari satu sachet Royal Lipo Trim sebelum sarapan atau sebelum tidur manakalam Meal replacement pula cik iena ambil jika cik iena tidak mahu makan pada hari bekerja khususnya di waktu malam . Pada hujung minggu biasaya cik iena tak ambil meal replacement kerana cik iena sering memenuhi undangan food review.



Video Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement 



Kitsui Royal Lipo Trim


✔ Melambatkan proses pertukaran karbohidrat kepada lemak
✔ Mengawal/mengurangkan selera makan
✔ Cepatkan anda rasa kenyang
✔ Salah satu minuman kurus dari buah manga africa yang selamat diambil
✔ Badan anda akan lebih sihat selepas pengambilan kerana minuman ini juga mengandungi anti-oksida.
✔ Membakar lemak
✔ Tiada kesan sampingan Kepeningan untuk beberapa kali percubaan pertama
✔ Tiada kesan sampingan Masalah dan gangguan tidur
✔ Tiada kesan sampingan Masalah Degupan jantung yang lebih tinggi


Kitsui Royal Lipo Trim
Kitsui Royal Lipo Trim

Apa yang anda boleh capai dengan Kitsui Royal Lipo Trim


  • Kurangkan Berat dengan mudah dan tanpa rasa sakit
  • Mempunyai lebih banyak tenaga
  • Anda boleh makan apa yang anda inginkan tanpa rasa takut
  • Anda dapatkan kawal nafsu ke atas makanan
  • Menikmati makanan kegemaran anda tanpa makan secara berlebihan berlebihan (maksudnya
  • selera makan ada tapi anda tidak akan makan dalam kuantiti banyak)
  • Berasa lebih yakin


Kesan Lain Pengambilan Kitsui Royal Lipo Trim


  • Peningkatan tenaga
  • Menurangkan tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darah
  • Meningkatkan pernafasan yang baik
  • Deeper, tidur lebih nyenyak
  • Mengurangkan risiko diabetes
  • Mengurangkan risiko penyakit arteri koronari (pembentukan plak di dalam hati)
  • Pencegahan angina, sakit dada yang disebabkan oleh pengurangan aliran darah ke otot jantung
  • Mengurangkan risiko kematian mengejut daripada penyakit jantung atau strok

Kandungan dalam Kitsui Royal Lipo Trim


African Mango ,Hoodia  L-Carnitine dan Water Soluble Fiber 

 

Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement
Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement

 


AFRICAN MANGO SEED : Ekstrak Mangga Afrika dikenali untuk mengawal selia adiponectin hormon yang menyebabkan badan anda untuk meningkatkan metabolisme Sebaliknya lemak dalam sel sel anda mendapat dipecahkan dengan lebih berkesan membantu badan anda membakar lemak dengan cepat.

HOODIA: Hoodia membantu dalam penurunan badan dengan fungsi hoodia yang mengurangkan selera makan dan mempercepatkan rasa kenyang.

L-CARNITINE: Fungsi utama dari suplemen L carnitine ini sebagai zat yang membantu pengangkutan lemak untuk proses pembakaran lemak yang optimum, ianya juga boleh meningkatkan jumlah lemak yang mampu dibakar dan boleh meningkatkan daya tahan otot.

WATER SOLUBLE FIBER: serat larut menarik air dan membentuk gel, yang melambatkan pencernaan. Serat larut melambatkan pengosongan perut dan membuatkan anda berasa kenyang, yang membantu mengawal berat badan. perut perlahan mengosongkan juga boleh menjejaskan tahap gula dalam darah dan mempunyai kesan yang baik terhadap sensitiviti insulin, yang boleh membantu mengawal diabetes. serat larut juga boleh membantu LDL kolesterol darah ("buruk") dengan mengganggu penyerapan kolesterol



Cara Pengambilan Kitsui Royal Lipo Trim


Bancuh satu sachet Kitsui Royal Lipo Trim di dalam air suam , kemudian atau goncang sehingga sebati dan minum . Untuk kesan yang lebih baik minum air masak yang banyak dan amalkan senaman. Sesuai di amalkan sebelum sarapan atau sebelum waktu tidur. Hanya satu sachet sehari sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kitsui Royal Lipo Trim klik http://kitsui.com.my/pages/kitsui-royal-lipo-trim

Royal Lipo Trim Testimony


Kitsui Meal Replacement


Kitsui Meal Replacement adalah cara yang mudah dan berkesan untuk mengawal makan anda, ia merupakan komponen penting dalam program pengurusan berat badan yang berjaya. Menggabungkan penggunaan protein tinggi dengan hidangan yang disertakan dan pelan senaman. Dengan hanya dua shake lazat sehari dan beberapa perubahan gaya hidup yang mudah, termasuk diet yang rendah kalori, anda boleh  mencapai matlamat pengurusan berat badan anda dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Kitsui Meal Replacement
Kitsui Meal Replacement

Hanya gantikan Kitsui Meal Replacement dengan makanan hidangan malam atau siang anda dengan disertakan pengambilan buah-buahan dan senaman yang konsisten. Kitsui Meal Replacement mampu membuat anda berasa kenyang dan rasa kurang nafsu pada makanan.

Kitsui Meal Replacment menawarkan gabungan zat yang seimbang seperti protein berkualiti tinggi, serat, vitamin, mineral, dan lemak. Dengan 30 gram protein berkualiti tinggi setiap hidangan, Kitsui Meal Replacment boleh menjadi cara yang berkesan untuk meningkatkan perasaan  kenyang. Protein pemakanan juga boleh membantu menyokong jisim badan tanpa lemak.

Setiap hidangan Kitsui Meal Replacement juga termasuk 8 gram serat termasuk oat beta-glucan. Oat beta-glucan adalah secara semula jadi -occurring, kuat, serat larut rendah glisemik dijumpai di dalam oat bran yang membantu menyokong, paras glukosa darah yang sihat. Kedua-dua protein dan serat berkesan pada mendorong perasaan yang lebih kenyang berbanding makanan tinggi glisemik dan boleh membuat anda terasa penuh untuk tempoh yang lebih lama, jadi anda akan kurang makan dan menunggu lebih lama antara waktu makan.

Cara Pengambilan Kitsui Meal Replacement


Bancuh satu sachet Kitsui Meal Replacement di dalam air suam , kemudian atau goncang sehingga sebati dan minum . Untuk kesan yang lebih baik minum air masak yang banyak dan amalkan senaman. Sesuai di amalkan sebagai pengganti makanan anda. Maksimum dua sachet sehari sahaja.

Untuk Maklumat lanjut mengenai Kitsui Meal Replacement klik http://kitsui.com.my/pages/kitsui-meal-replacement

Meal Replacement Testimony


KESAN PENGAMBILAN ROYAL LIPO TRIM DAN MEAL REPLACEMENT PADA CIK IENA


Seperti kita sedia maklum kebanyakan produk kurus akan melawaskan pembuangan air besar bermaksud kita akan kerap ke tandas. Berbeza untuk Royal Lipo Trim ini pada cik iena. Cik iena tidak mengalami masalah kerap membuang air besar dan perut memulas seperti produk kurus lain yang pernah cik iena amalkan. Dengan Royal Lipo Trim ini kita akan membuang air besar secara normal .


Kitsui Royal Lipo Trim


Dengan pengambilan Royal Lipo Trim dan Meal Replacement dapat membantu cik iena mengekalkan berat badan cik iena yang mana cik iena sememangnya seorang yang kerap makan di tambah lagi cik iena sering memenuhi undangan food review.

BUY 6 FREE 1


Untuk pengetahuan semua, Terdapat promosi beli 6 percuma satu. Beli 6 produk dari mana-mana produk kitsui dan anda akan dapat percuma satu produk kitsuii. Tertakluk pada terma dan syarat sila baca di BUY 6 FREE 1

BUY 6 FREE 1
BUY 6 FREE 1



Kepada anda yang berminat untuk mencuba produk ini anda Boleh dapatkan di guardian, watson dan lazada. Boleh juga dapatkan dgn HQ Kitsui pnghantaraan secara percuma ke seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak.


Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement
Kitsui Royal Lipo Trim dan kitsui meal replacement




NEW UPDATE  SEPT 2020

Buy Kitsui Weigh Management Product @ Watsons Royal Lipo: https://t.productlink.io/a42b8m

Belly Loss Fiber : https://t.productlink.io/a42b8n Meal Replacement : https://t.productlink.io/a42b8o coco-xs-lite : https://t.productlink.io/a42b8p 

 

Buy Kitsui Beauty Product @ Watsons

Whitenin BB : https://t.productlink.io/a172b8r Korean Whitie + Plus Tomato : https://t.productlink.io/a42b8t Korean White : https://t.productlink.io/a42b8u Generation 3 Colla : https://t.productlink.io/a42b8v Stemcell Mixberries : https://t.productlink.io/a42b8w Pimple Away : https://t.productlink.io/a42b8x Whitenin B.B. Drink : https://t.productlink.io/a42b8y


 

 

 

Untuk Maklumat Lanjut Mengenai Produk Weight Management Dari Kitsui Sila Rujuk

Website : http://kitsui.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/www.kitsui.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/kitsuimalaysia/
Email : gemini88beauty@yahoo.com










iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan


Baru-baru ini, pada 21 April 2017 cik iena telah berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan yang telah diadakan di Jibby East, Sunway Montana. 
Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Majlis diserikan dengan pengacara Majlis Dayah Bakar yang cukup happening

Majlis berlansung meriah dengan di hadiri pihak media, bloggers dan tetamu jemputan yang lain. Acara di mulakan dengan ucapan dari wakil Media Prima DigitalLi Ee Kee, selaku Pengurus Produk Aplikasi JJCM.

Menurut Beliau, antara fungsi baru yang menarik perhatian adalah tawaran diskaun dan potongan hebat restoran dan tempat makan seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna JJCM boleh mendapatkan diskaun sehinggan 70 % bagi restoran terpilih menerusi paparan “Offpeak Deals” yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari.

“Makanan dan rakyat Malaysia berpisah tiada dan kerana itulah kami di Media Prima Digital merasakan yang aplikasi ini boleh membantu rakyat Malaysia setiap kali mereka berhadapan dengan kepayahan membuat keputusan untuk makan apa dan di mana. Bukan itu sahaja, tawaran diskaun Offpeak juga memberi peluang buat pengguna aplikasi ini menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendah”, jelas Ee Kee lagi.



Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
​Pengurus Produk Aplikasi JJCM, Li Ee Kee (dua dari kiri) bersama Nazrudin Habibur Rahman, pengacara Jalan-Jalan Cari Makan serta wakil dari rakan kerjasama CJ Wow Shop dan Offpeak di majlis pelancaran aplikasi JJCM dan Kempen #SeringgitSeribuKebaikan

Selain merasmikan  Aplikasi JJCM, Kempen #seringgitseribukebaikan juga telah dilancarkan bagi  memberi peluang rakyat Malaysia berkongsi rezeki bersama rumah kebajikan terpilih Ramadan ini.



Segalanya Tentang Makanan di Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM)

Aplikasi JJCM
Aplikasi JJCM

Selain memaparkan lokasi makanan istimewa pilihan JJCM, Aplikasi JJCM juga turut menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak.

Dengan menggunakan Aplikasi JJCM, anda hanya  perlu beberapa langkah mudah untuk menikmati hidangan anda.

Kelebihan Aplikasi JJCM


  • Tidak perlu beratur panjang 
  • Tdak perlu menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran. 
  • Hanya pilih restoran yang berkenan di hati, 

Langkah Mudah Penggunaan aplikasi JJCM


  • Masukkan nombor telefon bimbit
  • Tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung
  • Restoran akan menerima pengesahan tempahan menerusi emel. 


Mudah bukan ? Segalanya pasti lebih mudah dengan menggunakan aplikasi JJCM. Tambahan pula, pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Pengguna hanya perlu bayar apa yang mereka makan sahaja, tanpa sebarang caj tambahan.


Aplikasi JJCM
Aplikasi JJCM




Untuk pegetahuan anda Aplikasi JJCM telah pun diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan lebih mesra pengguna. Dengan transformasi 360 darjah, Aplikasi JJCM kini tampak lebih segar dengan wajah baru. Aplikasi JJCM yang telah pun mula menemui pengguna akhir tahun 2015 dan sehingga kini, ianya telah mencatat lebih 250 ribu muat turun.

Selain dari fungsi yang dinyatakan diatas, setiap pengguna Aplikasi JJCM yang berdaftar boleh  memuat naik sebarang komen dan cadangan mengenai tempat makan yang mereka kunjungi. Ruangan komen ini diwujudkan bagi membawakan interaksi antara pengguna selain membolehkan pengguna lain melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu tempat makan tersebut.





Fungsi lain yang menarik dan membantu adalah Fungsi carian berdekatan . Ianya membolehkan pengguna melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS semasa. Seperti contohnya, sekiranya anda berada di Damansara, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat makan pilihan JJCM yang berada dalam radius Damansara.




Aplikasi JJCM juga tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan sahaja. Pasukan editorial Aplikasi JJCM juga pergi ke tempat-tempat makan lain yang dicadangkan orang ramai dan ianya juga turut akan disenaraikan dalam aplikasi ini.


Menerusi paparan artikel-artikel menarik di ruangan editorial, pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan lebih informasi mengenai restoran-restoran lain . Senarai artikel tersebut juga  merangkumi pelbagai jenis dan topik berkaitan makanan. Pasukan editorial JJCM juga akan ke seluruh negara bagi mencari makanan-makanan unik dan menarik untuk dicadangkan kepada pengguna apllikasi JJCM.


Buat julung-julung kalinya, sebuah program kembara makanan aplikasi JJCM telah pun diadakan di negeri Terengganu beberapa minggu lalu di mana pasukan editorial aplikasi JJCM bersama beberapa rakan media dan bloggers terplih menjelajah ke serata Terengganu bagi mencuba pelbagai jenis hidangan moden serta tradisional menarik di negeri pantai timur itu.



Aplikasi JJCM
Muat Turun Aplikasi JJCM di Play Store untuk Android dan Apple Store untuk iOS





Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Play Store.

HARI NI NAK MAKAN KAT MANA ?

Cik iena sudah pun memuat turun Aplikasi JJCM ini. Anda bila lagi? cik iena rasa ianya sangat sesuai untuk kita muat turun kerana masalah yang kerap di hadapi oleh kita adalah DI MANA NAK MAKAN ?

Jika anda perasan bila kita keluar bersama rakan, pasti akan keluar soalan makan di mana? makan kat mana? Kadang-kadang kita seakan mati kutu untuk menjawab pertanyaan tersebut. Jadi dengan adanya Aplikasi JJCM ini ianya sangta membantu anda.

Bila bertanya rakan makan kat mana jika semua tidak menjawab anda boleh gunakan Aplikasi JJCM ini. Jadi tak perlu memakan masa yang lama untuk berfikir lokasi restoran manakah yang perlu anda tuju untuk menikmati hidangan  pagi, tengah hari mahupun malam anda.


Kempen #SeringgitSeribuKebaikan


Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan


Kempen #SeringgitSeribuKebaikan merupakan sebuah kempen kebajikan yang dianjurkan oleh aplikasi JJCM dan Media Prima Digital. Menerusi kempen ini, rakyat Malaysia berpeluang berkongsi rezeki dengan menyampaikan sumbangan ikhlas mereka serendah RM 1, RM 3, RM 5 dan RM 10 yang mana ianya akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadan akan datang.

Kempen ini Mengambil konsep makanan sebagai keperluan asas setiap insan, #SeringgitSeribuKebaikan mahu memberi peluang anak-anak istimewa ini untuk turut sama menikmati juadah istimewa yang akan disediakan 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan terpilih akan menerima tajaan hidangan berbuka puasa selama 5 hari, setiap Isnin hingga Jumaat, selama 4 minggu Ramadan bertamu.

Bukan itu sahaja, skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima Digital akan turut  ke negeri Terengganu Darul Iman dan Johor Darul Takzim bagi menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini untuk dua buah rumah kebajikan terpilih di negeri tersebut pada 3 dan 10 Jun 2017.

Kempen ini dijayakan Menerusi kerjasama bersama pihak CJ Wow Shop, pengguna boleh membuat sumbangan  secara online atau dalam talian menerusi aplikasi JJCM sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.CJWowShop.com.my untuk berkongsi rezeki. Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih ini. Kempen ini akan berlangsung sepanjang Mei bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017

Mudahkan bukan, hanya di hujung jari kita dapat beramal , dapat bersedekah, berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan . Kini anda tiada alasan lagi untuk bersedekah . Anda boleh lakukannya secara online :)

Insya Allah sampai tarikh yang di nyatakan cik iena juga pasti akan sertai kempen  #seringgitseribukebaikan








Video Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan





Gambar Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan




Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
bersama pengacara yang sangat happening pada malam tersebut , Dayah Bakar

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
Bersama pengacara program jalan-jalan cari makan, Naz yang sporting dan humble

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
bersama rakan blogger si cantik manis Nisa Kay

Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan-jalan Cari Makan Dan Kempen #seringgitseribukebaikan
bersama rakan blogger si cantik manis Nisa Kay



Kepada anda di luar sana jangan lupa muat turun Aplikasi JJC dan jangan lupa sertai kempen   #seringgitseribukebaikan . Jutaan terima Kasih cik iena ucapkan kepada Pihak Media Prima dan rakan blogger yang sudi menjemput cik iena . Walaupun sebenarnya pada majlis tersebut cik iena kurang sihat cik iena tetap hadir kerana cik iena dah RSVP awal :)

Jadi pada hari kejadian cik iena tak dapat nak makan ais krim yang macam kawan-kawan lain makan. Okay part tu memang cik iena jeles sebab cik iena memang suka aiskrim. Disebabkan faktor kesihatan cik iena tak boleh makan dan banyak juga antra hidangan makanan yang tak dapat cik iena makan sebab cik iena kalau sakit lambat sembuh. Cik iena kene jaga pemakanan supaya sakit tak berlarutan. Sehingga Artikel ini di taip cik iena masih belum sihat sepenuhnya  (^_~)





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Tuan Wan Nong Muzafar Anjur Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBPP) 2017


Baru-baru ini cik iena berkesempatan untuk menghadiri sesi ramah mesra Tuan Wan Nong Muzafar bersama blogger.  Beliau merupakan seorang figura berpengaruh dalam dunia usahawan di Malaysia khususnya. Dengan pengalaman lebih 16 tahun bidang keusahawanan dan koporat,  beliau banyak memberikan konsultansi, ceramah dan merangka strategi untuk membangunkan sesuatu perniagaan.







Bergambar bersama Tuan Wan Nong Muzafar
Bergambar bersama Tuan Wan Nong Muzafar


Bergambar bersama isteri Tuan Wan Nong Muzafar
Bergambar bersama isteri Tuan Wan Nong Muzafar



Salahsilah beliau suatu ketika dahulu, beliau bermula dari sektor pembankan, kemudian mengusahakan pelbagai perniagaa disamping merangkap jawatan sebagai pengurus perancangan strategik di Kumpulan Media Karangkraf. Berbekalkan pengalaman itu, beliau telah membantu ramai usahawan-usahawan dalam merealisasikan impian untuk menjana pendapatan yang bernilai jutaan ringgit. Selain dari kumpulan media karangkraf beliau juga pernah berkhidmat di ANM Consultancy dan CIMB Discount House dan CIMB Discount House.

Berbekalkan pengalaman-pengalaman yang ada  beliau telah membantu ramai usahawan untuk menstrukturkan perniagaan untuk bersifat organik untuk dilegasikan untuk generasi seterusnya.


ILM Legacy Sdn Bhd


Kini, Tuan Wan Nong Muzafar telah membuka syarikatnya sendiri iaitu ILM Legacy Sdn Bhd pada tahun 2015.  Syarikat ILM Legacy Sdn Bhd telah melatih lebih daripada 2,000 usahawan baru dalam bidang perniagaan khususnya. Melalui ILM Legacy ini, beliau memberi pendekatan dalam mencari penyelesaian secara praktikal dalam dunia peniagaan online mahupun offline  yang nyata telah terbukti bahawa ianya amat berguna bagi usahawan baru dalam mengembangkan lagi peniagaan mereka daripada ke satu tahap yang lebih baik.


Selain dari menguruskan perniagaannya di ILM Legacy Sdn Bhd, dalam masa yang sama juga, beliau turut menghasilkan 3 Buku Best Seller yang mana antaranya adalah :


  1. Kuasai Formula Perniagaan

  2. Kuasai Formula Perniagaan Internet Siri 1

  3. Kuasai Formula Perniagaan Internet Siri 2



Semasa sesi ramah mesra dengan Tuan Wan Nong Muzafar, beliau banyak berkongsikan beberapa pengalaman beliau ketika belajar di luar negara.  Beliau merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan  Kewangan dari Massey University, New Zealand pada 1997.


Beliau juga turut berkongsi beberapa pengalaman suka dukanya ketika berada di luar negara, pahit getir kehidupan seorang pelajar di luar negara. Tidak lupa juga beliau menceritakan pengalamannya sekembalinya beliau ke tanah air,  sehingga pada satu ketika beliau diistiharkan sebagai bankrap akibat daripada perniagaan yang di lakukannya.



Tuan Wan Nong Muzafar dan isteri
Tuan Wan Nong Muzafar dan isteri


Pada saat dan ketika beliau di ishtiharkan bankrup, beliau rasa sangat bersyukur kerana mempunyai isteri yang masih setia disininya walaupun ketika itu mereka bakal menimang cahaya mata yang pertama.Pelbagai dugaan dan rintangan di hadapi bersama sehingga menjadikan mereka lebih positif dalam menerima apa jua yang berlaku dan positif membuat keputusan sewajarnya untuk meneruskan liku-liku hidup.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau, anda boleh baca Kisah beliau yang dikongsikan di Laman The Vocket



Gambar Sesi Ramah Mesra Blogger dan Tuan Wan Nong Muzafar


Tuan Wan Nong Muzafar
sesi Tuan Wan Nong Muzafar  merenung kembali kisah silam untuk di jadikan contoh kepada umum

Tuan Wan Nong Muzafar
Blogger yang kagum dengan kisah Tuan Wan Nong Muzafar

Tuan Wan Nong Muzafar
Tuan Wan Nong Muzafar  dalam sesi renung kembali

Tuan Wan Nong Muzafar
Tuan Wan Nong Muzafar  khusyuk menceritakan kisah hidupnya

Tuan Wan Nong Muzafar
Tuan Wan Nong Muzafar bergambar bersama blogger



Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga


Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga

Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga



Gambar Wan Nong Muzafar Bersama Keluarga





Seminar Ini Bisnes Bukan Propa – 13 & 14 Mei 2017


Seminar Ini Bisnes Bukan Propa – 13 & 14 Mei 2017
Seminar Ini Bisnes Bukan Propa – 13 & 14 Mei 2017

ILM Legacy Sdn Bhd bakal menganjurkan Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) pada 13 & 14 Mei 2017 bertempat di Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)
Ia akan memberi penekanan kepada kandungan yang realistik dan praktikal dimana dibahagikan kepada beberapa elemen strategi dan aplikasi ‘real life’ oleh beberapa ahli panel jemputan.

Kebanyakan mereka meruakan pengamal perniagaan yang pernah melalui pelbagai liku jatuh bangunnya perniagaan mereka. Antaranya ;-

  1. Tuan Wan Zaki, CEO Jelitasara
  2. Tuan Noorizam, CEO Emorra & GGL
  3. Faizal Badry, Pengarah Pemasaran Vidmiil
  4. Tuan Fazrul Ismail, CEO Akademik Sinergi
  5. Puan Fynn Jamal
  6. Tuan Fizo Omar
  7. Tuan Wan Nong Muzafar

Dalam bengkel ini, Tuan Wan Nong Muzafar sendiri akan membentangkan strategi-strategi perniagaan bagi setiap komponen yang disampaikan dalam seminar ini.

Siapa yang patut hadir ke Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017?


  • Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
  • Berniaga tetapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju.
  • Usahawan yang ‘STUCK’ atau berniaga cukup-cukup makan.
  • Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan.
  • Usahawan yang ingin ‘UPGRADE’ perniagaan ketahap yang lebih besar.


Untuk maklumat lanjut mengenai seminar dan juga Tuan Wan Nong Muzafar, anda boleh layari www.wannongmuzafar.com atau emailkan ke admin@wannongmuzafar.com dan anda juga boleh  hubungi En. Ahmad di talian 013 610 9391.









iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA




Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIAPemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA


Beberapa hari lepas cik iena ada anjurkan Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA di laman instagram cik iena . Tidak sampai 24 jam, lebih kurang 10 jam sahaja lebih dari 400 penyertaan yang di terima.



Hai semua, iena nk share voucher Sushi King nie.. Voucher bernilai sehingga RM150 utk d menangi. . Syaratnya 💘💘 1. Follow @ienaeliena dan @sushikingmalaysia 2. Komen Saya Nak Voucher @sushikingmalaysia dan tag 3 rakan anda. Komen n Tag seberapa ramai kawan anda dalam post ini. Lebih banyak tag lebih tinggi peluang untuk anda menang sebab cik iena akan tulis setiap nama yg komen untuk di cabut nama anda. 😘 Contest ini tamat hari ini Selasa , 18 April 2017 jam 11.59 pm. Maaf cik iena lambat buat sebab demam😰😰 Contest ini valid untuk penyertaan di Instagram sahaja. Semoga berjaya ! 🤗 . 3 pemenang akan dipilih secara cabutan random . Setiap pemenang akn dpt voucher sushi king bernilai RM50 #contestmalaysia #contestgram #contestday #giveaway #giveawaymalaysia #contestgiveaway #SushiKingMY #MySKCurry #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #foodblogger #socialMediaInfluencer #ienaeliena #love #fashion #igers #instadaily #instagood #photooftheday #beautiful #happy #cute #foodreview #foodporn #foodie #ienaelienawithsushiking
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Terima Kasih pada yang join terutama rakan-rakan blogger. Terima kasih atas sokongan . Agaknya kalau cik iena biar 24 jam atau lebih lagi jenuh lah cik iena kene lipat-lipat nama peserta untuk di buat cabutan .

Walaupun boleh je guna web random.org tapi cik iena rasa suka buat cabutan nama macam ni. Baru meriah sikit. Walaupun ianya agak memakan masa terutama kalau ramai yang sertai.
Terimakasih pada kawan cik iena yang tolong gunting dan lipat, terima kasih juga pada adik cik iena, balik kerja semalam tolong lipat nama.


Semasa cik iena umumkan pemenang cik iena record 3 angle. Kanan cik iena hanphone untuk LIve Instagram, di sebelah kiri cik iena handphone untuk Live FB untuk fanpage cik iena dan di tengah-tengah kamera utama untuk youtube dan video ig.

Live video instagram tak boleh tengok balik, yang boleh di fb je. Ok ini yang di FB, maaf tak perasan muka half je haha


Okay Jemput tunton pula video  utama di tengah-tengah yang cik iena upload di youtube.




Tahniah kepada para pemenang .
1. @afnylovato
2. @shadhira_
3. @penaberkala


Tahniah kepada para pemenang
Tahniah kepada para pemenang


 Video umum pemenang versi di pendekkan di instagram

Okay nak tau siapa pemenang contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA jom tgk video ni😁😁😁 Btw tq @sushikingmalaysia sponsor hadiah❤❤❤❤ . Actually iena ada buat live video dekat fb fanpage n instagram pagi td sblm pkl 9 pg.. Live video kt fb blh tgk balik.. Full video iena upload dekat www.youtube.com/ienaelienadotcom . Tahniah kepada pemenang. . Diminta para pemenang DM iena ye utk cik iena bg voucher tersebut.. . Ehh nak bagi tau.. Tudung bawal world map sponsor by @auraserishawl ❤❤❤❤ @auraserishawl ❤❤❤❤ @auraserishawl ❤❤❤❤ @auraserishawl ❤❤❤❤ . Thanks a lot 💘 @sushikingmalaysia 💘. 💘 @sushikingmalaysia 💘. 💘 @sushikingmalaysia 💘. 💘 @sushikingmalaysia 💘. #contestmalaysia #contestgram #contestday #giveaway #giveawaymalaysia #contestgiveaway #SushiKingMY #MySKCurry #ienaeliena #blogger #bloggermy #bloggermalaysia #lifestyleBlogger #beautyblogger #fashionblogger #foodblogger #socialMediaInfluencer #ienaeliena #love #fashion #igers #instadaily #instagood #photooftheday #beautiful #happy #cute #foodreview #foodporn #foodie #ienaelienawithsushiking
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on


Okay korang dah tau ke menu terbaru sushi king yang berasaskan kari . Kalau tak tau lagi jemput baca http://www.ienaeliena.com/2017/04/Menu-Terbaru-Sushi-King-Berasaskan-Japanese-Curry.html?m=0


Okay cik iena nak share juga gambar behind the scene. Sejak time lunch semalam 19 April 2017 cik iena mula print senarai nama peserta dan juga sesi gunting dan lipat. Tak sempat lipat time lunch sambung balik kerja sampai malam :)


Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA

Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA

Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA

Pemenang Contest SAYA NAK VOUCHER @SUSHIKINGMALAYSIA


Okay thanks Again pada yang sertai.
Dan Thanks juga Sushi King Malaysia


iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve