Grab The Promo
Grab The Promo

Asyraf Khalid bengang dikait tumpang pengaruh Datuk K

KUALA LUMPUR:  Lagi lagi Datuk K? Ala senanglah bisnes maju sebab kabel bapa sendiri yang power? Datang daripada keluarga senang, nak apa petik jari mesti dapat? Dan macam macam lagi pandangan sinis yang diterima Asyraf Khalid apabila mula meneroka dunia niaga.

Asyraf Khalid bengang dikait tumpang pengaruh Datuk K



Anak ketiga daripada lima beradik kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) itu mengakui ada kalanya skeptikal itu pantas menyentak diri.

Siapa tak bengang segala usaha titik peluh dan kerja keras selama bertahun tahun termasuk mengukuhkan perniagaan Jamu Mutyara Beauty sejak dua tahun lalu bersama isteri (Tya Arifin) dilihat mendapat lesen serta laluan mudah hanya kerana pengaruh bapanya.

Jamu Mutyara Beauty
Jamu Mutyara Beauty


Malah, papa kepada dua cahaya mata comel, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini juga dilihat beruntung kerana mempunyai ibu tiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mempunyai pengaruh besar dan kemasyhuran di arena seni serta perniagaan.


Jamu Mutyara Beauty
Jamu Mutyara Beauty


Meraikan ulang tahun kedua perniagaan Jamu Mutyara diusahakan isterinya pada 20 April ini, Asyraf terpanggil berkongsi perjalanannya membina empayar perniagaan sendiri.

Selain Mutyara, Asyraf juga antara mastermind perniagaan jenama Kilafit diusahakan Kilafairy serta Jiwaku Kids menampilkan anak sulungnya, Arif Jiwa.

Jamu Mutyara Beauty
Jamu Mutyara Beauty


“Hati siapa yang tak terguris kalau balik balik pandangan sama yang dilemparkan orang luar serta pemerhati dunia niaga. Rasa kadang kadang macam loser, kerana mereka fikir saya kecapi semua ini dengan cara mudah selain tanggapan klise.

Asyraf Khalid bengang dikait tumpang pengaruh Datuk K


“Jujur saya tak boleh menafikan rasa bengang, jelak dan amarah itu pernah bersarang sampai naik geram. Biasalah yang orang nampak hanya keindahan, di sebalik semua itu... tak ada siapa yang tahu.

“Cuma tak adil jika mereka terus berandaian begitu dan begini. Tapi kalau terus larut dengan rasa negatif itu pun saya tak akan ke mana. Saya lawan segala rasa,” katanya membuka bicara.

Kata Asyraf, dia bersyukur diberi ruang merasai kesyukuran sebelum mengecapi kemanisan dalam hidup serta dunia perniagaan.

Jelasnya lagi, dia  mula berjinak jinak dalam dunia perniagaan tanpa langsung menggunakan pengaruh ayahnya.

“Saya bertatih sendiri dari bawah. Ikutkan sejak usia tujuh tahun lagi saya sudah jual pen di sekolah dan macam macam lagilah lubuk perniagaan yang dicuba. Saya betul betul serius mahu bergelar ahli perniagaan sejak usia 22 tahun hinggalah sekarang.

“Saya dan pasukan kerja kena kerja keras untuk menakluki apa yang diraih  kala ini. Isteri saya juga antara insan penting yang berada dalam pasukan kerja itu.

“Setiap hari kami kena kerja keras. Ia tak datang bergolek begitu saja. Saya tak guna kabel pun, tak ada merayu bantuan ayah sekalipun untuk keluar modal.

“Saya sedar juga dalam dunia niaga ini bukan semua yang kita buat akan beroleh kejayaan. Ada juga perniagaan yang saya buat berakhir begitu saja. Namun itu bukan penamat segala galanya,” katanya.

Tambah Asyraf, isteri tercinta yang dikahwini sejak 1 November 2015 menjadi saksi jatuh bangun dirinya.

Jamu Mutyara Beauty


Tya banyak melihat dan melalui serba serbi kesukaran dan kepayahan hidup. Bisnes yang gagal dilakukan juga berakhir dengan pelbagai ujian termasuk saya berdepan dengan hutang yang banyak.

“Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran Mamak.

“Lepas itu nak bina perniagaan baru balik bukan mudah. Tapi saya berkeras untuk melaluinya tanpa meminta pertolongan sesiapa. Termasuk ayah. Saat saya bernikah dan mempunyai anak,diri ini terfikir takkan nak beli lampin pakai buang pun ayah masih nak tanggung.

“Berbekal semangat, ilmu dan pengalaman termasuk ketika belajar dengan syarikat Richworks , saya bangkit semula. Perjuangan itu bagai baru bermula dan perlahan demi perlahan, saya  bina kembali empayar dunia niaga sekali gus mengangkat jenama Mutyara sehabis baik,” katanya.
Jamu Mutyara Beauty
Jamu Mutyara Beauty



Sejak dua tahun lalu juga, Asyraf dan Tya begitu optimis membangunkan perniagaan jamu jenama Mutyara. Jamu itu lebih membanggakan merupakan legasi turun temurun diamalkan keluarga isterinya yang dikomersial.

“Saya dan isteri bina jenama jamu ini kerana kita mahu menambah nilai sekali gus membantu lebih ramai orang di luar sana sama sama menikmati khasiat jamu itu. Tak hanya di situ kita juga buka peluang untuk lebih ramai lagi menjana pendapatan dengan sama sama berniaga jamu berkenaan.

Jamu Mutyara Beauty

“Perjalanan nak sampai ke sini bukan mudah. Sebab itu apabila saya dapat komen skeptikal hanya kerana saya anak Datuk K semua dilihat mudah, hati ini jadi cepat terasa. Saya juga manusia yang ada hati dan perasaan macam orang lain.

“Dalam hal sebegini, ia bukan mengenai dia itu anak siapa. Ramai juga yang kita tahu anak orang berada lebih selesa tidak berbuat apa termasuk menjalankan perniagaan kerana mereka sudah terbiasa mendapat wang dengan mudah. Itu pilihan masing masing.

“Sebenarnya ada ramai usahawan berjaya yang saya lihat boleh berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah mereka sebenarnya bermula dari ‘zero’,” kata abang kepada Siti Aafiyah Khalid ini.

Tambah Asyraf lagi, dia banyak melihat contoh dan idola di luar sana yang berasal dari kampung namun beroleh kejayaan membanggakan.

“Saya tengok kejayaan sebegini jadi inspirasi dan penyuntik semangat.
Sebagai contoh ada rakan niaga saya yang buat jualan  tahun lepas mencecah lebih daripada RM20 juta. Tahun ini pula dalam masa 3 bulan dia sudah buat keuntungan lebih RM15 juta.

“Kejayaan dia itu jujur buat saya cemburu  dan bengang. Namun dalam konteks yang positit. Mereka mula dengan tak ada apa apa namun boleh berjaya. Lalu kenapa  saya tak boleh berjaya macam itu dan jadi seperti mereka?,” katanya.




Tutur Asyraf lagi, jika dia mahu mencari kejayaan pantas nescaya boleh dilakukan dengan menggunakan pengaruh ibu tirinya (Siti Nurhaliza) dan Datuk K sejak dari dulu

“Kalau mahu berjaya dengan cara sebegitu, barangkali sudah lama saya guna jalan pintas. Malah tak hanya disitu apabila saya menggunakan Tya untuk menerajui perniagaan jamu kami, ada pula yang cakap senanglah sebab isteri saya bergelar artis atau figura awam.

“Maka wujudlah stigma guna artis senanglah jalan perniagaan yang diteroka. Tapi pandangan itu tak tepat dan sangat salah. Hakikatnya ada saja artis yang menceburi perniagaan tapi akhirnya gulung tikar dan lingkup.

“Pada akhirnya semua berbalik kepada soal rezeki, tuah, usaha dan niat. Bergelar artis atau dilahirkan dalam keluarga berpengaruh belum tentu jadi jaminan,” katanya.




Jamu Mutyara Beauty

Katanya lagi, produk yang dijual itu juga harus bagus dan berkualiti. Ia tidak semata mata menjual jenama artis atau pengaruh saja.

Malah Asyraf juga terbuka untuk membantu masyarakat menjana pendapatan sampingan.

“Kita pun harus beri latihan yang mampan kepada pengedar, agen atau stokis. Artis pun kalau keluarkan produk yang tidak membantu, akan berakhir dengan kegagalan juga

“Sebenarnya nak buat bisnes  ini ada banyak faktor untuk berjaya. Malah kalau ada yang nak saya bantu, diri ini berlapang dada untuk menerima mereka dengan tangan terbuka.

“Niat saya adalah untuk membantu lebih ramai orang beroleh pendapatan sampingan. Lebih-lebih dalam keadaan semasa negara kita berdepan ujian penularan wabak Covid 19 hingga membuatkan ekonomi jadi tak menentu.

“Kalau boleh buat pendapatan sampingan dari  RM 1000  hingga RM 5000 sebulan pun kira okay saat ini. Tak kisahlah siapapun saya, diri ini mahu membantu lebih ramai orang menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal.

“Kita ada buat Business Opportunity Session secara online, untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.  Ayuh bersama kami demi menjana pendapatan ketika ramai yang terkesan dengan situasi semasa,” katanya



Jamu Mutyara Beauty

Di akhir bicara, sekalipun selesa berdikari dalam dunia perniagaan, Asyraf berbangga kerana dia memiliki tenaga sokongan jitu di belakang iaitu keluarga tersayang.

“Jujur saya juga bangga dan bersyukur menjadi anak kepada Datuk K. Itu satu fakta yang tak boleh diubah. Namun seperti saya katakan, diri ini selesa berdikari dan jauh sekali bergantung harap kepada ayah.

“Saya bersyukur sebab ayah banyak mendidik sejak kecil dan membentuk untuk diri ini menjadi seorang yang berdikari tanpa meminta-minta kepadanya. Masa muda, ayah paling pantang kalau saya minta duit kepadanya.

“Ayah nak saya faham tentang erti kehidupan dan kebiasaan mencari wang sendiri. Itu yang membuatkan saya takut untuk minta apa-apa daripadanya sampai sekarang. Itu juga yang membuatkan saya jadi sebegini berkat didikannya,” katanya.

Sedari dulu, Asyraf  hanya mahu membanggakan ayahnya.

“Dari kecil, ayahlah yang berikan segala galanya untuk saya. Apabila sudah meningkat dewasa dan berkahwin, mana mungkin saya nak susahkannya lagi selain terus berada di bawah ketiaknya.

“Sebenarnya awal tahun ni, ayah ada  meminta saya membantu untuk mengukuhkan jaringan jenama Simplysiti di Indonesia. Namun  saya fikir, sekarang adalah masa untuk membantu  isteri dan pasukan jamu Mutyara  melangkah ke tahap yang lebih tinggi.  Lalu permintaan ayah itu saya terpaksa tolak dengan baik,” katanya.




Asyraf Khalid bengang dikait tumpang pengaruh Datuk K



PERMULAAN DAN PERJALANAN TYA ARIFIN, ASYRAF KHALID JUAL JAMU MUTYARA






Untuk maklumat lanjut

website www.mutyara.com
Instagram @mutyarabeauty
Facebook : https://web.facebook.com/Mutyarabeauty/
Berminat nak jadi stokist boleh hubungi 012 579 9011 untuk di bantu oleh team Mutyara.

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Artikel sebelum ini Cik iena tulis tentang Rumah Makan Jejamuran. Kali ini Cik iena kongsikan vlog mengenai Rumah kebun Jamur terbesar di Yogyakarta dimana di rumah kebun jamur inilah sumber jamur yang diperolehi oleh rumah makan jejamuran yang tidak asing lagi di jogja.

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta



Rumah Kebun Jamur


Hasil dari rumah kebun jamur ini digunakan di Rumah Makan Jejamuran yang sangat popular di Jogja. Aneka hidangan masakan yang diitawarkan di rumah makan jejamuran mendapatkan sumber jamur dan juga sayuran lain di sini.

Dengan adanya rumah kebun jamur ini, mereka dapat memnuhi permintaan pelanggan rumah makan jejamuran yang sentiasa dikunjungi pelanggan. Berikut Cik iena kongsikan sedikit gambar semasa Cik iena membuat lawatan di rumah kebun jamur ini dan juga vlog untuk tatapan pembaca.


VLOG  MELAWAT RUMAH KEBUN JAMUR





Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta


Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta




Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta

Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta
Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta


FAM TRIP PASAR MALAYSIA KE BOROBODUR


Untuk update di instagram boleh lihat di #ienaelienajogja
Playlist di Youtube : IENAELIENA X TOURISM INDONESIA

Artikel Berkaitan

Day 1 : 
  1. Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
  2.  Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia
  3. Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta 

DAY 2 :

  1. Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo

Video Summary sepanjang FAM TRIP

Menjejak Keunikan dan Keenakan Kulinari diJogja





 #jogjaistimewa #jogjaculinary #ftmyborobudur #wonderfulborobudur #wonderfulindonesia #ienaeliena #malaysianblogger #bloggermalaysia #bloggermy #lifestyleblogger #foodblogger #foodie #foodporn #ienaelienatravel #ienaelienajogja


Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo


Assalammualaikum, memandangkan tempoh perintah kawalan pergerakan Cik iena tak boleh keluar jadi Cik iena upload video travel yang masih cik iena belum upload lagi.

Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo
Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo


Cik iena kongsikan Sedikit video semasa Cik iena makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo. Menu-menu yang kamimakan adalah menu masakan tempatan di borobodur . Maaf sebab dah lama Cik iena lupa pula nama menu. Now misi nak delete video lama . So Cik iena kongsikan video yanng Cik iena ambil. Walaupun banyak juga video yang hilang Cik iena update yang ade je.


si

Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo
Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo

Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo
Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo

Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo
Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo

Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo
Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo


Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo
Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo


 Balkondes Ngadiharjo merupakan Guesthouse yang cantik di Desa Magelang semasa percutian FAM TRIP cik iena bersama Ministry of Tourism of the Republic of Indonesia dalam usaha memperkenalkan Kulinari di Borobodur, Indonesia.

Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo
Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo

Balkondes Ngadiharjo Guesthouse yang terletak di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia merupakan lokasi tempat bermalam pertama kami semasa FAM trip ni. Sejujurnya Cik iena sangat teruja bila samai disini. Keadaan yang sangat tenang. Udara yang nyaman.


Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo
Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo


 Artikel Review Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di http://www.ienaeliena.com/2020/04/balkondes-ngadiharjo-guesthouse-di-borobodur.html 



FAM TRIP PASAR MALAYSIA KE BOROBODUR


Untuk update di instagram boleh lihat di #ienaelienajogja
Playlist di Youtube : IENAELIENA X TOURISM INDONESIA

Artikel Berkaitan

Day 1 : 
  1. Jejamuran Tawar Aneka Menu Berasaskan Cendawan
  2.  Balkondes Ngadiharjo Guesthouse di Borobodur, Magelang, Central Java Indonesia
  3. Rumah Kebun Jamur - Kebun Jamur Terbesar di Yogyakarta 

DAY 2 :

  1. Makan tengah hari di Balkondes Ngadiharjo

Video Summary sepanjang FAM TRIP

Menjejak Keunikan dan Keenakan Kulinari diJogja




 #jogjaistimewa #jogjaculinary #ftmyborobudur #wonderfulborobudur #wonderfulindonesia #ienaeliena #malaysianblogger #bloggermalaysia #bloggermy #lifestyleblogger #foodblogger #foodie #foodporn #ienaelienatravel #ienaelienajogja







Tutorial jahit manik dan patch lace | Aktiviti musim Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19


Assalammualaikum, Cik iena kongsikan tutorial menjahit manik dan patch lace ini untuk anda supaya dapat jadi rujukan .lagi-lagi musim PKP ni. Kalau bosan-bosan dirumah adalah benda bermanfaat yang boleh dibuat selain daripada memasak dan mengemas rumah.

Tutorial jahit manik dan patch lace
Tutorial jahit manik dan patch lace


Di dalam video ini juga selain cara menjahit manik dan cara menjahit patch lace, cik iena juga ada tunjuk cara bagaimana mematikan benang jahitan supaya jahitan manik anda kemas dan manik tidak mudah tertanggal.


Jika kita beli baju siap yang ada manik kadang-kadang maniknya cepat tertanggal. Itu sebab mereka nak cepat dan tidak mematikan benang dengan betul. Jadi dalam video ini Cik iena ada tunjukkan macam mana nak matikan menang tu.

Tutorial jahit manik dan patch lace
Tutorial jahit manik dan patch lace



Bagi Cik iena, ini adalah jahitan manik dan patch lace paling mudah sekali kerana anda tidak perlu membuat manik berbentuk-bentuk. Hanya manik tabur sahaja dah cukup untuk buat baju ni nampak cantik. Anda yang tidak tau menjahit pun Insya Allah boleh buat sebab mudah sangat.

Tambahan lagi Cik iena ada sertakan link dimana Cik iena membeli patch lace, benang dan barangan lain di atas. Cik iena suggestkan seller yang boleh membuat penghantaran pada musim covid ni. Jadi korang boleh lah menjahit dirumah.

Tutorial jahit manik dan patch lace
Tutorial jahit manik dan patch lace


Cik iena lebih prefer menjahit daripada memasak sebab kalau Cik iena asyik masak je , confirm badan naik macam kuih bangkit. Jadi aktiviti ini lebih cik iena suka sebab cik iena tak kan gemok dan cik iena dapat baju raya cantik-cantik.




Video Tutorial jahit manik dan patch lace




Okay sekian perkongsian kali ini. Nanti Cik iena kongsikan lagi video tutorial jahit manik yang simple-simple lagi ya :)

Berikut Cik iena sertakan juga link di mana Cik iena beli peralatan menjahit, manik dan patch lace.

Beli Lace di https://t.productlink.io/a13iml Beli Benang, Gunting, Jarum di : https://t.productlink.io/a13imn (Penghantaran dibuat semasa Covid PKP)




Nak Beli Hand Sanitizer and face mask ? Blh beli sini https://t.productlink.io/a16fcn [Ready Stocks] Instant Hand Sanitizer 120ML / 250ML / 500ML / 800ML / 1LITER, Alcohol 75% READY STOCK FACE COVER MASK MEDICAL 10 PCS LIMITED STOCK https://t.productlink.io/a16fco Bioion Germ-Free Deo-Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcp [READY STOCK] Alcohol based Instant Hand Sanitizer :https://t.productlink.io/a16fcq Disposable Poly Glove : https://t.productlink.io/a16fcr Goggles Clear Eye Protection Glasses : https://t.productlink.io/a16fcs Surgical face mask : https://t.productlink.io/a16fct 

Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah - Durian Lava Cake

Lazat, menyelerakan dan kaya dengan aroma dan rasa raja buah, inilah yang dapat dinikmati apabila kek lava klasik digabungkan dengan raja segala buah iaitu durian. Anda berani untuk mencuba?
Kepada penggemar Durian diluar sana bagi Cik iena anda harus cuba Durian Lava Cake dari Domino's ni.

Durian Lava Cake
Durian Lava Cake

Domino’s Memperkenalkan Ratu Kek Lava bersama Raja Buah - Durian Lava Cake




 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake




Domino’s Pizza telah memperkenalkan pencuci mulut terbaru dalam koleksinya, Kek Lava Durian! Ianya merupakan aduna istimewa dan sempurna untuk semua peminat durian, pencuci mulut dan mereka yang inginkan sesuatu yang baharu,.Kek Lava Durian ini pasti menjadi pilihan yang akan memenuhi citarasa semua. Diperbuat dengan kek yang lembut dan lazat dengan perisa durian dipenuhi dengan inti durian yang kaya dengan isi sebenar . Istimewanya Cake ini, ianya menggunakan durian D24.


 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


Buat penggemar durian diluar sana pasti anda tau akan keenakan rasa durian D24. Jadi jom nikmati kelazatan rasa buah kegemaran anda dengan penuh keselesaan di rumah sendiri. Anda hanya perlu membuat tempahan secara online dan rider domino;s sendiri akan hantar sehingga depan pintu rumah anda.

 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake




Berkongsi tentang konsep disebalik pembuatan Kek Lava Durian, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia & Singapura, Linda Hassan berkata,

“Untuk memenuhi kehendak citarasa semua pelanggan dan selaras dengan janji Domino’s iaitu “It’s All About You,” kami ingin mencipta pencuci mulut yang dapat menjadi tarikan kepada peminat durian dan juga mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu dalam pilihan pencuci mulut. Kerana durian adalah rasa yang unik, kami berazam untuk mencipta pencuci mulut yang akan disukai ramai. Kepada mereka yang mempunyai keraguan dengan rasa durian, kami cabar anda untuk mencuba pencuci mulut ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Kek Lava Durian terbaru ini disediakan khusus untuk menyembunyikan bau durian tanpa menjejaskan rasa enaknya. Perisa durian menawarkan rasa yang unik dan inti tengah yang lazat akan memberikan pengalaman yang tersendiri dan tidak dapat dilupakan. Tunggu apa lagi, sahut cabaran #WeDareYouToTry!”



 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif Domino’s Pizza Malaysia turut berkata,

 “Sebagai sebuah jenama yang mengutamakan obsesi pelanggan, kami menyedari profil rasa asas pelanggan Malaysia dan kami memahami keadaan semasa yang dihadapi sekarang. Seiring dengan perkhidmatan penghantaran Zero Contact, kami juga mengambil berat tentang pilihan yang ditawarkan, maka terhasilnya Kek Lava Durian. Kami berharap pelanggan kami akan menikmati pencuci mulut terbaru ini dan memuaskan keinginan rasa durian mereka sambil masing-masing menjaga diri serta kekal selamat di rumah.”

Untuk masa yang terhad sahaja, Kek Lava Durian boleh didapati bermula 6 April 2020

 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake




Harga  Durian Lava Cake


Add On RM12.90
Alacarte RM13.90

Review Durian Lava Cake By Cik iena


 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


Cik iena sememangnya penggemar durian. Bagi Cik iena Durian Lava cake dari Domino's ni memang sedap sehingga menjilat lari. Kek yang lembut beserta inti durian yang cukup enak terasa duriannya, tambahan lagi dengan aromo durian yang sangat menggoda cik iena. Kalau di lihat pada harga rasa agak mahal lah tapi kita sendiri pun tau harga durian D24 sememangnya mahal. Jadi harga itu sesuai lah. Untuk penggemar durian anda semua harus cuba rasai keenakan Durian Lava Cake ni.

 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake

Jaminan penghantaran dalam masa 30 minit


Domino’s berpegang teguh dengan janji jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan kepuasan produk. Komitmen ini ditunjukkan melalui dasar tiada pembatalan dan pembayaran balik ataupun penggantian pesanan jika pelanggan tidak berpuas hati dengan pesanan.


 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


Selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), waktu operasi Domino’s mungkin berbeza mengikut waktu operasi yang dibenarkan oleh majlis-majlis tempatan di setiap negeri. Komitmen kami terhadap keselamatan penghantar piza dan pelanggan jelas dengan pelaksanaan perkhidmatan wajib Zero Contact.


 Durian Lava Cake
 Durian Lava Cake


Untuk mencuba Kek Lava Durian terbaru, sila kunjungi kedai-kedai Domino’s ataupun membuat pesanan atas talian di http://www.dominos.com.my/. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Domino’s Quattro Pizza dan promosi produk-produk yang lain, sila layari http://www.dominos.com.my/.









Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve