Grab The Promo
Grab The Promo

Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral

Menggunakan konsep Travel More, Pay Less , Zen Rooms semakin mendapat tempat di  hati pelancong dan juga penduduk Malaysia yang menginginkan percutian budget pada keadaan bilik yang sempurna. Walaupun bayaran bilik murah tetapi perkhidmatan dan kelengkapa penginapan sangat bagus dan sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Malahan boleh dikatakan harga yang ditawarkan juga sangat murah untuk kelengkapa yang disediakan.

Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral





Hotel Budget Cantik Selesa  : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral

Terletak berdekatan KL Sentral dan Nu Sentral yang beralamat di 22, Jalan Tun Sambanthan 3, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  . Harga semasa Cik Iena Check in pada 4 ogos 2019  adalah RM78 satu malam. Harga akan berubah bergantung pada tarikh pilihan anda. Harga asal atau harga paling mahal yang mungkin dikenakan adalah  RM144.32.

Pada pandangan Cik iena RM144.32 harga ini masih murah dan berbaloi dengan keluasan serta kelengkapan didalam bilik yang disediakan. Dibawah Cik iena akan sertakan gambar yang Cik iena ambil semasa check ini disini. Gambar selebihnya anda boleh lihat di Website zen room yang cik iena lampirkan dibawah. Secara keseluruhannya gambar yang ditunjukkan didalam gambar adalah sama seperti keadaan di dalam bilik tersebut.

Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room



Cik iena stay di bilik berjenis Suite . Katil jenis King. Luas dan sangat selesa untuk berdua. Boleh juga muat tidur bertiga. Bantal , cadar serta selimut yang disediakan juga sangat bersih dan tidak berbau berbeza dengan sebahagian hotel budget yang lain. Antara kelengkapan yang terdapat di dalam bilik ini semasa penginapan Cik iena adalah seperti.

  1. Iron dan papan iron
  2. Safe Deposit Box
  3. Syampoo/shower cream
  4. Flat Screen TV
  5. Free Wifi
  6. Jakuzi
  7. dua shower (shower besar bahagian atas dan attachable shower) - ada air panas dan sejuk.
  8. penghawa dingin yang sejuk
  9. kettle dan cawan
  10. 1 Universal Plug dan 1 standard plug


Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral

Lokasi hotel ini berdekatan Nu Sentral. Cik iena jalan kaki ke Nu Sentral hanya memakan masa 10 minit sahaja. Hotel ini sesuai untuk backpackers atau anda yang tidak membawa kenderaan kerana tiada ruangan parking hotel disediakan. Namun terdapat parking DBKL disekitar hotel.
Parking ini anda pelu bayar jika anda menginap pada hari isnin hingga sabtu. Memandangkan Cik iena menginap pada hari ahad jadi Cik iena tidak perlu membayar parking DBKL.

Jika ada malas jalan atau mahu berjimat, anda boleh makan di gerai tepi jalan berdekatan hotel. Tapi perlu diingat disini adalah akwasan india jadi gerai makan di hadapan jalan hotel cik iena dapati semuanya India. Jika anda ingin ke gerai melayu anda perlu jalan lebih kurang 5 minit.  Keluar daripada hotel berjalan kearah kiri kemudian dihadapan terdapat lorong sebelah kanan diamna lorong tersebut lorong jalan sehala. Masuk laluan itu , kiranya anda akan melawan arus. Di pertengahan dan hujung jalan terdapat gerai melayu dan indonesia di tepi jalan. Jika anda ingin berjimat boleh lah makan disini.

Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral
Hotel Budget Cantik Selesa : ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral


Harus di ingati ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral merupakan Hotel Budget jadi tiada kolam renang untuk hotel ini. Keistimewwan hotel ini adalah harga murah dengan keadaan bilik yang cantik serta kelengkapan yang memuaskan. Jika anda berhajat untuk mandi kolam renang hotel ini tidak sesuai. Tapi nak mandi jakuzi, dalam bilik berjenis Suite ada jakuzi. Bilik air juga sangat cantik dan luas.


Bilik Yang Cantik untuk Bachelor Party atau Anniversary.


Untuk pengetahuan suasana bilik ini juga sesuai untuk anda yang merancang "bachelor party" untuk rakan anda jika anda mempunyai budget yang kecil akan tetapi inginkan bilik yang kelihatan mewah dengan ruangan yang luas serta bilik mandi luas dan jakuzi.

Cik iena juga pernah terjumpa instagram post tetamu hotel menyambut majlis anniversarry. Bilik ini dihiasai agar nampak lebih romantik. Kelihatan sangat cantik dan istimewa.



Gambar Semasa Cik iena di ZEN Rooms Royce Hotel @ Royce Hotel KL Sentral



ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Ruangan Lobi

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Ruangan lorong depan pintu bilik


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Sila pastikan bilikanda ada notis zen room ini. kalau tiada bermaksud pihak hotel memberikan bilik yang salah.

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Insider's guide to kuala lumpur


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Jakuzi yang terdapat di dalam ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Tandas di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
terdapat dua shower di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
terdapat dua shower di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Jakuzi ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
Ruangan TV di ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room




ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room




ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
gambar wide -ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room

Mengenai ZEN Rooms


Untuk pengetahuan anda, ZEN Rooms merupakan rangkaian hotel bajet no 1 di Asia yang mengendalikan lebih daripada 5,000 bilik di 35 bandar di 7 negara (PH, TH, SG, HK, MY, ID, SL). Menawarkn semua keperluan penting (Fast free wi-fi, Cool AC, Hot shower, 24/7 Customer Service, Bed spotless) dan banyak lagi. Harga pula bermula dr RM 25 / malam.
Kadar harga juga dinamik dan berubah bergantung pada permintaan dan tarikh.





Untuk Booking  ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room klik pautan dibawah
https://www.zenrooms.com/hotel/react/27/zen-rooms-royce-hotel-kuala-lumpur-9602
Peringatan, untuk mendapatkan bilik yang cantik haruslah booking bilik Zen Room kerana bilik dari Zen Room di jaga sendiri dan dikawal oleh pihak zen rooms sendiri bagi memastikan pelanggan selesa dan berpuas hati dengan bilik tersebut. Sekiranya anda mengambil bilik dari hotel itu sendiri yang bukan bilik zen room, keadaan dan kelengkapan bilik mungkin berlainan dan mungkin tidak seperti yang dijangka.

Sekiranya anda booking melalui zen rooms dan dapat bilik yang buakn bilik zen rooms yang mana biasanya bilik zen rooms akan terdapat sign board zen rooms serta bantal zen rooms anda boleh minta tukar bilik kerana bilik yang anda booking adalah bilik zen rooms.


ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room
ZEN Rooms Royce Hotel - Suite Room


Cik iena kongsi sebab pernah terjadi. Pihak hotel memberi bilik lain dan bilik sama sekali tidak sama seperti didalam gambar website zen room. Jadi anda berhak untuk mendapat bilik yang sebetulnya. Mungkin pihak hotel mengambilkesempatan dan telah memberikan bilik tersebut pada walk in customer mereka. Bilik tersebut Cik iena masih belum kongsikan di Blog. Memandangkan Cik iena tak suka keadaan bilik jadi Cik iena tak kongsi lagi sekarang.  Insya Allah jika ada masa Cik iena akan kongsikan juga untuk rujukan.

Semoga ianya tidak terjadi kepada anda yang lain :)

DISKAUN 20 %  ZEN Rooms Dengan Menggunakan code : IENAELIENA


Istimewa untuk anda pembaca blog cik iena dan juga follower instagram cik iena. Anda boleh dapatkan diskaun sebanyak 20% untuk semua lokasi di zen rooms. Hanya masukkan code  IENAELIENA semasa checkout.


NEW UPDATE  DEC 2023

iena remove link sebab zenroom website dah tak wujud. iena tak sure samada zenroom dan zenhotel sama atau tidak sebab iena cari website baru zeenroom tak jumpa, cumajumpa zenhotel . Bila chat dengan website zen hotel tanya adakah zenroom dan zen hotel dibawah syarikat yang sama. Jawapan dia tak membanti dia cuma jawab zenhotel is our company. So maybe tiada kaitan lah. Tapi iena tengok Hotel ni ade je tersenarai dekat zenhotel. Memandangkan tiada kerjasama yang baik jadi iena letak link yang iena jumpa di booking.com.

Cik iena share link sebab cik iena pun ada rancangan nak bermalam disini lagi sebab bilik dia murah dan cantik dan paling penting Suite room ade jakuzi tab tu. Cik iena nak itu je hehe.

okay ini link dari booking.com tapi make sure pilih Suite room . Suite room je ade jakuzi ni. Harga semasa Cik iena cek utk weekend RM159


https://www.booking.com/Share-1iFOAI



Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia



Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia

Istimewa buat penggemar kopi premium kini anda boleh memiliki mesin kopi paling murah dengan hanya RM1 kos sewaan sebulan. Menarik bukan? Baru-baru ini Cik iena sempat Singgah MALAYSIA COFFEE FEST di 1Utama Shopping Centre. Terdapat pelbagai jenis Kopi yang menyertai pameran kopi ini namun terdapat satu jenama yang menarik perhatian Cik iena dari jauh iaitu Arissto.


Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia
Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia


MALAYSIA COFFEE FEST di 1Utama Shopping Centre


MALAYSIA COFFEE FEST di 1Utama Shopping Centre
MALAYSIA COFFEE FEST di 1Utama Shopping Centre

MALAYSIA COFFEE FEST di 1Utama Shopping Centre
MALAYSIA COFFEE FEST di 1Utama Shopping Centre
MALAYSIA COFFEE FEST di 1Utama Shopping Centre
MALAYSIA COFFEE FEST di 1Utama Shopping Centre



Papan iklan yang Cik iena ternampak ni betul-betul buat Cik iena tertanya-tanya adakah mereka tersalah mencetak iklan?


Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia
Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia



Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia


Tidak. Jawapannya mereka tidak silap mencetak iklan. Sememangnya betul harga sewaan sebulan bagi mesin kopi ini adalah RM1. Ramai pengunjung mengunjungi booth Arissto kerana tertarik akan iklan Sewa RM1 sebulan tersebut termasuk Cik iena.

Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia
Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia


Apa yang dimaklumkan lagi tiada kontrak untuk sewaan mesin kopi ini bermaksud jika anda ingin hentikan sewaan anda boleh lakukan bila-bila masa. Konsep yang agak menarik. Jadi tidak perlulah anda membeli Mesin Kopi yang mana rata-rata agak mahal untuk dimiliki.


Revolusi Mesin Kopi RM1 : Mesin Kopi Arissto




Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia
Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia

Mesin Kopi Arissto menghasilkan kualiti Kopi Premium yang standing dengan jenama kopi antarabangsa yang dijual dengan harga yang mahal dan mewah. Dengan adanya mesin kopi ini, kini peminat Kopi (Coffee Lover) boleh BREW sendiri kopi kegemaran di rumah ataupun di office tanpa perlu berbelanja beribu ringgit untuk memiliki Mesin Kopi Arissto ini.


Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia
Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia


Dengan Plan Sewaan Mesin Kopi RM1 sebulan ia dapat menjimatkan poket anda tanpa perlu memikirkan modal yang besar untuk memilikinya.Kenapa perlu beli mahal, kalau boleh sewa lebih murah?

Dengan hanya menyewa Mesin Kopi ini pada harga RM1 sebulan anda boleh nikmati kopi premium di rumah mahupun di pejabat. Istimewanya lagi bukan sahaja kopi, anda juga boleh membuat aneka teh dengan menggunakan mesin ini.


Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia
Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia


Walaubagaimanapun untuk menghasilkan kopi dan juga teh anda perlu menggunakan kapsul dari jenama Arisso sendiri yang mana ianya dicipta khas buat mesin kopi arissto. Bermaksud hanya kapsul Arissto sahaja yang suai padan dengan mesin ini untuk membuat kopi atau teh.



Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia
Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia


Menarik bukan? Bila dah ada mesin kopi, mestilah perlukan Kapsul Kopi pelbagai perisa untuk membuat kopi. Jadi, sepanjang tempoh sewaan, anda perlu langgan sekurang-kurangnya 2 kotak kapsul kopi setiap bulan. Harga satu kotak kapsul adalah RM 21.60 untuk 10 kapsul kopi, bergantung pada pakej yang anda ambil.



Apa itu Kapsul Kopi ?


Kapsul Kopi Arissto adalah satu rekaan revolusi kapsul kopi kerana rasa asli serbuk kopi premium dipelihara dalam kapsul yang direka khas. Ianya khas untuk menghasilkan kopi daripada mesin kopi Arissto sahaja kerana untuk menjaga kualiti produk supaya tiada produk tiruan digunakan.


Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia
Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia


Kopi Arissto menggunakan 100% biji kopi asli tanpa gula dan bahan pengawet atau bahan kimia tambahan. Kopi Arissto berbeza rasanya dengan kopi 3-1, ianya lebih sedap dan harum. Diimport dari Italy, Jadi rasa kopi Arissto ini memang rasa yang memenuhi citarasa orang Italy.Terdapat 6 jenis kopi yang sangat sedap mengikut citarasa. Selain Kopi terdapat juga minuman coklat, susu, teh dan juga soya.
  


Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia
Arissto Mesin Kopi Paling Murah RM1 di Malaysia



Kelebihan Mesin Kopi Arissto


  1. Murah hanya RM1 sebulan untuk mendapatkan mesin kopi.
  2. Rekaan Mesin Kopi yang kecil dan design yang mewah.
  3. Warranti cover selama mana kita sewa mesin ini, jika rosak disebabkan mesin, HQ akan ganti serta merta.
  4. Tiada Kontrak!! agak-agak tidak mahu guna, beritahu sahaja Agen yang kita mahu pulangkan mesin ini,nanti HQ akan jalankan prosedur terminate.


Kelebihan Kopi Arissto


  1.     Dibuat menggunakan seni pembuatan kopi Itali
  2.     Berbentuk Kapsul yang kemas dan mudah disediakan
  3.     Kopi yang dihasilakan adalah 100% Semulajadi tanpa perasa tiruan


Arissto RM1 Coffee Machine + Plan


Arissto RM1 Coffee Machine + Plan
Arissto RM1 Coffee Machine + Plan




Arissto RM1 Coffee Machine Plan - Corporate


Arissto RM1 Coffee Machine Plan - Corporate
Arissto RM1 Coffee Machine Plan - Corporate




 Menarik bukan? jadi kepada anda diluar sana penggemar kopi khususnya jom ke MALAYSIA COFFEE FEST di 1Utama Shopping Centre. Lokasi pameran kopi ini adalah di New Wing- LG bermula 25 hingga 28 julai 2019 jam 10 pagi hingga 10 malam.


Untuk maklumat lanjut :

Instagram : https://www.instagram.com/arissto.my/



Laksa Sedap di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


Baca Artikel kisah misi ke MenjejakBukit Berekeh sebelum menemukan Kedai Laksa sedap ni di http://www.ienaeliena.com/2019/07/perak-day-trip-dan-bukit-berekeh-perak.html

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


Pada awalnya, dari jauh kedai makan tersebut kelihatan seperti kedai makan makanan berlauk mahupun ala carte akan tetapi setibanya disana hanya terdapat laksa, mee kari , mee rebus dan nasi ayam. Jadi kami berlima membuat keputusan untuk memakan Laksa.

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab




Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab



Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


Laksa disini di panggil laksa buyung. Terdapat tiga jenis pilihan laksa iaitu

  1. Laksa telur
  2. Laksa fucuk
  3. Laksa Fishcat


Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Telur

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Fucuk

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Fishcat



Ketiga-tiga laksa sememangnya sedap tapi untuk Cik iena yang pertama kali makan laksa dengan fishcat dan sayur fucuk. Cik iena lebih menggemari Laksa Buyung Fucuk dan juga laksa buyung fishcat.

Pada hari Pertama Cik iena cuba Laksa Buyung Fucuk , manakala pada hari berikutnya Cik iena cuba Laksa Buyung fucuk dan Laksa Buyung Fishcat. Memang licin Cik iena makan sebab tersangat sedap. Di Kuala Lumpur Cik iena tak jumpa lagi laksa sesedap ini.


Harga pula amat berbaloi. Mengikut perkiraan Cik iena berdasarkan pengiraan pakcik kedai seperti dalam gambar di bawah . Harga nya adalah

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


  1. Laksa Telur  RM3.50 semangkok
  2. Laksa fucuk RM4.00 Semangkok
  3. Laksa Fishcat RM4.00 Semangkok
  4. ABC RM 3 semangkok
  5. Air Bandung Ais RM1.70 Segelas
  6. Limau Ais RM1.70  Segelas
  7. Limau suam RM1.20 Segelas




Jumlah keseluruhan untuk 5 orang makan RM 28.30 .
Purata seorang makan RM 5.66 . Tersangat murah dan berbaloi. Puas hati dengan kuantiti dan harga yang murah.

Ini merupakan kali kedua Cik iena makan laksa buyung kalau tak silap. Sebelum ni Cik iena pernah makan di area Taiping tapi dah lama sangat. Kali ni makan di Sungai Siput , Perak. Alhamdulillah laksa disini sememangnya sangat sedap dan memenuhi citarasa kami berlima sampaikan sebelum pulang ke kuala lumpur juga kami singgah dsini untuk makan.


 Gambar hari pertama di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab




Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Khusyuk makan laksa sedap

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab terbaik

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Sedap tak terkata Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Sedap giler Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Khusyuk menikmati laksa sedap dan abc sedap sampai tak perasan kene candit

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab



Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab



Gambar hari kedua di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab


Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
ABC juga antara menu yang sedap di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab. Anda juga boleh cuba ABC ni. Highly recommended

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Cendol di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab kurang sedapbagi Cik iena. Tapi bolehlah ada rasa juga.


Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Menu sedap di Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab, cendol terkeluar carta sebab tak menepati citarasa tun empunya blog :)

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Inilah pengalas perut kami untuk pulang ke Kuala Lumpur. Balik straight takde berhenti makan mana-mana. Mujur portion laksa ni memang banyak. Kenyang sampai malam.

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Sedap yang teramat Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab

Laksa Buyung Emas aka Laksa Wahab
Takde orang nak ambilkan gambar, nak suruh orang lain kang kene bahan. Budak jakun mana lah dari tadi asyik bergambar haha.. jadi kita selfie je



Kepada anda diluar sana yang nak makan Laksa Buyung yang sedap boleh lah ke sini ya.  Cik iena jamin sedap. Tiada seorang pun antara kami berlima yang cakap tak sedap. Semuanya cakap laksa ni sedap sampaikan sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami singgah makan laksa sekali lagi ke sini.

Untuk pengetahuan kedai ini buka jam 2 petang hingga 7 malam. Kalau hujung minggu kedai ni memang ramai orang. Harga yang ditawarkan juga murah dan sangat berbaloi. 


Lokasi kedai adalah di Taman Orkid, Sungai Siput(U). Terletak ditepi jalan besar.

Artikel berkaitan http://www.ienaeliena.com/search/label/misi%20menjejak%20bukit%20berekeh

 

Top things to do in Ipoh

  1. Lost World of Tambun Ticket in Ipoh 
  2. Kampar White Water Rafting Adventure  
  3. Tempurung Cave Exploration 
  4. The Haven Resort with Full Board (Quality Breakfast, Lunch & Dinner) or Spa Packages Staycation Experience in Ipoh (Exclusive)   
  5. Lost World of Tambun 2D1N Glamping/Floating Chalet with Theme Park Access (2 Days) Experience in Ipoh 
  6. The Banjaran Hotsprings Retreat Day Pass in Ipoh
  7.  Exclusive Staycation 2D1N Full Board Glamping Experience with Gopeng Glamping Park 
  8. River Tubing and Waterfall Abseiling Experience in Gopeng, Perak  
  9. White Water Rafting with Caving Experience in Gopeng 
  10. White Water Rafting Experience in Sungkai River  
  11. Frenzy Hippo Water Park
  12. Fishing Experience at Temenggor Lake in Perak 
  13. Rafflesia Trekking Experience in Ipoh 
  14. Kandu Cave Exploration  
  15. Taiping and Orang Utan Island Day Tour from Ipoh
  16. Explore Royal Belum State Park Day Tour  


 

 


Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve