Bersempena bulan kemerdekaan sudah pastinya ramai usahawan mahupun pengusaha restoran mengambil kesempatan untuk turut sama meraikan bulan kemerdekaan ini dengan memberikan tawaran hebat kepada pelanggan mereka.
Tidak lupa juga Sebuah restoran yang menawarkan masakan melayu iaitu Rasa Utara di mana mereka sedang giat mengadakan Kempen Merdeka 60 Minit bagi menghargai pelanggan mereka serta bagi meraikan bulan kemerdekaan.
KEMPEN RASA UTARA MERDEKA 60 MINIT
Kempen ini menawarkan Minuman Percuma Mengikut Pilihan anda dengan setiap Pembelian Rice Meal atau Noodle di Rasa Utara . Seiring dengan nama kempen yang di berikan iaitu Merdeka 60 Minit, kempen ini cuma sah dalam masa 60 minit iaitu pada jam 1 pm sehingga 2pm Setiap hari bermula 15 Ogos 2017 sehingga 17 September 2017.
Name of the promotion : Merdeka 60 Minit
Mechanism : Get a FREE drink of your choice when you purchase a Rice Meal or Noodle from us”.
Promotion period : 15/8/2017-17/9/2017, 1pm -2pm daily.
Menarik bukan kempen ini , kebiasaannya percuma minuman adalah minuman yang telah di tetapkan. Bebeza dengan Rasa Utara mereka menawarkan percuma minuman mengikut pilihan anda tidak kiralah murah atau pun mahal. Anda boleh memilih salah satu daripada kesemua minuman yang tersenarai di dalam Menu rasa Utara.
Alang-alang tu pilihlah minuman yang paling menarik dan mahal gituh :)
Cik iena kongsi mengenai kempen ini kerana sebelum ini cik iena dan rakan-rakan pernah makan malam di sini. Kami telah mencuba pelbagai jenis menu dan kebanyakan menunya menarik untuk anda cuba.
Cik iena kongsi mengenai kempen ini kerana sebelum ini cik iena dan rakan-rakan pernah makan malam di sini. Kami telah mencuba pelbagai jenis menu dan kebanyakan menunya menarik untuk anda cuba.
Jadi dengan itu, cik iena nak kongsi kepada semua pembaca supaya anda semua juga dapat sama-sama merasa masakan di Rasa Utara .
Antara 18 menu yang telah cik iena dan rakan-rakan cuba adalah Burger Ayam Rendang, Burger Ayam Telur Berkeju, Nasi Goreng Rasa Utara, Set Nasi Rasa Utara , Set Ayam Goreng Cili Lagenda , Ikan Menari ( Sambal Nuklear dan Sambal Kicap Hitam) ,Mi Soto, Laksa Kedah, Satay Ayam, Mango Pudding ,Sago Gula Melaka , Samosa Ayam, Karipap , Ayam Nyonya Pinang , Sirap Selasih Laici , Teh Ais Cincai , Calamansi Asam Boi dan Sirap Bandung Cincau .
Bukan 18 menu ini sahaja terdapat banyak menu dari Rasa Utara . Cik iena sendiri tak habis cuba. Insya Allah jika di Beri kesempatan cik iena nak cuba yang lain pula.
Dinner Bersama Rakan-rakan di Rasa Utara Berjaya Time Square
Meluangkan masa bersama teman tentunya seronok ditambah lagi dengan hidangan yang lazat lagi menyelerakan. Cik iena dan rakan-rakan berkesempatan menikmati hidangan makan malam di Rasa Utara Berjaya TIme Square.
betapa meriahnya cik iena dan rakan-rakan makan :) |
Kesempatan ini juga diambil untuk beramah mesra bersama teman lagi-lagi ketika ini kami baru habis bercuti Raya. Masing-masing ada banyak cerita untuk di kongsi . Memang ini la saat yang sesuai untuk berkongsi cerita sambil menikmati hidangan di sini.
Betapa fokusnya Reef describekan rasa Masak Lemak yang ada dalam set ayam goreng cili legenda |
Keadaan kedai dan dekorasi indah kedai di Rasa Utara ini membuatkan kami seolah berada di Rumah menikmati makan malam . Tidak sedar kami berada di sebuah Restoran. Agak banyak juga cerita yang dikongsi bersama . Tidak lupa juga tentang masakan-masakan yang kami cuba di Rasa Utara.
Bercakap mengenai rasa masakan sudah pastinya citaras bagi setiap orang adalah berbeza. Pada cik iena Rasa Utara menawarkan masakan Melayu yang pelbagai dan mereka mempunyai resepi yang tersendiri. Rasa masakannya agak lain dari Restoran lain tetapi ianya berasa.
REVIEW MASAKAN RASA UTARA
Berikut merupakan antara masakan yang cik iena cuba di Rasa Utara Berjaya Time Square dan juga sedikit review dari cik iena tentang rasa masakan tersebut .
Ayam Nyonya Pinang
Ayam Nyonya Pinang |
Ayam Nyonya Pinang ini seakan ayam masak asam pedas . Tetapi berbeza sedikit rasanya dari segi kemanisan. Ayam Nyonya Pinang ini agak manis rasanya. Manis-manis pedas . Namun rasa asam pedas nya sangat pekat dan pedas membuatkan cik iena terlupa akan rasa manisnya . Cik iena kurang gemar masakan manis tetapi rasa manis pada Ayam Nyonya Pinang ini sesuai ianya adalah kerana untuk mengurangkan rasa pedas pada masakan itu. Ayam nya juga lembut, enak, rasa asam pedas meresap pada daging ayam tersebut.
Ikan Menari ( Sambal Nuklear dan Sambal Kicap Hitam)
Ikan Menari ( Sambal Nuklear dan Sambal Kicap Hitam) |
Ikan Menari Antara menu yang menarik perhatian cik iena. Berbeza dengan Restoran lain, uniknya ikan ini di Hidang dalam keadaan seperti ikan itu sedang menari seiring dengan nama menu masakan tersebut. Ikan menari merupakan Ikan talapia yang di goreng rangup yang di hidang bersama Sambal Nuklear dan Sambal Kicap Hitam. Ikan Talapia ini sangat rangup dan sedap. Ianya tidak hanyir . Adakalanya ikan talapia yang kita makan akan sedikit hanyir.
Berbeza dengan Ikan Menari di Rasa utara ianya tidak hanyir. Ianya di hidang bersama Sambal nuklear yang rasanya masam-masam pedas. Cik iena suka rasa sambal ini kerana cik iena sememangnya gemar sesuatu yang masam. Tidak lupa juga sambal kicap pedas yang enak. Kombinasi ikan goreng dan kedua-dua sambal ini sememangnya sangat sesuai.
ehh ukan ikan menari je nak menari, cik iena pegang plate pun rasa nak menari (^_~) |
Nasi Goreng Rasa Utara |
Set Ayam Goreng Cili Lagenda |
Set Nasi Rasa Utara |
Laksa Kedah |
Mi Soto |
Burger Ayam Telur Berkeju |
Burger Ayam Rendang |
Karipap |
Samosa Ayam |
Satay Ayam |
Sago Gula Melaka |
Mango Pudding |
Menarikkan menu-menu yang cik iena cuba? Walaubagaimanapun selera setiap orang pastinya berbeza. Cik iena cadangkan anda cuba terlebih dahulu untuk rasai sendiri keenakan masakan di Rasa Utara tambahan lagi sekarang Rasa Utara Sedang mengadakan Promosi Merdeka 60 Minit.
Rasa Utara sangat sesuai untuk anda meluangkan masa makan bersama rakan mahupun keluarga. Sesuai juga untuk gathering bersama rakan-rakan sama seperti yang cik iena gathering makan bersama rakan-rakan selepas cuti hari raya :)
Selepas gathering makan-makan bersama rakan perkara wajib adalah bergambar. Terima Kasih Rasa Utara kerana menghidangkan masakan yang enak untuk cik iena dan rakan-rakan. LOVE RASA UTARA (^_~) |
Bergambar bersama rakan-rakan sebelum pulang :) Masing-masing muka happy kekenganyan |
Kepada anda di luar sana yang berada berhampiran kesemua cawangan Rasa Utara jangan lupa singgah Rasa Utara Sempena kempen RASA UTARA MERDEKA 60 MINIT ini ya :)
Cawangan Rasa Utara
Berjaya Times Square
Lot G-12 & G-13 , Ground Floor,No. 1, Jalan Imbi, 55100
Kuala Lumpur
Telephone number : 03 – 2110 0884
Operation hours : 7.30am – 11.00pm
IOI City Mall
Lot LG-46 IOI City Mall,Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502
Putrajaya
Telephone number : 03 – 8328 0733
Operation hours : 10.00am – 10.00pm
Mid Valley Megamall
LG049-050, Lingkaran Syed Putra, 59200Kuala Lumpur
Telephone number : 03 – 2201 3258 / 03 – 2282 0749
Operation hours : 10.00am – 10.00pm
Untuk Maklumat Lanjut :
Website : http://www.rasautara.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/rasautara/
FAcebook : Rasa Utara
Nukilan,
|