Siapa kata dekorasi rumah perlukan belanja yang mahal dan banyak? Sebenarnya dengan kekreatifan yang ada, kita dapat mendekorasi rumah tanpa modal yang besar dengan hasil yang memuaskan.
DIY , pasti anda semua tahu akan maksud DIY . "Do It Yourself" . Kalau dah hasil kerja tangan sendiri tentu ianya lebih dihargai bukan.
Idea Perabot Berasaskan Kayu Pallet | DIY Meja Solek Dari Kayu Palet |
Idea Perabot Berasaskan Kayu Palet
Idea ini datang dari sahabat Bestie Blogger +Khairul Iskandar Tajuddin . Cik iena pernah berbual dengan iskandar mengenai Projek DIY. Memandangkan cik iena baru sahaja berpindah rumah di mana sebelum ini cik iena hanya menyewa bilik di Kuala Lumpur. Kali ini Cik iena membuat langkah lebih besar dengan menyewa rumah.
termenung jugalah cik iena macam mana nak buat ni |
Memandangkan cik iena duduk bujang dan sebelum ini hanya menyewa bilik jadi, barangan perabot di rumah cik iena kurang melainkan barangan elektrik seperti Mesin basuh, Tv, induction cooker dan barangan elektril kecil yang lain. Jadi cik iena terfikir utk membuat dekorasi serta perabot DIY untuk rumah bujang cik iena.
Cik iena merupakan seorang yang gemar bersolek jadi benda pertama yang cik iena perlukan adalah Meja Solek DIY . Idea meja solek menggunakan kayu palet ini datang apabila cik iena dan iskandar melihat kayu-kayu palet yang terbiar di belakang kilang serta pasaraya. Memandangkan cik iena tergesa-gesa untuk membuat Meja Solek DIY tersebut kerana cik iena ingin menggunakan meja solek tersebut secepat mungkin untuk merakam video selfie review produk jadi kami terpaksa memikirkan cara lain dan dalam masa yang sama tetap jimat untuk menghasilkan DIY Meja Solek tersebut.
gigih skrew tau, alangkah bagusnya ada Metabo Cordless Impact Drill |
Memandangkan kami tiada kelengkapan seperti gergaji jadi untuk mempercepatkan proses . Jadi, Kami membuat keputusan untuk mencari kayu palet yang siap sedia di potong yang boleh di beli dengan harga yang murah dan kami jadikannya Meja Solek yang simple tapi menarik.
Hanya menggunakan Kayu Palet, cermin serta skrew sahaja meja solek diy berasaskan Kayu Palette idaman cik iena dapat di hasilkan. Terima kasih banyak-banyak Iskandar sebab rajin melayan karenah BFF dia yang kedekut. Yang nak berjimat, yang taknak beli perabot mahal-mahal (^_~)
Tapi sebenarnya tidak lah kedekut cuma cik iena baru sahaja berpindah rumah. Almaklumlah kos pindah rumah 2 + 1 beserta Facilities. Sewa rumah cik iena sebulan RM1300. Okay boleh bayangkan tak betapa kesempitan keewangan nya sekarang. Maka dengan itu cik iena terpaksa berjimat.
Harap Cik iena dapat terus berjimat dan kedekut macam ni supaya dapat simpan duit banyak-banyak. Okay panjang pula cik iena membebel, ni cik iena tunjukkan macam mana Iskandar buatkan DIY Meja Solek untuk cik iena .
wokay ni lah bff kite rajin dia kan hahaha |
ehh jangan salah sangka, iskandar datang rumah iena mak dan adik-adik iena ada |
haa kerja-kerja DIY ni pun akan mengeratkan sillaturrahim gituh. haha arif da ngam dengan abg is |
haha taun empunya blog buat sekejap je, skrew2 penat. Selebihnya Iskandar yang buat :) |
rajin nye tolong cik iena (^_~) Mekasih |
haa dah siap pasang kayu palet tu, iskandar pasang cermin pula. Lekatkan dekat palet terus |
okay seldie dengan deqnor pula, mak cik iena malu sebab pakai kain batik hehe |
taraaa dah siap, tapi lepas ni cik iena nak tambah lampu. Karpet tu pun boleh tukar, saja letak |
yeayy sukanya dah ade DIY Meja Solek. Lagi seronok sebab Buat sendiri yeayyy ehhh bukan iena buat, iskandar yang buat lalalalallaaa. Terima Kasih Awak (^_~) |
Untuk pegetahuan kayu palet dan cermin ni cik iena beli di Ikea.
Cantik kan DIY Meja Solek cik iena , Tapi kalau lah ada alat yang dapat mempercepatkan kerja-kerja DIY ni tentu lagi mudah kan . Takde lah susah susah nak berkerah tenaga pusing skrew tu nak cantumkan dengan kayu Palet. Haaa di sini cik iena nak kongsi dengan anda semua barangan alat kuasa yang menggunakan bateri yang sangat mudah untuk kita gunakan di rumah iaitu Produk Metabo dari Jasa Kita. Kalau untuk kerja-kerja DIY cik iena nak mencantumkan palet ni sangat mudah kalau ada Metabo Cordless Impact Drill ni. Senang nak skrew. Takdelah kene skrew sepenuh hati sepenuh tenaga pusing pusing. Dengan adanya Metabo Cordless Impact Drill ni tentu lebih mudah dan cepat. Selain dari Metabo Cordless Impact Drill ni terdapat banyak lagi produk Metabo yang cordless ni tau. Jom cik iena cerita lagi. Jemput baca di bawah ya :)
Produk Metabo Oleh Jasa Kita
Metabo merupakan jenama alat kuasa yang diedarkan di Malaysia oleh Syarikat Jasa Kita . Jenama ini sesuai untuk pengguna profesional tetapi anda juga boleh menggunakan Produk Metabo di rumah juga terutama dalam membuat kerja-kerja DIY . Terdapat pelbagai rangkaian produk Metabo yang boleh anda nikmati faedah daripada alat tanpa wayar yang menggunakan pek bateri . Ianya lebih mudah digunakan jika di bandingkan dengan kebanyakan produk di pasaran yang memerlukan sambungan elektrik. Tambahan lagi Metabo memberi jaminan 36 bulan pada pek bateri, yang mana jaminan yang diberikan adalah lebih lama berbanding jenama lain.
Kerjasama yang kuat antara Jasa Kita dan Metabo
Dengan lebih daripada 40 tahun penubuhannya, Jasa Kita telah memperoleh kepercayaan dari kalangan pelanggan dan rakan perniagaan diatas reputasi kebolehpercayaan dan amanah yang ada . Jasa Kita merupakan pengedar yang diberi kuasa di Malaysia untuk memasarkan jenama-jenama terkenal seperti Devon, SATA, Kuani, Brook Crompton, Toshiba, dan bateri automotif GP. Excel & Feima Electric Motors juga dibangunkan sebagai jenama sendiri.
Pada tahun 2017, Jasa Kita telah mendapatkan hak pengedaran alat Metabo, satu jenama terkemuka Jerman. Sebagai pengeluar alat kuasa berkualiti tinggi untuk pengguna profesional, Metabo menawarkan pelbagai pilihan alat profesional dan aksesori. Ini adalah selaras dengan matlamat Jasa Kita untuk menyediakan pengguna dengan produk yang berkualiti premium.
Menyedari kepentingan bateri alat kuasa dalam pelbagai industri, Jasa Kita telah membawa masuk sejumlah besar model bateri alat kuasa untuk membantu pengguna bekerja dengan kecekapan maksimum dan produktiviti. Untuk menyokong pengguna, Jasa Kita juga akan memberikan tempoh jaminan yang luar biasa 36 bulan untuk bateri.
Tentang Jasa Kita Berhad
Jasa Kita Berhad telah ditubuhkan pada 1975 dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur sejak tahun 1993. produk Jasa Kita boleh didapati di lebih 500 peniaga dan pemborong di seluruh Malaysia, termasuk sistem perkakasan dan peralatan, peruncit moden dan bekalan produk kejuruteraan syarikat. Mereka juga membekalkan kepada kontraktor, Original Equipment Manufacturers dan fabrikasi.
Perniagaan Utama Jasa Kita adalah dalam pengedaran :
- Premium quality power tools
- Electric induction motors
- Hand tools
- Air tools
- Automotive battery and other industrial supplies
. Excel & Feima Electric Motors juga dibangunkan sebagai jenama sendiri.
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Jasa Kita Sila LAyari http://www.jasakita.com.my/
Untuk Melihat Rangkaian Produk Metabo Cordless Tools sila layari Metabo Cordless Tools
Nukilan,
|