Grab The Promo
Grab The Promo

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


Assalammualaikum semua, Alhamdulillah baru-baru ini cik iena berkesempatan ke Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ).


Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

27 Artifak Asli di Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W 


Pameran ini membawakan 27 Artifak yang dipamerkan kepada para pelawat. Selain melihat artifak Rasulullah SAW, anda juga berpeluang melihat artifak para sahabat, tokoh-tokoh islam yang terdahulu dan banyak lagi.


Untuk pengetahuan anda, Artifak yang dipamerkan adalah tulen, ianya dibawa khas daripada pemegang persendirian barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.

Berikut cik iena kongsikan antara gambar Artifak Asli yang sempat cik iena ambil.


Kereta Kuda Istiadat Kerajaan Solo


kereta kuda istiadat kerajaan solo

Kereta Kuda (Panglima Ulung) Kereta kuda (Kiai Pengiran Agong) 1898 berasal dari Kerajaan Solo. Dibina di Holland (Belanda) dan diubahsuai di Solo. Digunakan bagi pengangkutan pembesar-pembesar istana dan istiadat keraian raja-raja dan pembesar luar negara yang berkunjung ke Solo. Pengiran Ulung pernah menggunakan buat pertama kali untuk acara Istiadat Keberangkatan Pembesar Brunei ke Solo dalam tahun 1942. Terdapat beratus-ratus kereta kuda dalam Kerajaan Melayu Nusantara bagi kegunaan kenderaan pengangkutan kerajaan, istana, dan Pembesar agama.




kereta kuda istiadat kerajaan solo
Cik iena bergambar di Kereta Kuda Istiadat Kerajaan Solo

Jam Matahari Mesir Kuno


Jam Matahari Mesir Kuno
Jam Matahari Mesir Kuno

Masyarakat Mesir kuno telah mengajarkan dunia mengenai pentingnya waktu. Untuk itu mereka telah menemukan jam yang pada saat itu mereka menggunakan dua jenis jam, yakni jam matahari dan jam air. Jam matahari dibuat dengan bentuk obelisk (tiang) yang dipancangkan di atas tanah. Mereka lantas mengamati pergerakan dari bayangan obelisk itu dan kemudian membaginya menjadi beberapa zona waktu.





Batu Masjid Quran
Batu Masjid Quran




Kunci Makam Ashabul Kahfi


Kunci Makam Ashabul Kahfi
Kunci Makam Ashabul Kahfi

KISAH ASHABUL KAHFI MERUPAKAN SUATU KISAH BENAR MENGENAI SEORANG PEMUDA YANG TERTIDUR DI DALAM SEBUAH GUA.
DI DALAM AL-QURAN DARI AYAT 9 HINGGA 26 SURAH AL-KAHFI, DICERITAKAN KISAH BEBERAPA ORANG PEMUDA BERIMAN YANG TELAH MELARIKAN DIRI KE SEBUAH GUA DAN BAGAIMANA ALLAH s.wt TIDURKAN MEREKA SELAMA 309 TAHUN.

ALLAH Nw.t BERFIRMAN; "ADAKAH KAMU MENYANGKA (WAHAI MUHAMMAD), BAHAWA KISAH 'ASHABUL KAHFI' (PENGHUNI GUA) DAN AR RAQIIM TLRMASUK ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAAN KAMI YANG MENAKJUBKAN?"
(SURAH AL- KAI AYAT 9)

TELAH MENJADI PERDEBATAN DARIPADA ZAMAN BERZAMAN MENGLNAI GUA DAN TEMPAT PERSEMBUNYIAN ASHABUL KAHFI. BANYAK TEMPAT MENDAKWA DIMANA BERLAKUNYA KISAH INI
SEPERTI DI GUA DI JABAL QASSIYYUN, SYRIA DAN GUA DI EPHESUS (TARSUS), TURKI.

NAMUN GUA ASHABUL KAHFI (KAHH AHLIL KAHF) YANG TERLETAK DI ABU ALANDA. KIRA KIRA 7 KM DARI PUSAI BANDAR AMMAN, JORDAN, MERUPAKAN LOKASI SEJARAH YANG
LEBIH MENEPAll CIRI-CIRI YANG DIKISAHKAN DI DALAM AL QURAN. KAWASAN INI SUATU KETIKA DAHULU DIKENALI SEBAGAI "AR-RAQIM" KERANA TERDAPAT KESAN
TAPAK ARKEOLOGI YANG BERNAMA KHIRBET AR-RAQIM DI KAWASAN TERSEBUI.

PERKATAAN AR-RAQIM JUGA DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN AHI TAFSIR MENAFSIRKAN AR-RAQIM SEBAGAI NAMA ANJING DAN ADA MENYATAKANNYA SEBAGAI BATU BERSURAT.
WALAU BAGAIMANAPUN, ALLAH SWT TIDAK MENUNJUK DAN MENYATAKAN DENGAN JELAS DI MANA TEMPAT SEBENAR MEREKA BERSEMBUNYI.  SEBAB ALLAH SWT HANYA MAHU HAMBANYA MENGAMBIL IKTIBAR KISAH PERJUANGAN TUJUH PEMUDA MEMPERTAHANKAN AKIDAH MEREKA.


NAMUN BEGITU BERDASARKAN AYAT 17 SURAH AL-KAHFI, DAPAT KITA KETAHUI KEDUDUKAN SEBENAR PINTU GUA YANG MENJADI TEMPAT PERSEMBUNYIAN KETUJUH-TUJUH
PEMUDA TERSEBUT BERADA DI SEBELAH UTARA.

FIRMAN ALLAH SWT

"DAN KAMU AKAN MELIHAT MATAHARI KETIKA TERBIT, CONDONG KE KANAN DARI GUA MEREKA: DAN APABILA IA TERBENAM,
MENINGGALKAN MEREKA KE ARAH KIRI, SEDANG MEREKA BERADA DALAM TEMPAT YANG LUAS DALAM GUA ITU. YANG DEMIKIAN IALAH DARI TANDA TANDA
(YANG MEMBUKTIKAN KEKUASAAN) ALLAH, SESIAPA YANG DIBERI HIDAYAH PETUNJUK OLEH ALLAH, MAKA DIA LAH YANG BERJAYA MENCAPAI KEBAHAGIAAN:
DAN SESIAPA ANG DISESATKANNYA MAKA ENGKAU TIDAK SESEKALI AKAN BEROLEH SEBARANG PENOLONG YANG DAPAT MENUNJUKKAN (JALAN YANG BENAR) KEPADANYA"
 (SURAH AL-KAHFI: AYAT 17)

MENURUT PARA ULAM ASHABUL KAHFI (PENGHUNI GUA) YANG DIMAKSUDKAN DALAM AYAT DI ATAS, TERDIRI DARIPADA TUJUII ORANG PEMUDA BERNAMA:
1- TAMLIKHA
2- MAKSALMINA
3- MARTHUNUS
4- NAINUNUS
5- SARYUNUS
6- ZUNUWANUS
7- FALYASTAHTHYUNUS

Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


Kiswah Dalam Ka'abah


Kiswah Merah Dalam Ka'abah
Kiswah Merah Dalam Ka'abah


Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A

 

Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A
Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A



 Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A

Artifak Saidina Hassan & Saidina Hussain R.A


Janggut Baginda Rasullullah S.A.W


Janggut Baginda Rasullullah S.A.W
Janggut Baginda Rasullullah S.A.W


Rambut  Baginda Rasullullah S.A.W


Rambut  Baginda Rasullullah S.A.W
Rambut  Baginda Rasullullah S.A.W


Cop Mohor Rasulullah S.A.W


Cop Mohor Rasulullah
Cop Mohor Rasulullah S.A.W

Kiswah Ka'abah / Kelambu Ka'abah


 Kiswah Ka'abah / Kelambu Ka'abah

Kiswah Ka'abah / Kelambu Ka'abah



 Kiswah Ka'abah / Kelambu Ka'abah
Bersama rakan blogger bergambar di Kiswah Ka'abah / Kelambu Ka'abah

Kunci Makam Baginda Rasulullah S.A.W


Kunci Makam Baginda Rasulullah S.A.W
Kunci Pintu Kaabah



Kunci Makam Baginda Rasulullah S.A.W



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


Kain Penutup Makam Baginda Rasulullah S.A.W


 Kain Penutup Makam Baginda Rasulullah S.A.W

Kain Penutup Makam Baginda Rasulullah S.A.W



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


Capal Baginda Rasulullah S.A.W


Capal Baginda Rasulullah S.A.W



Capal Baginda Rasulullah S.A.W
Cik iena bergambar di  Capal Baginda Rasulullah S.A.W



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam




Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam




Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam


PEDANG RAMPASAN PERANG


Pedang Rampasan Perang
Khusyuk nya cik iena baca mengenai Pedang Rampasan Perang

Pedang Rampasan Perang 'AMR IBN AL-AS'  R.A


Pedang Rampasan Perang 'AMR IBN AL-AS'  R.A
Pedang Rampasan Perang 'AMR IBN AL-AS'  R.A





Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam




Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam





Okay anda juga boleh lihat lebih banyak gambar lagi di fanpage cik iena ya .  KLIK DI SINI


Pada yang ingin berkunjung cik iena kongsikan bagaimana untuk anda ke lokasi pameran ini. Kenapa cik iena ingin kongsi kerana cik iena baru pertama kali ke Masjid ini. Jadi agak terkial-kial mencari lokasi pameran tersebut.

Jadi cik iena juga ingin berkongsi pada yang pertama kali hadir ke Masjid ini. Setibanya di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah ada perlu mencari PINTU DI RAJA terlebih dahulu. Kemudian  jika anda menghada pintu di Raja tersebut anda perlu ke kiri, cari rak kasut bernombor 39 . Lokasi pameran tersebut adalah di barisan rak kasut 39.



Nota : Nanti cik iena akan update caption mengenai gambar ya cik iena perlu tengok balik gambar lain dan video takut tersalah tulis :)

Video Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.


Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A memberi peluang kepada anda untuk  melihat sendiri khazanah peninggalan daripada Baginda S.A.W.

Semua artifak ini dibawakan dari segenap pelusuk dunia ke Malaysia agar kita semua dapat menghayati perjuangan Baginda S.A.W dan para Sahabat R.A.



Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA


Tarikh: 10 Julai – 9 Ogos 2017. (Pameran dilanjutkan kepada 23 Ogos 2017)
Masa: 9.00 pagi – 10 malam.
Lokasi: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor, Shah Alam).
Google Maps

Harga Tiket:


* Dewasa: RM20.00 seorang.
* Pelajar: RM10.00 seorang
* Warga Emas: RM10.00 seorang
* OKU: RM10.00 seorang
* Kanak-kanak 6 tahun ke atas: RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma

Tiket boleh diperolehi di pintu masuk, tapi bagi mengelakkan beratur panjang dan memudahkan, adalah disarankan membeli tiket secara online di www.tamadunislam.com.

Cabutan Bertuah Buat Pengunjung  Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Bersempena pameran, pihak penganjur turut menyediakan hadiah cabutan bertuah. Pengunjung ke-1000 akan menerima sehelai t-shirt dan pengunjung ke 10,000 akan mendapat sehelai t-shirt dan 1 Al-Quran Digital. Manakala pengunjung ke-100,000 pula akan menerima sehelai t-shirt, 1 Al-Quran Digital dan Pakej Umrah untuk seorang. Mana tahu anda salah seorang pengunjung yang terpilih.

Untuk Maklumat Lanjut


Website : http://tamadunislam.com

Facebook page : Pameran Artifak Rasulullah SAW
https://www.facebook.com/pameranartifak/

Instagram : @PameranArtifak
https://instagram.com/pameranartifak

Twitter : @PameranArtifak
https://twitter.com/pameranartifak


Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics

Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics


Face Mask atau Topeng Wajah  digunakan untuk menghalus, melembut dan mencantikkan wajah. Ianya juga digunakan untuk membersihkan dan memperbaiki liang-liang kulit. Cik iena sememangnya sangat gemar memakai Face Mask dan membeli serta mengumpul pelbagai jenis Face Mask.


3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics



Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics

 
Baru-baru ini cik iena telah mencuba Stem Cell Mask  dari Mein Cosmetics yang mana ianya didatangkan bersama dengan pembersih wajah (foaming cleanser) dan krim muka (Special Ampoule) .

Ini merupakan kali pertama cik iena jumpa Face Mask yang didatangkan sekali bersama Pembersih wajah dan krim wajah. Kebiasaannya face Mask yang cik iena beli hanya terdapat Face Mack sahaja .

Hanya dengan tiga langkah mudah sekurang-kurangnya dua hari sekali , anda akan dapat kulit yang lembut , lembab serta berseri-seri. Untuk pengetahuan cik iena mengamalkan pemakaian face mask sekurang-kurangya dua hari sekali untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Memandangkan usia cik iena dalam lingkungan 3 series cik iena sangat perlu menjaga kelambapan kulit untuk memastikan kulit kekal cantik dan tegang. Face Mask dari Mein Cosmetics ini berjaya menambat hati cik iena.

Dengan pemakaian Mein Stem Cell face mask  yang konsisten juga ianya dapat mencerahkan lagi kulit wajah.



Produk jenama MEiN adalah produk Korea pertama yang mendapat kelulusan HALAL



First Halal Korean Skincare

Produk jenama MEiN adalah produk Korea pertama yang mendapat kelulusan HALAL. Selain itu ianya mempunyai kelulusan notification (NOT) dari National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dibawah KKM. Produk ini mempunyai kualiti produk setaraf jenama ternama dunia .



First Halal Korean Skincare


First Halal Korean Skincare



Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics 




Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics





  



Jemput tonton video review cik iena ya. Bolehlah dengar cik iena membebel :)


Video Review 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics







Review 3 In 1 Halal Korean Mask Pack dari Mein Cosmetics



Buat penggemar face mask seperti cik iena semestinya cik iena sangat suka facemask ini terutama ketika membuka topeng tersebut. Kulit wajah kita akan terasa lebih licin, lembut, gebu dan flawless. Selepas tu jika kita pakai mekap, ia senang untuk diaplikasikan.


Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics
Gambar Sebelum memakai face mask (pada hari yang sama)


Haruman dari face mask ini juga wangi dan menenangkan . Kebiasaannya jika cik iena pakai pada waktu malam cik iena akan buka pada waktu pagi semasa bangun dari tidur. Bau dari face mask ini serta rasa sejuknya sememangnya akan membuat kita tidur lena :)

Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics
best giler pakai face mask ni wangi dan sejuk semestinya




Tampil Cantik Dalam 3 Langkah Mudah Dengan 3 In 1 Halal Mask Pack dari Mein Cosmetics
Gambar selepas memakai face mask (pada hari yang sama)


Dengan pemakaian Mein Stem Cell face mask  yang konsisten juga ianya dapat mencerahkan lagi kulit wajah.

Tips Solekan flawless



Untuk mendapatkan hasil solekan yang cantik dan flawless  cik iena cadangkan anda menggunakan face mask ini sebelum mengenakan solekan iaitu ketika waktu malam sebelum bersolek atau seeloknya lebih cantik sejam sebelum mengenakan solekan.

Untuk Hasil Solekan boleh lihat Video Review cik iena di atas ye. Yang video ni  hasil solekan tu memang beberapa minit sebelum bersolek cik iena pakai face mask ni (^_~)





Untuk Maklumat Lanjut :

Instagram : https://www.instagram.com/meincosmetics/
Website : http://aimkbeauty.com.my/
whatsapp : +60 14 672 2279
 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


7 Sebab Penyaman Udara Perlu Diservis Secara Berkala



Memiliki penyaman udara sudah menjadi satu kemestian untuk setiap rumah di Malaysia bagi yang mampu. Ada yang pilih untuk pasang penyaman udara di ruang umum seperti ruang tamu, ruang makan atau ruang keluarga agar semua isi rumah dapat menikmati keselesaan bersama. Ada juga yang pilih untuk pasang penyaman udara di bilik tidur dan hanya digunakan pada waktu tidur.

Tak kisah di mana penyaman udara tersebut dipasang, yang lebih penting ialah memastikan setiap unit penyaman udara itu diservis secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan. Terdapat banyak kesan buruk jika penyaman udara itu tidak dijaga dengan baik. Antaranya ialah:

1. Udara di dalam rumah akan tercemar

Setiap kali penyaman udara anda diservis, penapis udara adalah perkara pertama yang akan dicuci oleh pakar penyaman udara. Jika tidak dicuci, habuk akan terkumpul pada penapis di dalam unit penyaman udara. Lama kelamaan kulat juga akan mulai tumbuh di dalam dan sekitar unit penyaman udara tersebut. Seterusnya udara yang dihembus oleh penyaman udara tadi menjadi tidak berkualiti dan tercemar.


2. Kerosakan pada penyaman udara akan menjadi lebih serius

Jika penyaman udara anda selalu diperiksa oleh pakar penyaman udara, sebarang kerosakan kecil atau wear-and-tear dapat dikesan dan dibaiki dengan segara. Tetapi jika pemeriksaan menyeluruh hanya dilakukan beberapa tahun sekali, kerosakan yang pada mulanya adalah kecil mungkin sudah menjadi lebih serius. 


7 Sebab Penyaman Udara Perlu Diservis Secara Berkala



3. Tiada lagi udara sejuk keluar dari penyaman udara

Kekurangan gas penyejuk dan penapis udara yang terlalu kotor adalah antara punca utama yang menyebabkan penyaman udara tidak dapat mengeluarkan udara yang sejuk. Semasa servis berkala dilakukan, pakar penyaman udara boleh selesaikan masalah ini dengan segera.

4. Penggunaan elektrik akan jadi lebih tinggi

Apabila berlaku kerosakan, kecil atau besar, unit penyaman udara anda perlu bekerja lebih keras. Tahap penggunaan elektrik oleh unit penyaman udara tadi tidak lagi efisien seperti sedia kala. Jadi, dapatkan khidmat pakar penyaman udara untuk periksa kondisi penyaman udara anda.

5. Penyaman udara anda akan mengeluarkan bunyi bising

Seperti kereta, jika anda terdengar sebarang bunyi pelik anda pasti akan syak terdapat sebarang kerosakan pada kereta itu. Begitu juga dengan penyaman udara. Kadangkala bunyi kipas akan menjadi terlalu kuat jika berlaku kerosakan. Selain itu, perhatikan juga lampu kecil yang menyala pada unit penyaman udara anda. Sesetangah model penyaman udara akan memberikan signal kerosakan melalui lampu tersebut. 

7 Sebab Penyaman Udara Perlu Diservis Secara Berkala



6. Air akan menitis keluar dari penyaman udara

Ini akan berlaku jika julat suhu didalam dan luar bilik terlalu tinggi, dan jika penapis pada unit penyaman udara atau paip yang mengeluarkan air ke unit luar telah tersumbat. Setiap kali pemeriksaan berkala dilakukan, pakar penyaman udara akan pastikan bahagian-bahagian ini dicuci dengan rapi.


7. Jangka hayat penyaman udara akan lebih singkat

Seperti barangan lain, jika tidak dijaga dengan baik, jangka hayatnya pasti akan menjadi lebih singkat. Memandangkan anda telah mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak untuk membeli dan memasang unit penyaman udara tersebut, adalah wajar untuk anda menjaga pelaburan anda itu dengan baik.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Saya harap anda kini lebih faham yang penyaman udara haruslah diservis secara berkala. Jadilah pengguna bijak, dimana jua anda berada!

Layari Recommend.my untuk berhubung dengan pakar penyaman udara (servis ac) dari seluruh Lembah Klang. Selain servis penyaman udara, Recommend mempunyai 7000+ penyedia khidmat profesional sedia untuk bantu anda menjadikan kediaman anda lebih nyaman dan selasa. 







iena eliena
Nukilan,

iena eliena
Instagram : @ienaeliena
Twitter : @ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve