Istimewa buat warga kota yang gemar mencuba produk makanan dari Industri Kecil Dan Sederhana atau IKS terutama produk makanan daripada Negeri Perlis khususnya, anda amat dialu-alukan untuk mengunjungi Foodmarket di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada 12 Hingga 16 Disember 2018 bersempena Program ‘Perlis Week’ yang baru sahaja dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 yang lalu.
Cik iena ketika di Majlis Perlancaran ‘Perlis Week’ |
PERLIS WEEK di FoodMarket
Foodmarket™ yang pada asalnya merupakan kedai maya dan kini mereka telah membuka dua cawangan kedai atas permintaan ramai . Mereka sentiasa segar dan tidak jemu dalam memperjuangkan tradisi dan produk makanan Melayu dari desa.
Majlis Perlancaran ‘Perlis Week’ |
Untuk pengetahuan Foodmarket™ memfokuskan kepada produk unik dan tradisi yang bercirikan Malaysia yang kebanyakannya telah diberi nafas baru dengan penambah baikan pembungkusan dan reka bentuk yang lebih menarik, moden dan chic.
Majlis Perlancaran ‘Perlis Week’
Sempena penutup tirai 2018, Foodmarket™ memilih negeri yang terkecil di Malaysia dan terletak di utara Semenanjung Malaysia sebagai pilihan untuk diketengahkan iaitu Perlis. Negeri Perlis mempunyai keluasan 821 km2. Merupakan sebuah negeri yang kecil yang mempunya pelbagai makanan tradisi yang menarik dan unik.
Majlis Perlancaran ‘Perlis Week’ |
Sekiranya ditanya kepada orang ramai, mungkin ramai yang tidak tahu malah mungkin tidak pernah mendengar atau merasainya. Atas faktor ini Foodmarket™ dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, telah menjayakan program ‘Perlis Week’ di Foodmarket™ bermula pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018.
Program ini akan berjalan serentak di kedua-dua cawangan Foodmarket™ yang terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan juga di Denai Alam, Shah Alam.
Program ‘Perlis Week’ ini telah dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 yang lepas di cawangan pertama mereka iaitu di Bandar Seri Permaisuri.
Cik iena ketika di Majlis Perlancaran ‘Perlis Week’ |
Program ini terhasil dengan jayanya dengan bantuan sepenuhnya dari agensi-agensi
Kerajaan Negeri Perlis khususnya dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, FAMA Perlis
dan LKIM Perlis. Apa yang lebih istimewa adalah Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah mencemar duli membantu FoodMarket sepanjang berada di
negeri yang penuh dengan 1001 rahsia dan khazanah yang masih belum diterokai
sepenuhnya itu .
Majlis Perlancaran ‘Perlis Week’ |
Apa yang menarik lagi di program ‘Perlis Week’ ini adalah pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas terus dari Perlis ke Kuala Lumpur. Antaranya belacan madu Perlis, pekasam daging, acar rebung, buah jeruk Perlis, produk hasilan mangga harum manis dan macam-macam lagi.
Majlis Perlancaran ‘Perlis Week’ |
Majlis Perlancaran ‘Perlis Week’ |
Laksa Perlis
Antara perkara menarik sepanjang program 'Perlis Week', salah satunya adalah makanan yang tidak asing bagi kita semua iaitu laksa. Laksa Perlis tidak seperti laksa dari tempat-tempat lain. Laksa Perlis dihidang hanya dengan timun diracik halus, bawang besar dan daun selom serta diletakkan telur. Kuah laksa Perlis warnanya lebih cerah dan yang paling unik, laksa Perlis dimakan bersama-sama pulut udang.
Belacan Antara Produk Makanan Perlis |
Untuk pengetahuan, laksa Perlis akan hilang aslinya sekiranya menggunakan belacan lain melainkan ‘belacan madu Perlis’. Menu istimewa ini anda boleh dapati di ‘Perlis Week’.
Pekasam Perlis
Pekasam juga antara makanan kegemaran orang-orang Perlis. Istimewanya pekasam Perlis adalah ianya menggunakan beras yang dihancur halus seperti serbuk, tidak seperti pekasam dari Kedah atau Perak. Ikan pekasam yang diperam dengan cara ini tidak hancur dan jika digoreng masih dalam bentuk seekor-seekor.
Pekasam Ikan Antara Produk Makanan Perlis |
Orang Perlis juga terkenal dengan pekasam daging. Pekasam daging selalunya digoreng bersama bawang besar, cili merah, daun kari dan orang Perlis suka juga tambahkan serai yang diracik untuk bau yang wangi.
Pekasam Daging Antara Produk Makanan Perlis |
Pekasam-pekasam istimewa ini akan ada di sepanjang ‘Perlis Week’ . Anda juga boleh tonton Video cara menyediakan masakan juga ada di Youtube dan juga di Instagram Foodmarket™.
Selain itu, sepanjang program ‘Perlis Week’, pelbagai kuih muih tradisi Perlis juga turut dijual dan hanya ada eksklusif ketika program ini sahaja. Antaranya kuih dangai, pulut kucai, ubi nenas dan macam-macam lagi kuih muih yang pastinya wajib dicuba ketika program ini.
Gambar di Sekitar Majlis Perlancaran ‘Perlis Week’
Antara Produk Makanan Perlis
Daging Salai Antara Produk Makanan Perlis |
Mangga Kordial Antara Produk Makanan Perlis |
Ketupat Daun Palas Sejuk Beku Antara Produk Makanan Perlis |
Serunding Ikan Antara Produk Makanan Perlis |
Biskut Bangkit Kelapa Antara Produk Makanan Perlis |
Mangga Harum Manis Perlis Antara Produk Makanan Perlis |
Rendang Daging Antara Produk Makanan Perlis |
Antara Produk Makanan Perlis Yang akan di import ke Arab Saudi |
Antara Produk Makanan Yang Menambat Hati
Berikut merupakan antara produk makanan IKS lain yang berjaya menambat hati Cik iena. Ada banyak sangat. Ini sedikit sahaja yang sempat cik iena ambil gambar dan ada diantaranya juga Cik iena beli. Kalau beli semua bankrup Cik iena. Beli sikit-sikit dulu dan rasa. Cik iena tinggal berdua je dengan adik, jadi memang tak boleh beli banyak.
Jadi, disini Cik iena ingin mengajak semua warga Kuala Lumpur terutama buat pencinta makanan tradisi serta ‘food connoisseur’ untuk sama sama datang ke Foodmarket™ sempena Perlis Week ini. Macam-macam ada!
#PakatMaiNoh
Untuk Maklumat lanjut layari website dan juga ikuti laman sosial FoodMarket
Website : www.foodmarket.com.my
FAcebook : https://web.facebook.com/foodmarket.my
Instagram : https://www.instagram.com/food.market/
Email : info@foodmarket.com.my
FOODMARKET CAWANGAN CHERAS
Foodmarket, No
17 Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, Kuala Lumpur.
No Telefon:
019-666.4889
FOODMARKET CAWANGAN SHAH ALAM
Foodmarket, 12
Jalan Elektron U16/H, Denai Alam, 47000 Shah Alam, Selangor
No Telefon:
0192706003
p/s : ini merupakan pertama kali Cik iena bertemu DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Sejujurnya DYTM Raja Muda Perlis sangat baik , peramah dan kelakar orangnya.