Bata merupakan sebuah Jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Boleh dikatakan ianya dikenali oleh ramai gologan masyarakat malaysia sejak dari kecil lagi.
Pada zaman persekolahan cik iena Jenama Bata merupakan jenama yang sangat terkenal. Dengan memakai Kasut Bata terasa sangat berbangga kerana memiliki Jenama yang hebat di Mata Pelajar-pelajar.
Pada ketika itu sesiapa yang memiliki kasut Bata boleh di katagorikan dalam golongan keluarga senang. Untuk pengetahuan cik iena berasal dari keluarga susah pada , bila dapat memakai kasut Bata rasa sangat berbangga.
Bila rakan bertanya dengan bangga menjawab "KASUT BATA". haha comel bukan. Alhamdulillah berkat didikan keluarga kini cik iena mampu memberikan sedikit kesenangan pada keluarga.
MASIH RELAVAN KAH LAGI JENAMA BATA ?
Apabila cik iena becerita kepada rakan mengenai jenama BATA, persoalan pertama yang keluar dari beberapa orang adalah MAsih Relevan kah lagi JENAMA BATA?
Jawapan cik iena ya masih relevant. Untuk pengetahuan semua BATA semakin banyak menawarkan pelbagai jenis kasut wanita dan lelaki serta kanak-kanak yang trendy dan cantik bergaya. Jika sebelum ini apa yang kita ketahui Bata menjual Kasut yang comfort yang simple sahaja dan adakalanya design sangal old style .
selesa dan ringan wedges ni, nanti cik iena nak datang sekali lagi dan beli |
Tapi tidak lagi sekarang. Terdapat pelbagai pilihan kasut bata yang cantik bergaya terutamanya jika anda ke Outlet yang besar seperti MidValley dan KLCC. Sebelum ini juga cik iena juga merupakan peminat Kasut Bata walaupun selepas zaman persekolahan. Cik iena gemar membeli kasut sarung dan kasut sukan di Bata. Sehinggakan satu design cik iena akan beli pelbagai warna dek kerana suka akan keselesaan Kasut sarung tersebut.
Berlenggang tanpa sakit dengan Kasut Tinggi Bata
Cantik tetapi menyeksakan. Itu antara frasa sinonim digambarkan kepada kasut tumit tinggi apabila disarungkan setiap wanita. Mungkin tidak semua wanita beranggapan sebegitu, namun pemilihan kasut tumit tinggi yang salah sememangnya menyakitkan kaki juga anggota badan lain terutama tumit dan pinggang.
Tidak kiralah wanita itu bertubuh kurus atau gemuk, sakit di bahagian tumit pasti terasa apabila terlalu lama memakai kasut terbabit berbanding kasut tapak rata.
Walaugaimanapun, tidak dinafikan pemakaian kasut tumit tinggi biasanya membantu mendapat postur badan lebih cantik, pinggul lebih lentik dan kaki langsing berbanding wanita yang hanya mengenakan selipar atau kasut rata.
Sehubungan dengan itu, bagi membantu setiap wanita tanpa terkecuali untuk bergaya dengan menyarung kasut tumit tinggi yang tepat, jenama kasut Batatelah mengeluarka koleksi kasut dengan teknologi baru bagi memastikan kasut tumit tinggi lebih selesa untuk dipakai.
Teknologi dipanggil Insolia itu menyerap berat pemakai melalui tumit dan jari supaya si pemakai boleh memakai kasut tumit tinggi tiga kali ganda lama serta selesa berbanding biasa. Mengikut kajian dilakukan Bata, hampir 90 peratus wanita mengalami kesakitan ketika memakai kasut tumit tinggi.
Pembangunan teknologi Insolia dengan pelapik di dalam kasut, mampu membantu mengimbangi antara berat dan tumit.
Memakai kasut tumit tinggi biasa boleh menyebabkan kaki bengkak namun teknologi Insolia mengubah semua itu dengan memberikan keselesaan kepada si pemakai kasut tumit tinggi.
KEDAI KASUT BATA PUSAT SEHENTI KELUARGA UNTUK KASUT DAN BEG
Kedai KAsut Bata juga dikatakan sebagai Pusat sehenti bagi seisi keluarga untuk membeli-belah keperluan kasut serta beg tidak kira jantina samada untuk dewasa mahupun kanak-kanak. Ia sangat memudahkan buat anda yang bekeluarga khususnya. Tidak perlu ke lain-lain tempat untuk membeli kasut. Tambahan lagi Bata sedang mengadakan Promosi Hebat Sempenah hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma.
SHOPPING RAYA DI KEDAI KASUT BATA
Baru-baru ini cik iena telah mengunjungi kedai kasut Bata yang terletak di Mid Valley . Cik iena berasa sangat teruja dengan koleksi-koleksi terbaru kasut tinggi bata tidak kiralah wedges mahupun kasut tumit tinggi .
SHOPPING RAYA DI KEDAI KASUT BATA |
Terdapat pelbagai jenis kasut tinggi yang trendy, elegen, cantik serta selesa untuk di miliki pada harga mampu milik di Kedai Kasut Bata. Malahan bukan sahaja kasut, Beg tangan juga ada di Jual di sini . Anda juga boleh suai padankan kasut dan juga Beg Tangan disini. Cik iena pasti anda akan rambang mata, sama seperti cik iena.
Baiklah jemput tonton Video Cik iena semasa di kedai kasut bata Mid Valley.
Okay di sini cik iena juga nak kongsikan Gambar Kasut tinggi dan beg tangan Hasil tangkapan cik iena tempohari.
cik iena suka sangat kasut tinggi ni. Cantik dan selesa. hehe masa ambil gambar ni kasut ni da dirasmikan pun. tak tunggu raya pun haha |
Puas hati betul beli handbag beso. macam-macam cik iena boleh sumbat dalam ni. Tak perlu bawak beg kamera lagi hehe |
KOLEKSI HARI RAYA BATA
Cik iena kongsikan juga sebahagian dari koleksi Kasut Raya Bata untuk tatapan anda (^_~)
yeayy ni la kasut raya cik iena. Cantik kan |
PROMOSI BERBELANJA SEBANYAK RM99 PERCUMA VOUCHER RM50 DAN TRENDY SCARF.
Bersempena Hari raya yang bakal menjelma Bata Malaysia mengadakan
PROMOSI BERBELANJA SEBANYAK RM99 PERCUMA VOUCHER RM50 DAN TRENDY SCARF. Jadi kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang keemasan ini terutama buat anda yang bekeluarga .
Insya Allah cik iena juga akan berkunjung sekali lagi ke Kedai Kasut Bata untuk membeli kasut idaman cik iena . Oleh kerana semasa cik iena hadir tempohari Promosi percuma scarf masih tidak di lancarkan. jadi semestinya cik iena akan membuat pilihan bijak tunggu promosi tersebut di lancarkan dan shopping serta dapatkan voucher RM50 dan Trendy Scarf tersebut. Cik iena harap dua pasang wedges yang cik iena nak beli dan kasut yang adik cik iena nak beli masih ada lagi :)
Untuk Maklumat Lanjut Layari
Website : http://bata.com.my/
FAcebook : Bata
Instagram : @batashoes @batamalaysia
Help Desk : 1800-22-2282
Nukilan,
|