Hypermarket, supermarket atau pasaraya sering menjadi tumpuan penduduk terutama penduduk di bandar untuk membeli brangan keperluan harian di bawah satu bumbung dengan keadaan yang selesa serta kemudahan yang serba lengkap .
Hypermarket Arab Berkonsep Halal Tawar Harga Murah dan Mampu Milik
Terdapat pelbagai jenis Hypermarket yang menjual pelbagai keperluan seharian wujud pada masa kini akan tetapi Pernahkah anda terfikir bahawa sebuah pasaraya yang menjual pelbagai keperluan seharian yang melengkapi kemahuan anda dan yang paling penting sekali adalah halal.
Hypermarket Arab Berkonsep Halal Tawar Harga Murah dan Mampu Milik
Terdapat banyak pasaraya, hypermarket dan supermarket yang tumbuh bagai cendawan akan tetapi ada diantaranya menjual produk-produk yang tidak halal terutamanya minuman keras di dalam satu bumbung. Kini anda tidak perlu risau kerana LuLu Hypermarket yang sangat terkenal di seluruh dunia terutamanya di tanah Arab kini sudah pun berada di Malaysia.
sabun pakaian jenama LULU
Lulu Hypermarket Caps Square merupakan Cawangan pertama yang dibuka di Malaysia. Ianya terletak bersebelahan dengan Jakel Mall di Caps Square Kuala Lumpur, Jalan Munshi Abdullah. Walaupun ianya baru lebih kurang setahun di rasmikan iaitu pada febuari 2016 tetapi pasaraya ini sudah ada peminatnya yang tersendiri. Pasaraya ini sering di kunjungi ramai penduduk Malaysia tidak kiralah warganegara mahupun pelancong atau penduduk bukan warganegara.
LuLu Hypermarket Satu daripada 10 peruncit yang paling pesat berkembang di dunia
Ruangan cheese
Ia menawarkan produk berkualiti pada harga yang kompetitif dan perkhidmatan pelanggan pada tahap tinggi. Untuk pengetahuan, Lulu Hypermarket telah disenaraikan oleh Deloitte sebagai salah satu daripada 10 peruncit yang paling pesat berkembang di dunia.
LuLu Hypermarket adalah pasaraya pertama di Malaysia yang sentiasa mengekalkan kebersihan tahap tinggi pada setiap masa. Sepanjang cik iena membeli belah selama dua hari berturut-turut di sini, keadaannya sangat bersih dan memuaskan.
Pasaraya ini menawarkan 100% Barangan Halal. Anda tidak perlu berasa risau tentang bahagian makanan yang tidak halal di dalam pasaraya ini sepertimana yang terdapat di pasaraya lain di Malaysia dimana terdapat ruangan makanan tidak halal.
Selain dari menawarkan barangan Halal, ianya juga menawarkan Harga Barangan yang Murah dan Mampu Milik. Terdapat pelbagai barangan yang di jual di dalam pasraya ini dan terdapat pelbgai bahagian atau department sama seperti pasaraya besar yang lain.
Pusat Beli Belah Setempat
Ia dikatakan pusat beli belah setempat kerana anda boleh
mendapatkan pelbagai barangan di bawah satu bumbung sebagai contoh barangan di LuLu fashion Store yang terdapat banyak
pilihan pakaian untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak daripada pelbagai
jenama tanah air dan juga antarabangsa.
Manakala di
bahagian LuLu Connect pula anda boleh dapatkan pelbagai
gajet terbaru, barangan elektrik. Terdapat beberapa bahagian lagi seperti LuLu Roastery, LuLu Celebrate dan medan selera di bawah satu bumbung dimana ianya dapat memberikan keselesaan yang maksima untuk anda membeli belah disini disamping kemudahan Surau, tempat tukar lampin , toilet dan juga parking.
LuLu Roastery
LuLu Roastery merupakan antara salah satu tumpuan apabila berkunjung ke LuLu kerana di bahagian ini sememangnya terdapat banyak pilihan kacang panggang dan juga buah buahan kering dari seluruh dunia.
ruangan LuLu Roastery di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Roastery di Lulu Hypermarket
LuLu Celebrate
LuLu Celebrate menawarkan koleksi pakaian tradisional india dan juga pakaian-pakaian lain yang berkaitan . Untuk Sepanjang bulan september 2017 ini terdapat diskaun 25% untuk koleksi pakaian di Lulu Celebrate ini. Di sini terdapat pelbagai jenis kain terbaik untuk di jadikan sari, malahan terdapat juga instant sari di jual.
ruangan LuLu Celebrate di Lulu Hypermarket
Untuk pengetahuan anda, sutera yang terdapat di LuLu diimport khas dari India. Sekiranya anda berasa ragu-ragu atau perlukan bantuan dalam pemilihan fabrik, anda boleh minta bantuan pendapat pada konsultan professional berpengalaman dalam mendapatkan hasil terbaik daripada fabrik pilihan anda.
LuLu fashion Store
LuLu fashion Store menawarkan pakaian untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak daripada pelbagai
jenama tanah air dan juga antarabangsa.
ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Fashion Store di Lulu Hypermarket
LuLu Connect
LuLu Connect menawarkan pelbagai pilihan gajet terbaru serta barangan elektrik. Terdapat diskaun setiap minggu untuk barangan terpilih.
ruangan LuLu Connect di Lulu Hypermarket
LuLu Bakery
Lulu Bakery menawarkan pelbagai jenis kek dan roti yang murah . Harga yang dipamerkan agak murah berbanding kedai bakery yang lain.
ruangan LuLu Bakery di Lulu Hypermarket
ruangan LuLu Bakery di Lulu Hypermarket
Makanan Laut
Makanan laut yang ditawarkan juga pada harga berpatutan serta ianya segar.
ruangan Barangan basah dan makanan laut di Lulu Hypermarket
LuLu Sushi
Di sini juga menjual pelbagai jenis sushi .
ruangan Lulu Sushi di Lulu Hypermarket
ruangan Lulu Sushi di Lulu Hypermarket
Lulu Delicatessen
Lulu Delicatessen ini juga agak menarik kerana ianya menjual pelbagai jenis cheese serta pelbagai sambal dan sayuran jeruk serta jeruk dan olive oil yang murah.
ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket
ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket
ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket
ruangan Lulu Delicatessen di Lulu Hypermarket
LuLu Healthy Choice
LuLu Healty Choice menawarkan pelbagai buah segar yang siap di potong samaada untuk dimakan begitu shaja mahupun di buat salad.
LuLu Healthy Choice
LuLu Healthy Choice
Pelbagai Coklat Berjenama Pada Harga Rendah
Lulu menawarkan harga coklat yang lebih murah berbnding pasaraya lain. Ini merupakan salah satu coklat. Terdapat banyak lagi coklat pada harga rendah.
Pelbagai Coklat Berjenama Pada Harga Rendah
Perabot
Di Lulu juga terdapat perabot yang di jual .
sebahagian dari ruangan Perabot untuk clearance sales di LuLu Hypermarket
Ruangan Clearance Sale
Ruangan Clearance Sale
LuLu Hot Food
LuLu Hot Food
LuLu Hot Food
Medan Selera Hidang Pelbagai Hidangan
Medan selera adalah
penting bagi sesebuah pasaraya dan bagi LuLu, terdapat pelbagai hidangan
halal yang disediakan di medan selera di sini termasuklah dari Timur
Tengah dan Kontinental.
Kadar Parking
Semasa kehadiran cik iena kadar parking untuk hujung minggu adalah RM4 per entry. Walaubagaimanapun kadar asal adalah seperti dalam gambar di bawah . Mungkin ada hari-hari tertentu kadar paking akan jadi berlainan.
Kadar parking lulu hypermarket
Record-Breaking Attempt Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia
Pada 16 September 2017 yang lepas LuLu Hypermarket telah Berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records melalui kejayaannya menyediakan kek buah segar terpanjang di Malaysia.
Majlis sambutan itu berlansung cukup meriah dengan kehadiran pengunjung serta pelanggan Lulu Hypermarket. Untuk pengetahuan semua hasil jualan Kek pada hari tersebut akan di sumbangkan kepada rumah amal yang terlibat.
sesi mengira panjang kek
bergambar bersama penghuni rumah amal yang terlibat sebagai tetamu
bergambar bersama rakan blogger
Facebook Liveupdate Record-Breaking Attempt Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia
Pengalaman Membeli-Belah Dua Hari Berturut-turut di LuLu Hypermarket
Sememangnya ia pengalaman yang menarik . Cik iena suka akan keadaan pasaraya ini yang bersih . Keadaan persekitaran di jaga rapi. Mereka amat mementingkan soal kebersihan.
Apa yang cik iena suka di Lulu Hypermarket lagi adalah barangan yang djual adalah pada harga yang berpatutan. Ada diantara barangan yang di jual lebih murah berbanding pasaraya lain. Cik iena sentiasa tertarik pada barangan yang mempunyai potongan harga yang tinggi.
Jadi dengan itu cik iena telah membeli satu set comforter single beserta sarung tilam dan bantal yang mana harga asalnya adalah RM309 dan pada hari tersebut ianya di jual pada harga RM60.
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
Pada hari pertama cik iena membeli-belah disini iaitu ketika hari Record-Breaking Attempt Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia , cik iena hanya membeli barangan rumah seperti comforter, bantal, selimut , kuali serta sejadah dan barang kecil yang lain . Kos perbelanjaan cik iena pada hari pertama adalah sekitar RM200++.
Pada hari kedua pula cik iena hadir sekali lagi ke LuLu Hypermarket kerana cik iena ingin membeli Pizza yang hangat diperkatakan dikalangan rakan cik iena . Memandangkan pada hari sabtu cik iena telupa membeli Pizza tersebut, jadi sekali lagi cik iena ke Lulu Hypermarket untuk membeli Pizza.
A post shared by Malaysian Blogger💄👠👗👜🍴🍹 (@ienaeliena) on
Akan tetapi seperti biasa cik iena ni seorang yang gemar membeli-belah. Melihatkan kesegaran dan kepelbagaian barangan berserta rempah-rempah bijiran masakan. Cik iena pun tertarik untuk membeli barangan kering untuk rumah cik iena.
Walaupun cik iena hanya duduk bujang berdua dengan adik. Cik iena membeli barangan kering seperti gula, milo, rempah ratus (jintan manis, jintan putih, ketumbar,lada sulah, bunga cengkih, kuit kayu manis, sup bunjut, origano). Terdapat banyak lagi barangan kering serta buah-buahan (berhasrat untuk diet, setiap malam makan buah) yang cik iena beli untuk hari kedua. Kos perbelanjaan pada hari tersebut adalah RM200 ++
Kepada anda di luar sana, cik iena cadangkan datang sendiri ke Lulu Hypermarket untuk merasai sendiri perbezaan LuLu Hypermarket dan pasaraya lain di Malaysia terutamanya dari segi kebersihan dan kepelbagaian barangan dan yang paling penting ianya halal dan tidak mempunyai sudut atau ruangan barangan tidak halal di dalam pasaraya tersebut.
Hasil Membeli Belah Hari Pertama
Hasil Membeli Belah Hari Pertama
Hasil Membeli Belah Hari Pertama
Hasil Membeli-belah hari kedua
Hasil Membeli-belah hari kedua
Hasil Membeli-belah hari kedua
Hasil Membeli-belah hari kedua
Gambar di LuLu Hypermarket
sayuran yang segar
Buah segar
Kemudahan surau
betapa susahnya cik iena nak cari kuali untuk induction cooker cik iena yang super duper cerewet. Induction cooker yang belikan untuk mak okay saja kalau pakai apa-apa periuk atau kual yang ada tulis untuk induction cooker tapi berbeza dengan induction cooker cik iena. Ye lah maybe sebab murah haha..jadi dia cerewet untuk kuali n periuk pulak. Hanya boleh kuali atau periuk yang rata bahagian bawahnya yang tiada ruang udara masuk gitu. Setelah banyak pasaraya pergi akhirnya jumpa kuali kat sini. Periuk senang cari yang permukaan rata. Kuali sangat susah
sama seperti pasaraya lain, terdapat kemudahan price checker
cik iena nak shopping bantal tapi lupa ambil troli makanya duk pegang jela kuali yang berat tu
pizza yang menggoda cik iena
Cik iena pun beli sabun LuLu tau, nak cuba
Susu Nestle full cream milk yang lebih murh dari tempat biasa yang cik iena beli
cik iena dan adik menghabiskan masa yang lama di sini untuk membeli segala jenis rempah
Promosi LuLu Hypermarket
Bersempena Hari Malaysia dan Bersempen Record-Breaking Attempt Longest Fresh Fruit Cake In Malaysia, LuLu Hypermarket menawarkan pelbagai tawaran hebat untuk anda antaranya adalah diskaun 30% untuk barangan terpilih dari 18 hingga 30 September 2017.
Selain daripada itu terdapat juga tawaran yang lain. Untuk mengetahui tentang tawaran tersebut sila klik PROMOSI LULU HYPERMARKET
Ini adalah pizza yang menjadi punca cik iena datang
sekali lagi ke LuLu Hypermarket. Pizza yang kaya dengan cheese dan
tekstur roti yang lembbut di tambah dengan topping yang banyak dan
cheezy
Adakah anda pernah berhadapan situasi dimana anda dicaj dengan harga yang tinggi atau kualiti barang yang anda beli tidak sepadan dengan harga yang anda bayar ? Pasti ada diantara kita yang pernah mengalami masalah ini akan tetapi tidak tahu cara bagaimana untuk menyalurkan rasa tidak puas hati anda .
Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna di Malaysia
Untuk pengetahuan anda, anda mempunyai Hak untuk menyuarakan tentang hal ini. Untuk itu di sini cik iena ingin kongsi serba sedikit terlebih dahulu mengenai Hak Pengguna dan seterusnya cik iena akan kongsikan bagaimana untuk anda membuat aduan tentang masalah ini supaya anda menjadi pengguna yang celik dan tidak di tindas oleh peniaga-peniaga yang suka mengambil kesempatan.
APA ITU HAK PENGGUNA?
Hak pengguna adalah satu
bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta
kepentingan para pengguna. Manakala pengguna yang bertanggungjawab pula
adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak
dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab.
Pertama sekali untuk mendapatkan Hak Pengguna anda perlu menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan maklumat terlebih dahulu. Kemudian Laporkan kepada KPDNKK tentang hal-hal kepengunaan.
HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA DI MALAYSIA
Kesedaran terhadap hak anda sebagai pengguna amat penting supaya anda mengetahui apa hak anda , sebagai contoh untuk bayaran balik bagi barangan yang rosak atau barangan berbahaya dan juga hak anda sekiranya anda dikenakan caj berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti atau harga barangan dan servis, anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sebagai pengguna, hak anda dilindungi dibawah Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Selain daripada itu, pembelian melalui platform dalam talian juga seperti acebook, Instagram, laman web seperti Lazada, Zalora, dan sebagainya juga termasuk dalam perlindungan ini. Ini adalah kerana peniaga online juga perlu mendaftar perniagaan mereka dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dan perlu mematuhi undang-undang niaga di Malaysia.
Antara Hak anda yang perlu anda ketahui adalah seperti berikut:
1. Hak Pengguna Malaysia untuk Tuntutan Ganti Rugi
Sebagai pengguna, anda berhak untuk menerima penghakiman yang adil, termasuk mendapat pampasan untuk pembelian atau servis anda terima yang memiliki unsur mengelirukan, kualiti barang yang rendah dan juga servis yang tidak memuaskan. Tuntutan ini boleh dibuat melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang merupakan sebahagian dari KPDNKK. Cara untuk membuat tuntuan ialah seperti berikut:
Fail tuntutan dengan mengisi Borang 1. Anda boleh dapatkan borang ini di semua cawangan Tribunal atau muat turun di portal e-Tribunal. Anda perlu membayar RM5.00 untuk pemfailan borang tersebut.
Salinan Borang 1 akan diserahkan kepada pihak yang dituntut, dan kedua-dua pihak perlu hadir ke pendengaran tuntutan tersebut. Tarikh pendengaran akan ditetapkan oleh Tribunal.
Selepas tuntutan berjaya diselesaikan dengan persetujuan kedua-dua pihak, Tribunal akan mengeluarkan Award (terma ini digunakan untuk penyelesaian yang ditawarkan oleh Tribunal). Award tersebut boleh jadi dalam bentuk wang yang dibayar kepada pengadu, ataupun ganti untuk barang yang dibeli.
Menurut undang-undang, anda hanya dibenarkan untuk membuat tuntutan sehingga RM 25,000 sahaja. Wang tuntutan itu bukan dibayar oleh Tribunal, sebaliknya oleh pihak yang dituntut, atas arahan Tribunal.
Selain itu, pastikan juga anda simpan semua dokumen berkaitan dengan pembelian dan servis yang anda peroleh dari peniaga sebagai bukti. Antara dokumen yang boleh digunakan sebagai bukti ialah invois, resit, risalah iklan, barang yang rosak,dan dokumen lain yang boleh menyokong tuntutan gantirugi anda.
2. Anti-Pencatutan dan Barangan Kawalan di Malaysia
Ini merupakan perkara yang sering terjadi iaitu dimana barang yang anda beli atau servis yang anda terima dikenakan harga yang tidak berpatutan, lakukan aduan dengan segera. Selaku pengguna, anda juga mempunyai hak untuk harga barang yang berpatutan.
Anti pencatutan ialah aktiviti yang dikawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010. Ia merupakan undang-undang untuk melindungi pengguna dari pencatutan yang melampau, iaitu tindakan peniaga menaikkan harga secara melampau dengan tujuan untuk menjana keuntungan, terutamanya ketika dalam situasi yang memberi kelebihan kepada peniaga.
Sebagai contoh, menaikkan harga ayam ketika musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri ataupun menaikkan harga topeng ketika musim jerebu dan juga menaikkan harga barangan kawalan dengan sengaja setelah kenaikan harga Petrol.
Selain itu, dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, bebarapa barangan telah disenaraikan sebagai barangan kawalan. Ambil perhatian terhadap barangan dalam senarai ini supaya anda tidak ditipu dengan caj harga yang lebih mahal.
Barangan makanan seperti ayam, telur, dan gula merupakan antara barangan yang sering diletakkan dibawah senarai ini, terutamanya ketika musim perayaan untuk melindungi pengguna daripada peniaga yang ingin memgambil kesempatan menaikkan harga pada waktu perayaan.
Kebiasannya harga bagi barangan kawalan yang ditetapkan akan diumumkan sebelum musim perayaan, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dan berita mengenai harga barangan kawalan tersebut. Peniaga tidak dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dari hargabarangan kawalan yang di umumkan.
Bagi kes ini laporkan secepatnya ke KPDNKK. Untuk pengetahuan KPDNKK telah menyediakan perkhidmatan Program Perlindungan Pengguna.
Untuk menyemak harga barangan bagi rujukan anda, anda boleh memuat turun aplikasi PAPARAN HARGA oleh KPDNKK Malaysia
Program Perlindungan Pengguna | Aduan Pengguna (PPAP)
Untuk pengetahuan anda KPDNKK telah melancarkan Program Perlindugan pengguna bagi melindungi hak-hak pengguna. KPDNKK Menerima aduan daripada melalui telefon, laman web, surat dan juga pengguna yang hadir sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP). Aduan akan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan.
Untuk makluman anda juga , tidak semua aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Kementerian untuk menyelesaikannya. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh semak akta perlindungan pengguna di bawah
SEMAKAN AKTA PERLINDUNGAN PENGGUNA 1999 (Akta 599)
Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 (atau Akta 599) telah berkuatkuasa pada 15 November 1999 untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan pengguna.
Untuk pengetahuan pindaan telah dibuat sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2002, 2003, 2007 dan 2010.
Pindaan 2002 – Pindaan Subseksyen 17 (1) menyenaraikan jenis-jenis Kontrak Perkhidmatan Hadapan yang telah diwartakan oleh KPDNKK untuk maksud seksyen berkenaan.
Pindaan 2003 – menambah keanggotaan TTPM daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan serta meningkatkan award TTPM daripada RM10, 000 kepada RM25, 000.
Pindaan 2007 – memperluaskan skop Akta 599 kepada urusniaga perdagangan secara elektronik.
Pindaan terkini iaitu pada tahun 2010 bertujuan untuk membuat penambahbaikan ke atas peruntukan sedia ada di bawah Akta 599 supaya akta tersebut kekal relevan dalam menghadapi perubahan bagi amalan perdagangan pada masa kini dan mampu memberi perlindungan yang lebih menyeluruh kepada pengguna.
Pindaan tersebut ini juga memperkenalkan 2 Bahagian baru iaitu Bahagian IIIA:Terma Kontrak Tidak Adil yang menetapkan peruntukan-peruntukan bagi melindungi pengguna daripada terma-terma tidak adil yang wujud dalam sesuatu kontrak bentuk seragam dan Bahagian XIIA: Jawatankuasa Pengiklanan yang memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang mengeluarkan iklan yang mengelirukan atau palsu.
Tahukah anda bahawa semua kedai dan peniaga wajib memaparkan harga barang atau servis yang mereka tawarkan?
Tindakan ini tertakluk dibawah undang-undang yang menyatakan peniaga perlu meletakkan tanda harga untuk barang dan servis.
Selain
daripada hak untuk mendapatkan maklumat mengenai harga, anda juga
berhak untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai barangan dan servis.
Jika
anda berhadapan dengan situasi iklan yang mengelirukan atau tanda harga
yang salah, anda boleh membuat aduan melalui Sistem eAduan atau hubungi
talian bebas tol 1-800-886-800.
Anda dinasihatkan untuk
menggunakan saluran yang betul untuk mengadu mengenai barangan atau
servis yang tidak memuaskan daripada menyebarkannya di media social.
Walaupun anda akan mendapat bilangan like atau komen yang banyak, tanpa
tindakan yang betul wang anda tidak akan dikembalikan.
Oleh yang demikian, gunakan
hak anda sebagai pengguna dan jangan biarkan peniaga-peniaga dengan sewenang-wenangnya memperdayakan anda.
Selain daripada membuat Aduan, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada sukarela yang memantau melalui konsep membeli-belah sambil melaporkan kepada Kementerian mengenai aktiviti salah laku peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab dengan menyertai Friends Of KPDNKK
FRIENDS OF KPDNKK
Pasti anda tertanya-tanya apa itu Friends Of KPDNKK . Ia dahulunya dikenali sebagai SKUAD PENGGUNA yang mana ianya ditubuhkan dengan objektif untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan.
Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula sebagai Friends of KPDNKK dengan tujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.
Bidang tugas Friends Of KPDNKK adalah melakukan pemantauan secara sukarela melalui konsep membeli-belah sambil memantau dan melaporkan kepada Kementerian
Bidang Tugas Friends Of KPDNKK
Bidang Tugas Friends Of KPDNKK
Keistimewaan Kad Ahli Friends Of KPDNKK
Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (loyalty card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota Friends of KPDNKK. Ia mempunyai tiga fungsi iaitu sebagai:
Kad Diskaun Kad Loyalti Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK
Sebagai pemegang Kad Friends of KPDNKK, anda boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini.
Selain daripada itu anda juga akan mendapat potongan harga yang menarik untuk pembelian di MYDIN.
potongan harga yang menarik untuk pembelian di MYDIN.
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com