Jika dahulu tudung bawal hanya dikenali sebagai tudung kampung, namun kini menerusi rekaan yang diubah suai ia semakin diminati dan mempunyai peminat tersendiri. Malah tidak hairan apabila ia sesuai digayakan untuk semua acara termasuk majlis eksklusif dan majlis perkahwinan.
Dalam arus kemodenan sekarang terdapat ramai pengusaha butik mengeluarkan pelbagai jenis bawal yang berfesyen. Bagi memenuhi permintaan segelintir peminat tudung bawal yang masih menggemari tudung bawal kosong, Bidadarihouse menawarkan tudung bawal klasik berkualiti tinggi buat peminat tudung bawal.. Bidadarihouse menggunakan fabrik berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.
|
Promosi Tudung Bawal Berkualiti Di Bidadarihouse |
Kepada anda peminat tegar Koleksi Tudung bawal, anda boleh dapatkan tudung bawal di Bidadarihouse. Selain Tudung Bawal, Bidadarihouse juga ada menawarkan Selendang iaitu AYLA Shawl Premium
Antara tudung yang pernah cik iena cuba dari Bidadarihouse adalah AKEL Plain 50, Bawal Cotton Turki dan AYLA Shawl Premium . Berikut CIk iena kongsikan gambar Cik iena menggayakan koleksi tudung dari Bidadarihouse.
|
Bawal Cotton Turki 50 kod 19 |
Teruskan membaca untukmengetahui tentang Promosi Tudung Bawal Berkualiti Di Bidadarihouse :)
AKEL Plain 50
Tudung bawal Akel Plain 50 merupakan tudung bawal yang dihasilkan dari kain Turkish Chiffon berkualiti tinggi yang mana ianya hadir dengan dengan 32 pilihan warna yang menarik.
|
32 koleksi warna AKEL Plain 50 |
Cik iena menggayakan Bawal AKEL Plain 50 kod 72 . Rona pink sememangnya warna kegemaran Cik iena, memandang kan Cik iena banyak koleksi tudung rona pink lembut jadi kali ini cik iena memilih rona pink gelap.
|
AKEL Plain 50 |
Material: 100% polyester (Quality Turkish Chiffon)
Size: Bidang 50 (120cmx120cm)
Review AKEL Plain 50
Rona warna pink sememangnya warna kegemaran Cik iena. Tidak kisah samaada pink lembut atau terang mahupun gelap, warna ini mampu buat Cik iena tertawan. Jadi untuk koleksi AKEL Plain ni Cik iena memilih rona pink seakan purple gelap ini menjadi pilihan Cik iena.
|
AKEL Plain 50 |
Mempunyai material yang lembut dan selesa. Cik iena gayakan tudung bawal
ini ke tempat kerja dengan padanan blouse dan seluar rona putih kosong
. Pada sebelah malam Cik iena masih mengenakan tudung bawal ini untuk sesi badminton bersama rakan pejabat . Walaupun berpeluh bersukan namun tudung ini tetap selesa dipakai. Tiada rasa panas. Material yang lembut membuatkan cik iena berasa selesa dan sejuk.
|
Cik iena memekai AKEL Plain 50 ketika sesi badminton bersama rakan pejabat |
Bawal Cotton Turki 50
Tudung bawal Cotton Turki 50 merupakan tudung bawal yang dihasilkan
dari kain Turkish Cotton berkualiti tinggi yang mana ianya hadir dengan
dengan 32 pilihan warna yang menarik.
|
32 koleksi warna Bawal Cotton Turki 50 |
Cik iena menggayakan Bawal Cotton Turki 50 kod 19 . Rona peach orrange merupakan salah satu warna kegemaran Cik iena.
|
Bawal Cotton Turki 50 |
Material: Quality Turkish Cotton
Size: Bidang 50 (120cmx120cm)
Review Bawal Cotton Turki 50 Kod 19
|
Bawal Cotton Turki 50 |
Warna yang agak menyerlah jika digayakan. Sangat sesuai untuk anda
yang gemar kelihatan menonjol seperti Cik iena. Pengunaan warna ini akan
menimbulkan elemen ceria pada si pemakai. Tampak lebih segar bergaya
mengenakan warna ini. dari segi material, mempunyai material yang agak
lembut. Sangat selesai di pakai. Cuma untuk Cik iena yang tak berapa
pandai menggayakan bawal Cik iena perlukan peniti di tepi dan atas
tudung supaya kedudukan tudung tidak lari.
|
Bawal Cotton Turki 50 |
Memandangkan warna pilihan ini untuk koleksi Bawal Cotton Turki 50 ni sangat cantik dan membuatkan Cik iena kelihatan lebih menyerlah jadi dalam masa beberapa hari ini sahaja Cik iena telah menggayakan tudung bawal ini selama dua hari.
Cik iena juga menggayakannya ketika menghadiri Majlis Buffet Ramadhan Review di Seri Pacific Hotel baru-baru ini.
AYLA Shawl Premium
AYLA Shawl Premium adalah Shawl pertama keluaran Bidadarihouse. Shawl ini bermaterial yang agak sejuk dan sangat selesa untuk di pakai. Dengan menggayakan Shawl ini anda bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi juga kelihatan yakin dan sejuk di mana saja, pada bila-bila masa.
|
AYLA Shawl Premium |
AYLA Shawl Premium menggunakan kain Turkish Satin berkualiti tinggi. Ianya dibuat secara eksklusif di Turki. Hadir dengan 9 pilihan warna yang menarik.
|
AYLA Shawl Premium |
Untuk koleksi AYLA Shawl Premium ini Cik iena memilih untuk menggayakan AYLA Shawl Premium kod S7 iaitu Milano Red untuk kelihatan lebih eksklusif.
|
AYLA Shawl Premium |
Material: Quality Turkish Satin
Size: 175cmx200cm
Review AYLA Shawl Premium
Kebiasaannya Cik iena gemar menggayakan rona warna yang ceria. Untuk koleksi AYLA Shawl Premium Cik iena memilih rona warna agak garang iaitu Milano Red. Warna ini membuat Cik iena tampil lebih elegant dengan padanaan skirt berona warna yang sama dan di kontrakan dengan blouse hijau agar tampak lebih menarik. Seperti biasa Cik iena memang suka kelihatan menonjol jadi colour block menjadi pilihan Cik iena.
|
Cik iena menggayakan AYLA Shawl Premium ketika menghadiri Majlis Buffet Ramadhan Review di The Everly Putrajaya baru-baru ini |
Dari Segi material, ianya sangat lembut, selesa dan sejuk. Sangat sesuai dengan cuaca Malaysia yang agak panas. Shawl ini agak lebar cuma gaya lilitan Cik iena pakai menampakkan ianya agak singkat. Anda boleh tentukan sendiri gaya tudung yang anda inginkan :)
BAru-baru ini juga Cik iena telah menggayakan shawl ini ketika menghadiri Majlis Buffet Ramadhan Review di The Everly Hotel Putrajaya.
Promosi Tudung Bawal Berkualiti Di Bidadarihouse
Jadi kepada anda di luar sana peminat tudung bawal khususnya, dapatkan tudung bawal istimewa ini di Bidadarihouse .
Nikmati diskaun 10% di Bidadarihouse
Istimewa buat pembaca blog ienaeliena.com dan folloer instagram @ienaeliena anda boleh nikmati diskaun sebanyak 10 % tidak termasuk postage dengan menggunakan kod BIDADARI-IENA10 di http://bidadarihouse.com/
KOD DISKAUN : BIDADARI-IENA10
TARIKH SAH PROMOSI : 1 APRIl 2019 Sehingga 30 APRIL 2019
Untuk Maklumat Lanjut
Website : http://bidadarihouse.com/
Instagram : https://www.instagram.com/bidadarihouse/
Facebook : https://www.facebook.com/bidadarihouse/
Emel : sales@bidadarihouse.com