Grab The Promo
Grab The Promo

PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY


PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY


Ini merupakan kali ke tiga cik iena menikmati keenakan Dolly Dim Sum, Jika sebelum ini cik iena pernah ke Dolly DIm Sum Pavillion untuk promosi tahun baru cina, kali ini pula cik iena berkesempatan ke Dolly Dim Sum Nu Sentral Buat kali ketiga untuk promosi ramadhan pula.
Selepas dua kali kunjungan cik iena ke Dolly Dim Sum terdapat beberapa menu yang menjadi kesukaan cik iena antaranya adalah Dolly Moza Rolls , Siew Mai Dumpling, Har Gau Dumpling, BBQ Chicken Cheong Fun, Stir-fried Chicken in Dolly Special Sauce Topped with Green Mango, Stir-Fried Broccoli with scallop, Manggo Delight, Spicy Szechuan dumpling, Three Treasure Crab-filled Parcels Served with Special Scallop Sauce dan dupling with thai sauce.



PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY


Wah banyak nye yang cik iena suka. Ini merupakan antara yang cik iena pernah cuba. Yang lain yang belum pernah cuba tu pun mesti sedap juga :)
Baiklah sempena bulan ramadhan ni cik iena nak kongsikan promosi Doly Dim Sum bersempena ramadhan 2017 .

PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY


Untuk pengetahuan terdapat dua set berbuka puasa yg ditawarkan iaitu Set melur yg berharga RM 63++ per pax(for 6 pax) dan Set Orkid yg berharga RM73++ per pax(for 6 pax)

 Set melur yg berharga RM 63++ per pax(for 6 pax)
Set melur yg berharga RM 63++ per pax(for 6 pax)

Set Orkid yg berharga RM73++ per pax(for 6 pax)
Set Orkid yg berharga RM73++ per pax(for 6 pax)

Promosi bermula 26 mei 2017 sehingga 24 june 2017.

Istimewa buat anda yang berbelanja melebihi RM150 di dalam 1 resit anda layak untuk mendapatkan diskaun sebanyak 10% untuk next visit.
.
Promosi ini sah untuk ketiga2 outlet iaitu Nu Sentral, Avenue K dan Pavilion Elite.
Untuk pengetahuan anda lagi ice lemon tea, sirap bandung, kurma dan kuih muih adalah free flow. Bermakna anda boleh tambah secara percuma :)

Menarikkan promosi ni. Kepada penggemar Dolly Dim Sum jangan lepaskan peluan ini ok. Kebiasaannya jika makan di Dolly Dim Sum anggaran untuk seorang makan dalam RM100++. Haa promosi ni RM 63 dan Rm73 je. Jadi Jangan lepaskan peluang keemasan ini ok :)


PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
BERSAMA PEMILIK DOLLY DIM SUM DAN RAKAN BLOGGER UNTUK PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY

Secara keseluruhan Dolly Dim Sum sememangnya dapat menambat citarasa cik iena. Sebelum ini cik iena bukan lah penggemar Dim Sum tetapi selepas pertama kali menjejakkan kaki di Dolly Dim Sum Pavillion cik iena semakin menggemari dim sum.
Cik iena da mula menerima jemputan untuk review dim sum di hotel dan juga restoran.

DOLLY DIM SUM , DIM SUM SEDAP DI KUALA LUMPUR


Selepas beberapa hari mencuba menu ramadhan ini cik iena juga ada membawa puan ibunda serta adik ke Dolly Dim Sum Avenue k dan juga rakan pejabat ke Dolly Dim Sum Nu Sentral.Puan ibunda juga menyukai dolly dim sum sama seperti cik iena. Tidak lupa juga rakan-rakan yang cik iena bawa. Nanti cik iena akan kongsi dua artikel lagi cik iena makan di Dolly dim sum bersama keluarga dan rakan.

Begitu lah cik iena, Bila dah mula suka jika berkesempatan mesti cik iena akan datang cuma sekarang almaklumlah cik iena sering memenuhi jemputan event jadi masa yang ada sangat limited.

Cik iena sememangnya gemar mengunjungi restoran yang pernah cik iena review jika cik iena sangat menggemari masakan tersebut. Tapi kebelakangan ini sejak carpool pergi kerja bersama rakan pejabat. Beliau merupakan seorang yang suka mencuba masakan berlainan tempat. Boleh dikatakan hari-hari kami makan malam di tempat berbeza cuma buat masa ini cik iena tiada masa untuk kongsi di blog. Cik iena ambil gambar cuma tak sempat menulis artikel :)

Insya Allah jika ada masa cik iena akan kongsikan. Semakin montel lah cik iena asyik makan je. Bukan sahaja makan jemputan review. Makan malam setiap hari pun di tempat berbeza . Untung juga dapat kawan suka mencuba makanan-makanan dari kedai berlainan. Boleh tau tempat mana yang sedap dan tidak.

Okay panjang pula cik iena bercerita, jom cik iena kongsikan gambar hidangan makanan yang cik iena makan tempohari. CIk iena makan set  Orkid yang  berharga RM73++ per



PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Yam Croquette


PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Har Gau Dumpling juga merupakan salah satu menu kegemaran cik iena
  




PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
BBQ Chicken Cheong Fun merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena




PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Dolly Moza Rolls merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena




PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Siew Mai Dumpling merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena




PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Stir Fried Broccoli With Scallop merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena




PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Royal Golden Fried Rice



PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
kuih muih untuk pencuci mulut

PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
manggo pomelo delight merupakan salah satu menu desert kegemaran cik iena



PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
Egg Custard Bun merupakan Salah satu menu kegemaran cik iena

BERSAMA PEMILIK DOLLY DIM SUM DAN RAKAN BLOGGER UNTUK PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY
BERSAMA PEMILIK DOLLY DIM SUM DAN RAKAN BLOGGER UNTUK PROMOSI RAMADHAN BERBUKA PUASA WITH DOLLY



Terima Kasih Atas Jemputan.


Okay kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang ini ok. Murah tau.
Baiklah promosi di atas sah untuk ketiga-tiga outlet Dolly Dim Sum


CAWANGAN-CAWANGAN DOLLY DIM SUM


Dolly Dim Sum Avenue K
Masa: 11.00am – 10.00pm

Alamat: Lot G9 Ground Floor, Avenue K, 156 Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia (berhadapan KLCC)
Nombor Telefon: (+603) 2181 3830

Dolly Dim Sum Nu Sentral
Masa: 11.00am – 10.00pm

Alamat: LG, 43 NU Sentral No. 201 Jalan Tun Sambathan, 50470 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon: (+603) 2273 1450

Dolly Dim Sum Pavilion 
Isnin hingga jumaat : 
Masa: 11.00am – 10.00pm
Sabtu Hingga Ahad
Masa: 10.30am – 10.00pm
L1, 1.102.00 Pavilion Elite, 168 Jalan Bukit Bintang,
Bukit bintang  , 55100 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: (+603)  2110 5019

Email : dollydimsum@gmail.com







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj



Aidilfitri menjelang tiba , pasti anda sibuk menyediakan persiapan raya . Begitu juga dengan cik iena. Baju Raya merupakan antara  perkara penting untuk persiapan Aidilfitri lagi-lagi buat yang sudah bekeluarga.Disini cik iena ingin mencadangkan salah satu tempat yang boleh anda dapatkan koleksi baju raya yang cantik.

Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj



Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj


Cik iena merupakan salah seorang peminat kebaya.Cik iena sememangnya menggemari baju kebaya berfashion sejak kecil lagi. Cik iena juga pernah menjahit sendiri baju kebaya moden yang di reka sendiri oleh cik iena.Cuma sekarang cik iena dah terlalu lama meninggalkanesin jahit jadi sekarang cik iena terpaksa beli siap sahaja.


Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj


Di Cahaya taj terdapat pelbagai koleksi baju kebaya yang menarik dan yang istimewanya adalah kebaya di sini didatangkan sekali beserta brooch atau keronsang.Jadi kita tidak perlu tercari-cari dan beli di kedai yang berasingan.
Sebelum cik iena kongsi gambar koleksi yang ada di Cahaya Taj cik iena ceritakan serba sedikit mengenai Cahaya Taj

Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj

Butik CahayaTaj


Butik CahayaTaj mula beroperasi pada 05 Mei 2015 bertempat di  Melaka . Cahaya Taj Boutique mengangkat pakaian Muslimah sebagai pakaian Utama sebagai usaha mempelbagaikan lagi Design-design yang boleh meperlihatkan kejelitaan wanita-wanita di luar sana. 

Mengapa Cahaya Taj di Melaka? 

Antara faktor yang menyebabkan pembukaan Butik Cahaya Taj di Melaka adalah :-
1) Melaka merupakan tempat tumpuan para pelancong 
2) Terdapat institusi-institusi pengajian tinggi yang terdapat disini. 
   Jadi tidak hairanlah terlalu ramai golongan wanita yang berada di Melaka. 


Apa yang menarik  mengenai CahayaTaj butik adalah mereka sentiasa menampilkan rekaan terbaru pada setiap 3 bulan. Jadi para pengikut setia mereka tidak menunggu lama untuk memiliki koleksi rekaan terbaru dari butik Cahaya Taj.



Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj
bergambar bersama rakan blogger di booth cahaya taj bazar paknil

Usahasama bersama Designer pakaian dari Universiti Lim Kok Wing 

Selain itu CahayaTaj Butik sangat menitikberatkan soal kualiti, rekaan & jahitan. Oleh itu mereka  hanya mengambil hasil rekaan terbaik dan menjual dengan harga yang mampu milik dimana mereka  juga mengadakan usahasama bersama designer pakaian dari Universiti Lim Kok Wing dan institusi institusi pengajian swasta yang lain. 
Maka tidak hairanlah design baju  dari cahaya taj cantik-cantik terutama kebaya. Jahitan juga kemas dan kualiti kain yang bagus pada harga mampu milik.




Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj
sambil tengok koleksi terkini kita selfie :)



Material  diimport dari Korea, china dan Indonesia

Material kain pakaian yang dijenamakan di atas CahayaTaj Butik kesemuanya diimport dari Korea, china dan Indonesia . Dengan kualiti kain yang terbaik serta  gabungan diantara  pereka yang terbaik dari Universiti Lim Kok Wing dan institusi institusi pengajian swasta yang lain ianya menjadi satu kabolarisasi sempurna dalam penjenamaan Pakaian Muslimah CahayaTaj Butik. 
Untuk makluman CahayaTaj butik tidak hanya menumpukan kepada jualan onlinesahaja, rekaan Cahaya Taj juga boleh didapati di Butik lain hasil kerjasama bersama Vendville Johor Bahru yang berada di nong chik, johor bahru. Selain itu mereka juga tidak ketinggalan mengikuti jelajah keseluruh Malaysia bersama Mood Republik,Eh Eh Bazaar serta organisasi fashion yang lain.

Jualan Hari Raya Aidilfitri Cahaya Taj


Bersempena Raya pada 2017 ini, CahayaTaj butik  telah mengeluarkan koleksi-koleksi pakaian muslimah terbaru . Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi-koleksi terbaru Cahaya Taj dengan walk-in di :-
  1. Bazaar di KipMall Bangi Sentral
  2. Mood Republik Raya
  3. Vendville Johor Bahru,
  4. Bazaar Jalan Hang Tuah Melaka 
  5. Bazaar Klebang Melaka. 
Selain itu pembelian Secara online pula boleh di beli di website kami www.cahayataj.my di  instagram serta facebook Cahaya Taj.

Koleksi Terkini Cahaya Taj

Okay di sini cik iena ingin kongsikan design terkini yang cik iena suka

Iris Kebaya Peplum 

Iris Kebaya Peplum

Iris Kebaya Peplum


Iris Kebaya Peplum direka khas bagi peminat yang menyukai baju kebaya dan baju peplum. Ia terhasil daripada gabungan dua jenis baju yang berbeza menjadi satu design yang baharu. Rekaannya exclusive dan elegant


 PEPLUM LABUH – ORKED

PEPLUM LABUH – ORKED

PEPLUM LABUH – ORKED




Peplum Labuh Orked direka khas bagi peminat yang menyukai baju peplum tetapi dalam keadaan labuh dari kebiassan peplum yang ada.Rekaannya exclusive dan elegant

 BAJU KURUNG RIAU – HAWA



BAJU KURUNG RIAU – HAWA
BAJU KURUNG RIAU – HAWA
Baju kurung riau Hawa direka khas bagi peminat yang menyukai baju kurung Pahang. Ia sesuai dipakai untuk semua golongan umur. Rekaannya yang ringkas dan elegant

Serra Kebaya Labuh

Serra Kebaya Labuh
Serra Kebaya Labuh
Serra Kebaya Labuh direka khas bagi peminat yang menyukai baju kebaya panjang. Didatang khas dengan kerongsang tradisional. Rekaannya yang ringkas, elegant dan classic.


Terdapat banyak lagi design yang menarik , anda boleh rujuk website Cahaya Taj iaitu : www.cahayataj.my

Jualan Penghabisan Stock Cahaya Taj

Selain koleksi terkini, Cahaya Taj juga mengadakan jualan penghabisan Stoc bagi koleksi :-

  1. Lady Dee
  2. Ezzah
  3. Azalea
  4. Khylla

Jualan Penghabisan Stock Cahaya Taj

Okay di sini juga cik iena ingin kongsikan gambar cik iena menggayakan dua koleksi dari Cahaya Taj
 Maaf cik iena tak ingat nama koleksi ni, Kalau tak silap koleksi ini telah habis terjual :)


Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj



Kebaya Cantik Pada Harga Mampu Milik di Cahaya Taj


Yang ini pula Koleksi Iris Kebaya Peplum, kebaya ni sangat cantik. Pertma kali cik iena nampak cik iena terus jatuh cinta. Kualiti kain yang cantik, jahitan yang kemas serta tidak ketat. Sangat sesuai untuk muslimah. Untuk pengetahuan kebaya ini di datangkan sekali dengan brooch. Jadi anda tidak perlu lagi membeli brooch untuk baju kebaya ni. Tak perlu susah-susah lagi :)


Koleksi Iris Kebaya Peplum


Cantikkan, nampak klasik sangat baju ni. Klasik yang dimodenkan dengan design peplum.
Nanti kalau cik iena pakai baju ni lagi cik iena share lagi di social media cik iena ya 
(^_~)


Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :-

Website : www.cahayataj.my
Facebook : CahayaTaj
Instagram :  @cahayataj.my
Alamat HQ : NO.10, JALAN BBP 1, TAMAN BUKIT BERUANG PERMAI, 
                  75450, BUKIT BERUANG, MELAKA


Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing


Istimewa buat penggemar daging kambing, kini anda boleh nikmati kambing grill pelbagai rasa  di Ngences Giga yang terletak berhampiran Aeon AU2 Setiawangsa.  Terdapat 4 Jenis perapan daging kambing yang di sajikan di Ngences Giga.

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing

Ngences Giga Steamboat  and Grill

 

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing


Ngences Giga  merupakan sebuah restoran yang menawarkan hidangan steamboad dan grill yang mana ianya memfokuskan kepada hidangan kambing grill. Kebiasannya restoran steamboat menawarkan aneka makanan laut berbeza dengan Ngences Giga

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing


Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing


Ngences Giga ini sememangnya sangat sesuai buat anda penggemar daging kambing. Anda sendiri sedia maklum bahawa daging kambing kebiasaannya adalah mahal. Di Ngences Giga anda boleh menikmati hidangan kambing grill yang pelbagai sehinggalah anda puas hati.

Kebiasaannya restoran yang menawarkan makanan steamboat and grill hanya akan meletakkan satu jenis kambing sahaja untuk dinikmati pelanggan. Berbeza dengan Ngences Giga terdapat 4 jenis perapan daging kambing untuk di Grill buat peminat daging kambing khususnya.

Antara perapan yang ada adalah Garlicano, Blackpaper, papricano dan Gingeria. Okay jom cik iena tunjukkan gambar daging kambing yang di perap enak dengan 4 perapan istimewa. Tengok pada gambar pun boleh buat terliur :)

Ngences Giga Kambing Blackpaper

Ngences Giga Kambing Blackpaper
Ngences Giga Kambing Blackpaper


Ngences Giga Kambing Blackpaper
Ngences Giga Kambing Blackpaper




 Ngences Giga Kambing Gingeria




 Ngences Giga Kambing Gingeria
 Ngences Giga Kambing Gingeria

 Ngences Giga Kambing Gingeria
 Ngences Giga Kambing Gingeria


Ngences Giga Kambing Papricano


Ngences Giga Kambing Papricano
Ngences Giga Kambing Papricano




Ngences Giga Kambing Papricano
Ngences Giga Kambing Papricano



Ngences Giga Kambing Garlicano


Ngences Giga Kambing Garlicano
Ngences Giga Kambing Garlicano







 Menarikkan gambar perapan daging kambing ni, boleh dikatakan sentiasa habis dan ianya akan di refill. Tapi lambat sikit sahaja pasti tinggal sikit atau habis. Jadi dengan itu amat sukar bagi cik iena untuk dapatkan gambar dalam kuantiti yang banyak .


Selain dari daging kambing, ngences giga ini pastinya ada menu steamboat and grill  yang lain seperti daging lembu, daging ayam, bebola-bebola ikan, bebola-bebola ayam dan segala macam berbola beserta pelbagai variasi dim sum. Nasi lemak juga ada di hidangkan di sini. Cuma di Ngences Giga tiada di hidangkan seafoods atau makanan laut kerana Ngences Giga mengutamakan kepada hidangan daging kambing yang pelbagai.




Video Review di Ngences Giga







Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing
bersama rakan blogger kuat makan seperti cik iena dan juga pemilik Ngences Giga

Gambar-gambar lain di Ngences Giga


Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing


Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing


Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing


Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing


Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing

Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing



Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing



Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing



Wokies menarik bukan, anda boleh nikmati daging kambing sepuasnya hanya pada satu harga.

Untuk pengetahuan anda juga ruang niaga Ngences Giga ini sangat besar dan selesa. Jadi ianya sangat sesuai untuk anda membawa rakan-rakan serta keluarga malahan boleh juga di adakan mini reunion bersama rakan-rakan anda.


 Harga Ngences Giga Steamboat and Grill Setiawangsa



RM29.90 (Dewasa)
RM16.00 (Kanak-kanak berumur 6-10 Tahun)

Sempena Bulan Ramadhan pula harga di Ngences Giga termasuk buffet

RM40 (Dewasa)
RM16.00 (Kanak-kanak berumur 6-10 Tahun)

Untuk pengetahuan semua harga buffet yang di tawarkan adalah untuk makanan sahaja. Minuman akan dikenakan caj yang berlainan
(^_~)

Jika anda adalah peminat kambing harga yang ditawarkan adalah berbaloi kerana seperti yang kita sedia maklum daging kambing lebih mahal dari daging  lembu dan sebagainya.



Kambing Grill Free Flow di Ngences Giga Buat Penggemar Kambing

 Untuk Maklumat lanjut sila layari :-


Faceboook Ngences Giga

facebook.com/RestoranNgences

Instagram Ngences Giga

instagram.com/ngencesgiga

Untuk sebarang tempahan sila hubungi

011 2668 5187

Alamat Restoran Ngences Giga

No.21, Jalan 24/56 , Setawangsa ,
54200 Kuala Lumpur, Malaysia.
google Maps : Ngences Giga






iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve