Bulan ramadhan adalah bulan mulia yang dinanti-nantikan umat Islam . Ramai antara kita mengadakan aktiviti berbuka puasa bersama-sama, tidak kiralah bersama teman, rakan pejabat, keluarga mahupun insan teristimewa dan ada juga yang mengadakan program amal berbuka bersama anak yatim . Terdapat banyak lambakan Buffet-buffet ramadhan yang berada di pasaran.
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Ramadhan kali ini, Armada Petaling Jaya sekali lagi mengadakan Buffet Ramadhan di Utara Coffee
House. Bertemakan "CITARASA KAMPUNG", Hotel Armada Petaling Jaya menjanjikan keenakan rasa masakakan kegemaran-kegemaran tradisional dan antarabangsa.
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Hotel Armada Petaling Jaya menawarkan lebih daripada 100 hidangan yang disediakan, Chef Eksekutif, Chew Teik Chye dan Chef Sous, Alifah binti Kandar aka Chef Mommy menjanjikan untuk menyajikan pelbagai pilihan hidangan yang akan menekankan pada pelbagai rasa dan aroma yang akan menawan selera tekak anda selepas seharian berpuasa.
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Menikmati hidangan berbuka puasa disini sememangnya akan mengimbau kembali nostalgia anda dikampung bersama keluarga apabila anda menikmati hidangan yang tradisional dan klasik seperti Kerabus, Cincalok ke, Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk. Selera anda akan bertambah lagi dengan pelbagai Sambal klasik yang jarang dilihat oleh masyarakat bandar khususnya.
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Buat penggemar Kerabu, Hotel Armada Petaling Jaya menghidangkan beberapa jenis kerabu tradisional Mangga, Kerabu Sotong, Kerabu Kacang Botol dan Kerabu Soo Hoon.
Untuk hidangan utama pastikan anda merasai beberapa hidangan Ramadan yang paling lazat dan asli seperti Asak Laksa, Laksa Thai, Nasi Rempah Berlauk, Udang Klieo, Ketam Masak Berlada, Ekor Lembu Masak Asam Pedas, Ayam Palembang, Pisang Muda Masak, Lemak Ikan Masin, Kari Kepala Ikan, Daging Kicap Berempah, Ikan Bawal Masak Terutup, Itik Kerutub, Sup Tulang Rusuk, Nangka Muda Masak Lemak, Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan dan Siput Sedut Masak Cili Padi.
Laksa Thai di Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Selein dari menu utama diatas anda juga boleh menikmati Apam Balik, Daging Panggang, Pelbagai Satay , Murtabak, Lidah Sapi dengan Air Asam, Ayam Percik Panggang, Roti Durian dan banyak lagi makanan yang terletak di sekitar kawasan Bakar-Bakar.
Terdapat juga hidangan pencuci mulut termasuk Kuih Melayu tradisional, pastri Perancis dan hidangan manis yang menggoda seperti Pengat Nangka dengan Sago, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang dan Serawa Durian dengan Pulut semuanya disediakan khas untuk gigi manis.
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Minuman sudah pasti tidak dapat di pisahkan dengan makanan .Terdapat juga pelbagai
jenis minuman yang disediakan untuk anda menghilangkan rasa dahaga anda: Cincau, Kelapa Muda, Jagung, Kembang Semangkuk, Selasih dan banyak lagi.
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Kepada anda diluar sana khususnya yang berada di Petaling jaya dan kawasan yang berhampiran jangan lupa ambil kesempatan ini untuk merasa masakan tradisional yang sedap di Utara Coffee House Hotel Armada Petaling Jaya .
Gambar Makanan di Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Berikut merupakan sebahagian gambar hidangan masakan di Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya.
Ayam Palembang
Daging Kicap Berempah
Itik Kerutub
Kari Kepala Ikan
Ketam Masak Berlada
Lamb Percik
Ikan Bawal Masak Terutup
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi
Ulam-ulam & Jeruk
Keladi Masak Lemak Cili Padi
Aneka Jeruk
Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan
Udang Kelio
Aneka buah-buahan
Thai Laksa with Condiments
Pengat Nangka dengan Sago dan Serawa Durian dengan Pulut
Hotel Armada Petalingjaya merupakan antara Hotel yang menyajikan Buffet
ramadhan yang paling menepati citarasa kemelayuan Cik iena. Kebanyakan
menu yang dimasak sememangnya mempunyai rasa tradisi asli yang sangat
lazat. Antara menu yang tidak boleh cik iena lupakan keenakannya adalah
Sambal Hijau Terung Pipit dengan Belacan, Pengat Nangka dengan Sago ,
Serawa Durian dengan Pulut, Pisang Muda Masak Lemak Ikan Masin , Siput
Sedut Masak Lemak Cili Padi, Keladi Masak Lemak Cili Padi dan Ikan Bawal
Masak Terutup.
Cik iena bersama Chew Teik Chye dan Chef Mommy di Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Cik iena juga berpeluang berjumpa dan berborak dengan Chef mommy yang menyediakan masakan untuk buffet ramadhan tersebut . Chey Mommy sememangnya merupakan chef yang sangat peramah dan beliau sangat mementingkan kualiti keaslian rasa masakan beliau bagi memeikat selera pengunjung.
UNtuk pengetahuan Chef mommy ni melayu tau. Kalau tengok dari gambar mungkinada yang mengatakan cina :) Meluangkakn masa bercakap mengenai masakan tradisional bersama beliau sememangnya mengimbau kenangan silam cik iena dan melihat telatahnya mengingatkan cik iena pada Arwah nenda tercinta.
Harga Citarasa Kampung Ramadan Buffet 2018 Di Hotel Armada Petaling Jaya
Dewasa : RM88.00 ++ per pax
Kanak-kanak : RM45.00 ++ per pax
Tarikh Buffet : Selasa, 15 Mei 2018 - Khamis, 14 Jun 2018
Chef Chew Teik Chye , chef Mommy dan Team
Buffet Hi-Tea Hari Raya Aidilfitri
Untuk menandakan berakhirnya bulan puasa dan mengalu-alukan perayaan Hari Raya Aidilfitri,
North Coffee House juga akan meraikan majlis itu dengan pelbagai pilihan barang
melalui Buffet Hi-Tea Hari Raya Aidilfitri dengan harga
Dewasa : RM68.00 ++ per pax
Warga emas : RM48 ++ per pax
Kanak-kanak : RM33.00 ++ per pax
Tarikh Buffet : Jumaat, 15 & Sabtu, 16 Jun 2018
Waktu : 12.00 pm hingga 4 pm
Untuk tempahan, sila hubungi:
(03) 7954 6888 ext. 4557 Utara Coffee House.
Lazada sebagai platform eCommerce yang di kenali di Malaysia telah meluaskan sayapnya lagi dengan mengadakan sebuah program realiti yang mengetengahkan tentang fesyen dan kecantikan. Seperti anda sedia maklum fesyen bergerak seiring dengan teknologi jadi pasti anda menginginkan dan ternanti-nanti fesyen terkini yang bakal anda ikuti.
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show di TV3
Okay jom cik iena ceritakan serba sedikit mengenai rancangan realiti ini yang di panggil LazAdaStyle Fashion Reality TV Show
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show
Lazada Malaysia telah melancarkan LazAdaStyle Fashion Reality TV Show yang Pertama untuk Fashionistas Tempatan dan Pereka Fesyen. Rancangan Realiti ini disiarkan di TV3 pada setiap hari Ahad jam 3 petang dengan menampilkan Selebriti Tempatan Termasuk Rizman Rozaini, Wirda Adnan, Nana Mahazan dan banyak lagi.
Lazada yang mana merupakan Platform eCommerce terkemuka di Malaysia telah melancarkan LazAdaStyle Fashion Reality TV show yang pertama di negara ini khas untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1
Dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima, LazAdaStyle akan diacarakan oleh seorang pelakon Malaysia iaitu Nana Mahazan . Rancangan ini bertujuan untuk meletakkan Lazada sebagai destinasi membeli-belah rakyat Malaysia bagi produk fesyen dan kecantikan.
Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata,
"Kami sedang memulakan perjalanan yang menarik untuk memperdalam rayuan kami kepada pengguna yang berpusatkan fesyen. LazAdaStyle fashion reality TV show ini merupakan cara kami untuk terus melibatkan mereka dalam cara yang lebih menarik dan relevan selain menyediakan pengguna dengan pelbagai jenis barangan. Fesyen dan kecantikan adalah tumpuan utama kami untuk Hari Raya tahun ini kerana fashion merupakan salah satu elemen penting untuk keluarga Melayu semasa masa perayaan ini. "
Rancangan ini terdiri dari empat episod, LazAdaStyle menggabungkan lapan pereka tempatan yang berminat untuk mempamerkan pakaian terbaik mereka dalam program ini beserta bahan atau material yang mengikut tema yang diberikan pada setiap minggu.
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1
Reka bentuk mereka dinilai oleh personaliti terkenal dalam industri fesyen termasuk Rizman Rozaini dan Wirda Adnan manakala para peserta akan diawasi oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar sepanjang pertandingan berlansung.
Para penonton juga boleh menantikan para tetamu selebriti seperti Elfira Loy, Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha'rin Razali dan pereka kegemaran mereka kerana para peserta secara berperingkat akan disingkirkan sehingga pemenang dipilih pada akhir rancangan realiti .
Pemenang LazAdaStyle akan memenangi wang tunai dan hadiah yang menakjubkan sehingga RM100,000.00.
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1
Jadi kepada anda diluar sana, jangan lupa ikuti episod LazAdaStyle setiap hari Ahad pada jam 3:00 petang di TV3 bermula 6 hin gga 27 Mei.Menerusi rancangan ini anda akan dapat saksikan Lazada Malaysia memberi tawaran Hari Raya dan promosi khas di lazada.com.my.
Lapan peserta telah disenarai pendek melalui uji bakat tertutup selepas pertandingan yang dianjurkan oleh Lazada Malaysia di Instagram yang menerima lebih daripada 300 penyertaan di seluruh negara.
Anda juga boleh terus membeli setiap barangan penampilan kegemaran anda dari rancangan TV di aplikasi Lazada [Klik Disini]
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1
LAZada Style Destinasi Fashion Anda
Kepada anda di luar sana jangan lepaskan peluang untuk saksikan sendiri rancangan ini, anda juga boleh memuatturun LazadaApp supaya mudah untuk anda membuat pembelian sekiranya anda tertarik dengan fesyen yang di gayakan oleh peserta .
Untuk pengetahuan lagi kesemua alatan atau bahan atau material yang di gunakan dalam rancangan realiti ini adalah barangan yang terdapat di Lazada. Jadi sekiranya anda berkenan anda boleh membeli secara online di Lazada.
“Shake shake” Contest
Semasa rancangan LazAdaStyle Fashion Reality TV Show di tayangkan pada hari Ahad jam 3 petang jangan lupa siap sedia dengan talifon anda yang telah memuatturun LazadaApp dan sertai contest “Shake shake” yang dianjurkan untuk memenangi Voucher dari pihak Lazada.
Untuk membuat pembelian barangan atau material dalam rancangan inianda boleh membelinya di website Lazadastyle iaitu [Klik Disini] .
Sekiranya anda merupakan Seller dan anda berminat untuk di paparkan dalam LazadaStyle, sila daftar sebagai seller di Lazada.com.my . Kepada anda yang merupakan pelanggan Lazada yang membuat pembelian di Lazada anda jugaboleh kongsikan gambar OOTD dengan menggunakan harshtag #mylazadastyle dan anda berpeluang untuk featured dalam LazadaStyle.
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 2
Saksikan Episod ke 3 LazAdaStyle Fashion Reality TV Show di TV3
Ahad ini 20 Mei 2018 merupakan minggu ketiga rancangan realiti ini bersiaran dimana pada setiap minggu cabaran yang di berikan adalah berbeza. Pada minggu ini iaitu minggu ketiga cabaran atau tema yang dikenakan adalah
Bold & Curvy Collection (Plus Size)
Agak menarik tema yang di berikan. Kebiasaannya fesyen lebih diutaakan kepada golongan yang berbadan kecil . Jadi dengan tema ini sememangnya akan menguji peserta untuk memberikan fesyen yang terbaik bagi golongan plus size yang mana sedikit sebanyak ianya dapat memberikan inspirasi buat anda yang berbadan besar untuk berfesyen.
Video Teaser Episod 3
Manakala pada minggu hadapan merupakan minggu terakhir iaitu minggu penentu pemenang rancangan realiti ini dimana ianya akan membawa tema Raya Couple Collection.
Untuk anda yang terlepas Episod pertama dan kedua, sila tonton video yang cik iena lampurkan di bawah.
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 1
LazAdaStyle Fashion Reality TV Show Episod 2
Jumlah keseluruhan peserta adalah 8 orang . Sehingga minggu ke dua, 2 orang telah tersingkir . Jangan lupa saksikan Episod seterusnya untuk melihat siapakah yang bakal tersingkir dan bakal maju untuk meneruskan perjuangan dan memenangi hadiah bernilai RM100,000.00.
Peserta LazAdaStyle Fashion Reality TV Show
Jumlah peserta : 8 orang
i. Episode 1: 2 teams, 2 eliminated from losing team
ii. Episode 2: 2 eliminated, 2 eliminated from losing team
iii. Episode 3: 1 eliminated out of remaining 4 contestants. Contestants to push their own style in this episode!
iv. Episode 4: 3 finalists
Telah datang kepada kita bulan kebaikan, bulan keberkatan, bulan lambakan pahala dan kasih sayang Allah, bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Seandainya manusia mengetahui besarnya pahala yang tersedia di bulan Ramadan, nescaya dia berharap bulan Ramadan itu sepanjang tahun.
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Selain daripada menunaikan ibadat pada Ramadhan ini, tidak ketinggalan juga kemeriahan Buffet Ramadhan yang memang menjadi alternatif untuk umat Islam berbuka bersama ahli keluarga dan sahabat selain daripada berbuka di rumah, kedai makan dan membeli juadah di bazar Ramadhan.
Kedatangan bulan Ramadan sering dinanti-nantikan terutamanya dalam kalangan para peniaga kerana bulan inilah melimpah ruahnya rezeki bagi mereka. Bulan ramadhan memang tidak dapat dipisahkan dengan lambakan Buffet-buffet ramadhan oleh pengusaha restoran mahupun hotel . Ramai juga ahli perniagaan yang menggunakan peluang Buffet Ramadhan ini untuk bersedekah menjamu anak-anak yatim.
Seperti kita sedia maklum terdapat pelbagai promosi buffet ramadhan sepanjang bulan ramadhan ini antara nya yang ingin Cik iena kongsi adalah Buffet Ramadhan 2018 di Laman Kayangan Shah Alam .
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Seperti tahun-tahun sebelumnya Laman Kayangan tidak terlepas untuk mengadakan Buffet Ramadhan pada bulan ramadhan. Beberapa minggu yang lepas sebelum kehadiran ramadhan Cik iena sempat menghadiri majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan.
Dengan bertemakan Kembara Selera Memikat Jiwa di Bufet Ramadhan Laman Kayangan, terdapat lebih kurang 88 menu menarik lagi enak yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini. Antaranya adalah Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek .
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek merupakan antara ‘signature dish’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasaa di Laman Kayangan nanti. Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Selain menjamu selera anda juga akan di hiburkan dengan alunan merdu persembahan ghazal. Pengalaman berbuka puasa disini pasti membuat anda teruja disamping makanan yang lazat dan pelbagai serta alunan muzik ghazal, dekorasi dalam dewan juga cukup indah . Semasa anda melangkah masuk dewan pun sudah terasa keindahan dekorasi hiasan dewan tersebut .
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Gambar di perkarangan Laman Kayangan Shah Alam
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Harap maaf kali ni Cik iena tak dapat ambil gambar kesemua makanan kerana CIk iena tiba lewat. Memandangkan makanannya sedap-sedap jadi cepat habis. Tak sempat lah cik iena ambil gambar makanan untuk tatapan pembaca. Cik iena cuma ambil gambar sebahagian booth-booth yang ada di Laman Kayangan Shah Alam .
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Antara kemudahan lain yang disediakan ialah:
Parking percuma
Surau
Tandas
Lokasi yang cantik dan berhawa dingin
Persembahan ghazal
Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan Shah Alam
Harga Buffet Ramadhan 2018 Laman Kayangan
Harga Normal
RM65 Dewasa
RM35 Kanak-kanak / warga emas
Pakej Korporat
Beli 50 meja PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 Hamper
*PA System & Projector
Beli 10 meja PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa
Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi:
Vegetarian adalah istilah untuk orang yang hanya memakan tumbuhan dan tidak memakan makanan yang berasal dari makhluk hidup seperti daging dan ayam tetapi masih boleh memakan produk yang diproses haiwan seperti telur, keju, atau susu.
Tidak banyak restoran yang menawarkan hidangan mekanan Vegetarian . Walaubagaimanapun kini anda boleh menikmati hidangan Vegetarian di Restoran Samplings on the fourteenth yang terletak di Level 14, East Tower Berjaya Time Square.
Restoran Samplings on the fourteenth telah memperkenalkan menu makanan hijau kehijauan untuk segmen fine dining yang telah bermula pada awal April 2018 yang mana ianya menggunakan konsep Gastronomic Green Delight.
Peningkatan kesedaran untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat kini semakin popular kerana kebanyakan masyarakat telah sedar tentang kebaikan makanan hijau dan sudah mula berminat dengan menu makanan vegetarian.
Berjaya Times Square telah mengambil kesempatan ini sebagai inisiatif untuk menghidangkan para tetamu dengan menu makanan yang sihat, seimbang dan enak.
Untuk pengetahuan, bagi menyaimbangkan gizi makanan bagi yang mengambil makanan vegetarian, Vitamin seperti zink, iron, protin serta kalsium adalah bahan yang perlu ada di dalam setiap penyediaan makanan yang mana ianya banyak memberikan manfaat kepada tubuh.
Tanpa pengambilan makanan seperti daging dan berasaskan haiwan membuatkan para vegetarian mempunyai kesihatan yang sangat baik dimana dapat mengurangkan risiko katarak, penyakit jantung dan mempunyai tahap kolestrol yang rendah. Vegetarian juga mempunyai risiko yang rendah dari mengalami masalah strok dan obesiti.
Fine Dining khas untuk vegetarian di samplings on the Fourteenth ini telah menghasilkan hidangan yang unik dan kulinari yang penuh berseni untuk menghasilkan perasa yang enak, tekstur yang dieksperimenkan serta persembahan makanan yang sempurna seperti seni yang moden.
Terdapat beberapa pilihan course yang boleh anda cuba :
5 course RM118 nett per set
7 course RM148 nett per set
9 course RM168 nett per set
ala cart dishes bermula dari RM18 nett
Suasana di Samplings on The Fourteenth Restaurant
Untuk pengetahuan, Fine Dining di Samplings on the fourteenth ini dibuka setiap hari Isnin hingga hari Sabtu dari pukul 6.30 pm sehingga 10.30 pm. Ruangan Restoran ini boleh memuatkan sekitar 60 orang dan terdapat 2 bilik privasi yang boleh memuatkan 8-12 orang tetamu.
Fine Dining Vegetarian Food Di Samplings on the fourteenth Restaurant Berjaya Times Square
Berikut merupakan 9 Course Meal yang Cik iena makan tempohari :)
1. Appetizer
· Terrine of Roasted Pepper
· Beans and Peas Jelly
1. Appetizer
· Terrine of Roasted Pepper
· Beans and Peas Jelly
2. Warm Appetizer
· Seared-Haloumi and Breaded Camembert
· Pickles and Sesame Dressing
2. Warm Appetizer
· Seared-Haloumi and Breaded Camembert
· Pickles and Sesame Dressing
8. Main Course
· Yam Rice
· Soy Sauce and Lotus Root
9. Dessert
· Chocolate Mud Cake
· Butterscotch and Raspberry
9. Dessert
· Chocolate Mud Cake
· Butterscotch and Raspberry
Makanan Vegetarian di Restoran Samplings on the fourteenth ini Cik iena dapati sangat menarik dan pasti buat anda tak sabar untuk menikmati hidangan tersebut. Ianya dipenuhi seni kulinari yang menarik dan unik di bawah pengawalan Chef Val's Murugan yang telah berpengalaman selama 24 tahun dalam bidang Food And Beverage.
Chef Val's Murugan
Untuk pengetahuan anda juga Samplings on The Fourteenth Restaurant telah menerima beberapa anugerah best-fining restaurant, World Gourment Award (2017) dan prestigious Malaysia International Gourmet Festival, MIGF(2015). Restoran ini juga telah menerima 12 anugerah dahn pada tahun lepas mereka telah memenangi 8 anugerah di esteemed annual affair.
Pemandangan yang indah di Samplings on The Fourteenth Restaurant . Ehemmm syafierayamin.com kerap juga tanya siapa yang iena bawak ni. Boy Friend ke? siap puji mamat ni depan-depan lagi cakap handsome nya. .sure kembang zai ni..haha ni kawan pejabat iena. Dia kuat makan. Memang elok bawak dia g food review haha..tidak membazir orangnya. Sedap tak sedap dia kasi habis. Kalau iena ..tak sedap tolak tepi (^_~)
Selain dari keunikan hidangan masakan vegetarian, view disini juga sangat menarik dimana anda akan dapat merasakan suasana romantik sambil melihat pemandangan banggunan-banggunan yang indah di sekitar Kuala Lumpur.
Adik cik iena suka dengan desert ni
Cik iena pun suka sangat desert ni, rasa tak cukup :D
Iena Eliena’s Blog focuses on iena eliena life style as a part time blogger . Love to share all about her self . About her favourite foods, favourite place , about her blogging activity that she's involved in almost 12 years and also about her vacation in the country or abroad . Love to captured her selfie and share to Instagram to attract more follower.
Kindly email me for any event invitation / product review / any collaboration with your brand. You can reach me at iena(@)ienaeliena(.)com