Grab The Promo
Grab The Promo

8 Cara Tambah Susu Badan Ibu



Susu ibu atau susu badan merupakan makanan terbaik buat bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berisiko untuk jatuh sakit dalam tahun pertamanya. Sekiranya anda memberi bayi anda susu badan, ia akan dapat membantu bayi anda mengelakkan diri dari penyakit seperti gastroenteritis,  pneumonia dan bronkolitis, jangkitan salur kencing, ekzema dan jangkitan telinga. 
  
Cara Tambah Susu Ibu Supaya Bayi Kenyang


Susu ibu juga boleh mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah,  tahap kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa jika dibandingkan dengan mereka yang diberi susu formula.


Namun faedahnya penyusuan badan bukan terhad kepada bayi sahaja. Menyusu badan juga baik untuk si ibu. Dengam memberikan bayi susu badan si ibu dapat :

FAEDAH PENYUSUAN BADAN BUAT SI IBU


  • Mengurangkan risiko menghidap kanser payu dara sebelum menopaus (putus haid)
  • Membantu melindungi anda daripada kanser ovari
  • Mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2 di kemudian hari

Organisasi Kesihatan Dunia dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan supaya bayi diberi susu badan sahaja selama enam bulan yang pertama. Mereka juga menasihatkan para ibu supaya meneruskan penyusuan badan setelah bayi mula makan makanan pejal, sehingga usia bayi satu tahun atau lebih, jika mereka mahu.

Cara Tambah Susu Ibu Supaya Bayi Kenyang
Cik eina bergambar bersama anak sulung rakan pejabat semasa majlis hari jadi si cilik


Okay mesti pada yang mengenali cik iena pelik mengapa cik iena tulis mengenai susu ibu sedangkan cik iena masih belum berkahwin. Sebenarnya di pejabat cik iena ada rakan pejabat yang baru melahirkan Bayi kedua. Setiap hari cik iena akan lihat belia mengepam susu badan lebih kurang tiga kali iaitu sebelum memulakan kerja (sebelum waktu bekerja 9.30), semasa makan tengah hari dan juga semasa solat asar.

Cara Tambah Susu Ibu Supaya Bayi Kenyang
gambar rakan pejabat beserta anak kedua beliau, okay cik ien datang lambat la baby takde mood nk bergambar dah hehe

Sebagai wanita tentunya ada hasrat di hati untuk mengetahui serba sedikit mengenai penyusuan badan ni. Jadi rakan cik iena sering berkongsi tips-tips. Tak salah kan walau belum berumah tangga tapi kita ambil tau hal penting seperti ini.
Menurut perkongsia rakan pejabat cik iena semasa anak sulung beliau susu badan beliau kurang. Anak kedua kali ini susu badan banyak, ini adalah kerana supplement yang diambil oleh beliau semasa hamil.

Cara Tambah Susu Ibu Supaya Bayi Kenyang
haa dalam botol tu bukan susu formula tau tapi susu badan yang di pam
Sebelum cik iena ceritakan supplement apa yang di amalkan oleh beliau. Cik iena kongsikan sedikit tips atau cara untuk anda tambah susu badan menurut perkongsian rakan cik iena.

Tips Cara Untuk Tambah Susu Ibu Supaya Bayi Anda Kenyang

1. Banyakkan Minum Air

Banyakkan meminum air masak atau air kosong dan bukan air manis. Seperti yang kita sedia maklum air merupakan elemen yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Sebaiknya minumlah air kosong 8-10 gelas atau 3 liter sehari. Minumlah secara berkala sehingga capai pada target yang ditetapkan.

2. Jaga Pemakanan

Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Disamping dapat menambahkan susu badan ianya juga sangat baik untuk menjaga kesihatan diri.

3. Jaga Pemikiran Supaya Senantiasa Positif

Emosi kita sangat penting jadi anda perlu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa 

" susu saya cukup untuk bayi saya"

Dengan berfikiran positif ini sedikit sebanyak dapat membantu pemgeluaran susu yang banyak. Tanamkan sifat positif di dalam diri. Berusaha selagi termampu untuk bayi tersayang.

4. Amalkan Memakan Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu.

5. Kerap Pam Susu

Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda. Patut lah rakan pejabat cik iena mengepam 3 kali dalam tempoh 8 jam bekerja. Besarnya pengorbanan ibu kan :)

6. Jangan Biar Bengkak

Menurut rakan pejabat cik iena, Ini sangat penting. Sebenarnya breastfeeding ni berkonsepkan demand and supply. Lebih kerap anda pam, lebih banyak susu yang terhasil. Jangan biar breast anda bengkak, itu ialah petanda susu anda semakin berkurang. Sibuk macam mana sekalipun, pastikan anda cari masa dan ruang untuk pam. 
Patut lah rakan pejabat cik iena sentiasalah bawa pam susu dan plastik susu kosong serta botol susu supaya mudah untuk beliau mengepam susu di pejabat :)

Jadi anda pun seharunya begitu lah. Eh bukan anda je. Insya Allah jika cik iena kahwin dan ada anak pun cik iena perlu buat semua tips ni :)

7. Menyusu Dengan Kerap

Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

Menurut rakan cik iena beliau hanya mengepam susu di waktu bekerja atau di waktu beliau tidak bersama bayi beliau. Sekiranya beliau di rumah beliau akan lebih kerap memberi susu badan secara direct kepada bayi beliau kerana ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan bayi.

8. MOEDER Sebagai Milk Booster 


MOEDER Sebagai Milk Booster

MOEDER Sebagai Milk Booster

 

Amalkan MOEDER sebagai supplement anda untuk menambahkan susu badan. Selain bertindak sebagi milkbooster, MOEDER juga berfungsi untuk menambahkan zat dan nutrien dalam susu ibu supaya susu ibu menjadi lebih pekat, bayi puas menyusu dan pastinya bayi anda boleh tidur kekenyangan. MOEDER juga bertindak membekalkan tenaga tambahan kepada  ibu. Jadi, tidak perlu risau letih kerana terlalu banyak mengepam susu.

MOEDER

 

 

Tambah Susu Badan Dengan MOEDER Milk Booster

20 KANDUNGAN DALAM MOEDER

20 KANDUNGAN DALAM MOEDER
20 KANDUNGAN DALAM MOEDER

1.Susu kambing 

Kandungan yang terdapat dalam susu kambing ialah seperti protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B112,dan potassium. Selain itu, susu kambing juga dapat membantu mengurangkan risiko demam kuning pada bayi kerana ianya mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah. Malahan menurut satu kajian Universiti Granada, susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu yang mana molekul susu kambing lebih halus dan hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan masa dua jam.

2.Ekstrak Tomato 

Tomato juga mengandungi lycopene, yang mana membantu untuk mencerahkan kulit. Juga tomato mengandungi vitamin A yang baik untuk mengatasi masalah rabun malam. Malahan ia membantu menghasilkan rambut bayi yang lebat dan sihat juga kulit bayi yg licin dan gebu.

3. Habbatussauda 

Membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan stamina. Ianya juga dapar mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi atau rendah ketika hamil. Malahan ia dapat mengatasi depresi , gejala “cramp” dan kelelahan pada akhir trimester.

4.Madu 

Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan. Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air dimana mengelakkan sembelit bagi ibu hamil. Juga membantu menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah. Madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung

5.Ekstrak Anggur 

Anggur adalah sumber zat besi, fosfor, kalsium, asam organik, karoten, lesitin, vitamin C, dan vitamin B1 yang sangat bermanfaat bagi ibu hamil. Selama masa kehamilan, permintaan darah jauh lebih tinggi, oleh sebab itu perlu mengkonsumsi makanan dengan sumber zat besi yang baik seperti anggur.

6. Lutein 

Berfungsi untuk melindungi fungsi penglihatan dan memperkuatkan retina. Juga ia akan memberi kesan mengaktifkan produksi kilang susu ibu.

7.Bird nest 

Melembabkan kulit ibu hamil , mengurangkan kesan “stretch mark”. Juga ia dapat menguatkan paru-paru bayi. Juga ia dapat menyegarkan mata dan memperbaiki aliran darah dan membantu mengurangkan masalah “cramp”.

8.Seaweed 

Kandungan serat 'seaweed' tinggi dan rendah kalori. Oleh itu, serat padanya (seaweed) akan memudahkan proses buang air besar bagi ibu mengandung yang sering mengalami sembelit. Lemak yang terkandung dalam 'seaweed' tersusun dari asid lemak esensial omega 3 dan omega 6 yang sangat diperlukan untuk pembentukan rangkaian pada janin, terutamanya untuk pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.

9. Buah tin 

Mengurangkan risiko darah tinggi ketika mengandung , juga dapat mencegah osteoporosis. Kandungan kalsium serta kalium buah tin dapat mencegah penipisan tulang sekaligus dapat meningkatkan kepadan pada tulang. Kandungan kalsium yang terdapat pada buah tin adalah lebih tinggi dari jumlah kalsium yang terdapat pada susu.

10. Kurma Buah 

kurma sememangnya berkhasiat untuk ibu mengandung.Ia kaya dengan vitamin B6,asid folik,kalium,zat besi dan magnesium. Magnesium susah untuk diperoleh dalam bentuk semula jadi sedangkan ia penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia berfungsi memantapkan jantung dan sistem peredaran darah. Justeru pengambilan buah kurma yang kaya dengan pelbagai khasiat termasuk magnesium semula jadi amat bermanfaat untuk ibu-ibu mengandung. Kajian sains menunjukkan,semasa sedang dalam proses melahirkan anak (labour),kadar gula dalam darah akan menurun dan keadaan ini mendatangkan kelesuan kepada si ibu. Pada masa itu si ibu memerlukan,antaranya karbohidrat bagi mengembalikan tenaga di samping kalium (potasium).

11. Gam arab /Manna 

Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan dapat memperbaiki sistem imun ibu mengandung dari merasa letih2 badan juga rasa mual . Ia juga membantu serapabn mineral seperiti zink , sodium dan calcium yang diperlukan oleh para ibu hamil.

12. Bilberry 

Mengandungi zat aktif yang disebut anti oksida dan membantu mengatasi masalah rabun mata.

13. Aloe vera 

Memperbaharui sel kulit melembapkan sel kulit. Menjadikan kulit bersih dan bersinar. Ia juga dapat mematikan pigmen hitam yang sering di alami ibu hamil dan melicinkan kulit. Untuk bayi dalam kandungan , ia meransang pertumbuhan folikel2 rambut yang lebat dan bersinar.

14. Lobak merah 

Mencerahkan penglihatan mata disamping menguatkan imuniti, memperbaiki pencernaan dan menormalkan metabolism untuk mengatasi masalah mual di kalangan ibu hamil.

15. Brokoli 

Mengandungi beberapa zat gizi seperti vitamin A, B, C , K dan mineral seperti kalsium juga zat besi untuk menyokong semasa proses kehamilan berlangsung.

16. Omega 3 

Omega-3 sangat penting untuk mempertahankan keseimbangan produksi suatu zat seperti hormon yang disebut prostaglandin. Prostaglandin membantu mengatur banyak fungsi fisiologis yang penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, transmisi saraf, respon inflamasi dan alergi, fungsi ginjal dan saluran pencernaan, dan produksi hormon lainnya. Omega-3 juga digunakan untuk mengubati dan mencegah gangguan mood ketika hamil.

17. Betik 

Betik kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu hamil terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folic yang baik untuk ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat ketika hamil.

18. Stevia 

Stevia merupakan 100% ekstrak pemanis semula jadi daripada spesies tumbuhan herba stevia Rebaudiana. Selain berfungsi sebagai pemanis, khasiat yang lain pada daun ini ialah sebagai ubat bagi menurunkan kadar gula dalam darah, melawaskan kencing, menurunkan tekanan darah, membunuh bakteria, membunuh kulat, membunuh virus, mengurangkan keradangan, dan mampu menurunkan berat badan.

19. Vanilla 

Sebagai perisa dan dapat membantu mengurangkan rasa loya pada ibu hamil.

20. Non diary creamer 

Mengurangkan rasa loya dan rendah kalori.


CARA PENGGUNAAN MOEDER


CARA PENGGUNAAN MOEDER

Dirumus Khusus Untuk Wanita Hamil dan Selepas Bersalin berperisa vanilla dan sangat sedap tw. Campurkan satu (1) skop ke dalam segelas 150ml air suam. Kacau dan minum segera. 1 - 2 kali sehari pagi/malam.


KEBAIKAN MOEDER UNTUK IBU DAN ANAK



KEBAIKAN MOEDER UNTUK IBU DAN ANAK

 

Kebaikan yang terdapat dalam susu Moeder :


1. Khasiat Moeder Untuk Ibu hamil :


  • Mencerahkan Kulit. 
  • Mengatasi masalah rabun malam 
  • Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil 
  • Mengurangkan Risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika Hamil. 
  • Mengatasi masalah depresi (Stress) 
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan. 
  • Mengelakkan Sembelit bagi ibu Hamil 
  • Menguatkan Pernafasan (mengurangkan asma dan lelah bg ibu hamil) 
  • Membanyakkan darah (pengganti kerang seperti tradisional) 
  • Meningkatkan produksi susu ibu (Banyakkan susu ibu) 
  • Melembabkan kulit 
  • Mengurangkan kesan selulit pada perut
  • Mencegah osteoporosis
  • Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan
  • Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil 
  • Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin 
  • Mengatasi masalah mual.
  • Menormalkan metabolisme 
  • Mencegah kegemukan selepas bersalin 
  • Rasa Vanila berlemak tanpa menyebabkan rasa loya.


2. Khasiat Moeder Untuk Kandungan atau bayi 


  • Mengurangkan Risiko demam kuning 
  • Meningkatkan daya tahan tubuh bayi (selsema demam) 
  • Melebatkan rambut 
  • Menghitamkan rambut dan bersinar terhadap bayi 
  • Memutih dan melicinkan kulit bayi
  • Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi. 
  • Mencegah asma dan lelah 
  • Mencegah Rabun ketika besar 
  • Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan. 
  • Membantu kecergasan otak bayi (Anak Pintar) 
  • Membantu sistem pencernaan bayi yg menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder

3. Khasiat Moeder Untuk Ibu selepas hamil @ menyusu bayi @ bayi menyusu


  • Membanyak dan memekatkan produksi susu 
  • Mencegah kegemukan 
  • Mencerahkan & Melembab kulit 
  • Membantu hilangkan selulit ketika hamil 
  • Membantu merawat luka dalaman semasa deliver (bersalin) dengan cepat. 
  • Memberi tenaga terutama ketika berpuasa tetapi meyusukan bayi. 
  • Mengurangkan stress 
  • Mengatasi atau mencegah rabun. 
  • Mengenyangkan bayi dan atasi masalah sedu 
  • Menguatkan sistem pernafasan bayi. 
  • Membantu daya ingatan bayi

HARGA MOEDER


Harga Normal : RM159/169ss.
Harga promosi : RM129 sm/ss + FREE postage  (Boleh inform tau dari blog ienaeliena.com)

MOEDER TAHAN BERAPA LAMA?


Cara Tambah Susu Ibu Supaya Bayi Kenyang
Untuk pengetahuan sebotol MOEDER ni adalah sebanyak 600 gm. Jika diamalkan pengambilan MOEDER setiap hari siang dan malam , sebotol MOEDER mampu bertahan sebulan.


Sebaliknya jika Mengikut cara rakan pejabat cik iena satu sachet untuk sehari. Beliau akan bahagi dua untuk satu sachet. Satu di minum siang dan satu lagi malam. Ianya mampu bertahan lebih dari sebulan dengan hasil yang sama disamping mengamalkan tips-tips yang di berikan diatas :)


Moeder
Antara gambar susu yang di kongsi dengan cik iena, menurut beliau sekali pam 7 Oz dan dalam sehari boleh dapat 21 oz

Antara gambar susu yang di kongsi dengan cik iena, menurut beliau sekali pam 7 Oz dan dalam sehari boleh dapat 21 oz
Antara gambar susu yang di kongsi dengan cik iena, menurut beliau sekali pam 7 Oz dan dalam sehari boleh dapat 21 oz



Khasiat Moeder Untuk Ibu selepas hamil @ menyusu bayi @ bayi menyusu
Rakan pejabat yang berkongsi cerita tentang cara tambah susu ibu :)
Bagus juga ada rakan pejabat yang baru melahirkan ni, sedikit sebanyak cik iena dapat juga belajar dari beliau. Menurut beliau lagi perbezaan anak pertama yang tidak mengamalkan Moeder berbanding anak kedua yang mengamalkan Moeder adalah anak kedua lahir berkulit cerah berbanding anak sulung.

Selain itu kandungan susu badan juga sangat berbeza diantara keduanya dimana semasa anak kedua kandungan susu badan lebih banyak :)

Beliau mengamalkan Moeder semasa sedang hamil dan semasa menyusu anak. Sehingga sekarang masih mengamalkan pengambilan Moeder.

Ehemm Tips-tips ini akan di guna pakai oleh cik iena jika cik iena dah berkahwin nanti dan anda juga boleh la gunakan tips ini. Jangan lupa share pada kawan-kawan ya.


Okay cik iena dah tau boleh kawen. Mohon masuk meminang ye Encik Pujaan Hati. Ehh ade ker? haha Encik Pujaan hati tak berapa nak gentle man kot hahahah.dah bagi hint pun tak nampak.. Lempang laju-laju baru tau lalalalla..Bertabah lah iena hahahaha

 Ehh tapi suami orang mohon jangan masuk meminang. Cik iena tak mau laki orang. Suami orang enggak mau dong. Kalau menaip blog malam-malam memang mengarut tambah lagi tengah tak sihat. Tapi Alhamdulillah la selepas 3 hari tidur awal sepanjang malam. Sakit berkurang dapatlah malam ni bersengkang mata siapkan artikel ini yang di publish pada jam 1.20 pagi. Mohon esok jangan bertambah tak sihat ya cik iena (^_~)




MOEDER
alaaa comelnya alesya. Okay cik iena mula la berangan nak buat birthday party anak macam ni. Padahal kawen pun belum haha




untuk Maklumat lanjut mengenai Moeder sila layari http://www.millennialgen.biz














iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Terima email yang menyatakan ada syarikat ingin daftar domain anda sebagai International Trademark Mereka


Baru-baru ini cik iena ada menerima email yang bertajuk "About " ienaeliena " Name Internationally"

di mana isinya adalah seperti berikut .

China Intellectual Property Rights



Dear President & CEO,


This is China Intellectual Property Rights, which mainly deal with Trademark, Copyright, Patent, Domain etc registration internationally. There are some things to confirm with you: we received an application from HK ZJ Industrial Ltd. They want to register " ienaeliena " as their International Trademark and some Domain(.asia/.cn//.hk/.jp/.tw/.in).


We checked and found the keyword is similar to your company's name. So we inform you to confirm whether you have any dispute about this registration. If NOT, then we can finish registering for them as per our duty. If this registration will affect and conflict your company internationally, you are in dispute. Please contact us by telephone or email within 10 workdays, so we can better handle the issue. Thanks for your cooperation.


All the best wishes for you!


Kevin Ren

International Department/Manager
China Intellectual Property Rights

Add:3/F,1st Building ZongFu Street No.47
Jinjiang District, ChengDu, China.
Post Code: 610000
Tel: +86 2887775008
Fax: +86 2862465008
Web: www.chinaiprr.com

Tidak dinafikan pada awalnya cik iena risau keana cik iena telah berblogging hampir 8 tahun. Siapa tak sayang domain oit.. Dengan domain ienaeliena lah iena dikenali.Cewahhh Puiii..
haha okay iena mohon serius.

Okay iena sambung cerita ya. Selepas cik iena baca cik iena reply tapi masa ni cik iena sibuk cik iena cuma reply apa yang terlintas . Cik iena cuma menyatakan cik iena telah berblogging selama hampir 8 tahun jadi cik iena nak kekalkan domain cik iena. Sekiranya pendaftaran trademark tidak menganggu blog tidak mengapa. Memandangkan domain ienaeliena.com cik iena dah renew dan tempoh tamat lama lagi dan cik iena tidak berhasrat untuk bertukar atau menjual domain.


Dengan itu mereka membalas




China Intellectual Property Rights




Dear Iena,

Thanks for your information. They do not want to register “ienaeliena.com“. They would like to register these domains and trademark that we have refered. We found that " ienaeliena" is your company's registered name, and you are the original owner, but there is no registered the name internationally. If you have business internationally, or in the future to enter international market. The registration may affect and confuse your company. So we inform you also that's reason why we sent email to you.

We have suggested they should choose another name to avoid this conflict but they insist on these name. But you should also know that international trademark and domains registration is open in China. They have right to apply for the available domain names. For this reason they is also licit applicant and we have no right to reject them. You only own the preferential rights to register the international trademark and these domains. P.S.If two or more companies apply for the same name. Our principle is the original name owner has priority registration. If no one uses priority, our principle is "who is first, who is the owner".

In addition, please inform us of your company's decision of this issue and whether you need to use your priority to register the international trademark and these domains. If your company do need to register them please inform us in time. Then we'll inform you how to use the priority to register these name. If your company don't need register the international trademark and these domains, then we can finish registering for the first guest as per our duty. Thank you for your understanding.


Best Regards,

Kevin Ren

International Department/Manager
China IPR
Add:3/F,1st Building ZongFu Street No.47,Jinjiang District, ChengDu, China.
Tel: (+86) 28 8777 5008|Fax: (+86) 28 6246 5008|Web: http://www.chinaiprr.com

Hishh kacau cik programmer jer tau. Makanya cik programmer pun mulakan sesi berjumpa Dr Google dan ternyatalah mereka ni penipu. Nak kita daftar dan akan tipu duit kita. Jadi kepada rakan blogger yang dapat. Anda tidak perlu reply email ini okay.

Okay di sini cik iena bagi link yang mengukuhkan apa yang cik iena cakap buat rujukan semua.




Hati-hati tau email dari kevin@chinaiprr.com

Antara email lain yang terlibat dalam penipuan ni

ICA Global Solutions (iglobal.org.cn)
CTI Authenticate Texch (cltd.cn.com)
UB Information Technology (ub-info.cn)
ENA IT Development Ltd. (ena-vdns.cn, ena-it.cn)
CDN Network Solutions (cdn-isp.cn)
Public Internet Registry (pir.asia, pircn.net)
TH Nic Co.,Ltd. (th-nl.cn, th-co.cn, th-ltd.cn)
MIP Internet Accreditation (mip-internet.cn)
CN YG Registry (cnygdns.com)
Sign Network Ltd. (sg-nic.cn)
YUGUDNS (yugudns.com)
Yugu Network (yugunetwork.com)
DT Data Technology (datatech.org.cn)
HK Top Level Domain Creating Limited (hkcreating.hk)
PT Information Services (pt-is.cn)
Nat Global Services Ltd. (natgs.org)
A&P (aps.cn.com)
TBS (tbs-net.cn, tbs-ltd.org)
AP Authentication (www.ap-cc.cn)
PT Information Services (www.pt-is.cn, pt-is.org)
Asia Registry (asiaregistry.org.cn)
DHS Web International (dhs-web.org)
Asian Domain Registration Institution (now.cn)
DN Net Property (dn-ltd.org)
YI GUAN (ygnetworks.org)
YIGUDNS (www.yigudns.com)
NTI Concept Service (ntics.org.cn)
Asian DNS Co. Ltd. (asian-dns.com)
Public DNS Data Center (pdnsdata.org)
China Intellectual Property Office (cn-ipr.asia)
Tika Management Registry Center (tika-global.com)
CN Intellectual Property Office (cn-ipr.asia, cn-ipr.net)
XS Solutions (asiandomaincentre.org)
IGN Domains (igndomains.co.uk)
D&H (dhservices.cn)
Professional IP Center Ltd. (pipcenter.org)
Dian Solver (ds-cn.org.cn)
DMF Domains (dmfdomains.com)
YIGUDNS (www.yigudns.com)
Reto Ltd. (ds-reto.org)
NowDigital Online Company (www.nowdigital.org.cn)
IPR Registration Office (iproffice.com)
PXTM International (px-tm.net, px-tm.com)
Green Domains (www.gd-domain.com)
NextNet Instution Co. (nextnet.org.cn)
DC Data Center (dc-data.org.cn)
HK TLD (hkipnet.org, http://www.tldnetwork.cn)
PCN Internet Services Center (pcn-dns.com)
Shanghai PIC International Limited (www.picinter.com, picicorp.net)
D&C (dc-digital.org)
HK IP (http://www.hkip.hk/)
D-NIC (d-nic.org)
PXWL International (pxwlcn.com)
CN Network Information Center (cnnetpro.com)
PEC Internet Service Provider Ltd. (pecisp.com)
DOS NIC Online Ltd. (dos-online.org)
China Intellectual Property Agent Office (www.ipr-china.net)
HONGKONG IP Network Limited (www.hkip.hk)
Institution for registration service in the People's Republic of China (dms-reg.org)
DMS Internet Registrar (dms-net.org)
W-Net Internet Communications (wnws.org)
Asian Brand Registration Service (www.ys-chinaidc.org)
Yiguan (www.yiguandns.com, yiguannetworks.com.cn, ygnetworks.cn, yiguandns.cn)
Hong Kong IP Network (hkipnet.com, hkip.hk)
China's Domain Name Registration Supplier (http://www.px-i.net)
China Registry (www.chinaregistry.com.cn, www.ygdns.com.cn, chinaregistry.org.cn, chinadomaincentre.com)
Registration Organization accredited by China Internet Network Information Center (www.professionalweb.asia, pdmgt.org)
GN Web Solution Center Ltd.
CNNET Solutions Ltd.
Pixi Network Information Center Ltd. (www.p-xi.net, px-i.net)
a specialized company for domain name registration and protection
Domain name registration and solution center in China
China Registry (Headquarters) (www.chinaregistry.com.cn, chinaregistry.org.cn)
Netregistry (www.netregistry.org.cn)
Network Solutions Service Company (http://www.cn-network.com, dot-network.asia, www.dot-network.asia, dot network asia, dot-network.org.cn, www.dot-network.org.cn, cn-nic.org, cn-network china, cn-network.org, cn-network )
China Domain Name Registration Center
Tik Company , Shanghai Tik Admin Registry (tik-public , tik-china.org , tik-public.org , tik public , tik public org , tik-china.org , tik-public.com)
DES Registry Services (des-services.org , des-registry.org.cn , des-registry.net.cn , des-registry.org, des-services.cn, Des Services China, des-registry, des-services.com.cn, www.des-services.org, www.des-registry.org, des services china )
China Registry (www.chinaregistry.org, chinaregistry.org)
Nus Network Center (www.nus-center.org, nus-center.org, nus-cn.org.cn)
Network Service Company which is the domain name registration center in Shanghai, China
Organization of trademark intellectual property protection in China (http://www.cn-network.com , www.cn-network.com, cm-nic.org, cn-network.com )
IPO - Intellectual Property Office (intellectualpropertyoffice.net)
Department of Asian Domain Registration Service in China ( dsa-web.org , dsa register china, dsa-register.cn, dsa-register.org.cn, www.dsa-register.org, dsa registration, dsa-register, dsa-register.org, dsaweb.org, dsa-register.com, )
Auditing department of a professional domain name registration and dispute solution organization in China (dot-network.com.cn)
Domain name registration and protection agency in Asia (gn-wsc.com.cn, gnwsc, gnwsc.bj.cn, gnwsc.org, gnwsc.org.cn)
domain name registration and solution center in China
The institution for registration service in the People's Republic of China
Registration Law Office
Asian Domain Registration Service in China ( des-services.net.cn , des-services.net, des-services.org.cn , dg-network.org , dg-network.org.cn , dus solutions china , www.dus-solutions.org, dus-solutions.org , dus-web.org.cn , dus-web.org , des-services.cn , dln center, des-registry.com.cn , des-registry.net.cn, dus solutions, dus-solutions.cn, des-registry.cn, dus-solutions, dus-web, dus-web.cn, dus-web.net.cn, www.dus-web.org, dus web, dus web org, dus web solutions, dus-solutions.com.cn, dus-web.com.cn, dus solutions org, asiatsnet.org, www.asiatsnet.org, dus-solutions.net.cn, thetswork.com, gnwsc.net.cn, gnwsc.cn, asiatswork , nus network center, nus-cn.org.cn, scnetchina, scnetchina.com, gn-wsc.org, www.gn-wsc.org, www.nets.org.cn, nets.org.cn, da-it.cn, daisl.org, daisl china, daisl.cn, www.daisl.org, diicl.org.cn, diicl.cn, diicl.org, diicl.org.cn, www.diicl.org,www.diorg.org )
China Domain Name Registration Center (yg registry , ygregistry , ygregistry.org , yg-registry , yg-registry, yg-registry.org, yg-registry.com, yg-registry.cn, yg registry china, www.yg-registry.com, www.ygregistry.cn, ygregistry.net, www.yg-registry.net, www.yg-registry.org, www.ygregistry.com, www.ygregistry.com.cn, www.ygregistry.com.cn, www.ygregistry.net, www.ygregistry.org, yg-registry.com.cn, yg-registry.net, ygregistry.cn, ygregistry.com, ygregistry.com.cn, ygregistryltd, www.ygregistryltd.com, www.yg-registry.cn, www.ygcompany.org, www.ygregistryltd.net )
The Department Of Registration Service in China (www.tik-public.org)
CN Network Solutions Ltd ( cn-network.net , cn-network.org, cnnetwork, cn network solutions, cn network.com, cn-network)
Asian Domain Registration Organization in China ( pxisp.net , http://www.pxisp.com , pxisp, pxisp.org, www.pcdomainname.net, www.proip.asia)
Department of Registration Service in China
Department of Registration Service in Asia (http://www.easyfa.org, Easyfa, easyfa.org, www.easyfa.org)
Department of Domain Registration Service in Asia
senior domain registrar in Hong Kong (www.hkipnet.com)
Network Solutions Service Company (http://www.cnnetpro.com, cnnetpro.com, cnnetpro)

Sebenarnya ada banyak lagi . Boleh refer  Hey! Got an Email from China Domain Name Registration Center, Asian Domain Registration Service In China, The Department Of Registration Service In China etc.?

Nota : ouh baru berangan nak jual 2.6 billion wakakakak... nasib lew kite cik programmer..cuma mula2 baca terkezut sebab x buat research. Tapi mmg tau la domaiin dia x blh amek pn. cik iena cuma tak pasti pasal trademark tu je.Sebab tu cuak haha..okay sekarang boleh sambung kerja .. BYEEEEEE




iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Cafe berkonsepkan Laundry di Suds And Lattes Mutiara Damansara


Suds And Lattes Cafe merupakan sebuah kafe yang boleh dikatakan unik dimana ianya menawarkan perkhidmatan kafe dan juga perkhidmatan Dobi. Menurut pemilik Suds And Lattes  Puan Zalina, idea perniagaan ini muncul apabila kebanyakan dari pelanggan yang datang bertanyakan mengenai minuman di sini.


Cafe berkonsepkan Laundry di Suds And Lattes Mutiara Damansara


Bermula dari situlah tercetusnya idea tentang perniagaan kafe berkonsepkan laundry ini . Para pelanggan yang menghantar baju untuk perkhidmatan dobi di sini boleh menikmati hidangan makanan dan minuman di kafe ini sementara menunggu untuk mengambil pakaian yang di hantar untuk perkhidmatan Dobi.


Cafe berkonsepkan Laundry di Suds And Lattes Mutiara Damansara
Cik iena bergambar bersama pemilik Suds and Lattes Cafe iaitu Puan Zalina. Terima kasih atas layanan yang baik dan hidangan yang menyelerakan


Cik iena pasti zaman sekarang agak ramai juga yang menggunakan perkhidmatan dobi kerana ianya dapat menjimatkan masa. Almaklum lah adakalanya kita sangat sibuk dengan rutin harian. Anda juga dapat luangkan masa bersama keluarga mahupun rakan semasa anda menunggu baju untuk perkhidmatan dobi anda.



Cafe berkonsepkan Laundry di Suds And Lattes Mutiara Damansara



Baru-baru ini cik iena berkesempatan untuk menghadiri majlis pembukaan rasmi Suds and Lattes yang bertempat di Mutiar Damansara. Majlis berlansung cukup meriah dengan di hadiri oleh para tetamu termasuk rakan serta tetamu jemputan dari rumah anak yatim.


Cafe berkonsepkan Laundry di Suds And Lattes Mutiara Damansara


Majlis ini di serikan lagi dengan kehadiran artis tanah air yang semakin meningkat nama iaitu Aiman Tino dan Sufian Suhaimi. Turut memeriahkan majlis selaku pengacara majlis yang sangat menghiburkan iaitu ikhwan Kool fm. Tidak lupa juga rakan-rakan blogger yang hadir sama untuk memeriahkan lagi majlis ini dan juga penulis Majalah Eh Malaysia Saudara  Muzammin Muzlan .

Untuk itu cik iena kongsikan gambar di sekitar majlis tersebut dan gambar makanan yang sempat cik iena ambil beserta video :)


Video Suds And Lattes Grand Openning



Grand Launching Suds And Lattes




Cik iena bersama Muzammin Muzlan senior fashion writer dari eh malaysia
Cik iena bersama Muzammin Muzlan senior fashion writer dari eh malaysia

Grand Launching Suds And Lattes



cik iena bersama Aiman Tino
cik iena bersama Aiman Tino


Grand Launching Suds And Lattes


Grand Launching Suds And Lattes

Grand Launching Suds And Lattes

Grand Launching Suds And Lattes

Grand Launching Suds And Lattes

Grand Launching Suds And Lattes


 




Menu-Menu di Suds And Lattes 




carbonara
carbonara



Pasto with beef
Pasto with beef





Beef Taco Burger
Beef Taco Burger

Eggs Benedict
Eggs Benedict

taco
taco




Lingon Berry Sandwich
Lingon Berry Sandwich

Turkey Lingon Berry Sandwich
Turkey Lingon Berry Sandwich


 Wahh, menarik kan menu dia. Untuk pengetahuan semua ini hanya sebahagian menu-menu yang ada di sini. Terdapat banyak lagi menu menarik termasuk menu-menu dessert yang istimewa. Di fahamkan juga di sini ada di jual puding jagung yang dikatakan menggunakan resepi turun temurun dari keluarga selaku pemilik Suds and lattes.


SUASANA DI SUDS AND LATTES CAFE

Cafe berkonsepkan Laundry di Suds And Lattes Mutiara Damansara
foto kredit kepada http://www.eatdrink.my

Cafe berkonsepkan Laundry di Suds And Lattes Mutiara Damansara
foto kredit kepada http://www.eatdrink.my

Cafe berkonsepkan Laundry di Suds And Lattes Mutiara Damansara
foto kredit kepada http://www.eatdrink.my

Cafe berkonsepkan Laundry di Suds And Lattes Mutiara Damansara
foto kredit kepada http://www.eatdrink.my

Untuk Maklumat Lanjut Layari


Facebook : https://web.facebook.com/sudsandlattes/


Alamat: 3-1, Jalan PJU 7/7A, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Hours: Selasa-Ahad, 10am-10pm.
Tel: +603 7732 1771





iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita



Sebagai wanita, terutama yang sudah berumah tangga kita memerlukan tenaga yang lebih untuk menjalankan kerja-kerja harian dalam mengurus keluarga khususnya. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis produk yang terdapat di pasaran bagi membantu golongan-golongan wanita untuk kekal aktif bertenaga .
 
 
Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita


Di sini cik iena ingin berkongsi kepada rakan pembaca sekalian mengenai satu produk minuman kesihatan yang telah cik iena cuba selama lebih kurang seminggu iaitu HARUM MALAM. Untuk pengetahuan produk ini bukan sahaja untuk wanita yang telah berumahtangga malahan ianya amat sesuai buat wanita yang belum mendirikan rumah tangga khususnya buat wanita-wanita bekerjaya yang sangat sibuk dalam urusan hariannya.







Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita
Jika sebelum ini cik iena hanya melihat housemate mengamalkan produk ini sehingga muncul tanda tanya mengapakah rakan cik iena mengamalkan HARUM MALAM sedangkan apa yang cik iena ketahui ianya khusus buat wanita yang sudah berkahwin sedangkan beliau masih bujang sama seperti cik iena. 
 
 
Disebabkan itu cik iena mula bertanya dan berminat untuk mencuba kerana mengikut kata rakan cik iena beliau mengamalkan HARUM MALAM untuk kekal bertenaga di siang hari walaupun adakalanya beliau tidur lewat dan ianya amat sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah bau badan.


Disebabkan cik iena tertarik dengan fungsi nya yang memberi tenaga walaupun adakalanya tidur lewat malam cik iena tertarik untuk mencuba kerana cik iena sememangnya sangat sibuk dan seringkali tidur lewat. Boleh dikatakan hampir setiap hari cik iena kurang tidur sehingga cik iena mengantuk teruk di pejabat dan menyebabkan cik iena terpaksa mengamambil minuman berkafein bagi mengurangkan rasa mengantuk tersebut.

Alhamdulillah selepas mencuba cik iena rasa bertenaga


Baiklah untuk itu cik iena kongsikan lebih lengkap mengenai Produk HARUM MALAM ini.



Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita

 
 

Bagaimana rasa Harum Malam ?


Ini pasti persoalan yang timbul dalam fikiran anda yang masih belum mencuba. Kalau yang susah nak makan ubat tu pun tidak perlu risau kerana rasanya memang sedap. Rasa madu, manis sedap. Cara pengambilannya juga mudah. Dua Sudu makan sehari sebelum sarapan.







Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita




Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita

Harum Malam diformulasi dengan ekstrak ros yang sememangnya bagus untuk menangani masalah
bau badan. Harum Malam ini sebenarnya supplement khusus untuk kaum wanita. Supplemen yang
dapat membantu menyihatkan dan mencegah bau badan. Bukan itu saja, malah dapat merawat
masalah seperti keputihan, gatal² vagina, mengetatkan vagina, hilang hanyir haid dan lain² lagi.
Harum Malam bukan untuk wanita yang sudah berkahwin sahaja tetapi sesuai juga untuk anak dara.
Boleh di ambil setiap hari walaupun period, dalam pantang dan menyusu bayi. Untuk wanita yang
preggy (pregnant) tidak digalakkan untuk consume sebab takut akan mengalami kesukaran bersalin
(sempit)


Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita



Golongan yang sesuai ambil minuman kesihatan Harum Malam:


✔ Wanita Berkahwin
✔ Anak Dara
✔ Wanita Berpantang
✔ Sesuai untuk yang menyusukan anak
✔ Sesuai untuk usia 50 tahun ke atas


Kelebihan dan khasiat minuman kesihatan Harum Malam:


✔ Membantu menyegar dan menyihatkan badan.
✔ Mencantikkan dan menaikkan seri wajah.
✔ Membantu menghilangkan bau badan dan mulut.
✔ Melegakan panas badan.
✔ Menegangkan payudara.
✔ Memulihkan rasa rapat.
✔ Mengencang otot kewanitaan.
✔ Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
✔ Menambah keharmonian suami isteri.
✔ Menyihatkan rahim.
✔ Mencantikkan payudara agar sihat dan montok.
✔ Bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
✔ Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
✔ Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
✔ Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
✔ Mengurangkan tekanan dan tension
✔ Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan





Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita

Cara pengambilan:


Pagi : 1 sudu sebelum sarapan
Malam : 1 sudu sebelum tidur

*boleh diminum terus
*Pastikan guna sudu plastik kerana Harum Malam mengandungi madu,dikhuatiri kalau guna sudu
besi akan hilang khasiatnya.boleh simpan dalam peti sejuk .Produk Harum Malam Halal dan lebih 7
tahun dalam pasaran

Kandungan:

Ekstrak Ros, Sirih, Buah Tin, Kismis, Madu, Goji, Limau Purut, Kayu Serapat, Buah Delima, Manjakani,
Pueraria Lobata, Pueraria Mirifica, strawberry, senna.
100% ramuan asli
Isipadu : 250 ml
Berat : 580 gram

Pantang Larang Harum Malam:


– Elakkan minuman berais
– Ibu mengandung tidak dibenarkan
– Minum ikut sukatan yang dibenarkan sahaja ( Tidak digalakkan mengambil lebih dari sukatan )
– Untuk kesan yang maksimum,amalkan setiap hari.


Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita


Kenalpasti Label Keselamatan Harum Malam




Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita


Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita


3 Langkah Mudah Mengenalpasti Label Asli Harum Malam

 Produk berkualiti biasanya akan diciplak. Jadi, lakukan 3 langkah mudah seperti di bawah untuk memastikan anda telah membeli Harum Malam yang original.




KANDUNGAN & KHASIAT DI DALAM HARUM MALAM



Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita




Ekstrak bunga ros


Ekstrak bunga ros sememangnya berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori
dan mengawal kulit yang berminyak. Hasilnya kulit tampak lebih berseri, halus dan segar. Di samping itu juga, ia mampu mengatasi masalah kitaran haid yg tidak teratur di samping meredakan
senggugut yang sering dialami oleh kaum wanita ketika haid.

Antara khasiat lain:-

•    Menenangkan ketegangan saraf dan emosi
•    Memberi kesan penyejukan pada badan
•    Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen(awet muda)
•    Membantu proses penghadaman
•    Mengandungi vitamin A, B3, C, D dan E
•    Merawat cirit birit
•    Menghilangkan keletihan

Sirih


Daun sirih merupakan jenis tanaman yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan, salah satunya
adalah untuk mengatasi masalah kewanitaan.
Manfaat daun sirih untuk mengatasi berbagai masalah kewanitaan sudah dikenali sejak
zaman dahulu, bahkan pada jaman kerajaan pun sudah di gunakan oleh para isteri raja-raja.

Di dalam kandungan yang terdapat pada daun sirih sangat bermanfaat dalam mengatasi
masalah kewanitaan karena mengandung minyak atsiri yang berasal dari kandungan betlephenol,
seskuiterpen,pati, diastase, gula, zat samak, antioksida, funsida dan kavikol yang memiliki
kemampuan dalam membunuh kuman penyebab masalah kewanitaan. Selain itu, daun sirih juga
mengandungi antiseptic, antioksidan yang berguna dalam mengatasi keputihan, gatal-gatal dan bau
tak sedap.

Buah tin


Juga dikenali sebagai Buah Ara. Kaya dengan serat, kalsium, omega 3, omega 6 dan kalium yang
berupaya menstabilkan tekanan darah, merawat jerawat, pigmentasi kulit (skin pigmentation),
mencegah serangan jantung koroner, meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengurangkan
kolesterol kerana ianya mengandungi kandungan yang hampir penuh dengan vitamin A,B,C, dan
rendah dengan kalori di samping menyihatkan lagi kulit.
Tin penuh dengan serat pemakanan (dietary fiber) dan sumber yang kaya dengan
magnesium begitu juga potassium, mengandungi enzim penghadaman yang penting untuk diet:
Protin, karbohidrat dan lemak.

Kismis


Merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal
dan mental pemakannya. Mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6 serta folat yg
berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, mengekalkan tekanan
darah, membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan,membantu
penukaran karbohidrat kepada tenaga serta membentuk sel-sel darah merah dan penting dalam
peredaran darah ke seluruh tubuh. Kismis juga membekalkan tenaga yang seimbang selain
meningkatkan daya tumpuan serta ingatan.


Khasiat dan Kegunaan Kismis:

•    Melindungi hati
•    Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi condition seperti varicose veins, bengkak, lebam
(bruise) dan kabur pandangan).
•    Melawaskan pembuangan air besar.
•    Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
•    Membantu kecerdasan otak bayi dan meningkatkan memori (tradisi perubatan Islam).
•    Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.

Madu


Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga, madu merupakan
sumber tenaga, stamina dan pemulih tenaga untuk badan kita selain berfungsi sebagai glukosa
untuk menggantikan karbohidrat. Ia juga mampu membasmi bakteria,merawat dan memulihkan
luka. Selain itu,madu yg bersifat antioksida dan antibakteria ini turut berperanan melembutkan kulit
dan menghasilkan tona wajah yang sekata selain mengurangkan jerawat, menyembuhkan luka
dengan memudarkan parut dan menyihatkan tubuh badan.

Khasiat lain madu:-

•    Menambahkan tenaga saat hamil dan saat melahirkan
•    Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
•    Mencegah dari berbagai macam penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat
membunuh kuman-kuman cahaya mata.
•    Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
•    Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu
•    asli.

Goji


Khasiat lain iaitu Beri goji. Ramuan ini kaya dengan nutrient yang mampu menukar makanan kepada
tenaga dan bukannya lemak. Seperti contoh,B1 (Thiamin) yang terkandung dalam beri Goji penting
untuk menukar karbohidrat kepada tenaga. Kalsium pula menurunkan kadar lemak dalam tubuh. Manakala asid Amino L-Glutamine dalam beri Goji dapat meningkatkan pembuatan tisu otot tanpa lemak.

Buah beri goji mampu meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila
melawan penyakit selain menjadikan anda rasa dan kelihatan muda kerana Goji merangsang
rembesan HGH (Hormon Pertumbuhan Manusia), "hormon remaja". Selain itu, buah beri goji dapat
mengekalkan tekanan darah yang sihat, mengurangkan risiko kanser, meningkatkan fungsi seksual
dan merawat masalah seksual, meningkatkan kesuburan serta membantu mengurangkan masalah
berat badan.

Limau purut


Di samping berupaya membasmi bau badan, limau purut kaya dengan asid sitrik yg bersifat
antioksida. Mengandungi bahan aktif berubat seperti anti hysteria, anti tumor, pencuci asli, anti
septic, anti bacteria dan membantu mengekalkan kelembapan kulit serta meneutralkan radikal
bebas akibat pencemaran bahan kimia yang merbahaya kepada tubuh badan. Limau purut juga
mampu merawat luka, lebam dan kesan gigitan serangga, di samping melancarkan peredaran darah
sekaligus memelihara kesihatan organ dalaman.
Selain itu, limau purut dapat membantu merendahkan paras kolesterol dalam darah,
membantu melambatkan proses penuaan dan membantu mengatasi PMS (pra menstrual simptom)
serta meningkatkan sistem imun tubuh.

Kayu Serapat



Herba Kayu Serapat atau nama saintifiknya Paramaria Leavigata merupakan herba terbaik untuk
disyorkan kepada setiap wanita. Ia bermanfaat untuk mengembalikan faraj yang ‘longgar’ supaya
kembali cantik seperti anak dara. Akar serapat juga membantu mengukuhkan otot dan sendi, di
samping mengatasi kekejangan otot rahim dan kelesuan ketika haid. Herba ini mampu melancarkan peredaran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar
oksigen bagi kesihatan dan fungsi organ sekaligus meningkatkan tahap kesihatan wanita. Khasiat
yang terdapat dalam akar serapat juga mampu memperbaiki menegangkan payudara yang kendur
kembali anjal dan tegang.

Buah Delima


Buah delima mengandungi antioksidan yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kandungan
antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah.
Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren
kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan
radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.

Kandungan gula dalam buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk
menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu. Buah delima
boleh melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu pengembalian sel kulit, menolong
perbentukan semula tisu-tisu badan, penyembuhkan luka-luka dan memperbanyakkan peredaran
darah ke kulit. Bagi wanita yang berusia ianya dapat mengelakkan daripada hyper pigmentation,
bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh
pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.

Manjakani


Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin
(terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Unsur astringen dalam
manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.
Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang
mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj. Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan
lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa. Khasiat tannin yang terdapat di
dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan
faraj menjadi sempit semula.

Pueraria Lobata


Kudzu sering digunakan dalam perubatan tradisional di China dan Jepun sejak beribu-ribu tahun
untuk mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi.migrain serta
menentang jangkitan bakteria dan meredakan sakit pada bahagian bahu dan leher. Herba ini juga
mengandungi flavonoid yang bertindak melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus
menggalakkan fungsi organ. Khasiat fitoestrogen yang tinggi di dalam tumbuhan tersebut membantu
meningkatkan kadar penghasilan hormon estrogen dalam tubuh wanita.

Pueraria Mirifica.


Pueraria Mirifica adalah satu herba yang berasal daripada Thailand, di mana ianya dikenali sebagai
“White Kwaaw Krau”. Ianya termasuk dalam keluarga Leguminosa, sub-keluarga Papilionoda
(keluarga kacang soya, kacang dan kacang pea)

Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan
berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba
semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara.

Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam
merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan
pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon Phytoestrogens mempunyai
manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah
pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen
sekitar tisu-tisu payudara. Hasilnya, payudara akan menjadi bertambah besar dan bertambah anjal
dan mantap.

Harum Malam Minuman Kesihatan Wanita



Menarik bukan. Banyak betul khasiat yang boleeh di dapati di dalam HArum Malam ni. Jadi anda seharusnya cuba sendiri dan rasai sendiri kebaikan dan kelebihannya. Kesan pada setiap individu mungkin berbeza jadi tidak salah untuk anda mencuba bagi menjaga kesihatan dalaman anda khususnya buat wanita yang telah berumahtangga.



Maklumat lanjut mengenai Harum Malam sila layari http://www.millennialgen.biz











iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve