Beriadah bersama keluarga sememangnya aktiviti yang menarik
dan aktiviti yang dapat mengeratkan lagi sillaturrahim sesame keluarga. Baru-baru
ini Cik iena dan keluarga serta adek beradik mak dan anak cucu mereka beriadah
bersama-sama di Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR).
Tempat ini agak menarik untuk dikunjungi penduduk setempat dan yang
berhampiran. Kolam yang agak besar dan luas serta cantik. Terdapat juga
gelongsor yang disediakan seperti taman tema air yang lain. Cuma ianya hanya
gelongsor biasa .
|
keluarga bergambar di main entrance Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR) |
Namun tetap dapat memberikan keseronokan jika anda
menghabiskan masa bersama keluarga di sini. Namun secara peribadi bagi Cik iena
kolam ini agak bahaya untuk kanak-kanak kerana airnya agak dalam. Bukan seperti
kolam taman air lain yang kedalaman
seperti laut, bermula dari cetek ke yang lebih dalam.
|
Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR) |
Kanak- yang bermandi di kolam utama perlu pengawasan dari orang
dewasa. Jangan lupa bawa pelampung untuk anak-anak anda. Walaubagaimanapun
terdapat kolam kecil untuk anak-anak kecil anda Cuma jika ramai pengunjung,
kolam kanak-kanak akan penuh.
Cik iena cadangkan datang pada sebelah pagi kerana kurang pengunjung pada sebelah pagi.
Apa yang Cik iena dapati selepas jam dua petang, pengunjung semakin ramai
berbanding sebelah pagi. Kalau datang pagi, tak perlu berebut toilet .
|
Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR) |
Semasa Cik iena di sana , agak mendukacitakan terdapat dua
gelongsor di kawasan air yang tidak berapa dalam yang sesuai untuk kanank-kanak
di tutup. Jadi kanak-kanak terpaksa ke gelongsor lain yang lebih tinggi dan
lebih dalam airnya. Agak bahaya jika tiada pengawasan orang dewasa.
Tiada life guard di Bukit Beruntung Golf & Country
Resort
Apa yang Cik iena perhatikan life guard tidak kelihatan. Atau
mungkin mereka tidak memakai uniform. Jadi sila pastikan anda awasi anak-anak
anda. Terutama jika mereka bermandi di kolam utama yang airnya agak dalam untuk
kanak-kanak.
Tidak dibenarkan membawa makanan luar
Disini anda tidak dibenarkan untuk membawa makanan luar .
Tapi Cik iena bawa je makanan ringan dan apa yang Cik iena perhatikan ramai
juga pengunjung lain yang bawa. Pihak resort tidak cek beg. Maksud di sini
pandai-pandai lah sorok. Kalau jelas kelihatan tentu akan di tahan.
|
Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR) |
Cik iena cadangkan bawa lah makanan dan sorok. Sebab makanan
agak kurang di jual disini. Tak banyak pilihan lagi-lagi untuk anda yang kuat
makan seperti Cik iena haha. Tapi jika anda bawa makanan , disarankan agar pandai-pandai bersihkan dan
buang ya. Jangan lah buat sepah pula.
Tiada Syarat Pakaian Renang di Bukit Beruntung Golf &
Country Resort
Dari segi pakaian , disini tidak seperti kolam renang
sesetengah hotel atau resort yang mewajibkan kita memakai pakaian renang. Di
sini anda boleh pakai T-Shirt biasa, kain batik pun lepas (mak saya pakai kain
batik haha)
|
Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR) |
Jadi kebebasan pakaian memang best. Cuma pastikan naik
gelongsor jangan sampai pakaian tersangkut ya. Pastikan pakaian anda sesuai
jika nak naik gelongsor yang berpusing atau tinggi. Bahaya jika tersangkut.
Kadar Kebersihan kawasan kolam renang
Bagi Cik iena kawasan persekitaran tidak beberapa bersih tapi ok lah dengan
bayarannya. Pihak golf club perlu pertingkatkan lagi kebersihan tempat di sini.
Walaubagaimanapun kolam ok sahaja . Semasa kedatangan Cik iena air kolam bersih
dan jernih.
Tandas dan tempat persalinan
Agak sedikit kotor bagi Cik iena. Perlu pertingkatkan lagi
kebersihan supaya pelanggan berasa selesa dan akan datang lagi untuk mandi
manda.
|
bilik persalinan . maaf tak ambil yang dalam..tak comel hehe |
Tiada pondok istirehat
Dinasihatkan untuk membawa tikar serta payung kerana disini
tiada kawasan pondok rehat. Anda akan duduk bersepah sepah di mana-mana
bahagian yang kosong. Family cik iena bawa tikar. Kalau ada meja kerusi untuk lepak
pun hanya sikit sahaja. Siapa cepat dia dapat.
|
Mcm ni la keadaannya, lepak merata. jadi bawa tikar ok |
|
angin agak kuat disini agak bahaya duduk di bawah payung..tiba2 jatuh |
Tiada loker
Disini juga tiada loker. Jadi anda perlu menjaga barangan
anda sendiri. Pastikan ada ahli keluarga yang menjaga barang ketika semua ahli
keluarga lain mandi. Bergilir-gilir jaga. Untuk family kami tiada masalah kerana ada baby kecil. Jadi sentiasa ada orang yang jaga.
Kemudahan lain di Bukit Beruntung Golf & Country Resort
Selain kolam renang terdapat kemudahan lain untuk orang awam
seperti CAfe, BAdminton Court dan Bowling Alley. Kemudahan lain untuk ahli pula
adalah Tennis court, Gym, Snooker room,
dan Driving range untuk golf la haha.
Baiklah sekian perkongsian Cik iena. Dah lama rasanya tak
kongsi cerita dengan keluarga. Asyik kongsi review produk review makan, reiew
itu ini je kan haha
Pada yang berminat untuk membawa keluarga ke sini boleh la
datang ya. Tapi jangan lah expect kolam renang gah seperti Hotel 5
Bintang.
Harga Kemasukan Kolam Renang Bukit Beruntung Golf &
Country Resort
|
Tiket masuk |
Dewasa RM 16
Kanak-kanak RM 10
Waktu Operasi : 9 am Sehingga 6 pm (setiap hari)
Gambar di Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR)
|
Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR) |
|
kaunter membeli tiket masuk Kolam Renang Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR) |

Kawasan Parking Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR) |
|
kawasan parking Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGCR) |
|
Anak buah dan adik bonsu cik iena |
Untuk maklumat lanjut rujuk laman web dan sosoal media mereka.
03 6028 1888
03 6028 1843