Gincu atau lip stick pastinya sinonim dengan kaum wanita. Tidak kiralah remaja, dewasa mahupun yang berusia. Warna gincu atau lip stick juga boleh melambangkan keperibadian seseorang secara umum. Ianya hampir sama kebiasaan atau kecenderungan seseorang memilih pakaian seharian. Ada yang gemar bergaya kasual, ada yang gemar bergaya vintage.
Cik iena gemar warna terang seperti pink merah, sama juga dalah pemilihan warna baju cik iena seorang yang gemar warna striking yang membuatkan cik iena lebih menonjol di khalayak ramai. Warna block juga menjadi pilihan cik iena dalam mengenakan mix and match pakaian.
Pilihan warna ini dibuat di sebabkan cita rasa peribadi anda . Begitu
juga dengan warna lipstik. Warna lipstik seseorang menggambarkan
keperibadian anda pada umumnya dan bagaimana orang melihat anda.Pilihan
di tangan anda untuk tampil lebih menarik.
Anda pula suka kan warna apa ?
Okay di sini cik iena ingin berkongsi tentang lipstick yang cik iena baru cuba dimana cik iena merasakan ianya perlu di kongsi bersama kaum hawa di luar sana kerana kualiti tekstur dan warna serta haruman yang sangat menarik dan menawan hati cik iena. Ia merupan lipstik dari jenama tidak asing lagi di Korea iaitu G9SKIN.
G9SKIN FIRST LIP STICK
Ianya hadir dengan 5 variasi warna terang yang pasti memukau mata yang melihat . Sangat sesuai untuk wanita yang berani menampilkan kelainan dengan mengenakan warna yang terang pada bibir meraka . Apa yang istimewanya Lipstick ini taha lama serta tekstur lipstick yang lembut mudah untuk di aplikasikan.
Sapuan pertama cukup pekat warnanya dan ianya lembab ketika diaplikasikan pada bibir.
Selain di gunakan sebagai gincu atau lipstick ianya juga boleh digunakan sebagai asas solekan. Iaitu Blusher based dan juga shadding .
5 Variasi Warna G9Skin First Lip Stick Yang Memukau
#01 Midnight Red G9Skin First Lip Stick
#02 Dry Rose G9Skin First Lip Stick
#03 Dazzling Pink G9Skin First Lip Stick
#04 Peach Brown G9Skin First Lip Stick
#05 Vintage Red G9Skin First Lip Stick
Lipstik 3 Kegunaan , Lip stick , Shading dan Blusher
Cik iena sendiri telah mencuba dan cik iena sangat suka pada hasilnya . Tekstur lembut lembab pada lipstick tersebut membuatkan ianya mudah untuk diaplikasikan sebagai lipstick mahupun blusher dan shading. Sangat mudah untuk blend warnanya di permukaan wajah.
Untuk itu cik iena sertakan juga video tutorial untuk menggunakan G9SKIN FIRST LIP STICK sebagai lipstick, blusher based dan juga shadding.
Video Review Gincu Serbaguna 3 in 1 | Lip stick , Shading Dan Blusher | G9SKIN FIRST LIP STICK
Secara keseluruhannya cik iena sangat menyukai warna, tekstur serta bau dan juga yang penting ianya tahan lama . Sekiranya ada warna baru yang keluar dari lipstick keluaran jenama ini , jenama ini pasti menjadi pilihan cik iena kerana kualiti lipstick yang sangat tiptop dan sesuai dengan cik iena.
Cantikkan warna lip stick ni, pada yang berminat boleh beli di website
yang cik iena nyatakan di bawah ataupun boleh juga beli produk G9SKIN di
lazada. Sila Klik http://bit.ly/G9skin
Rambut merupakan mahkota wanita. Penjagaan rambut perlu di titikberatkan terutama buat wanita yang berhijab. Memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut adalah penting untuk memastikan rambut dan kulit kepala kekal sihat.
Bagi wanita yang berhijab yang memerlukan mereka menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap ianya akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan juga akan mengakibatkan kelemumur. Selain daripada itu, ia menyebabkan rasa tidak selesa, rambut mudah berbau dan ini boleh mengurangkan keyakinan diri.
Jadi amatlah penting bagi wanita berhijab khususnya dalam pemilihan Syampu yang sesuai bagi menjaga kesihatan, kebersihan dan kesegaran rambut . Di sini Cik iena ingin berkongsi tentag Syampu terbaru keluaran Shurah Malaysia iaitu Rangkaian Syampu Shurah Ariana yang hadir dengan empat variasi syampu yang sesuai untuk wanita berhijab.
Syampu Shurah Ariana
Syampu Shurah Ariana telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab. Ia diperkaya dengan bahan aktif semulajadi DANDRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Ia berupaya mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala. Selain itu, bahan aktif Farnesol dan aroma wangian yang disertakan dengan teknologi pengurangan bau akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.
Rangkaian Syampu Shurah Ariana baharu ini hadir dalam empat set berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab.
Syampu Lembut Dan Licin atau Smooth & Silky Hair (Botol Pink)
Ia dirumus dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran.
Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.
Syampu Anti Kelemumur atau Anti Dandruff (Botol Hijau)
Ia diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol di mana ianya dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan.
Ia juga dapat mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.
Ia diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya.
Kandungan Vitamin A yang akan memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut.
Kandungan Vitamin B5 juga menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Kandungan Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.
Syampu Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control (Botol Biru)
Ia diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat.
Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.
Menarik bukan ? Sememangnya rangkaian Syampu Shurah Ariana ini perlu di cuba terutama buat anda yang berhijab seperti cik iena. Melihat pada rekaan botolnya sahaja cukup buat cik iena tertawan belum lagi fungsi serta kelebihan syampu ni. Cik iena yakin pasti ramai juga yang tertarik dengan warna botal syampu ini yang menceriakan hati setiap mata yang melihat. Ianya melambangkan keceriaan yang ada dalam warna warni kehidupan kita :)
Untuk pengetahuan ianya boleh didapati di pasaraya dan farmasi utama seluruh negara pada harga :
RM12.30 untuk 330ml
RM7.90 untuk 170ml
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, silalayari:
Baru-baru ini Siemens Malaysia telah melancarkan buku aktiviti kanak-kanak, “My Train-Ventures,” di Nu Sentral, Brickfields sebagai inisiatif kewarganegaraan korporat mereka dalam pembangunan negara melalui peningkatan kesedaran dan pemahaman pengangkutan awam dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Cik iena semasa di Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
Persembahan flashmob yang menarik minat ramai pengunjung ke Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
Majlis ini cukup membuat ramai pengunjung Nu Sentral tertarik untuk menyaksikannya termasuklah Cik iena.Ianya di mulakan dan diserikan dengan persembahan tarian flash mob di kawasan main concourse, Nu Sentral, oleh kakitangan Siemens Malaysia sendiri yang menggunakan lagu Kylie Minogue “Locomotion.” sebagai lagu Siemens Flashmob MRT
Para pekerja Siemens Malaysia yang turut mempersembahkan tarian flasmob semasa Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
Siemens Flashmob MRT
Siemens Flashmob MRT ini cukup membuat cik iena tertarik memandangkan cik iena sendiri suka menari. Cik iena juga sempat merakamkan tarian Siemens Flashmob MRT untuk tatapan pembaca blog.
Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
Majlis buku aktiviti kanak-kanak, “My Train-Ventures,” telah dirasmikan oleh Presiden & CEO Siemens Malaysia iaitu Prakash Chandran dan diiringi Ben Chong selaku Ketua Pembangunan Perniagaan Siemens Malaysia.
Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
Seperti yang dimaklumkan ianya sebagai inisiatif kewarganegaraan korporat mereka dalam pembangunan
negara melalui peningkatan kesedaran dan pemahaman pengangkutan awam
dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.
Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
Siemens Malaysia telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik khas untuk kanak-kanak seperti aktiviti mewarna, cabaran Sudoku dan pertandingan “Build Your Own Train.” Terdapat juga artis belon yang memutarkan belon menjadi pelbagai bentuk haiwan mengikut kesukaan kanak-kanak. Siemens Malaysia juga telah memberikan 100 buah buku “My Train-Ventures” kepada para hadirin.
Aktiviti Menarik Untuk Kanak-kanak
Akitiviti menarik untuk kanak-kanak semasa Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
Akitiviti menarik untuk kanak-kanak semasa Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
Akitiviti menarik untuk kanak-kanak semasa Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
Akitiviti menarik untuk kanak-kanak semasa Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
Akitiviti menarik untuk kanak-kanak semasa Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
Buku aktiviti “My Train-Ventures”
Buku aktiviti “My Train-Ventures”
Ianya dilancarkan oleh Siemens Malaysia , dimana ianya dihasilkan untuk tiga kumpulan usia berbeza dan ia mengandungi ilustrasi menarik serta cerita yang menghiburkan yang pasti akan mendatangkan pengalaman pembelajaraan yang unik.
Buku aktiviti “My Train-Ventures”
Pelancaraan buku bersempenaan pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh-Kajang
Buku ini menggabungkan pengembaraan imaginatif dengan unsur-unsur keseronokan yang mentransformasikan pengalaman pembacaan kanak-kanak. Acara pelancaraan buku ini diadakan bersempenaan pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh-Kajang yang baru dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak pasa 17 Julai.
Prakash Chandran, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, berkata,
"Kami bersyukur dan gembira kerana berjaya membekalkan kesemua 58 set kereta api automatik ini dalam masa yang singkat seiring dengan sistem rolling stock. Pelancaraan Perdana Menteri awal minggu ini telah mencatatkan satu lagi pencapaian penting kerana kita telah mencapai tahap di mana orang ramai dapat menggunakan pengangkutan moden yang pantas, dipercayai, cekap dan selesa untuk mereka.”
"Semasa pembukaan Fasa 1 pada akhir Disember lalu, beberapa aktiviti telah dianjurkan. Walai bagaimanapun, untuk Fasa 2 kali ini, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu yang sedikit berbeza dengan menggunakan pengeluaran buku aktiviti kanak-kanak sebagai tema utama dalam menyebarkan kesedaran pengangkutan awam moden,” kata Prakash.
Majlis Pelancaran Buku Aktiviti My Train-Ventures Sempena Pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh – Kajang
SIEMENS GIGIH UNTUK MENJAYAKAN USAHA PROJEK TREN BERKELAJUAN TINGGI (HSR) KL-SINGAPURA
Dalam pada itu, pada sidang media tersebut Siemens Malaysia mengumumkan mereka berminat untuk membuat tawaran untuk projek tren berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dipercayai akan menjadi pemacu pertumbuhan baru menghubungkan kedua-dua negara ini serta membawa potensi pembangunan yang besar seiring dengan perubahan landskap perjalanan.
Dari kiri Ben Chong, Head of Business Development, Rail Automation ASEAN,
Prakash Chandran, President & CEO of Siemens Malaysia, and
Vasanthe Narayanasamy, Head of Communications of Siemens Malaysia.
Sebagai kuasa besar global dalam rantaian nilai elektrik dan teknologi dalam automasi dan digitalisasi, Siemens sedang mencari kerjasama daripada pihak tempatan dan antarabangsa yang terbaik dan paling berkebolehan sebagai langkah persediaan untuk tender yang akan datang pada hujung tahun ini.
Siemens Malaysia turut meluahkan bahawa minatnya terhadap HSR berpunca dari pakej yang baik dan menarik yang dapat ia ditawarkan, serta pengalaman luasnya yang dapat memberikan penyelesaian bersepadu yang kompleks (termasuk kekuatan dalam model pendanaan) di seluruh dunia dan Malaysia.
Di samping itu, Siemens mempunyai kepakaran pengurusan projek yang diperlukan untuk mengurus projek-projek kejuruteraan dan bekalan yang sangat kompleks dengan cekap dan profesional. Di Malaysia, mobiliti Siemens telah bertapak sejak tahun 1982.
Manakala di seluruh dunia, Siemens telah membuktikan keupayaannya dengan kereta api berkelajuan tinggi antarabangsa, seperti bekalan tren berkelajuan tinggi e320 Eurostar untuk sambungan bawah tanah London-Brussels Channel Tunnel, dari Barcelona-Madrid di Sepanyol, serta di Rusia - menggarisi penciptaan teknologi serba boleh itu dan pengilang boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran yang berbeza.
Siemens Pembekal Terkemuka rolling stock, automasi kereta api, elektrifikasi kereta api dan pengurusan lalu lintas jalan raya
Pada masa kini, Siemens telah berjaya menjadi salah satu pembekal terkemuka di dunia dalam rolling stock, automasi kereta api, elektrifikasi kereta api dan pengurusan lalu lintas jalan raya untuk masa hadapan, serta pengangkutan untuk orang awam dan kargo yang selamat dan cekap.
Siemens Malaysia juga telah menyampaikan 58 set tren automatik untuk MRT Line 1 - fasa penuh yang baru dibuka oleh Perdana Menteri Malaysia. Di samping itu, ia juga telah menerima Surat Penerimaan untuk sistem pencegahan dan intrusi LRT3 dan skrin pelantar untuk laluan 36km ini yang merangkumi Bandar Utama ke Johan Setia.
Siemens Singapura - dimana sebahagiannya terlibat dalam HSR - juga mempunyai pengalaman mobiliti selama 16 tahun sejak tahun 2001. Penghantarannya termasuk kereta api metro, sistem bekalan kuasa untuk MRT, isyarat dan kawalan kereta api automatik serta kerja-kerja projek Tambahan & Alternasi. KL-SG HSR dijangka siap pada tahun 2026, dan akan beroperasi pada kelajuan yang melebihi 300 km/j yang akan mengurangkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura dari 6 jam kepada 90 minit.
Hai semua, hari ni cik iena nak kongsi tentang selendang yang cik iena gayakan baru-baru ini. Rata-rata rakan yang cik iena jumpa di pejabat mahupun di laman social suka beberapa koleksi selendang terbaru yang cik iena gayakan terutama Printed Long Shawl bewarna Putih yang sering cik iena gayakan.
Bukan rakan-rakan je suka. Cik iena sendiri sangat suka selendang putih tersebut. Corak nya yang sangat eksklusif menambahkan lagi seri kewanitaan seseorang. Nampak lembut suci murni :)
Cik iena menggayakan printed shawl dari koleksi hudaa by royale orchid
ketika menghadiri jemputan Food Review di Rasa Utara Berjaya Times
Square
Cik iena menggayakan printed shawl dari koleksi hudaa by royale orchid ketika menghadiri jemputan Food Review di Rasa Utara Berjaya Times Square
Baiklah untuk pengetahuan selendang ini merupakan salah satu dari Koleksi Hudaa by Royale Orchid. Bukan sahaja selendang putih ini yang cik iena selalu gayakan. Ketiga-tiga selendang lain yang hadir dalam koleksi tersebut juga merupakan warna asas yang sesuai digayakan dengan pelbagai jenis warna terutama warna hitam dan coral.
Cik iena menggayakan shawl bewarna light purple dari koleksi hudaa by royale archid di Majlis Rumah Terbuka Indigital , D'Empangan Udang Galah, Putrajaya.
Cik iena menggayakan koleksi huda bewarna hitam di majlismy tren venture
Koleksi Hudaa by Royale Orchid
Royale Orchid telah memperkenalkan Koleksi Hudaa . Ia merupakan satu koleksi baru yang menggunakan 3 warna asas (light purple, black dan coral) dengan perincian pada hiasan di hujung tudung, dan ianya juga hadir dengan sehelai selendang eksklusif dengan Enchanted Garden .
Ke empat-empat Selendang panjang ini dengandi datangkan di dalam sebuah kotak eksklusif . Kesemua koleksi Huda ini sesuai untuk acara santai mahupun acara rasmi. Ianya dijual pada harga pengenalan RM 139.
Cik iena menggayakan shawl bewarna light purple dari koleksi hudaa by royale archid
Cik iena menggayakan shawl bewarna light purple dari koleksi hudaa by royale archid
Cik iena menggayakan shawl bewarna Coral dari koleksi hudaa by royale archid
Cik iena menggayakan shawl bewarna Coral dari koleksi hudaa by royale archid
Cik iena menggayakan shawl bewarna Hitam dari koleksi hudaa by royale archid
Cik iena menggayakan shawl bewarna Hitam dari koleksi hudaa by royale archid
Cik iena menggayakan printed shawl dari koleksi hudaa by royale orchid
Sejujurnya cik iena sangat suka pada perincian di bahagian hujung selendang yang menjadi pemberat selendang tersebut. Ianya menampakkan lagi kelainan serta keunikan selendang tersebut berbanding selendang lain yang kebanyakan nya hanya plain serta menggunakan branding tag sebagai pemberat tanpa perincian lain seperti Koleksi Hudaa by Royale Orchid ini
Koleksi Hudaa ini juga panjang dan lebar. jadi anda boleh melabuhkan selendang mengikut citarasa anda :)
Cik iena menggayakan shawl bewarna Coral dari koleksi hudaa by royale archid, nampak tak paper beg starporium tu hehe..wokay kalau berminat boleh beli di situ yaa
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com