Grab The Promo
Grab The Promo

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat

Masak Pindang merupakan masakan Diet yang berkhasiat yang sesuai diamalkan oleh anda yang ingin berdiet tapi dalam masa yang sama ingin menikmati hidangan masakan yang lazat. Ianya dikatakan makanan  diet yang cukup sihat kerana ia tidak melibatkan sebarang minyak yang berkolestrol tinggi . Ia hanya direbus bersama air dan rempah ratus serta herba tempatan seperti lengkuas, bawang putih serta sebagainya.

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat
Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat


Kebiasaannya masak pindang ini  lebih digemari golongan berusia  Rasa masam dan pedas menjadikannya ia sangat sedap dinikmati dengan nasi panas. Selain itu ianya juga merupakan masakan untuk Wanita dalam pantang atau masakan untuk orang sakit.

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat


Masak Pindang ini sukar didapati di restoran kerana bagi pengusaha restoran dan kedai makan ianya adalah menu mudah yang boleh di masak sendiri dirumah . Tetapi adakalanya bagi kebanyakan wanita bekerjaya yang kesuntukan masa untuk memasak. Mereka memilih untuk makan di luar.


Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat
Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen


Istimewa buat peminat Masak Pindang khususnya dan juga buat golongan wanita yang sedang dalam pantang , kini anda boleh dapati masakan ini di Hot Pindang Kitchen  di Seksyen 10 Shah Alam atau di Hot Pindang Kitchen AEON Mall Shah Alam.

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat
Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen


Kini anda yang sibuk bekerja tidak perlu gusar untuk mencari lokasi masak pindang terutama buat anda yang sedang berdiet . Para suami yang menjaga isteri dalam pantang juga tidak perlu risau kerana anda boleh dapatkan masakan dalam pantang buat isteri tercinta disini.



Selain Masak Pindang terdapat juga masakan rebusan yang lain seperti Singgang .Masak Pindang dan Masak Singang tidak jauh beza namun cara penyediaan dan hasil masakan nya pasti berbeza cuma kedua-duanya direbus dan tidak menggunakan minyak . Jadi ianya sangat sesuai untuk anda yang sedang berdiet . Bukan sahaja sesuai untuk anda yang berdiet malahan ianya juga sesuai untuk sesisi keluarga menikmati masakan yang sihat tanpa kolestrol yang akan memudaratkan kesihatan.

Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat
Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat



Hot Pindang Kitchen  Seksyen 10 Shah Alam


Baru-baru ini Cik iena sendiri telah cuba masak pindang ikan kembong di Hot Pindang Kitchen yang terletak di seksyen 10 Shah Alam.  Ternyata masakan ini mampu mengubat kerinduan cik iena kepada Arwah nenda tercinta yang suka akan masakan rebus-rebusan seperti ini.

Hot Pindang Kitchen  Seksyen 10 Shah Alam
Hot Pindang Kitchen  Seksyen 10 Shah Alam


Tidak hairanlah orang tua-tua dahulu lebih sihat dari kita sekarang bahkan ada diantara mereka yang masih sihat walafiat dan masih bertenaga untuk melakukan aktiviti harian. Ini adalah kerana mereka mengamalkan gaya pemakanan yang sihat seperti masakan rebus-rebus dan ulam-ulaman.

Lokasi Restoran yang cik iena lawati ini terletak di kawasan perumahan .Susun atur restoran ini sangat kemas. Dihiasi dengan lukisan seni di dinding kedai . Jika dilihat dari luaran pasti ada yang menyangkakan harganya mahal . Namun ianya tidak benar . Walaupun restoran ini dari luarannya nampak mahal tetapi harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan servis dan masakan yang dihidangkan.

Hot Pindang Kitchen  Seksyen 10 Shah Alam
Sambal udang petai di Hot Pindang Kitchen  Seksyen 10 Shah Alam


Selain dari makanan sihat makanan diet seperti masak pindang dan masak singgang terdapat pelbagai lagi jenis menu yang di tawarkan termasuklah salah satunya masakan kegemaran cik iena iaitu sambal udang petai.


 

Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen


Masak Pindang Ikan Kembong merupakan antara menu kegemaran Cik iena . Sejak kecil lagi Cik iena telah dibiasakan oleh puan ibunda untuk memakan masakan rebus-rebus seperti Masak Pindang , masak tumis air, dan masakan lain yang hanya merebus bahan masakan . Disebabkan telah biasa dengan cara pemakanan ini . Masak Pindang merupakan salah satu menu kegemaran Cik iena dari dahulu sehingga sekarang.


Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen
Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen



Kebiasaannya Cik iena hanya makan masakan ibu, arwah nenek atau masak sendiri sahaja. Kerana ianya sukar untuk didapati di restoran mahupun gerai makan diluar sana . Tahniah diucapkan kepada Hot Pindang Kitchen kerana berani menawarkan menu rebus-rebus seperti Masak Pindang untuk dijadikan menu utama restoran mereka.



Masakan ini sudah pasti sukar didapati ditempat lain selain masakan sendiri .Jadi Lokasi terbaik untuk Cik iena dan juga mungkin anda semua untuk menikmati keenakan masak pindang adalah di Hot Pindang Kitchen.


Rasa Masak Pindang Ikan Kembong disini lain daripada yang lain . Ianya agak pekat dari masakan biasa dirumah. Namun kepekatannya lagi menambahkan keenakan rasa masakan pindang tersebut . Tersa bahan-bahan yang dikisar .Lagi-lagi bila hirup kuahnya ketika panas-panas . Cik iena memang suka hirup kuah masak pindang .

Jika masa kecil dirumah mak, hanya cukup satu lauk sahaja iaitu ikan pindang dan nasi panas beserta kicap dah cukup heaven untuk cik iena. Ouhh kicap tak tinggal. Cik iena suka kicap :)

Hot Pindang Kitchen
set nasi di Hot Pindang Kitchen


Masak Pindang Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen di jual pada harga RM 9.80 untuk menu ala carte dan set pada harga RM 11.90. Untuk set , akan di hidangkan nasi putih ulaman, keropok dan telur asin. Sama seperti set yang lain. Harga untuk setiap jenis ikan juga berbeza.


Asam Pedas Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen



Asam Pedas Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen
Asam Pedas Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen pada harga RM11.90 (set)

Selain dari Masak Pindang Ikan Kembong Cik iena juga telah mencuba Asam Pedas Ikan Kembong . Untuk pengetahuan terdapat beberapa jenis ikan untuk pilihan anda . Cik iena lebih gemar memakan ikan kembung. Antara ikan lain yang boleh di jadikan pilihan adalah ikan senangin , ikan pari dan ikan tenggiri.

Asam Pedas Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen
Asam Pedas Ikan Kembong di Hot Pindang Kitchen pada harga RM9.80 (ala carte)


Rasa Asam Pedas Ikan Kembong di sini sememangnya sedap dan cukup pekat , cukup masam serta cukup pedas . Asam pedas kalau tak pekat , masam dan pedas memang kurang sedap .  Jadi Asam Pedas Ikan Kembong di sini memang menepati Citarasa Cik iena.


Ikan singgang di Hot Pindang Kitchen


Menariknya lagi disini  terdapat menu ikan singgang tongkol . Ikan singgang juga masakan diet yang sihat . Untuk menu ini di cadangkan ikan tongkol namun sekiranya anda tidak gemar memakan ikan tongkol anda juga boleh tukar kepada ikan yang lain . Harga adalah bergantung kepada ikan . Kebiasaannya harga ikan kembong dan ikan tongkol adalah lebih murah berbanding ikan lain . Namun harganya tidak terlalu jauh beza.


Selain masakan rebus seperti pindang dan singgang serta masakan asam pedas, Cik iena juga sempat mencuba menu yang lain iaitu Meehon Tomyam,  Sambal Udang Petai  , Jus Shahdu, Jus Manggo Vanilla dan Oreo Ice cream Cake.


Meehon Tomyam di Hot Pindang Kitchen

Meehon Tomyam di Hot Pindang Kitchen
Meehon Tomyam di Hot Pindang Kitchen
Rasa Meehon Tomyam di Hot Pindang Kitchen ini agak pedas dan sedikit manis . :ihat pada warna kuahnya pun boleh tau ianya pedas . Cik iena lebih gemar rasa tomyam yang pedas, masam dan creamy serta tidak manis :)

Sambal Udang Petai di Hot Pindang Kitchen


Sambal Udang Petai merupakan masakan kegemaran CIk iena sejak kecil lagi. Cik iena dibesarkan di kampung dan sudah biasa dengan sayuran seperti petai. Walaupun ramai anak muda tidak menggemari petai namun berbeza dengan cik iena. Di Kuala Lumpur agak sukar mencari restoran yang menjual masakan petai.


Sambal Udang Petai
Sambal Udang Petai di Hot Pindang Kitchenpada harga RM13.90


Jadi sekarang Cik iena tak perlu risau kerana di Hot Pindang Kitchen ada menawarkan masakan petai cuma masakan sambal udang petai disini berbeza dengan masakan puan ibunda dari segi rasa manisnya . Ianya agak manis dan kurang pedas. Berbeza dengan resepi keluarga Cik iena yang tidak manis dan pedas.

Ianya di jual pada harga RM13.90 ala carte . Untung sambal petai udang tiada set nasi :)

Jus Shahdu di Hot Pindang Kitchen


Jus Shahdu di Hot Pindang Kitchen
Jus Shahdu di Hot Pindang Kitchen

Jus Shahdu di Hot Pindang Kitchen ini ibarat ABC tanpa ais kisar . Penggemar ABC pasti sukakannya.


Jus Manggo Vanilla di Hot Pindang Kitchen


Jus Manggo Vanilla di Hot Pindang Kitchen
Jus Manggo Vanilla di Hot Pindang Kitchen

Pertama kali cik iena minum Jus Manggo Vanilla di Hot Pindang Kitchen. Rasa buah segar dan aiskrim vanilla yang sedap. Combination yang cukup sempurna.


Oreo Ice cream Cake di Hot Pindang Kitchen


Oreo Ice cream Cake di Hot Pindang Kitchen
Oreo Ice cream Cake di Hot Pindang Kitchen

Oreo Ice cream Cake di Hot Pindang Kitchen agak menarik untuk anda cuba. Penggemar oreo pasti akan suka kek aiskrim ini.


Selain daripada menu-menu yang Cik iena cuba diatas terdapat banyak lagi menu lain yang boleh anda cuba . Boleh rujuk pada gambar menu dalam video dibawah . terdapat juga menu ala carte yang lain tapi maaf Cik iena tak ambil gambar . Pendek kata menu-menu ala carte yang ada di kebanyakan restoran biasa ada di jual disini. seperti pelbagai masakan nasi goreng , pelbagai masakan meehon dan mee dan masakan sayuran.



Selain daripada restoran, Hot Pindang Kitchen juga menawarkan perkhidmatan katering untuk anda. Terdapat pelbagai jenis menu ditawarkan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan katering sila hubungi  03-5523 1259 atau whatsapp 012 2043773

Hot Pindang Kitchen Seksyen 10 Shah Alam Tutup Sementara Pada Bulan Ramadhan 2018


Buat anda yang ingin mengunjungi Hot Pindang Kitchen  dinasihatkan untuk pergi ke AEON MAll Shah Alam kerana untuk pengetahuan semua Hot Pindang Kitchen Seksyen 10 Shah Alam akan di tutup pada bulan Ramadhan untuk memberi ruang pada tempahan katering pada bulan ramadhan .


Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat
Hot Pindang Kitchen Tawar Menu Diet Berkhasiat


Jadi kepada anda yang ingin menikmati keenakan masakan di Hot Pindang Kitchen anda boleh ke AEON Mall Shah Alam .

Untuk Maklumat Lanjut atau promosi terkini , anda boleh ikuti laman sosial mereka

FAcebook :  https://www.facebook.com/hotpindang/
Instagram :  https://www.instagram.com/_hotpindangkitchenrestoran_/
Telefon : 03-5523 1259 / 012 2043773 

Hot Pindang Kitchen Restoran dan Katering

No 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11,Seksyen 10, Shah Alam Selangor
Waktu Beroperasi :  11 Pagi Hingga 11 malam

Hot Pindang Kitchen Restoran

Food Market, GF AEON Mall Shah Alam
Waktu Beroperasi : 10 Pagi Hingga 10 Malam



Less Is More | Althea The Bare Essentials Skincare

Setiap Insan pasti menginginkan kulit wajah yang cantik namun adakalanya kita kesuntukan masa untuk memanjakan wajah terutamanya buat kaum wanita yang sudah bekeluarga mahupun yang sibuk bekerja.


Althea The Bare Essentials Skincare

Terdapat pelbagai jenis produk kecantikan yang terdapat di pasaran dan adakalanya bagi sesuatu jenama sehingga memerlukan 5 produk berlainan untuk di pakai setiap hari. Adalah lebih mudah sekiranya ianya adalah kurang daripada itu.


Kini anda tidak perlu risau kerana dengan kehadiran Produk baru Althea iaitu The Bare Essential , anda boleh mengekalkan kecantikan kulit wajah malahan menambah baik pulih kulit wajah anda dengan produk kecantikan ini .

Althea The Bare Essentials Skincare


Hanya dengan 3 produk sahaja anda boleh kekal kelihatan cantik. Anda boleh menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Malahan terdapat fungsi untuk membentuk wajah atau mengecilkan wajah dengan menggunakan Contour Cleanser di dalam set skincare ini.



Althea The Bare Essential


Rangkaian The Bare Essentials skincare terdiri daripada tiga produk hypoallergenic yang sesuai untuk semua jenis kulit .  Rangkaian skincare ini mengandungi bahan-bahan semulajadi yang terbaik yang telah dipilih dengan teliti untuk memberikan pengalaman yang paling menghidratkan untuk kulit anda.

Althea The Bare Essentials Skincare
Althea The Bare Essentials Skincare

Hanya 3 Langkah Mudah Untuk Kelihatan Cantik  -  Less is More



Althea The Bare Essentials Skincare
Althea The Bare Essentials Skincare

  1. Contour Cleanser  -  Detox For V-Shape
  2. Primer Water - Prep For Silky Skin
  3. Fixer Cream - Fix Moisture




Contour Cleanser 


Mengandungi soothing Ice Plant yang menenangkan dan ekstrak Lemon Myrtle untuk detox.
Pembersih ini padat dipenuhi dengan kapsul mikro yang pecah apabila bersentuhan dengan air untuk membersihkan, mengelupas, dan menyegarkan kulit dengan lembut.

Althea The Bare Essentials Contour Cleanser
Althea The Bare Essentials Contour Cleanser

Pembersih Contour Cleanser ini membantu untuk menggalakkan peredaran darah, dan seterusnya berfungsi mengurangkan size pada wajah dengan menjadikan bentuk wajah lebih lansing atau kecil.


Kandungan 


Water,Propanediol,Diphenylsiloxy Phenyl Trimethicone,Alcohol,1,2-Hexanediol,Salvia Hispanica Seed Extract,Centella Asiatica Extract, Houttuynia Cordata Extract,Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer,Tromethamine,Betaine,Fructooligosaccharides, Saccharide Hydrolysate,Xanthan Gum,Ethylhexylglycerin,Pullulan,Butylene Glycol,Dipropylene Glycol,Salvia Officinalis (Sage) Leaf Extract, Saussurea Involucrata Extract,Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract,Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Origanum Vulgare Extract,Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower Extract,Thymus Vulgaris (Thyme) Flower/Leaf/Stem Extract, Sclerotium Gum,Agar,Polysorbate 20,PEG-60 Hydrogenated Castor Oil,Fragrance


Kelebihan Contour Cleanser 


  • Ice plant - Menghidrat dan mengurangkan kemerahan pada wajah 
  • Lemon myrtle - Kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk menguatkan kulit Pembersih yang kaya dengan busa yang membersih wajah dengan mendalam. 
  • Mengandungi Kapsul mikro untuk pengelupasan lembut 
  • Mengurangkan bengkak untuk bentuk wajah yang jelas

Althea The Bare Essentials Contour Cleanser
Althea The Bare Essentials Contour Cleanser

Cara Penggunaan Contour Cleanser


Picitkan pada jari kemudian Urut dalam gerakan membulat di wajah sehingga berbusa  dan kemudian bilas sehingga bersih dengan air bersih. 


Review Contour Cleanser 


Contour Cleanser ini mempunyai tekstur yang halus dengan gelembung mikro . Ianya mampu membersih kekotoran pada kulit wajah secara mendalam . Hanya sekali cucian ianya mampu membuang sisa-siksa solekan Cik iena walaupun Cik iena tidak menggunakam make up remover sebelum mencuci wajah.

Althea The Bare Essentials Contour Cleanser
Althea The Bare Essentials Contour Cleanser


Selain itu ianya mempunyai bau yang harum . Haruman lemon yang sememangnya menyegarkan minda dan akan membuat jiwa berasa tenang dan nyaman. Selepas mencuci wajah kulit berasa sangat lembab , lembut dan anjal.


Rating Contour Cleanser 

9/10


Harga Contour Cleanser  : 150 g RM  23




Primer Water


Mempunyai dua fungsi toner didalam satu item iaitu toner penghidratan dan toner primer.
Primer Water ini mengandungi newdrop teknologi yang dipatenkan (Macro Fluidic Dispersion technology) yang perlahan-lahan mengisi jurang antara liang-liang dan membolehkan proses penghidratan menembusi jauh di dalam lapisan kulit.

Althea The Bare Essentials Primer Water
Althea The Bare Essentials Primer Water


Dibuat dengan ekstrak snow Lotus, water primer ini mempunyai tekstur yang sangat licin dan mempunyai tekstur sutera yang meningkatkan cahaya semulajadi kulit, menjadikan kulit anda lebih cantik , lembab, licin dan anjal.

Kandungan 


Glycerin,Water,Myristic Acid,Stearic Acid,Potassium Hydroxide,Palmitic Acid,Lauric Acid,PEG-32,Glyceryl Stearate,PEG-100 Stearate, Cocamidopropyl Betaine,Glyceryl Stearate SE,Microcrystalline Cellulose,Zea Mays (Corn) Starch,Lactose,Potassium Cocoyl Glycinate, Polyquaternium-67,Sodium Chloride,Disodium EDTA,Menthol,Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Polyquaternium-7,Fructooligosaccharides,Saccharide Hydrolysate,Pullulan,1,2-Hexanediol,Tocopheryl Acetate, Mesembryanthemum Crystallinum Extract,Sodium Benzoate,Sodium Acetate,Butylene Glycol, Lippia Citriodora Leaf Extract,Ethylhexylglycerin,Fragrance

Kelebihan Primer Water

  • Snow lotus -  Melicinkan dan mencerahkan kulit . 
  • Patented "dewdrop" formulation - Menghidupkan semula kulit dan memberikan kelembapan segera serta berkesan.
  • Menghidrat dan prep lapisan kulit
  • "Dewdrop" melembutkan dan meningkatkan kelembutan kulit wajah
  • Primer yang melembutkan dan melicinkan keadaan kulit yang tidak sekata

Althea The Bare Essentials Primer Water
Althea The Bare Essentials Primer Water

Cara Penggunaan Primer Water:


Tuangkan sedikit dan sapukan secara merata ke muka, urut secara  perlahan-lahan untuk penyerapan yang lebih baik. Ianya digunakan selepas anda menggunakan Contour Cleanser.

Review Primer Water


Cik iena suka Primer Water ini kerana ianya sangat melembabkan kulit Cik iena yang kering . Teksturnya  mudah meresap serta berbau harum yang sangat menenangkan minda. Kulit terasa sangat lembab serta segar selepas mengaplikasikan Primer Water ini.

Althea The Bare Essentials Primer Water
Althea The Bare Essentials Primer Water

Rating Primer Water

9/10

Harga Primer Water : 200 ml RM  43





Fixer Cream


Formula yang tidak berminyak dan pantas menyerap dengan kuasa Trehalose. Ianya mengandungi Ramuan yang terdapat di kaktus yang bertindak menghalang kehilangan kelembapan bermaksud ianya  seperti kaktus mampu mengekalkan kelembapan seterusnya memberi kulit dengan penghidratan 24 jam.


Althea The Bare Essentials Fixer Cream
Althea The Bare Essentials Fixer Cream


Krim hebat yang berkhasiat ini juga kaya dengan antioksidan yang diperoleh daripada minyak benih Camellia Sinensis (teh hijau), dimana ianya juga membantu untuk menggalakkan pertumbuhan semula kolagen menggunakan ekstrak Baobab Tree. Selepas diaplikasi kan pada kulit , anda akan dapat merasai perbezaannya dengan kulit yang lembab, lembut serta anjal.

Kandungan 


Water,Glycerin,Methylpropanediol,Dimethicone,Olea Europaea (Olive) Fruit Oil,Hydrogenated Poly(C6-14 Olefin),Cyclopentasiloxane,Glyceryl Stearate, 1,2-Hexanediol,Cetearyl Alcohol,Polysorbate 60,PEG-100 Stearate,Cyclohexasiloxane,Salvia Hispanica Seed Extract,Centella Asiatica Extract, Houttuynia Cordata Extract,Carbomer,Tromethamine,Polyacrylate-13,Fructooligosaccharides, Saccharide Hydrolysate,Polyisobutene,Propanediol,Ethylhexylglycerin,Pullulan,Disodium EDTA,Polysorbate 20,Butylene Glycol, Sorbitan Isostearate,Trehalose,Sodium Hyaluronate,Lavandula Angustifolia (Lavender) Flower/Leaf/Stem Extract,Camellia Sinensis Leaf Extract, Imperata Cylindrica Root Extract,Opuntia Ficus-Indica Stem Extract,Adansonia Digitata Seed Extract,Fragrance

Kelebihan Fixer Cream

  • Trehalose - Humectant berkuasa yang mengekalkan kelembapan pada kulit
  • Wild Green Tea - Menghidrat, menenangkan kulit dan pek dengan antioksidan
  • Baobab Tree Extract - Ejen pelembap yang tidak berminyak yang membantu mempromosikan pengeluaran kolagen.
  • Menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk memnyerap nutrisinya
  • Penghidratan 24 jam
  • Tidak melekit dan mudah diserap
Althea The Bare Essentials Fixer Cream
Althea The Bare Essentials Fixer Cream

Cara Penggunaan Fixer Cream:

Sapukan secara merata ke  wajah dan urut perlahan hingga meresap. Ianya di gunakan selepas anda menggunakan Water Primer.

Review Fixer Cream


Fixer Cream ini merupakan krim pelembab yang sangat melembabkan sehingga 24 jam. Kelembapan yang berpanjangan membuatkan kulit sentiasa glowing . Ianya tidak melekit dan mudah meresap . BAunya juga sangat harum dan menenangkan minda.

Kelembapan yang diberikan dari krim ini membuatkan solakan cik iena lebih mudah di mana Cik iena tidak perlu lagi membasahkan span make up supaya foundation cik iena melekat pada wajah dengan mudah . Utuk pengetahuan kulit cik iena kering. Cik iena perlu basahkan span supa mudah untuk mengaplikasikan foundation pada wajah untuk bersolek.


Althea The Bare Essentials Fixer Cream
Althea The Bare Essentials Fixer Cream


Dengan adanya Fixer cream ini mudah bagi cik iena untuk mengaplikasi foundation pada wajah cik iena. Kelembapan sehingga 24 jam ini juga membuatkan solekan lebih glowing dan flawless.


Rating Fixer Cream

 10/10

Harga Fixer Cream: 50 g RM  50



Althea The Bare Essentials Skincare
Althea The Bare Essentials Skincare

Secara keseluruhannya 3 produk The Bare essential ini sangat Cik iena suka kerana ianya sangat sesuai untuk kulit Cik iena yang berjenis kulit kering . Jika sebelum ini Cik iena perlu memakai face mask atau mask yang mengandungi Hyluranic asid untuk mengatasi masalah kulit kering Cik iena, kini dengan mengamalkan The Bare Essential skincare ini Cik iena boleh skip rutin harian tersebut.



Untuk Maklumat Lanjut Layari


Website : http://my.althea.kr
Facebook : Althea
Instagram :  @altheakorea
Youtube : https://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/












ESSENSO MICROGROUND COFFEE harga promosi di 11Street


The ESSENSO MICROGROUND COFFEE menggunakan Teknik MicroPlus ™ untuk mengisar kopi dalam persekitaran suhu bebas oksigen dan ultra rendah untuk mengekalkan intipati biji kopi dengan  campuran 100% Biji Kopi Arabica.


ESSENSO MICROGROUND COFFEE




Terdapat  4 jnis Coffee yang boleh anda cuba iaitu 

  1. SUPER ESSENSO MICROGROUND COFFEE 3IN1
  2. SUPER ESSENSO MICROGROUND COFFEE 2IN1
  3. SUPER ESSENSO MICROGROUND BLACK COFFEE COLOMBIAN 
  4. SUPER ESSENSO MICROGROUND BLACK COFFEE MANDHELING BLEND


Keempat-empat kopi diatas boleh didapati secara online di 11street. Untuk pengetahuan terdapat promosi yang sedang berlansung sehingga 30 April 2018 . Berikut merupakan promosi yang sedang hangat berlansung dan telah mendapat banyak sambutan kerana harganya dikatakan lebih murah berbanding yang di jual di tempat lain.

ESSENSO MICROGROUND COFFEE


Jadi buat penggemar kopi jangan lupa dapatkan rangkaian The ESSENSO MICROGROUND COFFEE di 11Street.


SUPER ESSENSO MICROGROUND COFFEE 3IN1 [BUNDLE OF 3 + FREE 8S PACK]


Kopi signature 3 in 1 dengan campuran yang menghasilkan  aroma yang lebih mendalam dengan haruman kopi panggang yang tersendiri .
SUPER ESSENSO MICROGROUND COFFEE 3IN1
SUPER ESSENSO MICROGROUND COFFEE 3IN1


Harga Biasa : RM 63.90
Harga Promosi : RM40.85
Promosi Tamat : 30 April 2018

SUPER ESSENSO MICROGROUND COFFEE 2IN1  [BUNDLE OF 3 + FREE 8S PACK]


Minuman yang lembut dan berkrim tanpa gula. Gabungan ini menarik minat pencinta kopi yang lebih suka rasa kopi yang sengit dengan aroma panggang.
SUPER ESSENSO MICROGROUND COFFEE 2IN1
SUPER ESSENSO MICROGROUND COFFEE 2IN1

Harga Biasa : RM 63.90
Harga Promosi : RM40.85
Promosi Tamat : 30 April 2018
 
 

SUPER ESSENSO MICROGROUND BLACK COFFEE COLOMBIAN BLEND X 3 + TOTE BAG 


Serbuk kopi segera ikonik dengan kopi asal kolombian yang berasal dari benih tunggal, ia menggunakan Teknik MicroPlus ™ untuk mengisar kopi dalam persekitaran suhu bebas oksigen dan ultra rendah untuk mengekalkan intipati biji kopi.
SUPER ESSENSO MICROGROUND BLACK COFFEE COLOMBIAN BLEND
SUPER ESSENSO MICROGROUND BLACK COFFEE COLOMBIAN BLEND

Harga Biasa : RM 62.70
Harga Promosi : RM31.35
Promosi Tamat : 30 April 2018

SUPER ESSENSO MICROGROUND BLACK COFFEE MANDHELING BLEND X 3 + TOTE BAG 


Kopi yang membawa anda kepada rasa yang seimbang, kopi yang berbeza ini mempunyai kesatuan ikon serbuk kopi segera berasaskan tanah tunggal yang berasal dari biji kopi  sumatran mandheling.
SUPER ESSENSO MICROGROUND BLACK COFFEE MANDHELING BLEND
SUPER ESSENSO MICROGROUND BLACK COFFEE MANDHELING BLEND

Harga Biasa : RM 62.70
Harga Promosi : RM30.38
Promosi Tamat : 30 April 2018


Untuk maklumat lanjut tentang coffee ini layari www.essenso.com.my
Anda juga boleh beli secara online di www.11street.my






Buffet Ramadhan 2018 Hotel Pullman Putrajaya Lakeside


Bertemakan Magical Ramadhan Night,  Hotel Pullman Putrajaya Lakeside menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk anda berbuka puasa di  Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. Buffet ramadhan ini menghidangkan lebih 300 jenis makanan  untuk para tetamu yang memilih untuk berbuka puasa di sini.

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside


Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside


Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Tahun 2018, Hotel Pullman Putrajaya Lakeside menawarkan lebih daripada 300 jenis makanan untuk di hidangkan buat pengunjung yang akan berbuka puasa di Hotel tersebut .  Sama seperti tahun sebelumnya, masih mengekalkan Konsep "MAGICAL RAMADHAN NIGHT" . Secara simboliknya untuk memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai kemeriahan penuh magis di malam bulan ramadhan sewaktu berbuka puasa.


Sepanjang malam ini terdapat pelbagai persembahan menarik disediakan untuk para tetamu bagi menghiburkan tetamu yang berkunjung disini. Antaranya adalah persembahan live, saxophone music, stilt walker, badut, fire eaters, LED hover board shows dan lain lain lagi.


Untuk pengetahuan , Buffet ramadhan ini diadakan di tempat yang terbuka dimana ianya mampu memuatkan lebih kurang 10,000 tetamu .Berbeza dengan Buffet Ramadhan di Hotel-hotel lain , Hotel ini membawa kelainan menggunakan setiap sudut kawasan persekitaran Hotel . Seluruh kawasan akan  dipenuhi dengan makanan yang cukup banyak dan menyelerakan.


Buffet Ramadhan 2018 Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan termasuklah masakan melayu dan international seperti masakan dari thailand, myanmar, vietnam dan juga cambodia .

Selain daripada itu terdapat juga rangkaian masakan dari Itali, India dan arab.Setiap sudut di kawasan ini membawakan pilihan makanan dari pelbagai negara. Ini akan  membuatkan pengalaman berbuka puasa di sini cukup menarik dan berbeza berbanding di tempat lain.

Istimewa buat penggemar durian,  Pullman Putrajaya Lakeside merupakan lokasi yang tepat untuk anda berbuka puasa keraa disini anda boleh menikmati durian sepuas puasnya. Terdapat satu booth khas untuk durian disediakan bagi meraikan pengunjung yang menggemari durian.


Sejujurnya ini merupakan pengalaman pertama Cik iena menghadiri sesi pre ramadhan review yang agak havoc. Terasa macam karnival pun ada dengan kapasiti pengunjung yang sangat ramai sehingga boleh memuatkan lebih kurang 10,000 tetamu dalam satu malam.




Gambar Kemeriahan Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside


Untuk pengetahuan Cik iena tiba lewat maka Cik iena tidak dapat mengambil gambar makanan yang masih belum di sentuh untuk tatapan pembaca. Jadi Cik iena kongsikan sedikit gambar makanan yang sempat diambil dan selebihnya adalah gambar suasana kemeriahan di sini :)


Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside


Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside


Kepada anda diluar sana yang ingin merasai pengalaman Magical Ramadhan Night di Hotel bertaraf 5 bintang anda boleh datang ke  Hotel Pullman Putrajaya Lakeside . Dibawah Cik iena sertakan Video yang sempat cik iena rakamkan, suasana semasa ramadhan review baru-baru ini.


Review Cik iena dari segi rasa masakan, pastinya cik iena tak dapat rasa 300 menu masakan .Dari apa yang sempat cik iena makan,  rasa masakan biasa-biasa cuma ianya terdapat pelbagai jenis masakan yang boleh anda pilih . Mungkin Cik iena tiba lewat jadi Cik iena tidak dapat temukan makanan yang dapat menggoda selera cik iena .

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside



Buffet ramadhan ini lebih sesuai untuk golongan muda yang sukakan Hiburan. Tetapi sekali sekala ianya juga sesuai untuk keluarga bergembira menikmati hidangan berbuka di Hotel 5 Bintang dengan di hiburkan oleh pelbaai aktiviti hiburan di sini.


Harga Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside


Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside


Tarikh : 15 Mei 2018 - 14 June 2018
Harga : RM188 nett Dewasa
             RM110 nett Kanak Kanak


Early Bird Discount (Booking Period Berakhir 30 April 2018)

RM150 nett Dewasa
RM100 net Kanak-kanak

Untuk Tempahan

Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside
Magical Ramadhan Night di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside



Pullman Putrajaya Lakeside
No. 2 Jalan P5/5, 62200 Putrajaya,
Malaysia
Tel : 0388900000 / Whatsapp : 0168900142
Email : magicalramadhan@pullmanputrajaya.com

Maklumat Lanjut
Facebook : https://www.facebook.com/PullmanPJ/



Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve