Grab The Promo
Grab The Promo

Nestlé Malaysia melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee

Istimewa buat penggemar kopi di luar sana terutama Starbucks. Ada berita gembira untuk anda semua dimana kini anda boleh nikmati minuman Kopi Starbucks di rumah anda sahaja. Tak perlu ke Starbucks.


Untuk pengetahuan anda, Nestlé Malaysia telah  memperkenalkan  Starbucks® Premium Instant Coffee. Rangkaian baru ini terdiri daripada kopi Medium Roast dan Dark Roast, serta pelbagai minuman kopi. Terdapat dalam tin pelbagai servis dan format satu servis, produk menggabungkan kepakaran dan warisan Nestlé yang tiada tandingannya dengan Starbucks® Premium Instant coffee yang unik ini.

Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee
Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee





Untuk pengetahuan anda,mulai April 2020, anda akan dapat menikmati kopi Starbucks® berkualiti tinggi dalam format segera / mudah larut, di rumah anda sendiri . Dengan membawa konsep 'Starbucks® at Home' , Nestlé Malaysia memperkenalkan kepada rakyat Malaysia dengan kopi  yang menarik pada bulan September 2019 yang lalu.


Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee
Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee


Rangkaian produk terbaru ini terdiri daripada 11 produk, termasuk biji kopi dan kacang panggang dan kacang tanah, serta kapsul Starbucks® yang pertama dibangunkan menggunakan teknologi kopi dan sistem proprietari Nescafé Dolce Gusto. Produk-produk tersebut merupakan inovasi pertama yang dikembangkan bersama oleh Nestlé dan Starbucks® setelah kedua-dua syarikat itu secara rasmi mewujudkan pakatan global yang membolehkan Nestlé memperluas portfolio kopinya, di luar Nescafé dan Nespresso, menambah satu lagi jenama ikonik, Starbucks®.


Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee
Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee




Medium Roast adalah kopi Amerika Latin yang halus dan seimbang dengan nota coklat susu dan kacang, sementara Dark Roast adalah kopi Amerika Latin yang bertubuh penuh dengan rasa panggang manis dan nota coklat gelap yang lazat.

Minuman kopi segera terbaru yang diilhamkan secara langsung oleh minuman khas Starbucks® adalah  Cappuccino, Caffè Latte, Caffè Mocha dan Caramel Latte.

Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee
Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee

Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee
Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee


Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee
Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee


Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee
Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee






Mr Othman Chraibi, Selaku Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Minuman, Nestlé Malaysia Bhd, mengatakan,

"Kerjasama kuat antara Starbucks® dan Nestlé membolehkan kami bergerak dengan pantas dan mengembangkan jenama Starbucks® ke segmen kopi segera / larut, yang mana pengguna di Malaysia tahu dan sayangi. Kami gembira terus memanfaatkan kepakaran kopi kami untuk mencipta pengalaman premium kopi baru agar pengguna dapat menikmati kemudahan di kediaman mereka dengan selesa. Kami sangat gembira memperkenalkan rangkaian kopi segera premium Starbucks® berkualiti tinggi kami , kerana ini adalah penyelesaian terbaik untuk mencipta minuman khas Starbucks® tanpa kerumitan persiapan. Tidak pernah semudah ini menjadi Barista anda sendiri. "
Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee
Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee


Semua produk ini dibuat berkualiti yang tinggi dengan etika C.A.F.E. yang sama diamalkan dalam menyediakan kacang Arabica yang disajikan di kedai kopi Starbucks® di seluruh dunia.


Menarik kan? Jadi anda semua tak perlu susah-susah keluar ke Starbucks sekarang. Anda boleh beli Starbucks® Premium Instant coffee dan anda boleh nikmatinya sendiri di rumah .





Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee
Nestlé Malaysia  melancarkan Starbucks® Premium Instant coffee


Video Unboxing  Starbucks® Premium Instant coffee


Berikut Cik iena kongsikan video Unboxing Starbucks® Premium Instant coffee. Terima kasih Starbucks and Nestle Malaysia sebab bagi Cik iena Starbucks® Premium Instant coffee ni. Tak perlu lah keluar nak minum Starbucks kan. lagi-lagi musim PKP ni.

So Cik iena boleh minum Starbucks® Premium Instant coffee untuk sahur. Cik iena tak boleh minum masa berbuka nanti tak boleh tidur malam.




Untuk pengetahuan Rangkaian kopi ‘Starbucks® at Home’ Premium Instan (Larut) boleh didapati  di Lazada dan Shopee serta peruncit dan pasar raya terpilih.


Untuk pembelian online di Lazada : https://t.productlink.io/a6v91


Buttonscarves X Elfira Loy, gaya Muslimah 'modest'

KUALA LUMPUR: Pernah dikenali di Indonesia kerana pernah beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana, Elfira Loy baru baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila disunting bekerjasama dengan jenama tudung popular, Buttonscarves yang berpangkalan di sana.

Buttonscarves X Elfira Loy, gaya Muslimah 'modest'





Malah lebih tepat, artis bertudung yang memiliki seramai 4.8 juta pengikut di Instagram itu menjadi artis Malaysia pertama bersatu dengan jenama dari seberang ini.

Sebagai permulaan Buttonscarves x Elfira Loy  hadir dengan sebuah koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan di bulan Ramadan dan Syawal kelak.

Elfira berkata, kerjasama mereka tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga. Malah ia bagai dirahmati dan dipermudahkan.

Apatah lagi isteri kepada  Muhammad Faris Khairol Anuar ini asalnya memang peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu.



Buttonscarves X Elfira Loy, gaya Muslimah 'modest'


Koleksi itu dilancarkan di Indonesia pada hari ini (24 April) yang juga hari pertama kita meraikan Ramadan penuh mulia.

Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen senibina di India. Koleksi ini menggunakan bahan scarf kapas voal dan satin silk yang selesa untuk dipakai.

Hasil penjualan koleksi  tudung The Maharani Series ini juga akan digunakan untuk membantu mangsa wabak covid 19 di Indonesia dan Malaysia

“Pada awalnya kerjasama itu mahu dimulakan selepas musim raya. Namun tanpa diduga ia dipercepatkan. Pihak mereka merancang untuk menjalankan fotografi sebuah  koleksi tudung di Jaipur, India dalam masa singkat beberapa bulan lalu.

Buttonscarves X Elfira Loy, gaya Muslimah 'modest'
“Ketika itu pihak mereka memikirkan perancangan itu terlalu tergesa gesa dan akan menyusahkan saya. Namun
apabila saya bersetuju, mereka tidak menyangka. Akhirnya terjadilah kerjasama koleksi The Maharani Series ini.

“Buat permulaan kerjasama ini berlangsung untuk dua bulan bermula April hingga Mei.  InsyaAllah tiada aral melintang, kerjasama ini akan berpanjangan,” kata pemilik nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini.



Buttonscarves X Elfira Loy, gaya Muslimah 'modest'


Menurut ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf berusia enam bulan itu, kerjasama itu bermula daripada perbualan di kotak mesej langsung (DM) di Instagram.

“Dari DM, kami berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.  Pendek kata, dari awal lagi ia berjalan dengan lancar. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung.

“Saya sejak dua ketiga tahun lalu juga sebenarnya menjadi peminat secara diam kepada jenama ini. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.

Buttonscarves X Elfira Loy, gaya Muslimah 'modest'
“Pada masa sama, saya dapat tahu mereka juga mengintai untuk bekerjasama dengan artis Malaysia. Difahamkan ada beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Sesuai dengan nama koleksi ini, saya yakin mereka yang memakainya akan berasa seperti seorang ratu atau maharani ,” katanya.

Ditanya mengenai menyambut Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana mahu membendung penularan wabak Covid 19, Elfira mengakui akur dengan ujian terjadi.

“Jika Ramadan tahun lalu saya menyambutnya dengan keadaan berbadan dua dan kerterbatasan itu ini, nikmat bulan penuh keberkatan itu tidak terlalu dirasai.

“Jadi saya memang ternanti nanti Ramadan kali ini. Tapi siapa mampu menyangka kita didatangi ujian saat ini. Pasti terasa kerinduan kepada perkara yang selalu sinonim dengan bukan Ramadan seperti bazar dan solat Terawih.

Buttonscarves X Elfira Loy, gaya Muslimah 'modest'

“Tak mengapa kita tak perlu bersedih sangat. Kita raikannya dengan cara bersederhana,” katanya.

Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.

“Ini juga kerjasama perdana dan sulung kami dengan artis dari negara lain. Cita cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik.

Buttonscarves X Elfira Loy, gaya Muslimah 'modest'
“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.

“Setelah berbincang kami pun memutuskan untuk menjalinkan kerjasama  khusus di bulan Ramadan ini. Kami juga merancang untuk membuka premis jenama tudung ini di tiga pusat beli belah di Malaysia termasuk Avenue K kelak,” ungkap Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves.


Buttonscarves X Elfira Loy, gaya Muslimah 'modest'


Kata Linda lagi, koleksi ini dinamakan Maharani kerana gelaran itu di India diberikan kepada pemimpin wanita.

“Dalam bahasa sanskrit India, erti nama Maharani merupakan gabungan dari kata Maha yang bererti Agung dan Rani yang dimaksudkan sebagi Ratu.

“Koleksi ini diilhamkan dari istana di Jaipur, India yang merupakan destinasi terbaru Buttonscarves ketika sesi fotografi koleksi diadakan.

“India merupakan destinasi yang masih tergolong unik dan patut diteroka keraan banyak menonjolkan keunikan seni bina, motif, dan budaya,” kata Linda lagi.

The Maharani Series boleh dibeli di laman sesawang, www.buttonscarves.com. Malah ia juga boleh dibeli di aplikasi Buttonscarves. Ketika ini pihak Buttonscarves turut memberi diskaun free shipping  kepada pembeli dengan pembelian RM200 ke atas

Harga jualan bermula dari RM125 hingga ke atas.

Buttonscarves X Elfira Loy, gaya Muslimah 'modest'





Ketika ini jenama yang bermula sejak 2016 itu terus sukses bukan hanya di Indonesia. Malah di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam hingga sempat bertandang ke negara Uncle Sam.






Untuk Maklumat Lanjut


www.buttonscarves.com
Instagram: buttonscarves

Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi

Kecantikan merupakan aset utama bagi wanita. Cik iena yakin pasti anda menginginkan kulit yang cantik, gebu, bak kata orang glowing dan flawless? Berikut Cik iena kongsikan cara untuk anda mendapatkan kulit wajah anggun dan cantik secara semulajadi, tanpa bersolek atau tanpa membelanjakan wang yang besar untuk membuat treatment supaya raut wajah anda tampak flawless, glowing dan cantik?

Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi



6 Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi


  1. Minum Air Masak Dengan Secukupnya
  2. Basuh muka dengan air basuhan beras
  3. Masker PBeras Pulut
  4. Masker Yogurt Asli
  5. Elakkan Sinaran Ultra Ungu (Ultraviolet – UV)
  6. Sapukan Larutan Jus Lemon



1. Minum Air Masak Dengan Secukupnya

Ini adalah tips untuk muka glowing dan flawless secara semulajadi yang paling asas dan penting sekali. Tubuh badan anda memerlukan air untuk membantu menggantikan sel-sel yang mati di dalam badan . Anda seharusnya minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari bagi memastikan sistem dalaman badan anda dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh badn anda mendapat air yang cukup, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi. Tips ini memang harus diamalkan pada setiap masa dan waktu.




2. Basuh muka dengan air basuhan beras
Air beras merupakan air daripada mencuci beras sebelum ia dimasak dan kebiasaannya ia dibuang semasa proses mencuci beras. Daripada dibuang adalah lebih baik jika anda menggunakan air basuhan beras tersebut untuk mencuci wajah atau anda juga boleh gunakan untuk berendam tubuh anda supaya kulit tubuh menjadi lebih cerah dan lembut. Untuk pengetahuan air beras mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan. Ia dikatakan mampu menghaluskan serta memutihkan kulit.



3. Masker Beras Pulut
Beras pulut adalah sejenis beras yang anda boleh dapati secara mudah di pasar-pasar.Caranya ambil beras pulut tersebut dan gorengkan ia tanpa menggunakan minyak sehingga warna beras pulut tersebut menjadi kekuningan. Selepas proses menggoreng, tumbuk atau kisarkan beras pulut tersebut supaya menjadi seperti serbuk bedak. Apabila proses kisar atau tumbuk selesai, bancuh dengan air dan sapukan kepada wajah. Biarkan ia kering lebih kurang dalam 20 minit dan kemudian basuh dengan air suam.



4. Masker Yogurt Asli

Yogurt  bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi ianya juga boleh juga digunakan untuk mencerahkan kulit, terutaman sekali pada kulit wajah. Caranya adalah  yogurt asli di lumurkan pada wajah dan leher. Kemudian ianya dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan tips ini 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya nanti.




5. Elakkan Sinaran Ultra Ungu (Ultraviolet – UV)

Matahari adalah sumber yang besar bagi vitamin D. Sinaran matahari dari jam 7 pagi hingga 9 pagi adalah yang terbaik untuk kulit. Cuba elakkan sinaran matahari selepas waktu ini adalah sangat penting. Sinaran UV yang agak kuat bukan sahaja boleh merosakkan tekstur kulit tetapi pendedahan terhadap sinaran ini boleh menyebabkan kanser kulit. Elakkan matahari terutamanya dari 10 pagi hingga 2 petang kerana sinar matahari boleh menyebabkan kerosakkan walaupun untuk kulit normal.



6. Sapukan Larutan Jus Lemon
Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang mampu mencerahkan kulit serta membuang sel-sel kulit mati yang membuatkan kulit kelihatan gelap. Caranya, buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam dan jangan lupa sapukan pelembab kerana jus lemon bolehmengeringkan kulit. Amalkan tips ini 2 kali seminggu. Walaupun jus lemon tidak memberikan kesan sepantas kilat, ia adalah larutan semula jadi paling berkesan yang boleh anda dapati.



Mylara Skincare
Mylara Skincare

Selain daripada 6 tips diatas, untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat anda boleh menggunakan rangkaian produk kecantikan yang mempunyai fungsi untuk mencerahkan wajah. Disini Cik iena ingin berkongsi tentang satu jenama produk penjagaan wajah yang mempunyai testimoni yang positif daripada pengguna-penggunanya.Cik iena juga dapati produk ini dijual pada harga yang berpatutan. Produk kecantikan pada harga mampu milik yang Cik iena maksudkan adalah  MYLARA Skincare.

 

Rahsia Kulit Putih Glowing dengan MYLARA Skincare .

Mylara Skincare
Mylara Skincare

MYLARA Skincare adalah rangkaian produk yang diformulasikan khas dengan profesional untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan segar. Ianya merubakan gabungan kombinasi unik dari bahan-bahan berasaskan tumbuhan. MyLara sesuai untuk semua jenis kulit, menjadikannya selamat digunakan dari usia muda seawal 14 tahun hingga 60 tahun.

Mylara Skincare
Mylara Skincare


Menyedari bahawa kulit merupakan aset berharga yang memerlukan rawatan yang selamat dan khusus. MYLARA Skincare menghasilkan produk penjagaan wajah khusus buat wanita diluar sana terutamanya buat waita yang sibuk menjalani gaya hidup yang aktif  dengan cuaca serta persekitaran yang tidak dapat diramalkan, penjagaan kulit MYLARA Skincare adalah jawapan yang tepat untuk semua keperluan anda.

MYLARA Skincare Product



Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi


 Antara produk MYLARA Skincare yang ada seperti berikut:

  1. Glowing Cleanser -  RM25
  2. Perfect Glow Serum -  RM35
  3. Glowing Gel Aloe Vera -  RM25
  4. Facial Toner -  RM25
  5. Matte Perfect CC Cream -  RM30
  6. Instabright Night Cream -  RM30
  7. Fix | Glo Multitalent Glowing Spray -  RM39.90
  8. Acne Gel -  RM25
  9. Glowing Gel Aloe Vera - RM25
  10. Hydro Whitening Peeling Gel - RM25
  11. Water Drop Aqua Essence - RM25
  12. Gold 24K Deep Peeling Gel - RM35
  13. Pure Gold 24K Gel Mask - RM35


Mylara Skincare
Mylara Skincare

Selain daripada loose item. Untuk penjimatan, terdapat juga set-set yang ditawatkan dimana setiap set mempunyai fungsi khas untuk mengatasi masalah-masalah kulit yang ada.Seperti kita sedia maklum terdapat beberapa masalah kulit seperti berjerawat, berminyak, kering dan sebagainya. Jadi adalah lebih baik untuk anda berhubung sendiri dengan pihak MYLARA Skincare untuk bertanyakan pendapat set penjagaan yang mana sesuai untuk kulit anda.


Mylara Skincare
Mylara Skincare

MYLARA Skincare Set


  1. Basic Whitening 3 in 1 - RM75
  2. Advanced Whitening 5 in1 - RM95
  3. Advanced Whitening 5 in 1 + Glow Collection - RM169.90 (Harga asal RM199 )
  4. Advanced Whitening 5 in 1 + Perfect Glow Serum - RM130 (Harga asal RM160 )
  5. Advanced Whitening 5 in 1 + Collara - RM170 (Harga asal RM200 )
  6. Advanced Bright & Glow 4 in 1 - RM110 (Harga asal RM127)
  7. Super Brightening & Glowing 5 in 1 - RM149 (Harga asal RM166 )
  8. Combo Jerawat 4 in 1 - RM100 (Harga asal RM110 )
  9. Combo Jerawat 5 in 1 - RM135 (Harga asal RM145 )

Untuk pembelian set layari https://www.mylaraskincareofficial.com/collections/mylara-sets


Mylara Basic Whitening 3 in 1
Mylara Basic Whitening 3 in 1

Disini Cik iena kongsikan review mengenai beberapa produk MYLARA Skincare yang telah cik iena cuba baru-baru ini. Untuk pengetahuan Cik iena telah mencuba Basic Whitening 3 in 1, Fix | Glo Multitalent Glowing Spray dan Perfect Glow Serum . Untuk pengetahuan Basic Whitening 3 in 1 terdiri daripada Collagen Cleanser, Matte Perfect CC Cream dan Instabright Night Cream.

Mylara Basic Whitening 3 in 1
Mylara Basic Whitening 3 in 1

Sebelum Cik iena kongsikan tentang produk yang Cik iena cuba Cik iena kongsikan dahulu Status Semakan pendaftaran produk MYLARA skincare di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rujukan semua. Pasti ada yang tertanya-tanya selamatkah kita menggunakan produk ini.

Status pendaftaran produk MYLARA skincare di Kementerian Kesihatan Malaysia



Semakan status pendaftaran produkMYLARA skincare di Kementerian Kesihatan Malaysia
Semakan status pendaftaran produk MYLARA skincare di Kementerian Kesihatan Malaysia

Semakan status pendaftaran produkMYLARA skincare di Kementerian Kesihatan Malaysia
Semakan status pendaftaran produk MYLARA skincare di Kementerian Kesihatan Malaysia

Semakan status pendaftaran produk kesihatan atau ubat yang berdaftar atau tidak dengan Kementerian Kesihatan Malaysia boleh di buat di https://www.npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/products-search.html



Mylara Skincare
Mylara Skincare

Berikut Cik iena kongsikan mengenai produk yang telah Cik iena cuba .


Basic Whitening 3 in 1

Gabungan 3 produk asas didalam Basic Whitening 3 in 1 ini dikatakan mampu mencegah jerawat, mengecilkan liang pori, mencerahkan kulit, mencegah jerawat, mencerahkan kulit, melembabkan kulit, melicinkan kulit, memulihkan serta melindungi kulit dan mencerahkan parut serta  tompok jerawat.

Mylara Basic Whitening 3 in 1
Mylara Basic Whitening 3 in 1

Cara pemakaian Basic Whitening 3 in 1


Pemakaian diwaktu Siang
  1. Basuh muka dengan menggunakan Glowing Cleanser . Pam kan satu ke dua kali ke tapak tangan yang basah. Gosok lembut keseluruh wajah dan kemudian di bilas dengan air.
  2. Untuk kesan pencerahan yang cepat, sapukan Instabright Night Cream secara nipis (jika tidak terdedah kepada cahaya matahari yang banyak)
  3. Sapukan Matte Perfect CC Cream yang berupa foundation ringan ke seluruh wajah untuk melindungi wajah daripada sinar UV dan polusi.




Mylara Skincare
Mylara Skincare

Pemakaian diwaktu malam
  1. Basuh muka dengan menggunakan Glowing Cleanser . Pam kan satu ke dua kali ke tapak tangan yang basah. Gosok lembut keseluruh wajah dan kemudian di bilas dengan air.
  2. Jika ingin beraktiviti, sapukan Matte Perfect CC Cream ang berupa foundation ringan ke seluruh wajah untuk tampil berseri.
  3. Sebelum tidur sapukan Instabright Night Creamke seluruh wajah. Elakkan dari terkena kelopak mata. Biarkan sehingga keesokan harinya.



Collagen Cleanser /Glowing Cleanser


Glowing cleanser merupakan pembersih quadruple serbaguna yang berfungsi untuk menghilangkan semua kesan solekan, kotoran, minyak dan kekotoran pada wajah. Ianya mampu menghilangkan solekan mata dengan lembut dan ianya bertindak melakukakan pengelupasan secara lembut untuk membuang sel-sel kulit mati yang kan membuat kulit lebih lembut, lebih halus dan lebih cerah.

MYLARA GLOWING CLEANSER
MYLARA GLOWING CLEANSER


KKM Notification No :  NOT190402218K


4 Sebab GLOWING CLEANSER Perlu Dalam Rutin Skincare Anda

  1. PENYINGKIRAN- kotoran sehingga ke liang pori
  2. MENCERAHKAN - mencerah dan melembutkan kulit wajah
  3. PENYEMBUHAN - Menyembuhkan luka jerawat
  4. EKSTRAK ALOE VERA - bertindak sebagai anti-oksidan
MYLARA GLOWING CLEANSER
MYLARA GLOWING CLEANSER

Bahan-Bahan Collagen Cleanser 

Aqua (water), Sodium Lauryl Sulphate, Carica Papaya Fruit Extract, Aloe Barbadensis Extract, Soluble Collagen Cocamidoprophyl Betaine, Cocamide DEA, Sodium Benzoate,    CI 77491,  Fragrance.

Cara Pemakaian Collagen Cleanser


Bersihkan tangan, sapu cleanser dimuka dalam gerakan membulat, bilas muka dengan air suam dan tekap muka dengan tuala lembut.

MYLARA GLOWING CLEANSER
MYLARA GLOWING CLEANSER

Review Collagen Cleanser 

Untuk pengalaman penggunaan selama 12 hari Cik iena berpuas hati untuk pencuci wajah ini. Ianya mampu membersihkan solekan pada wajah. Ianya mempunyai busa lembut yang banyak.Penggunaan cleanser ini membuatkan kulit wajah cik iena berasa lembab.Harumannya juga akan membuatkan anda berasa segar dan bersemangat. Haruman yang seakan aromaterapi bagi membangkitkan mood di pagi hari :)

MYLARA GLOWING CLEANSER
MYLARA GLOWING CLEANSER

Rating Collagen Cleanser 

10/10


Matte Perfect CC Cream 

All-in-one multi-tasking cream yang secara ajaib melindungi kulit anda dari sinar matahari yang berbahaya dengan kandunan SPF 30. Ianya terbukti secara klinikal dapat memperbaiki tekstur kulit dan menghidrat dengan kemasan matte yang elegan. Sebagai "CC" adalah singkatan dari warna, ia termasuk, primer pencerah kulit, foundation ringan, pelembap, dengan bahan anti-penuaan dan kolagen booster.

Mylara Matte Perfect CC Cream
Mylara Matte Perfect CC Cream





KKM Notification No : NOT190402217K

4 Sebab Matte Perfect CC Cream Perlu Dibawa Ke Mana-mana

  1. SPF35 - MELINDUNGI KULIT dari sinaran matahari
  2. LONG LASTING - Memberi nature glow, KEKAL sehingga 10 JAM
  3. CERAH - Mencerahkan kulit tanpa pengelupasan
  4. MESRA - Mesra wudhu dan mudah merata pada aplikasi wajah

Bahan-bahan Matte Perfect CC Cream

Aqua (water), Glycerin, Pearl Powder, Argan Oil, Titanium Dioxide, PEG/PPG-20/15 Dimethicone, Isononyl Isononanoate, Iron Oxide, Hydroxethyl Urea, Vinyl Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Prophylene Glycol, CI 77492, Fragrance
 

Mylara Matte Perfect CC Cream
Mylara Matte Perfect CC Cream

Cara Pemakaian Matte Perfect CC Cream

Cuci muka dengan Glowing Cleanser, sapu toner pada kulit muka, ratakan serum seluruh muka, 15 minit sebelum nak keluar rumah boleh pakai CC Cream, CC Cream ini boleh dipakai waktu siang dan malam serta bersihkan kulit muka sebelum tidur.

Review Matte Perfect CC Cream

Untuk pengalaman penggunaan selama 12 hari Cik iena yakin  Matte Perfect CC Creamakan membuat anda berasa cantik dan berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang kerana ianya seperti memakai foundation namun tidak terlalu tebal seperti faoundation. Jadi ianya kelihatan natural seperti kulit wajah anda sendiri. Secara tidak lansung kulit yang kusam akan berseri selepas anda memakai Matte Perfect CC Cream ini. Cik iena suka akan tektur Matte Perfect CC Cream yang mudah untuk diaplikasi pada wajah .
Mylara Matte Perfect CC Cream
Mylara Matte Perfect CC Cream
Untuk Cik iena yang gemar bersolek, selepas menggunakan Matte Perfect CC Cream ini Cik iena akan memakai foundation dan teruskan bersolek seperti biasa. Tapi untuk tempoh PKP ni tentulah Cik iena tak bersolek. Cik iena cuma bersolek apabila perlu mengambil gambar untuk tugasan-tugasan review product di blog mahupun instagram. 

Cik iena kan kuat bersolek jadi untuk berdepan dengan kamera Cik iena lebih yakin jika bersolek, selepas mengenakan Matte Perfect CC Cream ini Cik iena akan aplikasikan Fix | Glo Multitalent Glowing Spray terlebih dahulu dan teruskan bersolek serta diakhiri sekali lagi dengan semburan Fix | Glo Multitalent Glowing Spray. Solekan akan nampak lebih cantik dan glowing.

Sekiranya tidak perlu bersolek cik iena masih akan mengenakan Fix | Glo Multitalent Glowing Spray kerana cik iena suka akan hasil glowing nya pada wajah.

Rating Matte Perfect CC Cream

8/10


Instabright Night Cream 

Instabright Night Cream memberi khasiat dan melembabkan kulit sehingga 8 jam. Membantu mengurangkan bintik-bintik gelap dan memutihkan kulit secara jelas seawal 14 hari dengan ramuan yang terbukti secara klinikal.


Mylara Instabright Night Cream
Mylara Instabright Night Cream


KKM Notification No :  NOT190402210K

4 Sebab INSTABRIGHT NIGHT CREAM Mesti Ada Dalam Rutin Skincare Anda


  1. PERAWATAN MALAM- Menyamakan tona kulit tak sekata
  2. AGEN ‘BRIGTENING - memudarkan parut jerawat, jeragat, kulit kusam & sunburn
  3. GLOWING- Membuatkan KULIT GLOWING semulajadi! 
  4. CEPAT!- Beri kesan pencerahan seawal 3 hari

Bahan-bahan Instabright Night Cream

Aqua, Cetyl Alcohol, Cetearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Mineral Oil, Isopropyl Mistrace, Glycerin, Xantham Gum, Beeswax, Stearic Acid, Dimethicone, Glutathione, Alpha Arbutin, Linolec Acid, Aloe Barbadensis Extract, Licorice Extract, PEG-100, C10-11 Isoparaffin, Lecithin, Tacopheryl Acetate, Ascorbyl Palmitate, Isononyl Isononanoate, Allantoin, Lepidium Santivum Sprout Extact,Disodium EDTA, Diazolidinyl Urea, CI 77499, Fragrance.

 

Mylara Instabright Night Cream
Mylara Instabright Night Cream

Cara Pemakaian Instabright Night Cream

Cuci muka dengan Glowing Cleanser, sapu toner dan serum pada wajah, sapu rata krim malam pada muka dalam keadaan urut ke atas, dab dab(tepuk-tepuk) kulit muka supaya krim malam ini menyerap jauh kedalam kulit wajah.


Review Instabright Night Cream 

Mylara Instabright Night Cream
Mylara Instabright Night Cream

Untuk pengalaman penggunaan selama 12 hari Cik iena sangat suka memakai Instabright Night Cream. Tekstur yang sangat lembut dan sejuk membuatkan Cik iena berasa selesa dan lebih gemar memakai Instabright Night Cream. Teksturnya juga sangat mudah meresap pada kuli wajah. Selepas memakai Instabright Night Cream, kulit akan berasasangat lembab dan lembut.

Rating Instabright Night Cream

10/10



Fix | Glo Multitalent Glowing Spray

Fix | Glo Multitalent Glowing Spray merupakan Face mist berfungsi untuk melembapkan wajah yang kering serta merawat kulit yang lesu. Ianya juga membantu untuk menegangkan kulit serta mengurangkan garis-garis halus pada wajah yang dikatakan juga sebbagai anti aging.


Mylara Fix | Glo Multitalent Glowing Spray
Mylara Fix | Glo Multitalent Glowing Spray


Selain itu ianya juga digunakan untuk solekan bertahan lebih lama. Caranya selepas memakai Mylara skincare, sebelum memakai foundation, semburkan Fix Glo terlebih dahulu barulah mulakan solekan. Kemudian diakhiri dengan semburan Fix | Glo Multitalent Glowing Spray ini supaya solekan lebih tahan lama dan nampak flawless serta glowing.

Pada yang tidak gemar bersolek juga ianya boleh digunakan sebagai  Glowing instant untuk naked face. Selepas memakai rangkaian produk Mylara, semburkan Fix | Glo Multitalent Glowing untuk mendapatkan kulit yang glowing.


Mylara Fix | Glo Multitalent Glowing Spray
Mylara Fix | Glo Multitalent Glowing Spray





KKM Notification No :  NOT190402221K

Bahan-bahan Fix | Glo Multitalent Glowing Spray

Deionized Water, Butylene Glycol, Methyl Glutech-20, Polysorbate 20, Mallow Extract, Ivy Extract, Pellitory Extract, Cucumber Extract, Witch Hazel Extract, Sodium Benzoate, Matricaria OIL (Azulene), Sodium Citrate, Citric Acid, Rose Oil, Imidazolidinyl Urea

Cara Pemakaian Fix | Glo Multitalent Glowing Spray

Goncang dengan baik terlebih dahulu kemudian semburkan pada wajah sebelum dan selepas rutin solekan anda. Pegang Fix And Glow 8 inci dari wajah anda dan sembur dengan corak silang.

Review Fix | Glo Multitalent Glowing Spray

Untuk pengalaman penggunaan selama 12 hari Cik iena berpuas hati dengan Mylara Fix | Glo Multitalent Glowing Spray. Ianya membuatkan kulit wajah Cik iena lebih berseri dan glowing. Walaupun tidak mengenakan solekan pada wajah. Kulit tetap glowing jika memakai Fix Glo ini.

Mylara Fix | Glo Multitalent Glowing Spray
Mylara Fix | Glo Multitalent Glowing Spray
 Sekiranya mengenakan solekan dan di aplikasikan Mylara Fix | Glo Multitalent Glowing Spray ini solekan akan menjadi lebih cantik, flawless dan glowing. Solekan menjadi lebih berseri-seri dan tampak natural sekiranya berpeluh. Solekan juga nampak sekata, lembab dan tidak kering.
Ianya juga mempunyai haruman yang wangi dan menyegarkan seperti Glowing Cleanser dan Serum. Harumannya membuatkan Cik iena berasa segar dan tenang. Sekiranya mengantuk, ianya juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dengan menyemburkanFix Glo ini.

Rating Fix | Glo Multitalent Glowing Spray

10/10

Perfect Glow Serum


Perfect Glow Serum berfungsi untuk mencerahkan warna kulit wajah, memudarkan parut dan juga kesan sunburn . Selain itu ia juga  berkesan untuk menegangkan kulit wajah anda serta membantu mengecilkan pori pada wajah  disamping memberi kesan glowing pada wajah.


Mylara Perfect Glow Serum
Mylara Perfect Glow Serum



KKM Notification No : NOT190402207K

4 Sebab Anda Pasti Suka Dengan PERFECT GLOW SERUM


1. CERAH-GLOWING- MENCERAHKAN tona kulit & memberi KESAN GLOWING
2. PORI-PORI- Mengecilkan pori-pori
3. ANTI-PENUAAN- PUDARKAN PIGMENTASI, tompok gelap di sekitar wajah akibat faktor penuaan bekas jerawat & jeragat
4.NIACINAMIDE-Vitamin B3 yang mampu LINDUNGI kulit daripada sinaran UV


Mylara Perfect Glow Serum
Mylara Perfect Glow Serum

Mylara Perfect Glow Serum
Mylara Perfect Glow Serum

Bahan-bahan Perfect Glow Serum


Water, Niacinamide, Rosa Centifolia Flower Water, Citric Acid, Honey Extract, Propylene Glycol, Hydroxyethycellulose, Isopropyl Alcohol, Avena Sativia (Oat) Kernel Extract, Butylene Glycol, Centilia Asiatica Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Bicalensis Root Extract, Camelia Sinensis Leaf Extract, Elycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Polysorbate-20, Sodium Hyaluronate, Fragrance, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin


Mylara Perfect Glow Serum
Mylara Perfect Glow Serum

Cara Pemakaian Perfect Glow Serum

Sapukan beberapa titisan yang sesuai pada wajah dan urut dengan urutan membulat. Kemudian dap dap jari ada wajah anda.


Review Perfect Glow Serum

Mylara Perfect Glow Serum
Mylara Perfect Glow Serum

Untuk pengalaman penggunaan selama 12 hari Cik iena sangat suka aakan serum ini bahkan ianya telahpun  habis. Cik iena sangat suka akan harumannya yang sangat menyegarkan dan memberi ketenangan buat Cik iena ketika memakainya dan sudah pasti suka akan kesannya yang membuatkan kulit Cik iena lembut, licin, lembab dan glowing.

Rating Perfect Glow Serum

10/10







Review MYLARA Skincare


Review Keseluruhan Cik iena untuk produk MYLARA Skincare adalah ianya mampu mengatasi masalah kulit kusam dengan menjadikan kulit wajah lebih lembut, lembab, tiada masalah pori terbuka dimana kulit menjadi licin sekata.

Berikut Cik iena kongsikan bacaan kelembapan pada kulit Cik iena pada hari ke 3 pemakaian dan hari ke 12 pemakaian. Gambar Bahagian atas adalah pada hari ke 3 manakala bawah hari ke 12


Bacaan untuk bahagian Dahi.  Gambar atas semasa hari ke 3 dan gambar bawah semasa hari ke 12. Pada hari ke 3 penggunaan bacaan kelembapan adalah 60.2% . Setelah 12 hari penggunaan bacaan kelembapan meningkat ke 63.1%. Bacaan untuk kadar Oil pula dari 19.9% kepada 20.1%. Biasanya kalau kadar kelembapan naik. Kadar oil akan naik. Itu normal.Kalau oil kurang maksudnya kulit makin kering.

Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi
Bacaan untuk bahagian Dahi.  Gambar atas semasa hari ke 3 dan gambar bawah semasa hari ke 12




Bacaan untuk bahagian Pipi.  Gambar atas semasa hari ke 3 dan gambar bawah semasa hari ke 12. Pada hari ke 3 penggunaan bacaan kelembapan adalah 58.9% . Setelah 12 hari penggunaan bacaan kelembapan meningkat ke 62.2%. Bacaan untuk kadar Oil pula dari 18.8% kepada 19.9%. Biasanya kalau kadar kelembapan naik. Kadar oil akan naik. Itu normal.Kalau oil kurang maksudnya kulit makin kering.

Tips Muka Glowing Dan Flawless Secara Semulajadi
Bacaan untuk bahagian Pipi.  Gambar atas semasa hari ke 3 dan gambar bawah semasa hari ke 12


Ada testimoni yang mengatakan boleh cerah seawal tiga hari. Perlu di ingatkan bahawa setiap individu mempunyai kondisi kulit yang berbeza dan tahap keberkesanan bergantung pada individu. Ada individu mengambil masa cuma 3 hari, 9 hari atau mungkin lebih. Walaubagaimanapun untuk mendapat kesan yang baik anda perlu terus  memakai produk secara konsisten.

Untuk kulit Cik iena sememangnya dari dahulu agak sukar untuk nampak kesan pencerahan seawal 3 hari. Cik iena perlu menggunakan preduk sekurang-kurangnya sebulan kerana kondisi kulit yang sangat degil untuk kesan pencerahan. namun apa yang istimewanya ianya memberikan kesan kulit yang lembab, lembut serta glowing.

Mylara Skincare
Mylara Skincare


Selain itu sepanjang tempoh pengunaan, tiada satu pun jerawat yang muncul di kulit wajah Cik iena walaupun ketika datang bulan. Kebiasaannya kulit Cik iena memang akan naik jerawat pada waktu datang bulan. Berbeza semasa penggunaan MylaraSkincare dimana tiada satu pun jerawat yang timbul. Cik iena harap ianya berterusan. Risau juga puji-puji tiba-tiba jerawat naik :)


Rating Keseluruhan
9/10


Untuk maklumat lanjut  :


Website : https://www.mylaraskincareofficial.com/
FAcebook : https://web.facebook.com/mylaraskincare?_rdc=1&_rdr
Instagram : https://www.instagram.com/mylaraskincare/
















Powered by Jasper Roberts - Blog

Archieve